OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, January 31, 2012

Man Brain vs. Woman Brain

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Arini nye topic ringan-ringan saje. Bukan ringan-ringan yang itew. Sila jangan berfikiran yang tidak menentu di belog ini yea . . . ko tak nampak belog aku putih suci dan bersih ni? Hohohoho.

Memandangkan esok adalah public holiday untuk orang-orang yang BEKERJA di wilayah. WILAYAH yea. Such as Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Orang yang berada di negeri-negeri lain sila bekerja. Hehehehehe.

Okay, berbalik kepada topic asal, di mana mari kita compare kan otak lelaki dan otak perempuan . . .




Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 10 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

Camne? Korang punya otak lelaki atau otak perempuan? Hehehehehe . . . 

This is only jokes. No heart feeling.

Chow Chin Chau!

Hot Tak?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak share pasal kesukaan Encik Usben. Tadi aku cerita pasal Running Man kan? Hmmm . . . la ni nak citer pasal satu show kat History Channel . . . Ice Road Truckers. Hohohoho . . . korang tengok tak?



Layan dowh . . .

Kenapa layan? sebab diorang pandu lori tu kat jalan ais dan ada jugak melintasi tasik yang beku. Ada satu episod tu, tasik tu cam dah crack. Bayangkan lori sepanjang 10 meter tu jalan atas tasik beku yang crack. Hohohoho . . . gerun seyh.

Ada tu tayar beku la. Ada yang takleh panjat bukit sebab tak pasang rantai kat tayar lori. Woh! Diorang pulak bukannye drive slow cam kat Mesia ni. Diorang drive lori tu laju. Yang paling aku salute sekali ada dua orang pompuan ke tiga orang camtu, drive lori panjang ni.

Tapi dalam banyak-banyak pompuan tu, yang ni sorang yang paling HOT. Lisa Kelly. Sebelum dia drive truck, dia pernah memandu bas sekolah dan pernah menjadi Motocross Champion.

Meh ni tengok HOT tak HOT Lisa Kelly ni . . .







HOT kan?

Kalau tak salah aku show ni on Tuesday kat History Channel. Pukul berapa aku tak tau. Encik Usben je yang tahu. Hahahahaha . . . aku selalu tumpang tengok je. Tapi memang respect giler la kalau pompuan leh drive lori sebesar itew!

ADIOS!

Running Man

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku nak kongsi cerita yang Encik Usben aku suke tengok bila Hari Jumaat jam 6.30 petang kat channel 393 (astro). Memang best giler citer ni . . . tahap pecah perut pun ada.



Cam tak caya kan? Encik Usben leh layan citer korea . . . actually dia layan citer jepun gak. Nanti aku share citer Jepun apa yang dia layan.

Running Man cam variety show. Show yang buat korang tergelak-gelak. Memang super lawak lah. Bagi aku lah. Kalau korang aku tak tau la kan. Tapi yang aku tengok skang ni tinggal 6 orang je. Si JoongKi tu takde. Citer ni macam amazing race tapi version lucu punya. Last week ada artis jemputan SNSD: Girl Generation. hohohoho. Korang pun budak-budak Girl Generation ni super cute. Ho Yeah!.

Jom, tengok . . .!.


Layan dowh!

Monday, January 30, 2012

Petua mengubati penyakit mulut celupar

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama aku tak kongsikan tazkirah kan? Lama bebenor ye dak? Penyakit mulut celupar ni ada kat semua manusia kat muka bumi ni. Penyakit ni kalau nak diubati semua nya dari hati. Pokok pangkalnya hati kita. Nak ke tak nak . . .

Nak 1000. Takmo 1000.

Kan?

Aku sendiri terkadang tu mulut boleh tahan jugak. Dalam belog ni pun ada gak kadang aku menyumpah menyeranah orang. Tapi aku ubati dengan cara Rasulullah s.a.w nasihatkan . . . Rasulullah sendiri lakukannya, takkan la korang-korang dan aku ni tak leh nak lakukan . . . tak dapat 100 sehari, 33 kali sehari lepas solat pun okey gak. Kalau lima kali solat, dah 165 kali kan? Itu kalau yang 5 kali solat, kalau yang kurang solat tu, kurang la zikirnya . . . kan?

Rasulullah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.

Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.”

Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’

Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.

Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

So, jom kita banyakkan berzikir. Dapat pahala. Dapat kurangkan dosa. Kan?




Wassalam.

Muka Buku . . .


 
Assalamualaikum, semua ;)
 
Hai, korang!.
 
Fakta ke auta? Mungkin fakta la kot . . . 
 
1. 1 dari 13 orang di dunia saat ini memiliki sebuah akun Facebook. Lebih dari separuhnya log in setiap hari.

2. 2% dari seluruh pencarian di Google tahun 2010 lalu mengandung kata Facebook.

3. 4 Februari 2004 adalah tarikh ketika Mark Zuckerberg melancarkan Facebook kala dia masih menjadi mahasiswa di Universiti Harvard.

4. Rata-rata 8 friend request dikirimkan oleh seorang pengguna Facebook tiap bulan.

5. Mark Zuckerberg memiliki 24% saham di Facebook. Salah satu pemilik saham yang lain adalah Microsoft dengan jumlah 1,3%.

6. 25% syarikat dilaporkan menolak pencari kerja setelah menyelidiki profil Facebook mereka.

7. 27% user Facebook tidak menampilkan status hubungan mereka

8. 42% lelaki dan 63% wanita mengaku memakai Facebook untuk mencari bekas kekasih.

9. Facebook diterjemahkan dalam 76 bahasa.

10. Pengguna Facebook tertua berumur 104 tahun. Dia adalah Lilian Lowe yang berasal dari Wales.

11. Rata-rata pengguna Facebook mempunyai 130 rakan.

12. Facebook melantik 1700 karyawan di 12 negara.

13. Sebanyak 66.168 foto ditag di Facebook setiap minit.

14. 2,176,000 pesanan peribadi (pm) dikirim via Facebook setiap 20 minit.

15. 35 juta orang mengubah status Facebooknya setiap hari.

16. 38 juta user Facebook mengunjungi halaman ‘Texas HoldEm Poker’ setiap bulan.

17. Facebook dianggarkan bernilai 32 juta poundsterling.
 
Yang aku pasti aku dan korang adalah salah seorang dari pemenat si muka buku ni kan? Cinta muka buku kat AJL semalam biasa-biasa saje. Patutnya Najwa Latif tu pakai baju rugged sket. Tak yah merelip-relip sebab dia kan baru 16 tahun. You should wearing baju budak umo 16 tahun la dear . . .

ADIOS!

Baik Punya Parking!

Ko ado?


miaahahaha . . .

Ehsan dari Maharaja Lawak . . . terbaek wok!

Kencing Tikus!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Penyakit kencing tikus makin menular sekarang ni . . . di Malaysia je dah dua orang artis yang meninggal dunia akibat penyakit ini. Kalau tak salah aku, Fara Fauzana pun hampir terkena penyakit ini. Ni baru artis, kalau orang biasa aku tak pasti pulak berapa ramai yang dah kene dan dan mungkin ada yang meninggal dunia.

So, be extra careful darling where you go. What you eat. What you hold. What you drink. Okay?





Apa tu Leptospirasis?

Leptospirosis (dikenali juga sebagai sindrom Weil, demam canicola, demam canefield, demamnanukayami, 7-hari demam, kuning Catcher kebelakangan ini, Fort demam Bragg, penyakit kuning hitam dan demam Pretibial) adalah disebabkan oleh jangkitan bakteriagenusLeptospira, dan memberi kesan kepada manusia serta lain-lain mamalia, burung, amfibia,dan reptilia.

