OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, July 7, 2014

Menangguk Di Air Yang Keruh

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Hampir sebulan tak update blog. Maaf yea rakan-rakan pembaca. Aku seriously super busy before puasa and early week of puasa. Keje botingkek tingkek!.

Alhamdulillah, hari ini lapang sket harinya. Maka, mari kita update blog. Yeah!.

Beberapa minggu lalu banyak HOT story yang berlaku. Namun, aku antara manusia dan blogger dalam mood kesepian tak update belog disebabkan super busy. So, as always kebanyakan blogger telah update pelbagai cerita...kalau ikut kata pepatah...seperti menangguk di air yang keruh. Eh?

Aku pun pernah gak bersikap macam tu. Sebab nak dapatkan ratings. Tapi kalau blog dah tak berapa nak popular..buat la cerita apa pun belum tentu rating naik. #moodsentap #aptb

Jom kita throwback what happen between last week...

Firstly, everybody are talking about 'pembersihan' golongan gelandangan. Apa pendapat aku? Apa yang aku rasa?

Kerajaan mengatakan golongan gelandangan punca sampah sarap terjadi di kawasan bandar..ada tak pihak kerajaan perhati siapa yang punca sampah sarap tu muncul? Ada lihat siapa yang membuang sampah merata-rata? Cuba selidik. Cuba perhati. Cuba lihat. And please do your survey on that matters. Aku juga suka menyatakan sila cuba selidik dan terus selidik bagaimana wujudnya orang gelandangan di Malaysia.

Secondly, everybody are talking about ex-model playboy asia memeluk islam. Semua blog nak petik n ama dia. Meh sini...aku pun nak petik nama dia. Popular Miss RR neyh. Hehehehehe. Siapa tak kenal ex-model Playboy Felixia Yeap a.k.a Raisha Rania. Alhamdulillah, beliau sudah pun memeluk Islam dengan rela hati beliau di bulan Ramadhan yang mulia ini dan bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Syukur padaMu Ya Allah. Semoga Raisha Rania sentiasa didalam rahmat Allah swt.

Thirdly, kita dikejutkan dengan kehilangan Biduanita Negara Sharifah Aini. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dan keluarga Linda Rafar diatas pemergian anak lelakinya. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Forthly, everybody are posting and wassaping about kemendapan jalan raya area Jalan Bukit Bintang. Hamboi hamboi hamboi...hebat betol korang-korang ni yea...sepantas kilat korang super impose gambar-gambar tu. Ianya agak menggelikan hati. Tapi, ianya aku rasa mencalarkan sedikit imej Malaysia. Sorry guys, I'm not into it. Hehehehe....

Fifthly, ada baca tak kes kereta kebal terbalik dan menyebabkan dua tentera kita meninggal dunia? Takziah diucapkan.

Sixth, van putih muncul lagi. Wahai van putih, kamu takde kerja lainkah? Sehinggakan mahu mengambil anak orang untuk dibuat perniagaan dan kamu mendapat keuntungan dengan cara paling jijik sekali!. Kamu jahat!

Hmmm...itu sahaja kronologi yang perlu aku update dalam blog aku yang sendu ni. Hahahahaa...sendu ke? sendu le tu...to all readers, seriously me thank you all sebab rajin singgah dan baca blog aku. To other blogger, sorry sangat-sangat tak dapat nak singgah dan blog walking.

Insyaallah, will update more stories later.

Assalamualaikum.