OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, January 4, 2012

Fadilat dan Keagungan Ayat Kursi

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Dah lama aku tak share something yang berilmu kat belog aku yang penuh ceria ni. Ceria lah sangat. Hitam jek!.

 

Bacaan melalui rumi


Allahu la ilaha illa Huwa Al-Haiyul-Qaiyum

La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm,

Lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard

Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi

Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,

wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a

Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,wa la ya'uduhu hifdhuhuma

Wa Huwal 'Aliyul-Adheem



Maksud Ayat Kursi 

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yangada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allahkehendaki (memberitahu kepadanya).Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit danbumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


Okay, terdapat banyak sangat hadis Rasulullah saw yang diriwayat kan Bukhari dan Muslim yang menceritakan tentang fadilat-fadilat dan keagungan ayat kursi.

Antaranya . . . .

1. Sesiapa yang suka baca Ayat Kursi selepas solat, InsyaAllah akan dikurniakan pahala seumpama pahala para Mustaqim dan pahala balasan amal orang-orang Siddiq.

2. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebelum tidur, InsyaAllah Allah akan mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.

3. Abdurrahman bin Auf menerangkan bahawa, apabila masuk ke rumah dibaca Ayat Kursi pada empat penjuru rumah serta menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

4. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Mari kita baca sama-sama supaya semua jin dan syaitan terbakar . . . Hehehehe

5. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi masa berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya sehingga Subuh.

6. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

7. Setiap lelaki dan wanita yang mengamalkan membaca 7 kali Ayat Kursi sebelum keluar rumah atau semasa dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke mana sekalipun kecuali bukan niat untuk membuat maksiat atau kejahatan. InsyaAllah dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia.

Mari kita amalkan rakan-rakan tak susah pun. Ini hanya separuh daripada fadilat yang ada aku cuma letakkan separuh sahaja. Pasni aku nak kongsikan kisah disebalik kehebatan Ayatul Kursi.

p/s: Semoga kira semua di bawah lindungan Allah dan rahmatNya. Amin.


Wassalam.

Masih Wujud?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Maaflah hari ini baru bersiaran. Semalam kurang sihat. Sakit kepala yang melampau sakitnya dan masih lagi berlanjutan hingga kini.

Selamat bersekolah kepada murid-murid Tahun 1. Hari pertama sekolah. Jangan nakal-nakal yea. Jangan poo dalam seluar, okey. Dengar apa yang cikgu cikgi cakap. Hehehehe.

Tadi aku terbaca satu artikel kat Yahoo. Hasil dari Jeanette Tan tentang si Orang Minyak. Tapi aku tak sure kejadian ni masih lagi baru atau saje nak wat topic hangat kat Yahoo. Tapi yang pasti, aku ingat Orang Minyak ni hanya wujud dalam cerita P. Ramlee. Cerita Sumpah Orang Minyak. Tak sangka ianya wujud. Wujud ke?

Aku tak takut sebab aku takut Allah. Tapi kalau ianya benar. Hati-hatilah semua gadis-gadis yea. Orang minyak ni adalah seorang yang mengamalkan ilmu hitam untuk sentiasa kekal hensem dan bergaye saje. Syirik kot! Sesuka hati je nak 'kerja'kan gadis-gadis sunti. Nak sampai 40 orang. Zaman era millennium ni senang ke nak 40 orang anak dara sunti? Toink toink toink-

Tapikan . . . pada zaman sekarang ni kan. Gadis-gadis dah berpeleseran di mana-mana. Camne dia tau gadis tu masih dara atau tak yea? Terer la dia dapat detect gadis tu dara ke tak . . . Hohohoho.

Apa yang pasti, ko Orang Minyak, bertaubat la. Jangan nak tambah dosa ang. Ang sepatutnya berbuat baik dengan sumer orang bukan ko pegi lenjan anak-anak dara orang. Insaflah weyh! Pastu tak yah la tunjuk terer yang ko ada magic segala bagai. Duh!




p/s: tangkap pastu tanam dia idup2. huh! cam zalim la plak.