Penyakit ini pertama kali digambarkan oleh Adolf Weil pada tahun 1886 apabila dia melaporkan"penyakit akut yang berjangkit dengan pembesaran limpa, penyakit kuning dan nephritis."Leptospira pertama kali dilihat pada tahun 1907 dari satu keping post mortem tisu renal. Pada tahun 1908, Inada dan Ito pertama kali mengenal pasti ia sebagai organisma penyebab dan pada tahun 1916 menyatakan kehadirannya pada tikus.

Walaupun diiktiraf antara penyakit yang paling biasa di dunia dihantar kepada orang-orangdaripada haiwan, leptospirosis adalah tetap jangkitan bakteria yang agak jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dihantar kepada manusia dengan membenarkan air yang telahdicemari oleh air kencing haiwan untuk bersentuhan dengan rehat unhealed dalam kulit, mata,atau dengan lendir membran. Di luar kawasan tropika, kes leptospirosis mempunyai musim-musim yang agak berbeza dengan kebanyakan mereka yang berlaku di dalam musim bunga dan musim luruh.

Tanda tanda

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).

2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.

3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)

4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.

5. Radang selaput mata.

6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Hati-hati, okay!

kalau belah apa jadi?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semua belog, update AJL 26. Semua FB update AJL 26. Tweeter pun sebok pasal AJL 26. Kat radio pun kecoh pasal AJL 26.

Maka, aku pun nak update jugak . . .



p/s: Okey arr tu Awan Nano menang!. Kata M.Nasir nye lagu . . . sah-sah la dia tau juri nak lagu yang camne. Kan?


Selamat membelah deroyan!

Biar Sampai Ke Bintang

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Mula aritu aku dengar lagu ni cam tak best jek. Pastu biler dengar hari-hari cam best pulak . . . Jom, layan!. Aku bagi lirik je la . . . MALAS aku nak letak lagu skali. Hohohoo . . .

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

p/s: bintang-bintang berkelipan . . . teringat lagu Amy Mastura la pulak!

Tag tagging tagged


Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Mekasih la Cik Puan Shima sebab dah tag aku . . . rajin pulak aku nak jawab soklan ko. Pastu rajin pulak aku nak tag orang lain. Tak kose mak. Hohohoho . . .

Nama aku SHARIFAH FADZILAH. Aku dah kawen pastu aku ada dua orang anak. Anak yang sulung SAFIYYAH ZAHARAH dan anak yang kedua NURSAKINAH ZAHARAH. Yang no.3 belum pasti lagi biler . . . Aku dok kat Lembah Keramat jek. Aku buat APAM ngan KEK untuk dijual . . . Korang nak beli, boleh order ngan aku kat nombor ni 019 - 3031 450. Hahahaha

Ni FIRST TIME aku kene TAG!. Percaya tak? Tak tau la nak bangga ke apa . . . Baiklah Puan Shima akan aku jawab soalan mu itew!


1. Nama penuh & nama manja anda
2. Umur target anda mendirikan rumah tangga.. Adakah sama dgn yg sebenar?
3. Masakan yg anda masak yg paling disukai keluarga?
4. Aktiviti lasak yg ingin anda cuba?
5. Jenama handphone pertama anda?
6. Kelab sukan yg anda sertai di sekolah menengah?
7. Nama yg paling unik anda pernah dengar
8. Keluarga anda berasal dari negeri mana?
9. Benda pertama yg anda buat slps bangun tido?
10. Minuman kegemaran?
11. Doa yg selalu dibaca utk anak2...

*********************************************************************
1. Nama penuh aku SHARIFAH FADZILAH BT SYED MOHAMED HUSSEIN. Aku punya banyak nama manja . . . Manja lah sangat. Pe yang aku tau laki aku panggil aku ayang.  Adik-adik aku panggil kakak. Camtu gak ngan Umi ngan Abah aku. TAPI dengan memember skolah diorang panggil aku CHEPAH dan memember UiTM panggil aku ILA.

2. Umur target aku nak kawen 27 tapi tak sama dengan yang sebenar. Sebab aku kawen masa umo aku 25. Miahahaha . . . memang lari target. terawal pulaks!

3. Honey Roasted Chicken la . . . ngan Nasi Ayam. Hohohoho

4. Bungee Jumping! Seyes nak cuba! I wanna push my adrenalin!

5. Sony Ericcson yang ada ariel. Besar pulak tu! Berat! Baling hanjing pun hanjing bley benjol. Hohohoho

6. Bola tampar. Nape ntah . . .

7. Lama aku nak pikir nama ni . . . payoh weyh. Seyes aku tak tau nak letak nama apa . . . sebab satu nama unik takde pun yang register kat dalam pale otak aku ni . . . Aku letak BEBET ngan BOBOT. Hahahahaha

8. Kalau sebelah umi aku, kami orang PERAK. Kalau sebelah abah aku, kami orang SINGAPORE. Maka kami orang SINGARAK! Aci tak?

9. Bangun tido haaruslah minum air lepas tu aku buat susu untuk anak-anak aku.

10. Aku suka minum teh o ais limau. Sedap nya . . .

11. Aku selalu baca doa ni untuk anak-anak aku . . .

Ya Allah Ya Tuhan Ku, Aku mohon kepadaMu, Kau makbulkanlah doa-doaku ini,
Kau jadikanlah anak-anakku orang yang mendoakan kedua-dua ibubapanya,
Kau jadikanlah anak-anakku orang yang menyayangi kedua-dua ibubapanya,
Kau jadikanlah anak-anakku orang yang mengingati kedua-dua ibubapanya,
Kau jadikanlah anak-anakku orang yang menghormati kedua-dua ibubapanya,
Kau jadikanlah anak-anakku orang punya kesihatan sebaik-baiknya,
Kau berikanlah anak-anakku semwah-mewah rezeki,
Kau tempatkanlah anak-anakku didalam syurgaMu, jauhilah mereka dari azab api nerakaMu dan azab kuburMu,
Kau permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat untuk anak-anakku,
Kau cergas dan cerdaskan minda, rohani dan jasmani untuk anak-anakku,
Kau jadikanlah mereka orang yang sentiasa beriman dan beramal soleh kepadaMu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

****************************************************************
Weyh! Cik Mot! Penat aku jawab soalan mu itew! Tapi tu lah aku tak leh nak tag kamu semula . . . Tak aci betol!.

Inilah senarai manusia-manusia TERPILIH . . .

1. Kak Mar
2. Nisa'
3. Amir
4. Nek Lah
5. Tetemok Tetembam
6. Anum
7. Makcik Aku
8. Sheila Laling
9. Melati
10. Maksu Aku
11. Te'a

Soalannya? Ini dia . . . nah, hamek!

1. Nama penuh, nama manja dan nama ejekan waktu kecik-kecik dolu 
2. Rumah yang korang inginkan, letak gambar sekali . . .
3. Korang tinggal kat mana?
4. Cikgu sekolah yang paling garang yang pernah korang jumpe . . .
5. Apa benda pertama yang korang beli semasa korang dapat duit pinjaman atau biasiswa?
6. Apa yang korang buat kalau dapat RM 500,000 selain dari bersedekah dan bayor zakat?
7. Rumah sukan korang kaler apa? Apa acara yang korang masuk masa sekolah rendah dulu?
8. Tempat dating masa first time jumpe pakwe . . .
9. Tempat yang korang nak sangat pergi selain pergi Makkah Al Mukarramah . . . nak gambar jugak!
10. Makanan feveret korang?
11. Apa pendapat korang tentang belog aku?

Selamat Menjawab!

Kepada sesiapa yang aku tag tu, pe kata korang tinggalkan link belog korang, pastu kalau ada game tagging-tagging ni, nanti aku tagging korang pulak!. Hohohoho . . .

Chow Chin Chau!

Friday, January 27, 2012

OLdskool

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Korang memang oldskool kalau korang pernah buat benda ni masa kecik-kecik dulu . . . aku pun kira oldskool jugakla, sebab memang confirm aku ada layan benda-benda ni . . . miahahahahaa!.

