OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Showing posts with label Aku di TAG. Show all posts
Showing posts with label Aku di TAG. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Segmen Ayu: Saya Blogger Dari . . .

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ni hasil jangkitan dari penyakit dari Chemot la ni! Awat ang tag aku? Bak datang pavlova satu. (*takdekenemengena*)



Segmen ayu: Saya blogger dari . . .. jadah apa ayu aku neyh? ayu la sangat. muka cam muka tembok 14 ada la. namun daku bersyukur punya muka okeyh. Alhamdulillah.

Aku dari Kuala Lumpur. Aku lahir kat Sepital Bersalin Kelumpo. Maka sahih lagi benar aku asal Key Ell yawl!.

Mari kita lihat dan baca apa sejarah Kelumpo!.


Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar persekutuan dan bandar paling ramai penduduk di Malaysia. Bandar ini meliputi kawasan seluas 243 km2 (94 batu persegi) dan mempunyai penduduk anggaran 1.6 juta tahun 2012. Kuala Lumpur juga dikenali sebagai Lembah Klang, aglomerasi bandar sebanyak 7.2 juta. Ia merupakan antara kawasan yang paling pesat berkembang metropolitan di negara ini, dari segi penduduk dan ekonomi.

Kuala Lumpur adalah kerusi Parlimen Malaysia. Bandar ini pernah menjadi rumah kepada cawangan eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan, tetapi mereka telah berpindah ke Putrajaya pada awal tahun 1999. Beberapa bahagian badan kehakiman masih di ibu kota Kuala Lumpur. Kediaman rasmi Raja Malaysia, Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Diberi nilai sebagai bandar dunia alfa, Kuala Lumpur adalah pusat kebudayaan, kewangan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya serta sebagai sebuah bandar utama. Kuala Lumpur berada di kedudukan 48 di kalangan bandar-bandar global oleh 2010 Dasar Luar Bandar Terkemuka Indeks Global dan berada di kedudukan 67 di kalangan bandar-bandar global untuk inovasi ekonomi dan sosial oleh Indeks 2thinknow Bandar Terkemuka Inovasi pada tahun 2010.

Kuala Lumpur ditakrifkan di dalam sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan merupakan salah satu daripada tiga Wilayah Persekutuan Malaysia. Ia adalah enklaf di dalam negeri Selangor, di tengah pantai barat Semenanjung Malaysia. Penduduk bandar dikenali sebagai warga KL. Sejak tahun 1990-an, bandar ini telah menjadi tuan rumah sukan antarabangsa, acara-acara politik dan budaya termasuk Sukan Komanwel 1998 dan Kejohanan Dunia Formula Satu. Di samping itu, Kuala Lumpur adalah rumah kepada bangunan berkembar tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas, yang telah menjadi simbol ikonik perkembangan futuristik Malaysia.


Apa yang best kat Kelumpo neyh? Macam-macam ado. Cumo takdo sawah yo!


Ni ha bangunan berkombar!




Petaling Street a.k.a China Town! Mali-mali soping-soping, balang mulah-mulah punya-






Akuarium terbesar di Malaysia. Aquaria la babe! Gua dah pegi dah!


Central Market yawl!


Bangunan Sejarah . . . Bangunan Sultan Abdul Samad.


Last bangunan yang aku rasa cukup simbolik untuk Malaysia dan Sejarah.


Makanan tempatan?

KL? Nan ado makanan tempatan nye. Kat KL ni macam-macam kedai makan ada. Ko pilih je nak pantai timor, pantai barat (eh! pantai barat aku la tew), utara atau selatan. Semua ada. Jadi tempat feveret orang suka lepak makan aku pun payah nak kata . . .

Lain orang lain suka tempat lepak.

Tapi kalau kat KL ni, orang suka lepak kedai ni. Aku pun pelik, kedai macam ni selalu menjadi pilihan hati rakyat KL. Hahahaha.

Pe lagi KEDAI MAMAK la. Kalau ada game bola. Kedai ni la yang akan dipenohi dengan rakyat KL. Hahahaha.

Okay, habes!

Buat Kak Mar sayang. Saya tag kamu pula!


Monday, January 30, 2012

Tag tagging tagged


Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Mekasih la Cik Puan Shima sebab dah tag aku . . . rajin pulak aku nak jawab soklan ko. Pastu rajin pulak aku nak tag orang lain. Tak kose mak. Hohohoho . . .

Nama aku SHARIFAH FADZILAH. Aku dah kawen pastu aku ada dua orang anak. Anak yang sulung SAFIYYAH ZAHARAH dan anak yang kedua NURSAKINAH ZAHARAH. Yang no.3 belum pasti lagi biler . . . Aku dok kat Lembah Keramat jek. Aku buat APAM ngan KEK untuk dijual . . . Korang nak beli, boleh order ngan aku kat nombor ni 019 - 3031 450. Hahahaha

Ni FIRST TIME aku kene TAG!. Percaya tak? Tak tau la nak bangga ke apa . . . Baiklah Puan Shima akan aku jawab soalan mu itew!


