OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, February 11, 2015

Malas vs Rajin

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semua orang ada penyakit malas. Tipulah kalau takde cuma tahap berapa banyak peratus MALAS dalam diri. Macam aku bergantung pada keadaan. Macam sekarang ni tengah rajin nak update blog. So, penyakit MALAS nak update blog dah tercampak jauh.

Hehehehehe....

MALAS adalah satu penyakit yang sentiasa menular dalam setiap diri seseorang. Maka, bila ianya tidak dibanteras dengan gigih mungkin dia akan merebak dan menjadi lebih teruk lagi. Ianya seperti kanser dalam sifat dan diri manusia itu sendiri.

RAJIN pulak adalah perbuatan vice-versa bagi MALAS. Rajin pun satu penyembuh terhadap kanser MALAS tadi. Tapi kalau tak kuat.... MALAS akan lebih menguasai. Ianya menyerang setiap peringkat umur dan jantina. Aku dah jalankan kajian tentang MALAS dan RAJIN.

(^ - ^) #kajiansangat

Aku pernah baca petikan tentang MALAS vs RAJIN. Alhamdulillah artikel tersebut tak mengganggu emosi aku pun. Sebab aku masih lagi dapat mengawal penyakit MALAS itew. Puiii!

Artikel tu pendek je. Ada dalam Majalah ANIS edisi Februari kot. Kalau nak jadi rajin ni...hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Contoh dalam artikel tersebut memang pasti terkena pada batang hidung siapa-siapa pun. Bak kata orang dulu-dulu....siapa makan cili dia terasa pedas.

Ades!

Macam malam tadi, kalau ikut nafsu malas aku. Memang aku tak kuasa nak lipat kain. Tapi kalau tak lipat, karang sakit mata tengok baju berlonggok macam bukit. Maka, aku paksa diri untuk lipat. Nak harap Encik Usben? Memang tak jadi apa lah...bertambah membukit baju tu lagi ada...mih mih mih! Itupun aku bior tepi, MALAS nak simpan dalam almari. Hahahahaha! nampak tak virus MALAS tu menyerang dalam berapa saat sahaja.

=__=!

Untuk jadi rajin kita kene paksa diri kita...jangan lah bila tidurkan anak tu...dengan kita sekali ikut tidur. Kain baju tak lipat entah kemana. Pinggan kat sinki tak berbasuh. Makan pakai suami entah kemana. Baju kerja tak sempat gosok. Waktu anak tidur lah kita paksa diri kita selesaikan mana kerja yang tak selesai lagi tu. Jangan biarkan MALAS menguasai diri. Buruk padahnya...

Lagila zaman sekarang ni zaman teknologi di hujung jari. Segalanya nak diupdate dalam laman sosial. Kalau betol buat takpelah...ni tak buat. Update je lebih. Buatnya tidak. Ko dah kenapa? Tak baik tipu. Dosa. Allah tahu...mih mih mih.

Kalau tak update pasal life pun dalam laman sosial, tapi asyik belek laman sosial. Kerja-kerja rumahtangga semua terbengkalai. Sedar-sedar dah tengahari. Tak sempat masak. Maka terus beli makanan kat kedai. Bila masanya anak-anak nak makan masakan ibu? Hmmm...fikir-fikirkanlah. Makanan kat luar tu bukannya sihat dan bersih sangat pun...

Aku bersyukur Umi aku didik aku supaya RAJIN lebih menguasai diri walaupun MALAS itu lebih berkuasa. Bahahahahaha! Sebab Umi aku pun kadang ada jugak MALAS dia datang. MALAS masak...maka dia transfer RAJIN masak dia kat aku.

Dem-

Kisah MALAS vs RAJIN ni macam cerita teladan Sang Semut dan Sang Belalang Kunyit. Kita kene jadi macam semut...rajin. Jangan jadi macam belalang kunyit...pemalas.


ehsan dari yahoo.com

Dan aku antara semut dan belalang kunyit. Mungkin aku boleh dikategorikan dalam belamut kunyit. Bahahahaha!

Ok. Bai-

Assalamualaikum.