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal,boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'v'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

9. Kat sekolah ada salesman yang jual buku cerita.hari ni bagi list,esok mintak duit… Balik rumah paw mak nak beli buku tue walau cerita kat buku tu kita dah tau… Salesman susu pon macam tu jugak…

10. kat library pulak,budak-budak memang baca buku but just tengok gambar aje, bila ada program Nilam, semua sibuk-sibuk nak pinjam buku… Yang advance sikit pinjam bukum Nilam membe sebab nak tiru…

11. RMT kat sekolah makan tak best… Tapi yang berduit pon join RMT…

12. Pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, dah tu kat tengah-tengah tu ada sharpener…

13. Main lawan pemadam ,sayang nak pakai untuk padam… Padahal kegunaan sebenar memang untuk padam pon…

14. Pakai pembaris yang bergerigi, dah tu kat dalam pembaris tu ada air, dalam air tu pulak ada benda berkilat-kilat…

15. Cikgu pakai pembaris panjang kaler kuning… Kat tengah-tengah tu ada pemegang tapi kan kan tak pernah nampak cikgu pegang kat situ…

16. Ayam-ayam sekalian menjadi ramping pasal bulu pelepah gebu nan cantik dah jadi rotan berbulu…

17. Time pendidikan seni, semua tunjuk skill… Melukis boleh tahan tapi bila bab kaler-kaler, hampehhh!!! Ada jugak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj dan macam macam lagi kesenian dipelajari.

18. Main game 2D-super mario, super contra, street fighter… semua pakai tape kot… Pebarang pakai CD cepat rosak…

19. Jam tangan Boy London jadi idaman sebab boleh tukar-tukar kaler ikut suhu dan cuaca…

20. Takut kena injek terutama BCG, macam-macam cerita seram dengar pasal injek BCG nie… Padahal tak ade ape-ape pon…

21. Balik sekolah beli JoJo atau pon Dendang… Tora pon best jugak… Tengok iklan dalam tv, terus pasang angan-angan nak beli semata-mata nak mainan kat dalam tu aje, coklat tak makan pon…

22. Kasut berlampu kat tapak tak main kasut yang ade roda-rado nie bahaye…

23. Siri kartun-power rangers, ultraman, ninja turtles, transformer, thundercat, maskman, gaban dan flashman.

Kan? Oldskool kan? Hohohohoo . . . Layan!

Keramat

"Pabila pintu keramat dibuka, nyawa tiada galang gantinya!"
 Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Malam tadi aku ngan Encik Usben melayan cerita Keramat yang konon kata seram sangat tu kan . . . huh! seram la sangat. Zul Handy Black yang sebelum ni berjaya membawa wataknya dalam cerita Mantera tu. Tapi kali ni macam hape je. Tak suka okay. Tak best!. Lagaknya macam seperti orang baru berlakon filem seram. Duh-

Sebelum aku memanjangkan aku punya kompelin untuk cerita Keramat ni. Baik aku letak sinopsis pasal cerita Keramat ni . . .

Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah.

Kalau diikutkan melalui penglihatan aku dan Encik Usben, cerita ni taklah seram!. Cam s*****!. Huh!. Aku tak tau kat mana related nya Habib, Mustika, Nazmir, Nasti dan Munirah. Entah sejarah apa pun aku tak tau . . . ke aku ada miss scene? Memangla aku ada terlelap sekejap masa tengok citer ni, tapi rasa nya cam takde la miss sangat pun. Aku terlelap sebab citer ni tak seram dan tak membuatkan diri aku untuk terjaga. Damn.

Tapi seyes dowh, citer ni cam lompat-lompat dan macam ada yang missing. Sampai pagi ni aku cam ada tak puas hati ngan citer ni. Ntahlah! Fed up!.

Malas nak pikir. Memang aku rasa cam ada miss scene je citer Keramat tu. Pasni nak tengok Sumpahan Kum Kum. Malam tadi layan la pulak tengok citer Santau Merasuk. Rasa macam si Hussin tu je yang kenakan family si Halim. Tak sabar nak tunggu ending yang pasti akan menaikkan kemarahan aku. Hahahaha. Sebab aku tau, citer hantu selalu ending cam H**** J****!. Except citer Bisikan Anjasmoro. Ending dia agak memuaskan la. Camtu gak dengan Kekasih Ku Seru.



Aku tak faham watak ustaz yang macam coklat Danone tu. Kejap ada kejap takde. Patutnya dia la yang tolong settlekan masalah tu semua. Ni tak, semua MATI okay! MATI! Dahla ustaz tu cakap slang indonesia. Aku tak faham. Korang sebenarnya ada kat Malaysia atau luar Malaysia? Konpius!.

Dengan si Rebecca Nur Islam tu menjerit-jerit kat laki dia kata nak balik KL. Tak bley cakap elok-elok ke? Cam hape je jerit-jerit kat laki. Tak baik tau. Memang patut pon ko kene tampar!.

Apa yang aku tau, Keramat tu sebab tongkat tu jek. Tongkat tu yang keramat kot. Tapi dah kira syirik kalau percaya tongkat tu yang berkuasa. Seyes. Aku tak faham! Damn!

Apa punya citer ntah!. Korang tak yah tengok lah!. Penat je . . .

CHOW!

Petua Menghilangkan Kegatalan Faraj

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak kongsi petua sikit. Aku tau ramai yang malu bila kawasan sulit anda-anda semua mengalami kegatalan dan apatah lagi tak tau macam mana nak cari solution. Nak jumpa doktor cam malu la pulak kan? Kene pulak jumpe doktor lelaki, lagi la malu nak citer kan?

So, cuba try solution ni . . .

InsyaAllah, baik. Kita cuma berusaha dan mohon keizinan Allah untuk menyembuhkannya melalui cara ini. Petuanya ialah; korang amek beberapa helai daun sirih. Ameklah dalam 4-5 helai. Pastu korang rebus sampai mendidih dan minum airnya 2 gelas sehari. Baca Bismillah dan selawat ke atas Nabi. InsyaAllah, sembuh. Lakukan selalu.

Kalau korang tak mahu minum air tersebut. Korang boleh tunggu air tersebut sejuk. Kemudian gunakan air tersebut dan cuci faraj dengan air tersebut selepas membuang air kecil. InsyaAllah kurang kegatalan tersebut.

Tapi. tapi. tapi . . .

Jika ianya berlanjutan, sila berjumpa dengan pakar. Aku cuma memberi petua. Petua orang dulu-dulu.

Selamat Mencuba!

Thursday, January 26, 2012

Cintaku Pada Mu

"Mak, Layla pergi dulu ye."

Layla, si gadis comel bertudung litup, tahi lalat dibawah mulut dan di alis mata. Fesyennya ringkas namun masih lagi dalam lingkungan busana muslimah menyerlahkan lagi kecomelan Layla. Layla jurutera perunding dalaman bekerja di syarikat Titian Maju.

******************************************************************

"Alamak!. Matilah aku macam ni. Ni gara-gara terlanggar dengan mamat tadi. Ni bukan laptop aku. Dahla ada projek nak kene siapkan!. Arggggghhhhhh!." Layla berkata-kata sendiri.

"Cik Layla takde apa-apa ke?"

"Eh! awak dengar saya jerit ke tadi. Sorry. Sorry. Astaghfirullahalazim. Tadi saya terlanggar ada seorang mamat tu. Lepas tu tak sangka pulak tertukar beg laptop ni. Habesla saya Aini. Apa saya nak buat?. Macam mana saya nak call orang tu. Menysusahkan betollah, bila jadi macam ni." bebel Layla.

"Apa kata cik Layla cari buka laptop tu, mana tau ada apa-apa info pasal Encik tadi. Saya rasa tak salah, sebab kita pun kene pulangkan laptop ni pada dia." terang Aini.

"Hmmmm, betul jugak cakap awak tu. Thanks, dear."