1. Nama penuh & nama manja anda
2. Umur target anda mendirikan rumah tangga.. Adakah sama dgn yg sebenar?
3. Masakan yg anda masak yg paling disukai keluarga?
4. Aktiviti lasak yg ingin anda cuba?
5. Jenama handphone pertama anda?
6. Kelab sukan yg anda sertai di sekolah menengah?
7. Nama yg paling unik anda pernah dengar
8. Keluarga anda berasal dari negeri mana?
9. Benda pertama yg anda buat slps bangun tido?
10. Minuman kegemaran?
11. Doa yg selalu dibaca utk anak2...

*********************************************************************
1. Nama penuh aku SHARIFAH FADZILAH BT SYED MOHAMED HUSSEIN. Aku punya banyak nama manja . . . Manja lah sangat. Pe yang aku tau laki aku panggil aku ayang.  Adik-adik aku panggil kakak. Camtu gak ngan Umi ngan Abah aku. TAPI dengan memember skolah diorang panggil aku CHEPAH dan memember UiTM panggil aku ILA.

2. Umur target aku nak kawen 27 tapi tak sama dengan yang sebenar. Sebab aku kawen masa umo aku 25. Miahahaha . . . memang lari target. terawal pulaks!

3. Honey Roasted Chicken la . . . ngan Nasi Ayam. Hohohoho

4. Bungee Jumping! Seyes nak cuba! I wanna push my adrenalin!

5. Sony Ericcson yang ada ariel. Besar pulak tu! Berat! Baling hanjing pun hanjing bley benjol. Hohohoho

6. Bola tampar. Nape ntah . . .

7. Lama aku nak pikir nama ni . . . payoh weyh. Seyes aku tak tau nak letak nama apa . . . sebab satu nama unik takde pun yang register kat dalam pale otak aku ni . . . Aku letak BEBET ngan BOBOT. Hahahahaha

8. Kalau sebelah umi aku, kami orang PERAK. Kalau sebelah abah aku, kami orang SINGAPORE. Maka kami orang SINGARAK! Aci tak?

9. Bangun tido haaruslah minum air lepas tu aku buat susu untuk anak-anak aku.

10. Aku suka minum teh o ais limau. Sedap nya . . .

11. Aku selalu baca doa ni untuk anak-anak aku . . .

Ya Allah Ya Tuhan Ku, Aku mohon kepadaMu, Kau makbulkanlah doa-doaku ini,
Kau jadikanlah anak-anakku orang yang mendoakan kedua-dua ibubapanya,
Kau jadikanlah anak-anakku orang yang menyayangi kedua-dua ibubapanya,
Kau jadikanlah anak-anakku orang yang mengingati kedua-dua ibubapanya,
Kau jadikanlah anak-anakku orang yang menghormati kedua-dua ibubapanya,
Kau jadikanlah anak-anakku orang punya kesihatan sebaik-baiknya,
Kau berikanlah anak-anakku semwah-mewah rezeki,
Kau tempatkanlah anak-anakku didalam syurgaMu, jauhilah mereka dari azab api nerakaMu dan azab kuburMu,
Kau permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat untuk anak-anakku,
Kau cergas dan cerdaskan minda, rohani dan jasmani untuk anak-anakku,
Kau jadikanlah mereka orang yang sentiasa beriman dan beramal soleh kepadaMu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

****************************************************************
Weyh! Cik Mot! Penat aku jawab soalan mu itew! Tapi tu lah aku tak leh nak tag kamu semula . . . Tak aci betol!.

Inilah senarai manusia-manusia TERPILIH . . .

1. Kak Mar
2. Nisa'
3. Amir
4. Nek Lah
5. Tetemok Tetembam
6. Anum
7. Makcik Aku
8. Sheila Laling
9. Melati
10. Maksu Aku
11. Te'a

Soalannya? Ini dia . . . nah, hamek!

1. Nama penuh, nama manja dan nama ejekan waktu kecik-kecik dolu 
2. Rumah yang korang inginkan, letak gambar sekali . . .
3. Korang tinggal kat mana?
4. Cikgu sekolah yang paling garang yang pernah korang jumpe . . .
5. Apa benda pertama yang korang beli semasa korang dapat duit pinjaman atau biasiswa?
6. Apa yang korang buat kalau dapat RM 500,000 selain dari bersedekah dan bayor zakat?
7. Rumah sukan korang kaler apa? Apa acara yang korang masuk masa sekolah rendah dulu?
8. Tempat dating masa first time jumpe pakwe . . .
9. Tempat yang korang nak sangat pergi selain pergi Makkah Al Mukarramah . . . nak gambar jugak!
10. Makanan feveret korang?
11. Apa pendapat korang tentang belog aku?

Selamat Menjawab!

Kepada sesiapa yang aku tag tu, pe kata korang tinggalkan link belog korang, pastu kalau ada game tagging-tagging ni, nanti aku tagging korang pulak!. Hohohoho . . .

Chow Chin Chau!