OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, January 13, 2012

Petua Cantikkan Kuku

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Petua untuk arini. Arini aku kongsi kan dua cara untuk satu petua. Cara nak cantikkan kuku yang kurang menarik. Korang amek 3 biji buah limau nipis diperah dan dicampurkan air. Rendam jari korang selama 15 minit.

Petua lagi satu, korang ambil buah belimbing buluh. Korang gosokkan ke kuku untuk menghilang kotoran yang melekat sehingga menjadikan kuku cantik berkilat.

Selamat Mencuba!.

Wassalam.

Thursday, January 12, 2012

Lia

"Abang . . ." Lia memeluk dari belakang.

"Abang penat." Sham terus bangun dan mengambil bantal serta selimut dan menuju ke ruang tamu.

"Abang ni kenapa? Kalau ye pun penat, tak perlulah sampai tidur kat sofa. Jom masuk, kita tidur didalam." ajak Lia.

Namun, Sham berkeras tidak mahu tidur di dalam. Lalu bermula pertengkaran antara Lia dan Sham.

"Abang kata tak mahu, tak mahulah!. Tak faham ke?"

"Kalau ye pun tak mahu, tapi tak perlukan tidur kat luar. Tidur je la kat dalam tu. Bukan selesa pun tidur kat atas sofa tu!." Lia meninggikan suara.

 "Sudah!. Lia memang tak fahamkan? Abang tak mahu anak. Kenapa Lia ni degil sangat? Susah sangat ke nak dengar cakap abang? Abang nak Lia gugurkan anak tu!."

"Abang dah gila ke? Nak gugurkan anak ni? Anak ni tanda cinta kita? Abang nak gunakan alasan ekonomi kita tak kukuh? Anak tu rezeki yang Allah beri pada kita, bang. Kita patut bersyukur!." tambah Lia.

"Kitakan masih belajar lagi, Lia. Selama kita bersama ni pun, abang gunakan duit pinjaman untuk tanggung kehidupan kita. Kalau ada anak nanti macam mana pulak?" tungkah Sham.

"Alasan!" Lia berlalu terus masuk ke bilik, tanpa menghiraukan Sham. Sakit hati Lia.

*********************************************************************

Puan Tina memasuki dewan kuliah. "Okay, hari ni kita bincangkan tentang tajuk yang saya beri semalam dan buka mukasurat 256 untuk sesi perbincangan hari ini."

"Lia, cuba awak jelaskan 'Giving Birth'."

"Giving birth is culmination of a human pregnancy or gestation period with the birth of one or more newborn infant from a woman uterus. The process of normal human childbirth is categorized in three stages of labour. The shortening and dilation of the cervix, descent and birth of the infant, and birth of the placenta."

"Good, Lia."

"Tengoklah, dengan tahu maksud je kita dapat mengagak betapa payahnya si Ibu nak melahirkan anak. Cuba bayangkan orang yang senang-senang buang anak. Diorang tu tak rasa sakit ke bila bersalin?" soal Badri.

"Itu kalau buang anak, kalau yang gugurkan anak? Bagaimana pulak. Pasti sakit. Entah apa lah yang difikirkan oleh mereka. Manusia zaman sekarang ni dah macam lupa Tuhan." tungkas Salleh.

"Wah! dah semakin hangat topic hari ni. Takpe hari ni saya bagi chance." kata Puan Tina.

"Yang mengugurkan tu kebanyakannya yang belum berkahwin. Tapi ada juga yang berkahwin nak mengugurkan anak atas alasan masalah ekonomi. Anak itu kan rezeki yang Allah bagi. Kenapa harus dibuang dan dinafikan kewujudannya?. Betul tak Puan Tina?." soal Diana.

Tersentap Sham dengan kenyataan Diana.

"Masing-masing punya pendapat tersendiri. Saya sendiri kurang bersetuju dengan pengguguran anak melainkan ianya punya sebab tertentu dan yang pasti bukan dengan alasan masalah ekonomi." tambah Puan Tina.

"Betul tu, puan. Kita boleh lihat sendiri, ada orang miskin punya berbelas anak tapi masih lagi mampu memberikan makanan, pakai dan tempat berteduh untuk anak-anak mereka. Namun, bagi orang dari golongan berkemampuan lain pulak kisahnya." terang Badri lagi.

"Okaylah, class. Kita tutup kes ni. Kita sambung pada sesi pembelajaran kita." kata Puan Tina.

**********************************************************************

"Lia! Tunggu abang Lia. Maafkan abang Lia." 

"Dah la bang. Jangan ganggu Lia."

"Lia, maafkan abang Lia. Abang dah lukakan hati Lia." Sham cuba mengucup tangan Lia.

Namun salah percaturan, Lia tak dapat mengimbangi badan. Lalu jatuh sehingga anak tangga terakhir.

"Lia!"

"Abang, anak kita bang. Anak kita bang."

"Lia, maafkan abang. Abang bawak Lia pergi hospital ye, sayang."

**********************************************************************

"Kau pergi!. Aku benci kau! Kau pembunuh! Kau bunuh anak aku! Kau pergi. Kau pergi!." jerit Lia seperti kerasukan pabila dia membuka mata dan terlihat Sham.

