OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, August 2, 2011

Tolong! Awek Aku Pontianak!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku penat selepas berhempas pulas mengejar Cik Bebet kat Carrefour tadi. Boleh plak nak main lari-lari satu Nagoya! Lepas tu siap jerit tak dapat, tak dapat. Apa dia ingat aku dok lari ikut dia, dok main kejar-kejar ke?

Alooolooo. . . .anak anak. Kamu belum memahami lagi erti berlari ketika berpuasa. Sangat penat dan haus, okeyh!. At last, gara - gara tak reti dok diam, aku belikan dia eskem sundae cap McD. Sangat tergoda di kala kehausan. Damn! Pastu Umi aku banje pulak dia muffin cap Delifrance.

Aku bukan nak cakap pasal Cik Bebet yang tak pose tu. Aku nak cakap pasal movie seterusnya yang aku layan di hujung minggu lepas. Tolong, Awek Aku Pontianak!. Memang layan citer ni. Aku syorkan korang tengok la citer ni. Memang layan!

Citer ni hasil garapan James Lee. Eh! kenapa aku suka guna perkataan garapan nih?. Tak kisah la. Lakonan dari Zahiril Adzim (Bob), Sazzy Falak (Maya), Liyana Jasmay (Liyana), Sufian Mohamed (Pian), Nurul (Nadia), Rashidi Ishak (Faizal), Harun Salim Bachik (Aaron Slam Bach). Ramai plak pelakon dia. . . .jadi aku letak yang penting je lah!

Bob seorang lelaki yang baik hati dan lurus bendul dan berkawan baik dengan Pian. Bob dan Pian baru berpindah rumah sebab nak bina hidup baru. Kenapa nak bina hidup baru? Sebab si Bob ni baru lepas berpisah dengan makwe dia Ina (lakonan Faezah Elai).

Aku tak boleh blah ada satu dialog antara Bob, Pian dan Agen Rumah (lakonan Afdlin Shauki).

Bob : Encik, encik kata kawasan perumahan ni ada orang international?
Agen Rumah : Ye, ada ada. Myanmar, Nigeria, Bangladesh, Vietnam, Indonesia. . .international la tu kan?

Bob & Pian kelu lidah tak berkata apa-apa. . . .

Maya, hantu pontianak yang terkena sumpahan. Hanya cinta sejati saje yang boleh hilangkan sumpahan tu. Macam citer omputeh la pulak kan? Maya ni jiran kepada Bob.Permulaannya, Liyana tak suka dengan Bob dan Pian sebab takut identiti mereka terbongkar. Tapi, lama kelamaan Liyana dapat menerima Bob. Gara-gara insiden 'gangguan' yang dilakukan oleh mereka terhadap Bob. Scene ni scene WAJIB tengok!

Pastu ada la scene tok bomoh Aaron Slam Bach dan true love kiss. wah! seyes macam citer omputeh. Hehehe. . . .



p/s: Selamat Menonton!


ADIOS!

1095 days!

Assalamualaikum, semua ;)



Hai, korang!. 
Pejam celik pejam celik mata aku ni haaa, 
tak sangka tiga tahun aku ngan Encik Usben 
da idop sama dan tido sama. 
Ho ho ho. 
Tiga tahun dua anak. 
Kalau enam tahun ada empat anak tak? 
wakakakaka

Pagi-pagi tadi aku dah wish kat Encik Usben
. . . .
dan 
sekarang tengah tunggu Encik Usben wish kat aku pulak. 
Ha ha ha. . .
boleh ke macam tu?

Aku berdoa semoga kasih sayang 
dan 
jodoh kami panjang hingga akhir hayat. 
Semoga Allah memberikan kami rezeki lagi banyak. 
Namun, 
aku bersyukur kerana Allah memberikan aku Encik Usben yang penyayang dan baik hati. 
Tu je ke? ? ? ada la lagi
malas aku nak type banyak-banyak. 
Tak kuasa.

tu je lah entri untuk arini. 
Nanti, bila aku lapang
. . . .
aku update la lagi yea. 
Okay, bye.

saje tulis entri ni guna font besar. . . .sengals!

p/s: semalam buka Bihun Goreng, Murtabak, Air Laici dan Air Teh 'O' Panas.


ADIOS!

Monday, August 1, 2011

Momok Jangan Panggil Aku!

Assalamualaikum, semua ;)



Hai, korang!. Aku tak tau la nak klasifikasi kan citer ni tahap apa. Semput aku tengok! Bukan semput sebab seram. Tak seram langsung! Cam apa je. Best lagi Antoo Fighter kot. Dan aku tak tau jugak citer ni hantu seram atau hantu lawak. Entahlah. . . .