*******************************************************************
Mukhriz Bin Dato' Yahya. si pemuda tinggi lampai. Punya sedikit kumis. Namun punya sikap berfoya-foya di Kelab Malam. Dia CEO bagi syarikat Makmur Megah Sdn Bhd.

Kini, setelah berjumpa dengan Layla. Dia asyik teringat-ingatkan Layla. Nampak ayu dan comel walaupun bertudung litup. Tangannya gatal sekali ingin menekan nombor telefon Layla. Akhirnya, didailnya juga nombor Layla.

"Hello, Layla. Sihat?."

"Assalamualaikum, alhamdulillah. Oh, Encik Mukhriz!. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?."

"Takde apa-apa. Cuma nak ajak awak keluar lunch je. Mahu?."

"Maaf, Encik Mukhriz saya sibuk. Lainkali ye."

Talian dimatikan. Melepas peluang Mukhriz untuk keluar makan tengahari dengan Layla. Namun, Mukhriz tidak akan berputus asa. Semenjak dari hari itu, Mukhriz akan cuba telefon Layla untuk mengajaknya makan tengahari. Namun, segala usaha Mukhriz hampa.

Suatu hari, Muhkriz ternampak Layla dan rakannya pergi ke restoran Cheng Ho untuk makan tengahari. Peluang harus diambil oleh Mukhriz. Dengan langkah yang cepat, Mukhriz menuju ke restoran Cheng Ho.

"Hai, Layla. Boleh saya join sekali?."

"Assalamualaikum, boleh. Silakan."

*****************************************************************
Kini, hidup Layla sering diganggu dengan panggilan Mukhriz dan Muhriz juga rajin menghantar sejambak bunga kepada Layla. Sehinggakan Layla rimas dengan kehadiran bunga-bunga tersebut.

Akhirnya, Muhriz dan Layla rapat. Lalu mereka menjadi sahabat. Sehinggakan Muhkriz mengajak Layla datang ke rumah untuk berjumpa dengan keluarganya.

"Mama, inilah Layla."

"Assalamualaikum, makcik."

"Huh. Jemput duduk. Auntie ni tak reti nak berbahasa basi. Kamu anak Dato' mana? Dulu belajar di mana? England? Australia? Kerja di mana? Jawatan apa?."soal Datin Maimon.

"Eh!. Awak ni soal macam polis pencen. Budak tu baru je duduk. Macam-macam soalan awak bagi." tukas Dato' Yahya

"Saya anak orang kebanyakan. Saya belajar dalam Malaysia. Saya kerja di Titian Maju sebagai Jurutera Perunding." jawab Layla.

Selesai makan tengahari di rumah Dato' Yahya dan Datin Maimon, Layla memohon untuk pulang. Dia terasa seperti panas punggungnya jika dia berlama-lama di rumah Mukhriz.

*****************************************************************
"Sara, siapa kawan si Layla tu? Beria betul Layla minta makcik masak sedap-sedap."

"Mak, kami kawan je la. Sara, ko jangan nak tokok tambah cerita erk."

"Layla!. Ni kawan kau dah sampai ni."

"Baik, ayah."

"Apa khabar, pakcik?"

"Assalamualaikum. Sihat, alhamdulillah. Duduklah dulu, diorang tengah siapkan makan tengahari. Mukhriz ni makan lauk kampung tak? Kami ni tak pandai nak masak lauk-lauk bandar."

"Boleh je makan. Apatah lagi kalau Layla yang masak." Mukhriz menjawab sambil menjeling ke arah Layla.

"Baguslah, macam tu. Lepas makan tengahari nanti kita solat jemaah. Tak mahu pergi masjid, kita solat kat rumah sahaja."

"Solat?"

"Ye, solat Zuhur."

"Saya nak berterus terang sebelum apa-apa yang bakal berlaku. Saya tidak pernah solat. Saya memang orang Muslim cuma saya tak pernah hidup cara orang Muslim. Saya tidak solat."

Perkhabaran itu mengejutkan kesemua yang ada didalam rumah tersebut. Apatah lagi Layla.

********************************************************************
"Awak, saya rasa kita tak harus teruskan perhubungan ini. Dan awak tak layak untuk menjadi suami dan ayah untuk anak-anak saya." tegas Layla.

"Saya pun tak hairan dengan awaklah!. Hanya sebab saya tak solat je awak nak tinggalkan saya. Dan memang saya tahu, saya tak layak untuk awak. Untuk awak hanyalah orang selalu bersolat. Pergilah, kau!."

********************************************************************
Sedang Mukhriz berbual-bual dengan Hafiz di pejabatnya. Tiba-tiba, Dato' Yahya rebah. Mukhriz kelam kabut pergi ke arah papanya. Dia menggoncang-goncangkan badan papanya. Dan dia memeriksa nadi papanya, tiada. Hafiz bergegas telefon ambulan.

Jenazah Dato' Yahya dibawa ke rumah. Menangis dan meraunglah Datin Maimon diatas kehilangan Dato' Yahya. Di saat Datin Maimon membuka kain yang menutupi muka Dato' Yahya, keluar satu bau busuk dan pabila Datin Maimon melihat muka Dato' Yahya, mukanya bertukar berwarna hitam dan keluar ulat-ulat dari mulut Dato' Yahya.

Terkejut Datin Maimon dibuatnya. Bertambah tinggi raungan Datin Maimon. Mukhriz kelam kabut dan apa yang terlintas di dalam otaknya ialah menghubungi Hafiz. Hafizlah yang membantu dalam pengurusan jenazah.

*******************************************************************
"Astaghfirullahalazim."

Mukhriz terus bangun dan menuju ke bikil air untuk mengambil wudu'. Terus solat Isya' dan melakukan solat sunat Taubat.

Sudah sebulan berlalu, selepas Mamanya menjadi kurang siuman selepas kematian Papanya. Muhkriz insaf setelah apa yang telah berlaku ke atas dirinya. Dimana Papanya meninggal dunia dalam keadaan aib sekali, Mamanya pula menjadi kurang siuman dan syarikatnya disita.

Kini, dia lebih dekat kepada Maha Pencipta dan punya kekasih hati yang setia dengannya, Layla. Dan, mereka juga menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka lagi dua bulan.

"Syukur kepadaMu Ya Allah. Kau memberikan aku peluang untuk beriman dan bersujud kepadaMu. Kau ampunilah segala dosa-dosa ku, Ya Allah. Kau tempatkanlah aku didalam syurgaMu dan jauhilah aku dari NerakaMu.Amin Ya Rabbal Alamin."

********************************************************************
p/s: panjang sket cerita ceriti aku kali ini . . .selamat membaca lah yea!.


ADIOS!

Da pandai dah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Safiyyah dah pandai kayuh beskal ke depan. Ho Yeah!. Malam tadi dia dapat kayuhan pertama kehadapan. Dia pun seronok dan kitorang satu rumah pun seronok!. Hohohoho . . .

Tak tau camne nak gambarkan . . . cam gediks jew!.

Aku lupa nak amek video hasil kayuhan pertama . . . takpelah. Nextime aku try record hasil kayuhan beliau. Pastu nanti aku share ngan korang.

Seronoks sangats-sangats!. . . . .

Pastu, alhamdulillah. She now can sing lagu 25 Rasul by Raihan. Dia boleh sebut almost half from the 25 Rasul. Alhamdulillah. Now, I'm teaching her aliff baa taa. Baca doa makan pun okey dah sekarang ni . . .

Adik pulak bila kakak baca doa makan, dia tadah tangan dan aminkan skali. Alhamdulillah. Hopefully, this will your amalan wherever you both are. Amin.

p/s: syukur ya Allah. semoga mereka menjadi anak yang solehah dan sentiasa beriman dan bersujud kepada Mu.

Wassalam



Curahan Cinta Niagara

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama aku tak update pasal buku yang paling latest aku baca kan? Hehehehe . . . ketidakrajinan berlaku disitu. Okey, aku baru je habeskan baca buku Curahan Cinta Niagara. Best gak la citer dia. Buku ni jalan cerita dia lebey islamic sket.

