OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, December 30, 2010

Sivaji The Boss

Korang layan tak citer @ filem Tamil? Aku layan je kalau story line dia best. Kalau tak tak best nak watpe layan...wat pening pale jek. Semalam kat channel astro@110 aku ngan Encik Usben melayan citer Sivaji The Boss. Walaupun kami berdua da tengok citer ni banyak kali...tapi saje suka tengok lagi skali..Hahahaha! Kebanyakan citer dari Superstar Rajnikanth ni memang best2..jarangla menghampakan.Layan!

Citer Sivaji The Boss pasal Sivaji ni nak bukak universiti and sepital percuma untuk orang kampung dier. Perrgghh! giler murah ati mamat neyh! Yuran xyah bayar, pendek kata semua la free. Bagusnyer (^^,) Dalam pada tu, dia kene gak cari bini. dia cari bini dia kat kuil....yela sebab kat kuil je yang leh jumpa gadis-gadis alim.Bleyla kan guna ayat alim????
Biler da jumpa gadis idaman..mula la sesi mengurat. Part mengurat and amek ati parent si heroin pun bermula. Lawak giler dowh! Paling tak tahan sanggup Sivaji ni beli FAIR & LOVELY manyak2 semata-mata nak jadi putih cam heroin gaks! Hahahahahaa....aku tak tau la orang Malaysia nak buat ke cam si Sivaji ni buat. Tak leh blah....huhuhuhuu
Biasala biler da ada HERO mestila ada ORANG JAHAT kan? Orang jahat ni pun ada bukak universiti tapi makan rasuah punya universiti. Hampeh. Sebab tu la Sivaji ni nak buat Universiti and Sepital FREE OF CHARGE! Bukan senang nak buat universiti and sepital kat India neyh...semua nya nak rasuah baru leh bina, kalau tak lambat la. Silap aribulan tak leh bina langsung (tu la yang terjadi masa pembinaan stadium untuk sukan commonwealth ritu) ORANG JAHAT kan slalu busuk ati biasela ada je yang dengki...macam2 la ORANG JAHAT tu buat...
Ending? cam biase la HERO mesti menang! HERO mesti dapat HEROIN. nak tau ending lebey lanjut? Sila la tonton citer ini...hehehehe. Tak aci la kalau aku citer...(jelir lidah)

2011


Pejam celik pejam celik da nak masuk 2011...Ayat klise : Azam da settle? Apa azam tahun depan?....Aku? Azam 2010 kene brought forward to 2011. Ganti pose...manyak plak tu...Semoga aku dapat ganti pose aku dengan keizinan dari-Mu ya Allah. Lagi azam aku...harap-harap dapat beli umah lepas bulan 5. Biler da beli umah kene beli perabot lagi.....manyak nyer mende nak beli...Kalau aku amek perabot dari umah UMI aku aci tak? Nanti UMI aku belila perabot lain...Hahahahaha!
Kalau adik aku Encik Usni baca blog neyh mesti dia ngamuk sebab aku nak hi-jack perabot UMI.Hahahahaha! Usni ! akak amek perabot umi (sambil lambai tangan) tu pun kalau dapat umah  seperti yang dikehendaki oleh Encik Usben saye.

My hope is my lovely family will be happier always. Healthy always. Wealthy more. Prosperity more. Long-live. Babai 2010.

Wednesday, December 29, 2010

BURIED



Semalam tengok le citer neyh! Damn! Aku sampai terlelap-lelap tengok citer neyh! Best? tak langsung. Giler membazir duit buat citer macam neyh. Seb baik aku tak tengok kat wayang....hahaahaa! Encik Usben men'donlot' citer tersebut untuk wifey tersayang. Ingat kan best! Last2 HANCUS!
Kepada sesiapa yang ingin membeli CD atau men'donlot' citer neyh...aku nasihatkan xyah la...wat sakit ati jek.
Mana tak nya, citer dia dok dalam wood coffin, terperangkap dan tak bley kuar. Apa yang ada kat dier? Dia ada BB, lampu suluh, lighter Zippo, pisau, pensel ngan lampu apa ntah nama dia.....
Punya la banyak carutan dalam citer neyh...abes pahala aku.dem! Even ada tepon pun orang luar masih xleh nak detect dia kat mana...apa motif orang jahat buried dia pun aku paham. Amekla orang kenamaan ke...ni tak just only a lorry driver. Stress tengok citer neyh....
Tapi kalau korang nak tengok citer ni...tengokla. Itupun kalau korang nak rase apa yang aku rasa. Huh! Disini menyesal!

