OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, January 31, 2012

Man Brain vs. Woman Brain

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Arini nye topic ringan-ringan saje. Bukan ringan-ringan yang itew. Sila jangan berfikiran yang tidak menentu di belog ini yea . . . ko tak nampak belog aku putih suci dan bersih ni? Hohohoho.

Memandangkan esok adalah public holiday untuk orang-orang yang BEKERJA di wilayah. WILAYAH yea. Such as Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Orang yang berada di negeri-negeri lain sila bekerja. Hehehehehe.

Okay, berbalik kepada topic asal, di mana mari kita compare kan otak lelaki dan otak perempuan . . .




Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 10 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

Camne? Korang punya otak lelaki atau otak perempuan? Hehehehehe . . . 

This is only jokes. No heart feeling.

Chow Chin Chau!

Hot Tak?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak share pasal kesukaan Encik Usben. Tadi aku cerita pasal Running Man kan? Hmmm . . . la ni nak citer pasal satu show kat History Channel . . . Ice Road Truckers. Hohohoho . . . korang tengok tak?



Layan dowh . . .

Kenapa layan? sebab diorang pandu lori tu kat jalan ais dan ada jugak melintasi tasik yang beku. Ada satu episod tu, tasik tu cam dah crack. Bayangkan lori sepanjang 10 meter tu jalan atas tasik beku yang crack. Hohohoho . . . gerun seyh.

Ada tu tayar beku la. Ada yang takleh panjat bukit sebab tak pasang rantai kat tayar lori. Woh! Diorang pulak bukannye drive slow cam kat Mesia ni. Diorang drive lori tu laju. Yang paling aku salute sekali ada dua orang pompuan ke tiga orang camtu, drive lori panjang ni.

Tapi dalam banyak-banyak pompuan tu, yang ni sorang yang paling HOT. Lisa Kelly. Sebelum dia drive truck, dia pernah memandu bas sekolah dan pernah menjadi Motocross Champion.

Meh ni tengok HOT tak HOT Lisa Kelly ni . . .







HOT kan?

Kalau tak salah aku show ni on Tuesday kat History Channel. Pukul berapa aku tak tau. Encik Usben je yang tahu. Hahahahaha . . . aku selalu tumpang tengok je. Tapi memang respect giler la kalau pompuan leh drive lori sebesar itew!

ADIOS!

Running Man

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku nak kongsi cerita yang Encik Usben aku suke tengok bila Hari Jumaat jam 6.30 petang kat channel 393 (astro). Memang best giler citer ni . . . tahap pecah perut pun ada.



Cam tak caya kan? Encik Usben leh layan citer korea . . . actually dia layan citer jepun gak. Nanti aku share citer Jepun apa yang dia layan.

Running Man cam variety show. Show yang buat korang tergelak-gelak. Memang super lawak lah. Bagi aku lah. Kalau korang aku tak tau la kan. Tapi yang aku tengok skang ni tinggal 6 orang je. Si JoongKi tu takde. Citer ni macam amazing race tapi version lucu punya. Last week ada artis jemputan SNSD: Girl Generation. hohohoho. Korang pun budak-budak Girl Generation ni super cute. Ho Yeah!.

Jom, tengok . . .!.


Layan dowh!

Monday, January 30, 2012

Petua mengubati penyakit mulut celupar

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama aku tak kongsikan tazkirah kan? Lama bebenor ye dak? Penyakit mulut celupar ni ada kat semua manusia kat muka bumi ni. Penyakit ni kalau nak diubati semua nya dari hati. Pokok pangkalnya hati kita. Nak ke tak nak . . .

Nak 1000. Takmo 1000.

Kan?

Aku sendiri terkadang tu mulut boleh tahan jugak. Dalam belog ni pun ada gak kadang aku menyumpah menyeranah orang. Tapi aku ubati dengan cara Rasulullah s.a.w nasihatkan . . . Rasulullah sendiri lakukannya, takkan la korang-korang dan aku ni tak leh nak lakukan . . . tak dapat 100 sehari, 33 kali sehari lepas solat pun okey gak. Kalau lima kali solat, dah 165 kali kan? Itu kalau yang 5 kali solat, kalau yang kurang solat tu, kurang la zikirnya . . . kan?

Rasulullah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.

Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.”

Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’

Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.

Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

So, jom kita banyakkan berzikir. Dapat pahala. Dapat kurangkan dosa. Kan?




Wassalam.

Muka Buku . . .


 
Assalamualaikum, semua ;)
 
Hai, korang!.
 
Fakta ke auta? Mungkin fakta la kot . . . 
 
1. 1 dari 13 orang di dunia saat ini memiliki sebuah akun Facebook. Lebih dari separuhnya log in setiap hari.

2. 2% dari seluruh pencarian di Google tahun 2010 lalu mengandung kata Facebook.

3. 4 Februari 2004 adalah tarikh ketika Mark Zuckerberg melancarkan Facebook kala dia masih menjadi mahasiswa di Universiti Harvard.

4. Rata-rata 8 friend request dikirimkan oleh seorang pengguna Facebook tiap bulan.

5. Mark Zuckerberg memiliki 24% saham di Facebook. Salah satu pemilik saham yang lain adalah Microsoft dengan jumlah 1,3%.

6. 25% syarikat dilaporkan menolak pencari kerja setelah menyelidiki profil Facebook mereka.

7. 27% user Facebook tidak menampilkan status hubungan mereka

8. 42% lelaki dan 63% wanita mengaku memakai Facebook untuk mencari bekas kekasih.

9. Facebook diterjemahkan dalam 76 bahasa.

10. Pengguna Facebook tertua berumur 104 tahun. Dia adalah Lilian Lowe yang berasal dari Wales.

11. Rata-rata pengguna Facebook mempunyai 130 rakan.

12. Facebook melantik 1700 karyawan di 12 negara.

13. Sebanyak 66.168 foto ditag di Facebook setiap minit.

14. 2,176,000 pesanan peribadi (pm) dikirim via Facebook setiap 20 minit.

15. 35 juta orang mengubah status Facebooknya setiap hari.

16. 38 juta user Facebook mengunjungi halaman ‘Texas HoldEm Poker’ setiap bulan.

17. Facebook dianggarkan bernilai 32 juta poundsterling.
 
Yang aku pasti aku dan korang adalah salah seorang dari pemenat si muka buku ni kan? Cinta muka buku kat AJL semalam biasa-biasa saje. Patutnya Najwa Latif tu pakai baju rugged sket. Tak yah merelip-relip sebab dia kan baru 16 tahun. You should wearing baju budak umo 16 tahun la dear . . .

ADIOS!