OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, April 4, 2012

Black Pepper Fried Rice with Popcorn Chicken

Assalamualaikum, semua ;)


Entri seterusnya dan resipi seterusnya.

Nama resipi nak glamer saje. Padahal Nasi Goreng Lada Hitam dengan Ayam Popcorn jek. Hahahaha.

=___=

Resipi ni akan tercipta di kala sang Usben takmo makan nasi putih dan pada hari tersebut tiada lauk yang boleh diterima oleh tekak beliau. Wah! memilih yea. Yup!

*silajanganmarahsayeencikusben*

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi
1/2 ulas bawang besar (dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci lobak merah (dihirs nipis)
1 genggam popcorn chicken (ayamas)
1 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu lada hitam (ditumbuk)
1 biji telor
garam

Cara-cara:

Perkara yang pertama sekali korang kene buat ialah, sila goreng Popcorn Chicken tu dulu yea. Sambil nak tunggu si popcorn tu masak, korang boleh mendadukan bawang besar. Mencincang halus bawang putih. Menghiris nipis-nipis lobak merah.

*kalau korang nak tambah sayur lain pun boleh.tapi sebab malam tadi dalam umah aku ada lobak je, maka aku letak lobak je*

Dah masak kot si popcorn chicken tu. Angkat, toskan minyak. Ketepikan.

Tumis bawang besar, bawang putih dan segala sayur mayur. Bawang da layu sket, masukkan telor. Dengan pantas kacau macam nak buat scramble egg. Kemudian masukkan nasi dan popcorn chicken cap Ayamas.

Akhir sekali, masukkan sos lada hitam, lada hitam yang ditumbuk dan garam. Kacau sebati.

Oh, ya! Kalau korang takmo pakai popcorn chicken cap Ayamas pun boleh. Korang leh guna ayam segar barangkali. atau daging. nak tukar letak ikan bilis pun boleh. Ikutlah kreativiti korang!.

Dah siap!.

Inilah hasil yang telah dikongsi si tiga beranak tu semalam . . . haih!

=___=



Simple as 1,2,3!

Selamat Mencuba!

Kentang Berempah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Rasa macam dah lama aku tak kongsi resipi kat belog kesayangan aku neyh. So, dengan baik hatinya arini aku nak update resipi.

*sila tepok tangan*

^___0

Bahan-bahan:

2 biji kentang didadu (dalam satu inci)
1 biji bawang merah
1 sudu teh udang kering
1/2 sudu lada hitam
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu ketumbar
garam

Cara-cara:

Pertama sekali, korang kene rebus ubi kentang tu sampai empuk. Tapi jangan terlalu lembut plak. Kang nak masak jadi mash potato pulak. Masa rebus tu letak garam sikit.

Sementara kentang direbus, korang sila blend bawang merah, udang kering, lada hitam, jintan manis, jintan putih, dan ketumbar.

Kentang dah empuk nampaknya, toskan.

Tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sampai naik bau. Kemudian masukkan kentang. Kacau dengan berhati-hati kalau tak, kentang tu jadi mash potato! Tambahkan sedikit gula.

*aku lebih suka menggunakan gula instead of using ajinomoto atau bahan perasa yang lain.

Bila da sebati, cuba rasa . . . ada rasa masin tak? Tak cukup masin sila tambah garam. Kalau nak pedas lagi, sila tambah lada hitam. Okey?

Dah siap!.

Ini hasilnya . . . (orang lain suka letak gambo dulu, aku suka letak gambar last!.)



Selamat Mencuba!


p/s: Cik Nursakinah sangat suka makan ini. Beliau boleh ratah begitu saje!

Wordless Wednesday - Daughter & Son





Tuesday, April 3, 2012

Jampi

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

pu nak nak tu
pu nak nak tu

puh puh puh

da tawek (dah baik)

=___=

if korang jumpa budak ni pastu kaki or tangan or kepale terhantuk . . . sila jumpa budak ini



budak ni boleh jampi sampai baik. hohohoho . . . .

actually the jampi supposed to be like this . . .

pu taka muka pintu, 
budak nakal memang gitu,

puh puh puh (hasil semburan tanpa air liur)

=___=

nice!

Bye!

Jom! Isi Borang.

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

macam dah lama je tak update belog kan?

=___=

kurang kesihatan. maaf-

^___^

tapi hari ini dah sihat alhamdulillah.

okay. si dia dah bercerai talak satu. sesuatu perkara yang Allah tak suka tapi dihalalkan untuk melakukannya. si dia telah memohon supaya si bini kembali taat. Tapi, apakah si bini tidak mahu. aku tak pasti.

Babe, what happen to you? Susah sangat ke nak taat kat suami? Unless your husband is tak solat, minum arak, segala perintah agama dia tak buat, dia pukul kau. Then, u shud left him. Tak taat pun takpe kot. Kan?

Tapi memandangkan aku tak tahu kenapa dan apa punca ko takmo taat kat dia, itu ko punya pasal. Tak kose mak nak camporkan? Itu urusan ko dengan dia dan Allah. So, its your problem. Daaaa-

Aku cuma nak cakap je, kepada gadis-gadis di luar sana pasti menanti nak isi borang untuk jadi bini si dia. Hohooho. Silap aribulan retis pun tengah beratur.

^___0



teka teki teka tekuk! sape la gadis santek yang bakal jadi bini safee sali- wah!


chau!