OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, November 18, 2014

CURANG vs. BUSUK

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Seriously trending plak kes suami kak Mah ni. Huhuhuhu...

Aku sebagai isteri, kita memang dinasihatkan untuk berhias untuk suami. Apatah lagi untuk yang jadi surirumah tangga. Banyak giler kan kerja korang kat umah. Aku faham.

Buat kak Mah...

Pada pendapat aku...kak Mah sepatutnya ada sedikit masa untuk mandi, berhias dan wangikan diri sebelum suami balik. Kemudian, aku rasa bab rambut tu...selang sehari sempat kot cuci bagi wangi. Aku rasa kak Mah perlu susun atur jadual dia semula.

Buat suami kak Mah...

Ko dah kenapa? Dengan menggunakan alasan rambut busuk, tak berhias dan badan gemok jadi ko boleh curang? Ko boleh berzina dengan si janda?

Hello! Hello! Hello!

Are you nuts? Otak letak kat mana cik abang ooiii! Bini awak tu tunggang langgang kat umah basuh baju awak, basuh seluar kecik/ besar awak, gosok segala baju dan seluar awak. Itu hanya selingan sahaja belum lagi campur kemas ruang tamu rumah, kemas luar kawasan rumah, tukar langsir, cuci tandas, masak, cuci dapur, kemas bilik tidur, basuh baju, sidai baju, didik anak, bagi anak tidur, hantar anak pergi sekolah, ambil anak balik dari sekolah dan bla...bla...bla....

Ko rasa? Lupa benda wajib...tu aktiviti atas katil setelah penat buat semua aktiviti diatas seharian...anda rasa? How many energy a housewife should have? Berapa banyak masa si isteri perlukan? Berapa banyak kaki tangan diperlukan?

How settle this?

Kak Mah perlu ubah jadual seharian...selitkan waktu untuk berhias, berias kuku dan wangikan rambut. Tentang faktor kegemukan (kalau ada), nak buat camne...dah beranak 3 cuma perlu jaga BMI badan. Itu je.

Untuk suami Kak Mah...you better bertaubat! Samada kawen dengan janda itu atau tinggalkan terus. Dan terima diri Mah seadanya. Sama-sama berusaha untuk berubah!

suami cermin isteri...isteri cermin suami.

aku punya dua sen...don't take it this case seriously. kita tak tau kes Mah dengan suami dia ni realiti atau tak ;p

Ok. Bai-

Assalamualaikum.