Lipas a.k.a Cockroaches


 Aku paling BENCI ngan menatang neyh. Geli la weyh! Dia ni salah satu binatang perosak yang suka tinggal kat tempat gelap dan lembap. Especially kat celah-celah lemari ngan bawah sinki. Menatang ni suka makan saki baki makanan...jadi kalau korang ada saki baki makanan sile la buang dengan seelok-eloknya, okey!
Aku buat entri ni sebab malam tadi ada sekor lipas ni berterbangan di udara umah aku. Hampeh btol. Arrggghhhh!geli okeyh! Nak main terbang-terbang plaks. Ko merayap atas lantai suda.....menci tau! At last, my mom yang BUNUH lipas tersebut....cayalah Umi! Pastu yang tukang buang Encik Usben...hehehehe. Penonton setia yang melihat pembunuhan Encik Lipas tu ialah Cik Bebet...Hahahahahaha!
Wahai, Encik Lipas....janganla datang umah saye lagik. saye xsuka ngan kamu laaaaaaaa!

Tuesday, December 28, 2010

Janin

Janin atau fetus ialah mamalia atau vertebrata viviparus (melahirkan anak tanpa bertelur) yang berkembang selepas peringkat embrio dan sebelum kelahiran. Bagi manusia, peringkat janin dalam perkembangan pranatal bermula pada awal minggu ke-11; iaitu minggu ke 9 selepas persenyawaan.
Tapi aku bukan nak citer pasal janin dalam perut neyh. Aku nak citer pasal janin lain....citer pasal Movie Janin tu. Actually i've already the book. Better read the book then watch movie. But I think I want to watch that movie with my hubby. So, I would know how the director express the story to life.I would choose a date for us to dating (senyum sampai telinga). Lalalalalalallaa (ati berbunga riang)

 

Citer ni mengisahkan pasal Esah (si Toyol-betina) yang kerja biasanya mencuri duit orang kampung. Tapi dengan secara rahsianya dia suka mengunjungi umah Sutera dan Hashim. Esah ni seakan-akan suka melihat Sutera dan Esah ini jugak sangat cemburu dengan perhatian yang diberi oleh Sutera terhadap tiga orang anak Sutera neyh. Esah ni memang suka g umah Sutera. Dia akan g umah Sutera sebelum dia start keje dia.
Tuan Esah ni si Guru Besar skola...dia la yang bela Esah. Dia la yang slalu bagi arahan kat Esah soh curi duit. Apa daa punya Guru Besar gaji da banyak pun mau curi duit orang kampung lagi ke? Hampeh tol. Tak bersyukur langsung!
Satu hari, orang kampung cam da perasan yang duit mereka slalu ilang. Pastu plak kawan si Hashim ni ada nampak kelibat Esah. Jadi mereka sepakat nak panggil Ghostbuster. Biler da panggil Ghostbuster, terpagarla umah orang kampung. Tapi biler da pagar orang kampung kene masuk umah sebelum matahari terbenam & kuar umah selepas matahari terbenam (kalau tak salah aku camtula syarat dia)
Jadi, biler sumer rumah da kene pagar...Esah da tak dapat cari rezeki dan Esah pun xleh masuk umah Sutera. Jadi dia pun panjat pokok dekat belakang umah Sutera untuk semata-mata melihat Sutera. Cam kesian plak kat Si Toyol sekor neyh.
Apa yang terjadi kat Esah? Apa yang terjadi kat Tuan Esah si gila kekayaan tu? Apa yang terjadi kat famili Sutera? Hmmmm....sesungguhnya ending dia agak menyayat hati...tapi aku takmo citer. Korang nak korang g lah tengok wayang tak pun beli novel. Nak beli Janin? Korang leh contact aku klu nak beli. Tapi takde diskaun la....hahahahahaha (aku saje dengki kat korang)