Tapi biasalah, kalau nama pun novel cinta maka konflik cinta tu mestila ada kan? Kalau takde tak best la novel cinta tu.


Tajuk : Curahan Cinta Niagara

Harga  : RM 26.00

Penulis : Maya Iris

Penerbit  : PTS

A lil bit of Curahan Cinta Niagara's synopsis . . .
Farhan memandang wajah Mira. Perlahan-lahan Farhan menyeka air mata Mira dengan tangannya yang berlumuran darah. Terpalit darahnya di pipi Mira. Dia memandang Mira dengan wajah sayang bercampur sakit. Darah yang semakin banyak keluar tidak mencukupi untuk membekalkan ke seluruh tubuhnya. Tubuhnya mula menyekat darah dari mengalir ke tangan dan kaki. Tangan dan kakinya terasa kebas. Darah yang semakin sedikit mengalir dalam tubuhnya lebih diperlukan oleh jantung dan paru-paru. Tubuhnya mengigil kesejukan. Matanya terpejam.

"Abang! Jangan tinggalkan Mira. Buka mata pandanglah Mira, bang. Mira cintakan abang. Mira sayang abang. Mira sayang abang. Mira sayang abang," Mira merintih dalam tangisan yang tidak dapat ditahan. Mira mengusap-usap rambut Farhan. Dia kesal kerana dalam keadaan kritikal baru dia dapat mengucapkan kata-kata sayang kepada suaminya. Selama ini dia gagal melafazkan kata-kata keramat itu, walaupun dia tahu suaminya begitu ingin mendengarnya.

p/s: Safiyyah dah pandai kayuh beskal ke depan. Malam tadi baru pandai. Alhamdulillah. Gembiranya hati. ho yeah!


ADIOS!

Cerita ceriti Facebook

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak share cerita cerita orang yang suka share kat FB . . . memang mencuit hati (^^,)

Lawak I

YOUTUBE : aku ada semua benda yang orang nak tengok .
GOOGLE : aku ada semua benda yang orang nak cari .
FACEBOOK : aku boleh buat orang kenal sesame sendiri .
SKYPE : aku boleh bagi orangg call di seluruh dunia.
INTERNET : tanpa aku , korang semua tak ade tahu .
ELEKTRIK : kau pon samea INTERNET , tak ade aku , kau macam boleh hidup .
PEKERJA ELEKTRIK : korang boleh diam tak ? kang aku tak betol kan tiang elektrik niey , semua hilang .

******************************************************************
KISAH BEDAH BERUMUR 7 TAHUN.

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap
kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah
bapak dia….


” Pak, itu amenda pak?”
Bapak di jawab,” Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh….”
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi kedinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!
Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN…
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…
“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT!!!

*******************************************************************
When A Boy Talk To A Girl . . .

Boy : You are , ABCDEFGHIJK .
Girl : What does it mean ?
Boy : Attractive , Brilliant , Cute , Darling , Elegant , Funny , Gorgeous , Hot .
Girl : Aww , sweet . What does IJK mean ?
Boy : I’m just kidding , ahaha :p
Girl : LMN .
Boy : what ???
Girl : Lempang Muka Nak ?
Boy : =.=”

*******************************************************************
Perbualan Antara Cikgu dan Anak Murid

cikgu: arip, knp kamu dtg lewat hari ini?
arip: hujan lebat ckgu..
cikgu: semalam, knp awq x hadir?
arip: hujan, cikgu..
cikgu: aik, hujan juga. abis kalo tiap2 hari hujan?
arip: banjii, cikgu..
cikgu: @#%@#%@#%

**************************************************************
Di sekolah tabika.

Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya….

**************************************************************
Duit dan air….

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

**************************************************************
Orang Asli

Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah penuggang tersebut berkata, ‘Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…”

**************************************************************
Empat Pemuda

4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..
Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..
semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata ” its ok.. too many DOLLARs in Amerika,”..

tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, “why??,”.
si Kongo menjawab,” there is too many cigars in Kongo”..
si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td..
belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata “nevermind… too many Bangla in Malaysia,”….

***************************************************************
Wanita vs Lelaki

Kelebihan wanita: mengandung dan menambah bilangan manusia.
Kelebihan lelaki: buat perempuan mengandung

***************************************************************
Borak antara Mak dan Anak

anak : mak, apa dalam perut mak tu?
mak : adik hang laa
anak : mak benci adik ke?
mak : ehhh,mak tak pernah benci anak mak.
anak : dah tu , kenapa mak telan dia?…
mak : kalau aku tampaq hang jangan tanya pasai pa nohh…
haha .. aptb !

***************************************************************
Si Penjual Telor dan Pembeli Telor

Di sebuah pasar tradisional.
Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

***************************************************************
Pak Pandir

Suatu hari,Pak Pandir pergi ke masjid untuk bersolat jemaah.Kebetulan dia membawa wang 50 sen dalam kocek bajunya. Pak Pandir bercadang, pulang dari masjid nanti dia mahu belikan gula2 nutuk anaknya.Ketika sedang rukuk, tiba-tiba wang 50 sen Pak Pandir terjatuh dan tergolek di hadapan saf jemaah lain.Mulanya Pak Pandir pun bersuara perlahan lahan


Pak Pandir :”Tolong jangan ambil duit aku tu ye”
Jemaah 1 :” Eleh tak hairan setakat 50 sen tu”
Jemaah 2 :”Wei orang sembahyang mana boleh bercakap”
Pak Pandir :”Habis… yang kau bercakap tu”
Jemaah 3 :”Nasib baik aku tak bercakap”

***************************************************************
Boy and Girl

Boy: I love u !
Girl: Shut up!
Boy: I need u !
Girl: Shut up!
Boy: I miss u!
Girl: Shut up!
Boy: I want to marry u !
Girl: Really ?
Boy: Shut up!!!!
muahahaha..amik ko…

***************************************************************
Makcik dan Keretapi

Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter…

Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja..

***************************************************************
Kedekut

Percayakah anda…perempuan lebih kedekut dari lelaki..ini dapat dibuktikan apabila mereka tidak sanggup membenarkan suami mereka kawin lebih dari 1….tapi berbeza dengan lelaki..mereka sanggup membahagikan kasih sayang mereka sehingga empat!…

***************************************************************
Pening

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

*************************************************************** 

Post-post yang boleh membuatkan kita tersenyum depan PC sorang-sorang . . . Kan?


ADIOS!

Wednesday, January 25, 2012

Chicken with Honeyz

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini aku nak share resipi yang dibuat oleh Encik Usben. Eh! pandai masak ke encik usben saye neyh? Hohohoho . . . yelah tu. 

Percaya atau tidak . . . terpulang kepada anda. Aci tak?

Sebelum aku bagitau bahan-bahan, ayam kali ini untuk dimakan seorang yea. Sebab di masak oleh Encik Usben, maka resipi nya untuk seorang lah yea . . .

Bahan-bahan :

Sepeha Ayam
Sos tiram
Sos Weichester
Kicap manis
Garam
Lada Hitam
Madu

Cara-cara :

Bersihkan ayam. Perapkan ayam dengan kesemua bahan. Lagi lama korang perap lagi sedap. Aku perap semalaman.

Pastu bakar kat suhu 220 darjah celcius. Selama 1 jam 30 minit. Setiap 15 minit, sapukan dengan madu.

Siap . . .

Inilah hasilnya . . .




p/s: hiasan tu Encik Usben sayur yang kakak dia masak untuk makan ngan nasi. duh-


ADIOS!

Apamlicious VII

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kisah si apamlicious. Sebelum balik bercuti untuk raye cina aritu aku bekerja keras menyiapkan apam dan kek. Kek coklat hasil sentuhan aku yang pertama untuk deco mendeco nih. Huhuhuhu . . .

