OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, September 7, 2012

Bihun Singapore Chepah Style

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lama kot aku tak share resipi ngan korang. Arini aku baik hati sket nak share resipi. Hahahaha. Resipi yang kebanyakan orang dah tau macam mana nak buat.

Sengals.

Tapi nak share jugak. Tapi aku takdelah macam pakcik aku kata, sampai kan buat sardin masak asam pun nak share dalam belog. Hehehehehehe.

Itu lauk orang bujang. Boleh je kalau nak share. Mana tau ada abe-abe ngan awe-awe nak lauk hok simple-simple.

Bihun Singapore aku ni pong simple jugaks. Kalau dah kata Chepah Style. Sah-sahla aku akan menderhaka kat original nya resipi. Hehehhee.

Bahan-bahan (untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak):

Bihun (sudah pasti)
1 ulas bawang merah (didadu)
2 ulas bawang putih (didadu)
1 dada ayam
2 batang celery
1/2 batang lobak merah (disagat)
2 biji jagung muda
3 biji cili padi (belah dua)
1 biji telor ayam
Lada sulah
Lada hitam
Garam
Sos tiram

Cara-cara:

1. Korang potongla mana yang patut potong. Bihun tu rendam dulu yep.

2. Tumis bawang putih, bawang merah, ayam dan cili padi. Masukkan sayur dan sos tiram. Masak sebentar.

3. Masukkan telor. Kacau kacau. Godek godek. Stir stir.

4. Masukkan bihun. Kacau sebati. Jangan sampai hancur plak bihun tu.

5. Masukkan lada hitam, lada sulah dan garam ikut hati korang lah.

Siap!

Hasil?

Ini hasil yang aku tapau dari umah. Gagagagaga.