OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, January 19, 2015

Hari Pertama Sekolah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Entri pertama untuk tahun dua ribu lima belas. Pada hari yang ke sembilan belas. Aku rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Insyaallah.

Bagi tahun dua ribu lima belas ni, dua daripada anak-anak aku are going to school. Alhamdulillah. Masing-masing tak buat hal kat sekolah. Except ibu terlupa nak bawak selipar si kakak pergi preschool. Jadi si kakak sudah bising.

Hihihi...maafkan ibu nak. Ibu ni ada masa short term memory loss sket ;p

Balik daripada ambil dia dari sekolah, aku terus put in her slipper and color pencil. Hehehehe. Ibu tak nak kene bebel lagi dengan si anak. Gagagagaga.

First day buat si kakak adalah menyeronokkan sebab dia dapat jumpa kawan-kawan Tabika Kemas dia. Jadi aku tak risau sangat sebab dah ada geng. Yeah! School Rock!

Tetapi buat si adik sayang...Kak Na. Aku sedikit risau sebab sebelum-sebelum ni dia suka cakap....Kak Na tak nak pergi sekolah. Kak Na nak duduk dengan nenek kat rumah. Nak belajar dengan nenek.

=___=

Fuh! nasib baik dia tak buat hal drama swasta kat sekolah. Dia sangat-sangat cool, okey! Lega hati seorang ibu. Cuma ada satu part je yang aku tak tau nak klasifikasikan ok ke tak ok....hahahahaha

Cikgu sekolah dia cerita....

Sakinah pergi tandas...lepas pergi tandas singgah dapur dan tanya masak apa tu? Hahahaha. Si kakak dulu pun tak macam tu. Dia sangat berani and very talkative.

Bukan setakat first day je...second day pun dia tanya lagi masak apa. Hahahaha.... Second day tu dia tanya ngam-ngam pukul 9.30 pagi.

=___=

Meh sini aku belanja gambar sekeping...


Kak Na pakai baju kakak je...jimat! Kakak je kene tunggu baju...hehehehe.

Belajar rajin-rajin ye anak-anak!

Ok. Bai-

Assalamualaikum.