OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, August 30, 2013

banyak sangat

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran dan Salam Kemerdekaan.

Esok Hari Merdeka. Alhamdulillah dah 56 tahun kita merdeka. Negara dah Merdeka. Tapi aku rasa budak-budak sekarang dah macam kene jajah pun ada. Fashion, percakapan dan cara kehidupan tak melambangkan yang korang ni dah merdeka.

Tapi aku bukan nak cakap pasal kemerdekaan. Bukan.

Aku nak mohon pencerahan daripada cikgu cikgi tentang displin pelajar-pelajar sekolah. Sebab beberapa tahun kebelakangan ini aku dapat lihat pelajar-pelajar banyak sangat berpeleseran di luar sekolah sedangkan waktu sekolah sudah bermula.

Kenapa yea?

Pelajar sesi petang ke? Tapi kalau pelajar sesi petang takkan la pukul 8 pagi dah sampai kawasan sekolah? Kan?

Atau...

Ada kelas tambahan? Kalau tak salah aku kelas tambahan selalu bermula pun jam 10 ke atas...kalau ada kelas tambahan pukul 8 pagi bermula...tapi kenapa pelajar ada di luar sekolah pada jam 8.30 pagi?

Seingat aku....

Masa zaman aku bersekolah, ada jugak cikgu displin atau penyelia pagi atau penyelia petang bawak rotan sebatang dan 'bersiar-siar' mencari pelajar yang tak masuk sekolah lagi...

Hmmmm....

Dan seingat aku juga....

Polis pun banyak jugak 'bersiar-siar' sambil melihat-lihat pelajar. Sekarang dah takde... Kenapa erk?

Atau...

Pelajar sekolah sekarang dah tak boleh disentuh, ditegur atau dibentak oleh cikgu cikgi sekolah? Hamboih! Melampau korang. Korang dah cukup dewasa ke tak perlu ditegur? Dah cukup pengalaman hidup?

Aku ingat lagi...zaman aku sekolah dulu. Pernah je kene cubit, rotan dengan kene denda. Denda jalan itik la. Denda berdiri atas kerusi lah. Denda berdiri kat luar kelas lah. Aku citer jugak kat Umi ngan Abah aku yang aku kene semua tu. Tapi tapi tapi diorang takde pun amek tindakan kat cikgu cikgi.

Sebab...

Diorang tau cikgu cikgi tu nak mengajar anak-anak diorang. Dan diorang juga anak diorang ni takdelah baik sangat!.

Hohohoho...

Sekarang ni aku nak mohon pencerahan dari Ibu Bapa yang punya anak-anak remaja, pelajar-pelajar sekolah yang bermasalah dan cikgu cikgi.

Aku tak faham kenapa budak-budak Melayu berperangai sebegini...Kalau macam ni punya perangai, kalau dapat pendidikan percuma. Memang takdelah korang nak belajar rajin kan? Sedangkan sesi pembelajaran yang bayar pun korang boleh ponteng sana sini...

Tolonglah wahai pelajar Melayu...kita sepatutnya maju kehadapan bukan kebelakang. Kita patut berdaya saing dengan bangsa dan agama lain.

Apa-apa pun TAHNIAH buat pelajar-pelajar Melayu yang berjaya tidak kira kat dalam Malaysia atau luar Malaysia.

Tolong tolong dan tolong jangan khianati kepercayaan dan harapan ibu ayah korang. Walaupun diorang tak tunjuk kekecewaan...tapi ada disudut hati diorang sedikit kekecewaan.

Please....

Ok. Bai-