OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, August 11, 2011

BEBOT

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Camne puasa? Okey? Masih lagi takde lobang? Alhamdulillah. Diam tak diam dah 11 hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah. Semoga kita dapat meneruskan sehingga 29 Ramadhan. Dah hampir bersawang kot aku punya belog ni.

Sangat sebok la beberapa hari ni. Banyak sangat quotation nak kene handle. Aku da rasa macam nak muntah! tapi kang muntah batal plak posa kan? Maka ku telan jua. . . . .hu hu hu

Sepatutnya aku update pasal budak dua orang ni semalam. . . . sebab semalam ngam-ngam budak dua orang ni 2 tahun 3 bulan & 11 bulan.

Mula-mula kita update pasal Cik Bebet. . . .



Cepatnya masa berlalu, dah 2 tahun 3 bulan anak ibu ni. Cepatnya membesar. Cik Bebet sekarang ni da boleh mengira satu sampai lima. Alhamdulillah. Dah pandai nyanyi A B C tapi yang dengar ABC . . . . .XYZ sahaja. Huruf yang lelain tak tau pegi mana. ho ho ho. . . .

Kalau lapar cakap nak makan nasi sambil pegang perut. Comey. Dah tau bila makan kene tadah tangan baca doa. Pantang dengar ayat al-quran je nak tadah tangan. Kira okay la kan? Kalau ajak baca Al-Fatihah. . . . dia ikut baca cuma dengar yang hujung saje. Tak kisahla janji ada munyik kan? hehehehe

Dah settle pasal kakak. . . .nak citer pasal adik pulak Cik Bobot. . . .


Anakku. . . .rasa macam baru je semalam melahirkan kamu. Cepat betul sesi tumbesaran kamu. Cik Bobot dah boleh jalan without ada orang pegang atau pegang apa-apa pada 04 Ogos 2011 aritu. Alhamdulillah. Gigi pun dah tumbuh empat batang.

Pagi-pagi bangun mesti nak kejut kakak. Panggil 'aaahhh'. Ayah pun panggil 'aahhh'. Layan kan aje. Ho ho ho.

Cik Bebet dah tak makan bubur. Dia prefer nasi instead of bubur. Tak kisahla, janji makan.

Beza budak dua orang ni? Kakak tak suka makan jelly. Adik suka makan jelly. Kakak tengok tv sangat tekun. Adik pulak bila tengok tv akan memberi reaction such as mulut dia akan menjadi sangat becok. Haiihhh-

Sekian, laporan terkini untuk budak dua orang tu. Nanti aku update lagi. Hehehehe. . . .

p/s: semalam buka makan makaroni goreng!


ADIOS!

Tuesday, August 9, 2011

Hope She Will Be Okay!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Entri pantas kali ni. Aku harap ex-officemate aku dalam keadaan sihat dan sentiasa didalam rahmat Allah s.w.t. Aku baru je dapat berita yang dia jatuh sakit. Dah dua minggu. Ujian dari Allah untuk dia. Namun, dia dah berjumpa dengan doktor tapi doktor sendiri kata dia dalam keadaan sihat.

Ya, Allah. Kau selamatkan sahabatku dari sifat hasad dengki manusia. Dari maklumat yang aku dapat, dia nak cuba perubatan kampong pulak. Harap-harap dia okay. Aku da try call dia nak tanya bagaimana keadaan dia, tapi masuk voicemail la pulak. Gundah gulana pulak hati ni. . . . .

Rakan-rakan, mari kita berdoa kepada Allah supaya sahabat aku sihat dan dapat meneruskan tanggungjawab dia kepada suami, anak-anak dan Allah.

p/s: setiap satu kesakitan yang kita alami akan hilang satu dosa kecil. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita. Amin.


ADIOS!

otak letak kat punggung kot!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Saat-saat kesibukan melanda diri aku beberapa hari ini. Sampai tak menang tangan nak handle semua projek yang masuk. Nak nanges pun ado. Hu hu hu. . . .

Hujung minggu yang lepas, aku dan family balik Banting. Berbuka posa kat umah in laws. All Encik Usben siblings ade. Meriah gak la. Makanan penoh meja! Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

Tahniah untuk all government sectors yang dapat Bonus raya! Including pensioners! So, that means my grandfather and my Umi pun dapat bonus raya. . . .Maka, aku ingat aku nak rompak atok aku. Ha ha ha. . . . aci tak?

okey, kita masuk cerita yang aku nak cerita nih!

Semalam, Umi ngan Abah aku pegila jenjalan kat Giant, Permata. Pastu lalu la kat area Wangsa Maju. Tetiba ternampak ada satu pompuan ngan baby nanges kat bustop. Dekat kaki pompuan tu ada beg besar. Jadi, disebabkan kebizibodian, Umi ngan Abah aku pon pegila kat pompuan tu tanya kenapa dan apa dah jadi.

Budak pompuan tu kata suami dia halau dari umah dan selalu pukul dia. Budak pompuan tu muda lagi. Umur baru 22 tahun. Anak dalam 4 - 5 bulan camtu. Suami dia bekerja sebagai pihak berkuasa yang beruniform! Lelaki dayus!