Hopefully after this I can make it more better . . .





Punyalah nervous nak siapkan kek ni, tu pasalla tulisan tu ada getaran . . . Hohohoho

My lovely apamlicious . . . I love to make apam, cuma Angry Bird nye deco-deco je blom try buat . . .






My Mini Chocolate Cake . . .





Nak order? Sila PM me or call me at 019 - 3031 450. Thank you.

woot! woot!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Camner cuti? Seronok? Aku cam biasa la dah nama pun cuti panjang, maka haruslah dihabeskan waktu cuti panjang di Banting. hehehehe . . . .

Hari Ahad tu, ada wat birthday celebration for the lil ones. Not mine but my sister in law nye daughters. She turn to one year old. Hope cepat tumbuh gigi and cepat berjalan. And please do jangan nanges-nanges selalu while your mom not around you.

Happy Birthday my dear Nisa a.k.a Amoi!





Budak dua orang ni baru bangun tido . . . baju tak cantek sebab baju cantek diorang dah 'cantekkan' dengan buah tembikai . . . cantek!






Memandangkan baru bangun tido, maka muka pun semacam jek . . . miahahahaa . . .

Esoknya, di saat semua orang sudah pulang . . . Inilah yang terjadi . . .





melenjan beskal abang hisham . . . tapi kakak kayuh beskal ke belakang, maka beskal tak bergerak. Hohohoho . . .

Friday, January 20, 2012

Lagi Sekali

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lagi sekali tragedi ini berlaku. Kali ini berlaku di kawasan berhampiran dengan rumah aku pulak. Kenapa benda ini boleh terjadi. Aku rasa sedikit ketakutan kerana kecuaian pengasuh. Buat masa ni pengasuh anak-anak aku, okey. Alhamdulillah.

Mungkin Allah lebih sayangkan diorang. Ibu bapa dua orang kanak-kanak tersebut, semoga redha dengan pemergian anak-anak mereka. Mereka bidadari dan bidadara syurga. (ada ke bidadara?)

Korang nak tau cerita lebih lanjut, korang beli Harian Metro. Aku baca online je, tu pun berita tak penuh.

Ni ada lah sikit berita, aku copy dari Harian Metro Online.

*******************************************************************

KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki berusia tiga dan tujuh bulan yang dihantar ke sebuah taska di Taman Permata, Hulu Klang di sini maut dipercayai akibat tersedak susu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kedua-dua bayi berkenaan yang dikenali sebagai Muzafar Mohd Faizal, berusia tiga bulan dan Haris Ruhil, tujuh bulan, diberikan susu oleh pengasuh taska berkenaan sebelum tiba-tiba mereka mengalami masalah pernafasan.


Pemilik taska itu kemudian menghantar kedua-dua bayi itu ke sebuah klinik berhampiran untuk rawatan, namun kedua-dua bayi itu kemudian disahkan sudah meninggal dunia.

Berikutan kejadian itu, ibu bapa kedua-dua mangsa kemudian membuat laporan polis.

Bapa Muzafar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata anak bongsunya daripada dua beradik itu baru sebulan dihantar ke taska berkenaan.

Sebelum ini, anaknya yang sulung turut dihantar di taska sama tetapi tiada berlaku kejadian yang tidak diingini.

Sekian, berita terkini.

Wassalam.

Happy Chinese New Year

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Memandangkan raye cine jatuh pada hari Isnin. Dan sudah pasti la hari Isnin tu aku ada kat Banting. Bila ada kat Banting maknanya aku tak dapat la nak meng'online'kan diri . . .

Maka, dengan ini aku nak wish Happy Chinese New Year! Jom, makan limau banyak-banyak. Hehehehehe.




GONG XI FA CAI

jay yu em ae ae ti

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ceria. Salam Jumaat. Selamat berhujung minggu. Cuti lama weyh! Sampai ari selase. Korang pergi mana? Aku cam biasa la, mengambil kesempatan untuk balik Banting lew. Poyo je taip nak ber'double u' bagai. Miahahahahaha.

Memandangkan arini bertarikh dua puluh haribulan januari. Elok pulak hari jumaat. So, aku nak buat entry wish Happy Birthday untuk orang yang terdekat ngan aku.

First skali, aku dah lama tak jumpa budak dua orang ni. Kalau datang umah aku, tak usik menda, tak sah. Sorang manja ngan Mummy dia. Sorang lagi meng'explore' rumah aku. Apa benda yang dia boleh usik, tekan dan buat sesuatu. Inilah budak-budak nye . . . .




Budak dua orang ni kembar yea. Lain kan muka mereka? Biasala . . . diorang ni sepupu aku okey! Maknanya diorang pak penakan untuk anak-anak aku. Tapi sebaya ngan anak aku . . . Hahahaha. Tak tau la camne nanti sok besar nak panggil camne.

Happy Birthday Darwishes!
Jangan dera Mummy tau . . . 
cian Mummy penat bawak adik . . .
Jangan naughty naughty . . .


Okeyla, tu je entri buat hari ini . . . aku balik kampung sok pagi. Bye bye korang and bye bye belog. Belog akan ditinggalkan selama empat hari yea. Sempat tak belog aku ni nak bersawang? hehehehehe . . .

Chow Chin Chow!


ADIOS!

Thursday, January 19, 2012

Dua Hari

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Pe cer? Aku dah buat semua blog-walking. Penat gak la . . . . dua hari aku ketinggalan. Hmmmm . . . aku menghilang dua hari sebab si budak kenit yang sangat aktif tu demam, muntah dan berak cair. Sehingga ke hari ini poo dia still lagi cair. Aku kat opis ni masih lagi risau =___=!.

Pagi Isnin tu, dia okey, Sihat. Malam tu dia muntah dan reject susu botol. Makan pun tak berapa selera. Risau sangat. Selasa pagi badan dia panas. Aku tak pulak bawak pegi klinik sebab maybe demam biasa je. Tapi bila dah masuk hari Rabu, dia tak okey . . . maka haruslah pergi klinik.

Alhamdulillah, hari ini demam dia dah kebah. Cuma poo dia je masih lagi cair. Risau  =___=

Masa hantar dia kat pengasuh tadi, aku pesan kat Nanny dia yang dia berak cair. Sebab takut Nanny dia terleka pulak. Kang merah pulak butt dia. Lepas tu cerita ceriti sket ngan Nanny. Then, Nanny said okey. Cuma dia pun perasan masa hari Isnin tu, dia ada jugak cam dok pegang-pegang perut dia. Pastu nak berkepit je ngan Nanny. Hmmmm . . . mungkin dia dah dapat rasa yang dia tak okey.

Hopefully she will be okay today.

Aku bermohon kepada-Mu, Ya Tuhanku, Kau berikanlah anak-anak ku sebaik-baik kesihatan dan semewah-mewah rezeki dan aku memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus hikmahnya. Amin.

Inilah dia . . . yang demam dua hari, muntah dan berak cair tu . . .



p/s: badan dia sket ringan arini gara-gara kurang selera makan . . .

Wassalam.

Monday, January 16, 2012

Berita Terkini V

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Perbualan ini berlaku tika petang Khamis minggu lepas. Lupa dowh minggu lepas nak hupdate . . . Hohohoho. Perbualan ini masih lagi antara Nenek dan Cucu.

Nenek: nama kakak sape?

Cucu (Safiyyah Zaharah) : kakak yayah.

Nenek: nama adik sape?

Cucu (Safiyyah Zaharah) : adik yayah.

Hohohoho . . . . cantek kakak!. Zaharah pun zaharah la . . . tak kisah. Hehehehe . . . .

Semalam pagi, adik terkinja-kinja tepi almari berdekatan dengan kaki si Ayah. Tiba-tiba, tertonggeng. Dah tertonggeng, pe lagi nanges la.

Ibu: sakit?

Anak: atit . . .

Ibu: sape buat?