Sham menangis semahu-mahunya. Rasa bersalah yang amat sangat. Dia yang menyebabkan Lia hilang anak yang dikandungnya. Sham hanya mampu mohon kemaafan dari Lia namun tak terkeluar dengan kata-kata.

**********************************************************************

"Baby, janganlah campak botol susu tu. Tengok kan dah jatuh bawah!."

"Lia, jangan panjat!. Jom, kita turun ambil botol susu tu."

Lia membontoti Sham menuju ke lif. Di dalam lif, Lia sebok membelek 'baby'nya. "Baby jangan nangis tau, mama dengan papa nak ambil botol susu lah ni. Baby jangan nangis yea."

"Hey, aku kata jangan nangislah! Kau tak faham ke?" jerit Lia tiba-tiba.

"Lia, sabar Lia. Jangan buat macam ni." Sham cuba untuk menyabarkan Lia.

Namun Lia tiba-tiba naik minyak umpamanya. Terus baling anak patung yang dipegangnya dan memijak anak patung tersebut.

"Mati kau! mati kau!. Papa kau tak sayang kau. Aku bunuh kau!. Aku bunuh kau!. Hahahahahaha."

Pabila pintu lif terbuka, Lia terus berlari. Sham tak sempat nak menggapai tangan Lia. Tiba-tiba "Bum!"

"Lia!"

Tanpa menekan break, pemandu bas telah melanggar Lia yang entah dari mana datangnya. Terpelanting tubuh Lia ke tepi jalan dan kepala terhantuk di bahu jalan.

*********************************************************************

Aku tak taulah ok ke tak cerpen yang taip ni . . . harap-harap ok la kan? ni first time buat cerpen neyh!. Tiba-tiba pulak dapat idea. Terus taip dan taip. Hohohoho . . .

Nervous!.

Petua Mengurangkan Senggugut

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak bagi petua nak kurangkan senggugut. Korang kene ada . . .

2 tangkai bunga cengkih
7 biji ketumbar
2 cm kunyit (kupas kulit)
1 sudu teh buah pala (diparut)
1 gelas air

Korang rebus semua benda ni sampai tinggal separuh. Tapi dan minum semasa airnya masih panas.

Selamat Mencuba!

OK ke?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tweet sana. Tweet sini. Semua orang sebok ber'tweet' bagai. Ada telefon canggih leh la ber'tweet'. Ce kalau gune tepon cam aku. Boleh ke ber'tweet'? Harram....

Tapi aku tengok sekarang ni banyak dah orang yang guna twitter as a medium to lepas geram, mengaibkan orang, memaki orang dan membuka pekung didada. Lagi-lagi artis.

Lepas tu biler da masuk paper. Mereka akan gunakan alasan itu hak peribadi diorang. Tahimu hak peribadi. Kalau nama pun laman sosial, maka itu dah bukan hak peribadi. Sengal. Kalau hak peribadi tu macam diary kew. Dowh-

Sila jangan tunjuk how much is your stupid by saying itu semua peribadi. Okay?

Yang suka mengaibkan orang tu pulak, janganlah buat macam tu. Satu jari korang tunjuk kat orang. Ada empat lagi jari tunjuk kat korang. Tak gune! Membazir. So, silent is better.

Yang suka memaki orang tak tentu pasal tu, lagilah!. Kata dan pergi umrah lah. Dah pergi Haji la. Tapi mulut cam longkang!. Nak watpe . . . Tak habes-habes dengan ayat cliche ko, jumpa ko kat Padang Masyar. Sape jumpe sape kat Padang Masyar? Yang ada masa tu hanya Allah. Dah takde masa ko nak ber chit chat bagai kata sana. Masa tu mulut semua kene lock tau! Yang akan bercakap semua anggota badan ko. Ingat sket! Huh!.

Yang cuba nak memporak perandakan hubungan orang lagilah satu masalah. Kalau ko masih skolah lagi, buat cara sekolah. Jangan nak sebok pasal kehidupan artis atau orang lain. Ko habes kan la sekolah ko dulu. Skolah tak habes nak sebok pasal life orang lain. Sengal!. Ko ingat ko bagus sangat? Belajar dulu la weyh!.

Twitter ni bagus. Cuma gunakan ia sebagai medium yang memberi info. Bukan menyalahgunakan yea.

Okaylah, tamat sesi melepaskan geram. Penat taip. Aku cam tak reti pulak nak buat ending camne. Chow!

Berita Terkini IV

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Semalam petang lepas balik keje, aku bawak budak-budak tu main kat padang depan umah. Wah! excited betol. Hari pun berangin. Aku nak jadikan ianya satu aktiviti harian kitorang. Selalu bawak diorang main kat padang weekend je kadang tak bawak langsung.

Anti-social.

Dah settle main kat padang, ajak la balik. Woh! satu cabaran okey nak ajak balik. Terutama si kakak. Macam-macam helah diberikan supaya dia dapat main lagi.

Nope!. You can't. Jom balik kita dengar lagu pulak.

Okay, sampai umah cuci kaki. Adik dok la tunjuk bekas air . . .

Adik: Maaa, mek. mek. mek. ayi. ayi. ayi.

Ibu: Jap. Ibu basuh dulu . . .

Adik: dah melalak sebab haus . . .

Petang ni nak bawak diorang pegi padang lagi. Chow!