Kenapa aku cakap laki tu dayus? Dah kantoi ngan bini, kau main message ngan pompuan indon sana, pompuan melayu sini, berYM bagai, keluar sana, keluar sini. . . .sampai tak ingat anak bini. Bila dah kantoi, sesuka hati mak pak atok makcik jiran sebelah umah ko je nak pukul bini! Dalam Islam ada bagi ke pukul bini, kalau ko kantoi ngan bini sebab main dengan pompuan lain? ada? takde kan?

Dengan belas kasihan Umi ngan Abah aku pon, bawakla budak pompuan tu pegi jumpa kakak dia. Dah jumpa kakak dia kat Wangsa Maju, bawak dia kat umah kakak dia pulak. Lepak le dia kat umah kat kakak dia. Apa jadi pada beliau, hanya Allah saja yang tahu. Semoga Allah melindungi dia.

Morale of the story. Orang lelaki cuba jangan pukul isteri dengan sesuka hati! Kalau dah memang salah, ngaku jelah! Buat malu kaum Adam jek!

p/s: Jangan gunakan kekerasan terhadap wanita!


ADIOS!

Friday, August 5, 2011

kemelampauan yang terlampau!

Assalamualaikum, semua!


Hai, korang!. Camne ngan posa? masih maintain? Alhamdulillah. Semoga puasa dan amalan yang kita lakukan diberkati oleh Allah dan diterima oleh-Nya. InsyaAllah, Amin.

Semalam aku buka fesbuk, ada la pulak orang post benda ni. Hish! aku tak tau la kenapa dengan pemikiran manusia zaman sekarang. Kurang didikan agama? atau tidak memahami agama atau ntah la. . . .aku harap mereka yang membuat onar sebegini mendapat taufiq dan hidayah daripada Allah s.w.t. Semoga mereka insaf dengan apa yang mereka perkatakan. . . . .


p/s: Iman tak dapat diwarisi


ADIOS!

Tuesday, August 2, 2011

Tolong! Awek Aku Pontianak!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku penat selepas berhempas pulas mengejar Cik Bebet kat Carrefour tadi. Boleh plak nak main lari-lari satu Nagoya! Lepas tu siap jerit tak dapat, tak dapat. Apa dia ingat aku dok lari ikut dia, dok main kejar-kejar ke?

Alooolooo. . . .anak anak. Kamu belum memahami lagi erti berlari ketika berpuasa. Sangat penat dan haus, okeyh!. At last, gara - gara tak reti dok diam, aku belikan dia eskem sundae cap McD. Sangat tergoda di kala kehausan. Damn! Pastu Umi aku banje pulak dia muffin cap Delifrance.

Aku bukan nak cakap pasal Cik Bebet yang tak pose tu. Aku nak cakap pasal movie seterusnya yang aku layan di hujung minggu lepas. Tolong, Awek Aku Pontianak!. Memang layan citer ni. Aku syorkan korang tengok la citer ni. Memang layan!

Citer ni hasil garapan James Lee. Eh! kenapa aku suka guna perkataan garapan nih?. Tak kisah la. Lakonan dari Zahiril Adzim (Bob), Sazzy Falak (Maya), Liyana Jasmay (Liyana), Sufian Mohamed (Pian), Nurul (Nadia), Rashidi Ishak (Faizal), Harun Salim Bachik (Aaron Slam Bach). Ramai plak pelakon dia. . . .jadi aku letak yang penting je lah!

Bob seorang lelaki yang baik hati dan lurus bendul dan berkawan baik dengan Pian. Bob dan Pian baru berpindah rumah sebab nak bina hidup baru. Kenapa nak bina hidup baru? Sebab si Bob ni baru lepas berpisah dengan makwe dia Ina (lakonan Faezah Elai).

Aku tak boleh blah ada satu dialog antara Bob, Pian dan Agen Rumah (lakonan Afdlin Shauki).

Bob : Encik, encik kata kawasan perumahan ni ada orang international?
Agen Rumah : Ye, ada ada. Myanmar, Nigeria, Bangladesh, Vietnam, Indonesia. . .international la tu kan?

Bob & Pian kelu lidah tak berkata apa-apa. . . .

Maya, hantu pontianak yang terkena sumpahan. Hanya cinta sejati saje yang boleh hilangkan sumpahan tu. Macam citer omputeh la pulak kan? Maya ni jiran kepada Bob.Permulaannya, Liyana tak suka dengan Bob dan Pian sebab takut identiti mereka terbongkar. Tapi, lama kelamaan Liyana dapat menerima Bob. Gara-gara insiden 'gangguan' yang dilakukan oleh mereka terhadap Bob. Scene ni scene WAJIB tengok!

Pastu ada la scene tok bomoh Aaron Slam Bach dan true love kiss. wah! seyes macam citer omputeh. Hehehe. . . .



p/s: Selamat Menonton!


ADIOS!