Jalan citer dia?. . . .kejap aku kene check memory status aku. takleh nak detect lah citer ni. sebab citer ni tak patut simpan kat dalam memory card aku. sebab memang tak best. tak boleh nak layan lah citer nih! Best lagi You Saka Pergi Jauh-Jauh!

Ramlee (M Jamil) menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh (Cassandra Patrick), seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin (Ariff S Shamsudin) menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh  ni citer pasal citer hantu yang seram. Takdela seram mana pon citer dia. Gara-gara teknik dan garapan yang dilakukan tak kemas dan ntahla. memang tak seram langsung lah! Mula-mula dia citer pasal Hantu Raya. Abih tinggi aku terkejut je sebab kucing. Ingatkan hantu. Duh!

Biasalah Lebuhraya Karak tu kan sangat popular dengan citer Volkswagen Kuning tu. Maka, M.Jamil pun takmo terlepas daripada menceritakan pasal Volkswagen Kuning tu. Seyes, memang tak jadi. Citer Karak nyer volkswagen lagi jadi. Tetiba diorang terasa macam ada langgar budak ke apa ntah, punya lah rajin siap buat report polis lagik. Pemandu berhemah la katakan. Kene la report polis. Rupa-rupanya dah ada 5 report yang sama. Dan pihak polis masih lagi buat macam biasa. Hahahahaha. . . .

Lepas settle kat Balai Polis. Diorang lalu jalan mana ntah. Jumpa la sorang budak pompuan yang sakit perot dan terkentot kat dalam kete. Konon nak bikin seram la tu. Tak jadi pon sebab budak pompuan tu punye baju nampak berpeloh-peloh. Sah-sahla orang. Takkan hantu berpeloh kot. Apa daa?

Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Yang pelik tu kenapa ntah si Ramlee kata sebelum Zohor aku sampai. Konon nak ikut dialog dalam Seniman Bujang Lapok! Dey! takpayah la tiru dialog citer-citer lama. Korang dah takde idea nak buat skrip ke? Dahla, cara cakap pun dah macam tiru orang-orang lama punya cara cakap! carila identiti sendirik!

Lepas da jumpa Ita tu. Si Qaseh ni sambung la pulak citer dia pasal Polong. Pun tak seram jugak. Ntah apa-apa. Seyes memang ntah apa-apa. Dah settle citer Polong, terserempak la pulak Abang Long ni. Abang Long ni lakonan Uncle Seekers. Tak lucu langsung lawak yang dia cuba sampaikan. Tetengah malam lapar pastu sesuka hati singgah kedai makan tepi jalan nak makan. Pikirlah sket mana ada kedai yang bukak tepi-tepi jalan dalam kampung pulak tu. Senget!

Memandangkan citer nye dah terlampau mengarut dan aku tak mampu nak teruskan menontonnya. Maka, Encik Usben menghabiskan tontonan. wakakakakaka. . . .apa yang aku tau ending dia si Aziz tu sebenarnya dah mati. Ntah camne dia leh call si Ramlee ni kata yang dia ada wat majlis. Yang si Abang Long tu pun hilang ntah ke mana. Rupa-rupanya Abang Long tu pekak dan bisu. Dia hanya penggali kubur disitu. Siapa Abang Long yang ada dalam kete dengan diorang tu? Ntah hantu mana yang menyamar jadi Abang Long tu. Duh!

Serius! serabut kepala otak aku tengok citer Momok Jangan Panggil Aku nih. Tak tau nak kata apa. . . .Minta maafla ye Encik M Jamil. Garapan kau kali ni memang tak menjadi. Otak aku memang tak boleh terima filem sebagai filem seram. Kelakar? lagila takde!

p/s: Scary Movie lagi okey.


ADIOS!

Kisah Seram Flat 3A

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Hari Sabtu lepas aku menonton cerita Flat 3A. Peratus seram. . .tak seram. Biasa-biasa je. Aku tengok citer ni pun sebab abang kawan aku ada berlakon dalam citer tu. Suda jadi retis la dia. Ho ho ho. . . dulu masa zaman skolah dia tolong hantar kami pergi tuition. tettttt-



nilah dia yang selalu hantar kawan aku ngan aku pegi tusyen. . . hehehehe


sedikit kekelabuan disitu. . . takde gambo besar la. da kaweng da mamat ni. nama dia Ery Zukhairi. Aku bukan nak citer pasal mamat ni. Aku nak citer pasal citer Flat 3A.