Anak: Aya uat . . .

Ibu: Hahahaha . . . . ayah buat tak tau . . . .

Ayah: duh-

Semalam petang, si kakak nak tido. Adik pulak sebok terkinja-kinja atas katil. Tiba-tiba, bedebuk!

Nah! hamek, adik yang dok terkinja-kinja atas katil tadi, kini di bawah Elok je tertonggeng tepi katil sambil nanges. Hahahaha . . . . (patut ke gelakkan anak sendirik?)

Ibu: Sakit?

Anak: Atit . . . .

Ibu: Sape buat?

Anak: Tatak uat.

Ibu: Banyakla kakak buat. Awak yang jatuh sendirik!.

Pandai je adik salahkan si kakak. Padahal si kakak elok je baring ready nak tido . . . alahai anak-anak.


Inilah dia budak yang suka salahkan orang lain, biler sendiri jatuh . . . Hahahahaha



Ini budak sangat-sangat aktif. Dok diam tak sampai 5 minit. Pastu sambung buat keroje. Panjat sini dan panjat sana. Aiyooooo!. Sila behave dear, kamoo tu perempuan, yea!.

ADIOS!

Roti Hotdog bersalut Nestume

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Resipi untuk hari ini . . . roti hotdog bersalut nestume. Nyum! Nyum!.

Bahan-bahan:

4 keping Roti gardenia (gelek sampai penyet)
2 batang hotdog
1 peket *Nesvita
1 biji telor

Cara-cara:

Belah dua hotdog. Tapi kalau tak nak belah pun boleh. If korang tak belah, korang kene sediakan empat batang la hotdog nye. Selepas dah rebus, tos kan hotdog tersebut. Lepas tu gelekkan roti sampai sedikit penyet. Gulungkan hotdog dengan roti yang telah digelek.

Lepas tu golek-golek roti tadi kat dalam telor. Lepas tu golek-golek kan roti tu dalam serbuk Nesvita. Masak dalam non-stick pan dengan sedikit mentega. Guna api kecil sebab roti ni senang hangus . . . nanti hangus tak sedap pulak . . .

* Nesvita tu jenama nestum jek. Aku selalu minum Nesvita jadi kalau korang takde Nesvita, korang boleh gantikan dengan oat. Kalau takde oat . . . takyah salut apa-apa. Korang golekkan jela roti tu dalam telor. Hehehehehe . . . .

Siap!.

Dah boleh makan . . .

Inilah hasilnya . . .



Aku punye garing sket . . . terleka ketika masak . . . huhuhuhu.

Selamat Mencuba!.

Wassalam.

Apamlicious VI

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Weekend aku kali ni sangat sebok dan schedule sangat penoh!. Weekend aritu ada dua event yang aku pegi tapi satu gambar pun aku tak hamek. Hahahaha . . . kamera bawak tapi tak capt any picture pon. Bagus!.

Sengal sudah aku ni . . .

Gambar yang adalah hasil penat jerih aku membuat apam lady bug . . . penat noks!. Kerana ianya memerlukan konsentrasi yang sangat tinggi . . .

Meh layang gambar lady bird yang berwarna warni. Yeah!.















Alhamdulillah, hasil kerja tangan yang agak penat namun berbaloi-baloi. Nak order sila call aku kat nombor ni 019 - 3031 450. Sebiji 40 sen saje. Murah jew! Minimum order is 30 pieces only. Come! Come!.

Wassalam.

Friday, January 13, 2012

7 Langkah

Selepas semua hadirin meninggalkan dia dan orang terakhir ialah Mia. Selepas tujuh langkah, Mia berlalu. Kedengaran.

“aduh, sakit. Panas. Tolong!. Tolong!. Tolong!”

"Tolong aku!."


********************************************************************
Chinta. Seorang model yang digilai kebanyakan lelaki. Tak kira lah laki orang ke, datuk orang ke, Datuk-datuk dan segala Tan Sri. Chinta seorang model yang seksi persis Neelofa. Dia jua telah berkahwin dengan seorang peguam, anak Dato' Mizal, Zafrul.

Sayangnya, Chinta tidak memiliki cinta Zafrul. Mereka kahwin atas permintaan Dato' Mizal. Dto' Mizal yang beria-ia menjodohkan Chinta dan Zafrul. Sedangkan Zafrul tidak mencintai Chinta. Chinta pula memang tidak cintakan Zafrul tapi disebabkan tertawan dengan ketampanan yang dimiliki oleh Zafrul, lalu dia bersetuju untuk berkahwin dengan Zafrul.

********************************************************************

"Zafrul!. Bangunlah. Chinta dah lewat ni nak pergi show. Bangunlah!"

"Saya tak sihat ni. Demam. Awak pergilah sendiri. Bukannya tak reti drive."

"Mengada-ngadalah!. Kalau pemalas tu cakap je lah pemalas!. Huh!"

"Saya demam ni. Awak bawa saya pergi klinik, boleh?"

"Ahhh!. Aku dah lambat!. Bye!"

Chinta meninggalkan Zafrul begitu sahaja. Begitulah Chinta lebih mementingkan aktiviti modelingnya sahaja. Tidak pernah pun dia mengambil berat tentang Zafrul selama mereka berkahwin.

"Hello, abang. Abang sihat? Mia nak datang rumah abang ni. Kak Chinta ada tak? Hello, abang. Abang."

********************************************************************
"Mia, maafkan abang menyusahkan Mia pulak."

"Takpelah, abang. kak Chinta mana? Kenapa kak Chinta tak bawak abang pergi klinik?"

"Huh! Dia tu pentingkan modeling nya saje. Aku pun tak kisah apa nak jadi dengan dia. Lantaklah!"

"Tak baik abang cakap macam tu."

"Mia kan tahu, abang memang tak pernah cinta kan kak Chinta. Abang tak pernah sayang kak Chinta. Abang sayang Mia."

"Abang ni, Mia pun sayang abang. Dah mari makan roti bakar dengan susu pekat."

Begitu manjanya Zafrul dengan adik tirinya Mia. Begitulah Mia, memang suka manjakan Zafrul. Banyak kali uminya menasihatkan Mia, jangan manjakan sangat Zafrul. Lagipun Zafrul punya isteri. Namun, Mia berdegil. Dia begitu sayangkan abangnya, Zafrul. Mia adalah adik tiri Zafrul berlainan ibu tapi sebapa.

*********************************************************************
"Mak Jemah! Mak Jemah!. Siapa yang datang tadi? Mia ye?. Perempuan tu tak habis-habis nak kacau rumah tangga aku!."

"Haah, cik Mia datang tadi Puan. Dia ada tanya pasal Puan. Saya bagitau dia yang puan keluar. Dia lah yang bawa Tuan Zafrul ke klinik tadi."

"Huh!. Perempuan ni memang melampau!. Saje menggatal dengan laki aku!. Eee, geram!."

"Puan, Mia tu kan adik Tuan. Tak baik Puan cakap macam tu."

" Kau diamlah! Kau apa tau!."

Marah betul Chinta dengan kehadiran Mia. Dia terus melihat Zafrul. Sedang nyenyak tidur.

*********************************************************************
Suatu malam, Chinta memberitahu Zafrul yang dia mengandung. Dengan penuh harapan Zafrul akan membelainya. Sangkaannya meleset.

"Aku tak mahu anak tu."

"Ini tanda cinta kita Zafrul."

"Sudah-sudahlah Chinta. Cukup-cukuplah dengan permainan kau. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat selama ini? Apa yang kau buat sebelum kau berkahwin dengan aku?"

"Apa yang kau cakapkan ni?. Aku tak faham!."

"Pandai buat pandailah kau tanggung. Aku nak keluar dari rumah ni. Rumah ini tak sesuai lagi untuk aku."

"Zafrul, jangan tinggalkan aku Zafrul. Kau mesti nak pergi kat perempuan tu kan? Kau nak jumpa Mia kan?"

