OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, January 26, 2012

Curahan Cinta Niagara

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama aku tak update pasal buku yang paling latest aku baca kan? Hehehehe . . . ketidakrajinan berlaku disitu. Okey, aku baru je habeskan baca buku Curahan Cinta Niagara. Best gak la citer dia. Buku ni jalan cerita dia lebey islamic sket.

Tapi biasalah, kalau nama pun novel cinta maka konflik cinta tu mestila ada kan? Kalau takde tak best la novel cinta tu.


Tajuk : Curahan Cinta Niagara

Harga  : RM 26.00

Penulis : Maya Iris

Penerbit  : PTS

A lil bit of Curahan Cinta Niagara's synopsis . . .
Farhan memandang wajah Mira. Perlahan-lahan Farhan menyeka air mata Mira dengan tangannya yang berlumuran darah. Terpalit darahnya di pipi Mira. Dia memandang Mira dengan wajah sayang bercampur sakit. Darah yang semakin banyak keluar tidak mencukupi untuk membekalkan ke seluruh tubuhnya. Tubuhnya mula menyekat darah dari mengalir ke tangan dan kaki. Tangan dan kakinya terasa kebas. Darah yang semakin sedikit mengalir dalam tubuhnya lebih diperlukan oleh jantung dan paru-paru. Tubuhnya mengigil kesejukan. Matanya terpejam.

"Abang! Jangan tinggalkan Mira. Buka mata pandanglah Mira, bang. Mira cintakan abang. Mira sayang abang. Mira sayang abang. Mira sayang abang," Mira merintih dalam tangisan yang tidak dapat ditahan. Mira mengusap-usap rambut Farhan. Dia kesal kerana dalam keadaan kritikal baru dia dapat mengucapkan kata-kata sayang kepada suaminya. Selama ini dia gagal melafazkan kata-kata keramat itu, walaupun dia tahu suaminya begitu ingin mendengarnya.

p/s: Safiyyah dah pandai kayuh beskal ke depan. Malam tadi baru pandai. Alhamdulillah. Gembiranya hati. ho yeah!


ADIOS!

No comments:

Post a Comment