Citer ni dilakonkan oleh Intan Ladyana (Fiqah), Shasha (Ratna), Adey Syafrein (Anas), Ery Zukhairi (Wahyu), Zaidi Omar (Kang Suman) dan Khaty Azean (Ibu Fatin a.k.a Kakak Wahyu).

Fiqah dan Ratna kawan satu kilang. Fiqah dan Anas pasangan kekasih yang terlanjur. Maka Fiqah harus menggugurkan kandungan supaya tidak diketahui orang. Cliche disitu. Maka, untuk memulakan hidup baru konon, pindah la Fiqah dan Ratna kat Flat 3A umah no. 301. Giler arrr umah camtu nak duduk siap bersawang segala bagai. Dinding pun cam hape je. . . .kalau aku takmo pindah umah camtu. Cam seram jek. Budak Fiqah ni kene ganggu ngan makhluk halus lepas dia gugurkan kandungan dia lah. Tapi bila dah sampai kat Falt 3A tu, lagilah dahsyat gangguan dia. Cantek!

Rupa-rupanya dalang dari segala gangguan yang diterima Fiqah ialah kekasih nya sendirik. Anas. Damn. Kepada para-para gadis sila selidik dulu kekasih hati korang yea. Tak pasal je korang jadi macam Fiqah - mangsa keadaan.

Mangkok Anas ni lah. Sebab gilakan harta bapak dia sanggup bersekongkol dengan Kang Suman (bomoh) untuk bunuh bapak Anas (lakonan Aman Shah). Siap masuk paper lagik. Pengerasnya Anas kene cari darah kanak-kanak kot. (aku pun tak berapa nak hengat sangat darah jenis apa yang dia nak). Kanak-kanak tu la Fatin. Fatin tu anak buah kepada Wahyu. Nak tau apa upah yang Kang Suman dapat? Kene bunuh. Sebab Kang Suman tu nak 50% dari harta yang si Anas tu dapat. Saper yang nak bagikan?

Ratna ni la dalang nombor dua nya. Ratna ni anak Kang Suman. Jadi dia nak balas dendam kat Anas sebab kematian Kang Suman. Chantek! Padan muka ko Anas. Orang buat jahat memang akan dibalas dengan kejahatan. ho ho ho. . . .

Ending? Aman Shah (bapak Anas) mati. Kang Suman mati. Anas mati dan Ratna pun mati jugak. Yang hidup? Fiqah, Wahyu dan Kakak Wahyu. Moral of the story? Jangan bersekongkol dengan syaitan. Hanya sebab harta nak berbunuh-bunuhan bagai.

p/s: aku bersyukur dengan segala rezeki yang aku dapat tika ini. Amin.


ADIOS!

Dua Puluh Lapan Julai hingga Tiga Puluh Satu Julai!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Camner posa arini? dah plan nak buka apa? aku ngan Umi aku dah plan takmo buka makan nasi. nak makan makanan selain dari nasi. Harus diet okeyh! Berat aku? Mencanak naik ke 50kg. Diulang 50kg. Gara-gara nafsu buas aku sendirik! Nyampah tau.

Hari Khamis ritu, Malaysia VS Singapura. Sedikit kehampaan disitu. Malaysia tak dapat meneruskan perjuangan ke Peringkat ketiga. Takpelah mungkin bukan rezeki Malaysia. Walaupun ini perlawanan kali ke-11. Ho ho ho. Aku rasa masalah skuad Harimau Malaya ialah strategi dan teamwork. Kita sendiri boleh nampak macam mana skuad Singapura punya teamwork. Tak payah la aku bebel kat sini. Bukan ada sape-sape pun nak baca dan amek tau. Ini cuma bebelan aku sahaja.

Walaupun begitu, Congratulations for Singaporean Team because you all guys the best ACTOR for that night. And Big Thank you to Malaysian Team because you all guys did a very good job.

Especially Khairul Fahmi Che Mat, I think you are the best player for that night. To Khairul Fahmi Che Mat, please do settle all your problems with Elia. Please do settle it in Malaysian way yang penuh dengan sopan santun dan berbudi bahasa. Okay!

Hujung minggu aku ditemani oleh keluarga tersayang. Hari Sabtu aku ngan Umi masak Bihun Sup untuk keluarga tersayang. Hari Ahad pulak, Abah aku pulak masak Rendang Campur. Layanzz.

p/s: nanti aku update aku tengok movie apa Hari Sabtu aritu.


ADIOS!