"Mia lagi baik daripada kau!."

*********************************************************************
"Tuan, baliklah tuan. Puan Chinta sakit. Baliklah tuan."

"Buat apa saya balik Mak Jemah. Sepatutnya Chinta yang memohon maaf dari saya. Bukan saya pergi kepadanya."

"Chinta sakit teruk, tuan. Dia dah  tak mampu untuk berjalan pun, tuan. Dia asyik panggil tuan je. Balik la tuan. Risau Mak Jemah tengok puan Chinta tu."

"Tengoklah macam mana, Mak Jemah."

*********************************************************************
Kedengaran bacaan yassin dari rumah Chinta. Mia cuba menelefon Zafrul. Namun tidak dapat dihubungi. Jenazah Chinta telah selamat dimandikan dan dikafankan. Jenazah Chinta sudah bersedia untuk dibawa ke tanah perkuburan.

Setelah jenazah tiba dia tanah perkuburan, hujan dengan lebat turun dan menyebabkan lubang kubur untuk Chinta hampir suku dipenuhi air. Mereka teruskan juga untuk meletakkan jenazah ke dalam liang lahad. Hujan tak menampakkan untuk berhenti. Ketika jenazah sedang dibawa masuk, tiba-tiba terpancut darah dari mulut jenazah dan mengeluarkan bau yang busuk.

Hampir kesemua hadirin yang datang menekup hidung dan mulut. Mia menitiskan air mata melihatkan jenazah menerima azab yang sebegitu sekali.

Cepat-cepat mereka mengambus tanah kubur tersebut. Pak Imam membaca doa supaya dikurangkan azab untuk Chinta dan membacakan talkin untuknya. Kini, tinggallah Chinta bersama-sama dengan amalannya.

*********************************************************************
Chinta kehidupan dia tidak sama dengan orang lain. Sebelum dia berkahwin, bersenggama dengan lelaki tanpa punya ikatan yang sah. Begitu juga pabila Chinta sudah berkahwin dengan Zafrul. Minum arak umpama minuman wajib baginya. Kehidupan sebagai model membuatkan Chinta lupa halal haram dan lupa agama.

Zafrul pula sudah lama mengetahui cerita Chinta. Tapi dia tidak mampu untuk menghalang. Sudah ditegur, namun Chinta bagaikan mencurah air ke daun keladi. Dan Zafrul tidak pernah pun menyentuh Chinta dari semenjak mereka diijabkabulkan.

**********************************************************************

Cerpen aku yang kedua. Awal-awal tahun ni rajin pulak aku taip dan reka cerpen. Lepas-lepas ni aku tak tau lah rajin ke tak . . . . bergantung kepada idea. Yeah!

ADIOS!

Never Had A Dream Come True

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Tiba-tiba teringat lagu S Club Seven. Never Had A Dream Come True. Hmmm, first time aku dengar lagu ni masa kat UiTM, Melaka. Kelakar giler masa tu . . . mau taknye. First time aku berjauhan dengan family. Sangat merindui family waktu itu.

Jom layan lagu ni . . . walaupun kat PC opis aku ni takde speaker, tapi terngiang-ngiang lagu ni kat telinga kau. Hahahhaa . . . so drama queen!.




Pagi tadi dengar lagu Flying Without Wings - Westlife. Giler lama tak dengar lagu tu. Westlife is one my favourite artist. CD Westlife? Takyah citer la . . . ada je aku beli. Last CD aku beli Unbreakable. Pastu tak beli dah. Sebab aku dah jumpe boy aku. Hahahaha . . . matik la perasan!.

Ok bye!

Friday the 13th

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hari ni korang perasan tak? Date? tiga belas haribulan la. Hoohoho. Teringat aku kat Jason Voorhees. Aku pun cam dah lupa citer pasal Jason ni. Tadi aku mati-mati ingat Friday the 13th ni ada kait ngan Freddy Krueger. Ops! silap. Hehehehehe . . .

Cerita kat bawah ni aku amek kat wikipedia . . . serba sedikit pasal Jason. Selamat membaca lah yea.

On June 13, 1980, a young Jason Voorhees (Caleb Guss) witnesses his mother (Nana Visitor) being beheaded by a camp counselor (Stephanie Rhodes), who was trying to escape Mrs. Voorhees's murderous rampage around Camp Crystal Lake. Approximately 30 years later, a group of vacationing friends—Wade (Jonathan Sadowski), Richie (Ben Feldman), Mike (Nick Mennell), Whitney (Amanda Righetti) and Amanda (America Olivo)—arrive at Crystal Lake on a camping trip to find some marijuana that was planted in the woods. As Mike and Whitney explore the abandoned Crystal Lake camp, an adult Jason (Derek Mears) begins to kill the rest of the group one by one. Jason also kills Mike, but he spares Whitney and decides to kidnap her because she resembles his mother at a young age.

Six weeks later, Trent (Travis Van Winkle), along with his girlfriend Jenna (Danielle Panabaker) and their friends Chelsea (Willa Ford), Bree (Julianna Guill), Chewie (Aaron Yoo), Nolan (Ryan Hansen), and Lawrence (Arlen Escarpeta) arrive at Trent's summer cabin on the shore of Crystal Lake. The group is unaware of the events that occurred a few weeks prior. Clay Miller (Jared Padalecki) arrives in town to search Crystal Lake for his sister Whitney, whom he believes to be alive. Clay eventually makes his way to Trent's cabin, where Jenna agrees to help him look for his sister on the other side of the lake. As Clay and Jenna search for clues, Jason kills Chelsea and Nolan, who are wakeboarding on the lake. Clay and Jenna reach the old Crystal Lake campgrounds, where they witness Jason hauling a dead body into one of the abandoned camp houses.

The pair run back to warn the others about Jason, who soon arrives and cuts the power to the cabin. After killing Chewie and Lawrence, who ventured outside the house, Jason sneaks inside the cabin and kills Bree. Trent, Clay, and Jenna escape the house, but Trent is killed when he reaches the main road. Jason then chases Clay and Jenna back to the campgrounds, where Clay discovers Jason's lair and finds his sister chained to the wall. Clay frees Whitney, and all three attempt to escape as Jason arrives. The trio find an exit, but Jenna is killed before she can get out. Jason comes after Clay and Whitney, but Whitney, by pretending to be Mrs. Voorhees, uses Jason's love and memory of his mother to distract him long enough to stab him in the chest with his own machete. Afterward, Clay dumps Jason's lifeless body into the lake. Before he and Whitney can leave, Jason bursts through the wooden dock and grabs Whitney.

Jom, malam kang nak ajak Encik Usben tengok citer ni. Jangan aku tido sudah. Hahahahaha . . .

Alaaa, malam ni ada janji ngan Auntie Murni lah. Almost forgot. Thank you Allah sebab ingatkan aku. Hehehehehe . . . Nak pegi  tengok baju panten dan sewa pelamin. Saper yang akan pakai baju panten? Saper yang akan naik pelamin? Saper nak kawen? Jeng. jeng. jeng. Akan di war-war kan nanti. Tungguuuuuu . . .



Tadi biler tengok si Freddy Krueger ni senyum . . . cam cute la plak. Hah! giler. Dialah orang yang aku takmo jumpe dalam mimpi. Matik la ko dalam mimpi.



Pegi menyorok cepat!. Jangan sampai he will haunt you down. Hohohoho . . . tahan nafas dan cari tempat perlindungan yang dia takkan jumpe. Hohohoho . . . . larik!

Dua-dua menakutkan . . . tapi aku takutkan Allah lagi. Jangan salah faham dengan entry aku hari ini. Bukannye aku tak ingat Allah. Aku ingat. Allah sentiasa di hati. Aku berkata begini sebab aku tahu nanti ada yang berkata-kata dan akan memberi comment yang mencantas entry aku hari ini . . . Hohohoho

Ok, chow!


ADIOS!