OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, July 16, 2013

Sebenarnya, Saya Isteri Dia

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang.

Dah seminggu puasa kan? Tapi satu resipi juadah berbuka pun aku upload kat blog. Nampak tak tahap kerajinan aku makin berkurangan. Ibu beranak tiga memang macam ni. Balik opis pukul 4.30 petang pun bekejar-kejar dengan nak mandi, nak solat, nak bagi susu, nak mandi anak pastu nak tolong Umi aku kat dapo.

Short term memory loss terus!

Nasib baik aku tak yah nak mandikan Encik Usben. Eh? Kalau mandikan dia....jadi citer lain pulak. Bahahahaha.

Batal pose-

Sila muntah!

Ok, Abaikan. Aku ni kan sejak beranak tiga segalanya jadi macam sedikit kelewatan. Termasuklah nak update cerita yang sepatutnya jadi latest tapi jadi dah basi. Pastu mood nak update dah macam pokok kelapa bergoyang ditiup angin.

Ok. Takde kene mengena dengan pokok kelapa.

Hmmmm...malam tadi aku baru dapat tengok ending Sebenarnya, Saya Isteri Dia dengan Encik Usben. Tak yah percayalah yang Encik Usben minat cerita ni. Dia temankan aku tengok dengan pelbagai komen.

Huh!

Bila dah habes cerita tu, encik-encik dan puan-puan nak tau apa yang dia cakap?

" Yeay! dah habes pun citer ni. Dah tak payah tunggu tiap-tiap hari Jumaat!"

Haip!

Tak baik tau buli bini cenggitu. Tuhan marah. Hahahaha.

Ok. Bai-

Wassalam.

Jom layan lagu OST Sebenarnya, Saya Isteri Dia.


p/s: aku kenal lama dah dengan mamat Izzue Islam ni. Dia selalu dapat watak antagonis je. Tapi bila dah potong rambut pendek dengan buang segala janggut dan misai, baru le dapat watak baik kot...hahahaha. Kenalla sangat. Pui!