OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, February 7, 2013

dua ratus hengget!ko hado?

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!.

Daku ada berita hangat skalik yawl! Mesti pasangan-pasangan yang kawen tahun ni suka! hehehehe

Bukan setakat orang Islam je dapat. Orang bukan Islam pun dapat jugaks!. Cara pembayaran dia bukanlah bagi voucher cam gomen bagi tuh. Untuk orang muslim diorang akan bagi melalui Tabung Haji. Untuk non-muslim diorang akan dapat simpanan premium berjumlah RM 200.00

(^^,)

Aku dapat dari Sinar Harian online..

SHAH ALAM – Golongan belia di Selangor yang berkahwin mulai 1 Januari tahun ini kini boleh menikmati insentif hadiah perkahwinan RM200 bagi setiap pasangan, dalam tempoh terdekat.

Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pemberian insentif itu dikhaskan kepada pasangan suami isteri atau salah seorang daripada mereka yang merupakan anak Selangor, berusia 35 tahun ke bawah.

Katanya, insentif itu akan diberi dalam bentuk simpanan Tabung Haji bagi mereka yang beragama Islam, manakala untuk pasangan bukan Islam pula, pemberian dilakukan menerusi sijil simpanan premium.

“Sekarang, kita dalam proses menghantar borang permohonan insentif ini kepada pusat khidmat masyarakat di semua Dun di Selangor.

“Dalam tempoh seminggu, belia yang sudah berkahwin boleh mendapatkan borang permohonan di pusat khidmat masyarakat Dun masing-masing untuk mengisi borang bagi mendapatkan insentif hadiah perkahwinan ini,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di sini, semalam.

Beliau berkata, pemberian hadiah itu akan diproses secepat mungkin sekiranya pemohon menghantar permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) segera.

Menurutnya, pihaknya juga tidak mengambil kira penilaian gaji pasangan untuk mendapatkan hadiah perkahwinan itu.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pemberian insentif itu menerusi pembiayaan daripada peruntukan Belanjawan Selangor 2013.

Apa lagi?

Pegi amek!

Bukan senang Kerajaan Selangor nak bagi duit. Hehehehe....





Aku tak leh mintak...aku pengantin dah basi. Hahahahaha...


Ok. Bai-

No comments:

Post a Comment