OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, February 10, 2012

Selamat Hari Lahir!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini short entry sebab aku sedang sebok menghandle akaun. Akaun la konon!. Okay, berbalik kepada kisah asal. Aku nak wish Happy Birthday to my tok ayah. Aku tau dia takde tenet kat umah dia. Dan dia pun sentiasa berbaring di atas katilnya gara-gara mengalami strok sebelah kanan badan. Berapa erk umo dia . . . jap nak kira.

Dia lahir 1930, sekarang 2012 . . . maka umo dia skang ialah 82. Kalau tak salah aku la dia lahir 1930. Hmmm, apa punya cucu daaaa.

p/s: arini SZ 2 tahun 22 bulan and NZ pulak 1 tahun 5 bulan.


ADIOS!

Thursday, February 9, 2012

Sesuatu Yang Tertinggal

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak update pasal movie. Coz semalam sedikit sebok. Kata baru masuk kerja selepas berhari-hari cuti. Kebanyakan rakyat Malaysia yang berada di luar negara, berasa agak jealous disitu sebab Malaysia banyak cuti. Hahahahaha.

Hari apa ntah aku tengok citer ni. Tapi citer ni sedikit different ngan citer hantu lain. Aku rasa okeyla citer ni. Cuma yang aku tak faham kenapa biler citer hantu je, hantu je yang menang. Boleh tak kita manusia yang sempurna ni menang. Menyampah betol.

Gara-gara citer ni la Encik Usben termimpi-mimpi watak Sara Ali. Hohohoo. Nice!

Citer ni pasal mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya. Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Ketika pemindahan almari tersebut, almari tersebut telah meretakkan satu lantai papan. Dan didalam lantai papan tersebut ada tersimpan pelbagai cermin yang mengurung roh-roh jahat. Arsyad telah mengambil salah satu cermin tersebut dan memberi kepada Mona. Dan dari situ bermulalah peristiwa aneh didalam rumah tersebut.

Ni aku letak sekali movie dia. Selamat menonton. Credit to You Tube. Hehehehehe . . .



Selamat Menonton!.

Ghajini

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Malam tadi aku tengok movie hindi tajuk Ghajini. Actually citer ni ada dalam Tamil version. Tamil version yang dulu buat. Pastu baru diorang buat Hindi version.

Movie title still the same even its in Tamil. If in Tamil version, hero dia is Suriya. And dalam Hindi version, Aamir Khan jadi hero dia.

Citer Ghajini ni pasal seorang ahli perniagaan Sanjay Singhania(Aamir khan) yang jatuh cinta dengan seorang aktres. Tapi, satu hari aktres ni terjumpa dengan seorang budak yang ketakutan dalam keretapi. Rupa-rupanya budak tu bakal dijual oleh orang jahat as a pelacur. Jadi, aktres ni selamatkan lah budak tu. Rupa-rupanya ramai lagi budak-budak perempuan yang bakal dijual. Jadi aktres tu dapat selamatkan semua budak-budak tu. Memandangkan aktres tu dah selamatkan bebudak tu, sah-sahla orang jahat akan cari dia. Si Ghajini tu la yang jadi dalang segala kejahatan dan penjualan bebudak tu. Jadi aktres yang merangkap makwe si Sanjay Singhania ni telah dibunuh secara ngeri yang menyebabkan Sanjay Singhania tu hilang ingatan gara-gara kene pukul ngan Ghajini. Sanjay Singhania mengalami short term memory loss. Jadi bermulalah sesi pembalasan dendam Sanjay Singhania terhadap Ghajini. Macam mana dia balas dendam? Sila tonton cerita ini sampai tamat yea.

Ni ada Hindi version . . .



Terasa seperti Aamir Khan sangat kuat dalam cerita ni . . . orang yang tak suka tengok citer ganas-ganas, tak yah tengok yea.

Selamat Menonton!.

Wednesday, February 8, 2012

Happy Birthday To You!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hohohoho . . . bersawang dah aku nye belog neyh. Readers pun cam tak gerak jew. Malas update takdela readers!. Seminggu cuti. Bila dah seminggu cuti, belog pun cuti jugak.

Aku nak wish Happy Birthday to my dearly sayang . . .




Happy Birthday!

Hope you will have a lot of prosperity!

Hope you will have a lot of healthiness!

Hope you will have a lot of wealthiness!

We love you so much!

With Love,
Ayang and kiddos.

Wednesday, February 1, 2012

Amekkaw!

"Hey! aku kata aku nak air. Apa lagi tercegat kat situ."

"Baik, bang."

Tiap-tiap hari ada sahaja jeritan dari rumah kelamin milik Watie dan Zul. Ada sahaja herdikan dari Zul buat Watie. Sepanjang perkahwinan mereka hanya herdikan, sepak dan terajang diberikan oleh Zul kepada Watie. Tiada lagi kata-kata kasih sayang seperti semasa mereka bercinta dahulu.

Tiga tahun dulu, sebelum berkahwin. Zul sanggup mengugut Watie yang dia akan bunuh diri jika Watie tidak berkahwin dengannya. Tapi kini lain pula jadinya. Kasihan Watie.

"Watie, Mak Bedah boleh tolong kau. Cuma kau nak dengan tak nak je."

"Tak mahulah mak Bedah. Tak berani saya nak buat benda tu."

******************************************************************
"Abang cakap dengan Watie, abang pergi jumpe betina tu lagi kan? Apa dah tak cukup lagi ke yang Watie bagi kat abang?"

"Hey! kau jangan kurang hajar dengan aku boleh tak? Sukahati aku lah nak pergi jumpa betina mana pun. Kau apa susah? Dah, pergi siapkan nasi. Aku nak makan, lapar ni."

"Tau pulak lapar." getus hati Watie.

******************************************************************
"Abang, Watie nak keluar kejap, abang tinggal rumah. Nanti tolong angkat kain kalau hari hujan."

"Okey."

Kini tiada lagi sepak terajang yang diterima oleh Watie. Zul kini bagaikan lembu yang dicucuk hidung, hasil dari bantuan Mak Bedah, si dukun kampung. Kebahagiaan yang dicari Watie selama ini kini miliknya. Kalau dahulu dia yang sebok di dapur. Kini, Zul yang mengambil alih. Watie cuma duduk goyang kaki di hadapan televisyen tak pun dia akan berjalan ke rumah-rumah jiran.

Suatu hari datanglah seorang tua ini meminta sedekah. Namun dengan bongkaknya Watie menyahkan peminta sedekah itu pergi dari rumahnya. Seminggu selepas itu, Watie merasakan gatal-gatal di tangannya. Kelihatan tangannya seperti melepuh terkena air panas gayanya.

"Abang, tolong Watie bang. Gatal ni. Apa nak buat ni?."

"Kita dah cuba macam-macam, Watie. Abang pun dah takde akal nak buat macam mana."

"Abang ni kan tak guna lah!.Huh!."

Malam itu Watie terasa badannya seperti panas satu macam. Badannya pulak timbul gatal-gatal kemerah-merahan. Tergaru-garu Watie malam itu. Tidak lena tidur dibuatnya. Tiba-tiba dia terasa dadanya macam sesak. Dia cuba mengejutkan Zul, namun Zul tidak pula terjaga.

Matilah Watie dalam keadaan yang amat azab sekali tanpa pengetahuan Zul. Zul lena bagai diulit intan.



p/s: sejahat mana pun suami kita tak perlulah disihirkan . . . ada cara lain yang lebih afdhal lagi untuk mengubah si suami. Wallahualam.


Wassalam.