Wassalam.


Monday, January 2, 2012

Chicken Bruschetta

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Resipi for today is chicken bruschetta. Sedap woh! Sumer resipi aku bagi sedap-sedap. Hahahaha.

Bahan-bahan:

1 batang Baguette
1 biji tomato (dihiris nipis)
1/4 biji capsicum merah (dipotong dadu -halus)
1 keping dada ayam (direbus dan dicarik)
3/4 tin cream of mushroom
Mozarella Cheese
Cheddar Cheese
Serbuk Lada hitam
Garlic Spread

Cara-cara:

Ayam direbus dan dicarik. Rebus tanpa garam yea. Selepas dicarik, korang masukkan sup cream of mushroom dan gaul sebati. Lepas itu, letakkan sedikit serbuk lada hitam dan mozarella cheese. Letak mozarella cheese tu  dalam 2 sudu besar. Gaul sebati. Ketepikan.

Panaskan oven kat suhu 200 darjah celcius.

Potong roti baguette serong-serong. Dalam satu batang roti tu korang boleh dapat dalam 20 keping hirisan. Kemudian, sapu dengan garlic spread. Lepas tu letak sedikit cheese mozarella. Kemudian hirisan buah tomato. Selepas itu, letakkan adunan ayam tadi dan tabur capsicum.

Akhir sekali letakkan cheddar cheese. Aturkan roti kat dalam loyang pembakar dan bakar dalam masa 30 minit.

Siap!

Inilah hasilnya!



Selamat Mencuba!

p/s: nanti nak try buat potato baked la pulak!


Wassalam.

Basah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Camner ngan sambutan tahun baru? Pegi tengok live bunga api ke? Aku tengok kat tv je tu pun takdela tengok sangat . . . aku dengor je. Gara-gara HARUS menyiapkan apamlicious. Kali ni nye order aku tak sempat nak amek gambar sebab sangat lupa. Hohohoho . . .

Kawan umi aku order 500 biji apam. Alhamdulillah. This is my third time I've got big order from customer. Alhamdulillah, aku dapat siapkan ontime. Syukur.

Setelah penat mengapamkan diri, jadi untuk membelanjakan diri . . . aku dan family membasahkan diri kat Kemensah. Mandi sungai. Hehehehe . . .

Gambar? tak banyak ada tiga je. serius. Ini kali pertama, aku amek gambar paling sikit. Next time nak repeat lagi, tapi nak pegi tempat lain la pulak . . .







Si adik tido tika kami sedang sronok mandi manda. Hohohoho . . . adik rugi wo!. Tapi biler dia bangun je, konon nak mandi jugak, tapi biler da masuk air . . . sejuk. Dan takmo mandi. Takut air la pulak. Tapi kalau biar main air kat toilet tu, habes lencun baju. Huh!

Yang si kakak pulak, dah masuk air . . . takleh nak kuar. So, kene pujuk and say "say bye bye to sungai, kita nak pegi tempat lain pulak" . . . seb baik la jalan. Itu pun dia nak main pasir . . . sebab dia ingat macam pasir kat laut. Huhuhuhu . . . anak-anak.

Jap g aku share resipi baru yang aku baru cuba. Okay!

p/s: peace yo!


Wassalam.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Entri pertama untuk tahun 2012. Semoga apa yang telah terjadi masa 2011 dijadikan tauladan dan sempadan. Gantikan warna-warna yang pudar kepada warna-warna ceria untuk 2012. InsyaAllah.

Macam-macam harapan ada dalam hati. Tak perlu diluahkan. Kang tak jadi pulak kan? . . . Maka, biarlah rahsia. Poyo je.

Aku tak kemana arini dan mungkin akan berkelah di Kemensah saje. Menikmati kehijauan setelah penat mengapamkan diri semalam. So, see you all on Tuesday!

p/s: Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Aku bertawakal pada-Mu, Ya Allah.


Wassalam.