OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Saturday, April 19, 2014

Lima Lelaki Bertanggungjawab ke atas Wanita

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lima lelaki yang bertanggungjawab ke atas wanita ialah:

1. Ayah

Seorang ayah perlu memastikan didikan agama anaknya sempurna. Jika anaknya melakukan kesalahan, membuat perkara kemungkaran, mendedahkan aurat dan sebagainya, maka ayahlah insan pertama wajib menegurnya.

2. Suami

Isteri adalah aset utama suami menuju ke syurga. Setiap tindak tanduk isteri memberi kesan kepada perjalanan hidup suami di dunia dan di akhirat. Maka suami perlu membetulkan segala kesalahan isteri dengan nasihat dan teguran.

3. Saudara Lelaki

Apabila ayah mahupun suami sudah tiada, tanggungjawab maruah wanita berpindah ke bahu saudara-saudaranya yang lelaki. Mereka perlu memberikan perhatian kepada saudara-saudara perempuan mereka, di samping keluarga sendiri.

4. Anak Lelaki

Seorang anak lelaki wajib menjaga maruah dan agama ibunya. Nafkah serta kesihatan ibu juga perlu diambil peduli. Membimbing ibu ke jalan yang diredhai adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi.

5. Lelaki sekeliling Wanita

Siapapun lelaki di sekeliling wanita bukanlah isu. Tanggungjawab untuk menjaga mereka adalah tanggungjawab bersama. Wanita terjaga pasti ummah terpelihara.

Lelaki-lelaki nampak tak tanggungjawab korang BESAR sebenarnya bukannya cari nafkah untuk isteri, anak-anak dan keluarga tetapi kene pastikan segala aurat dan agama terjaga rapi.

Ok?

Faham?

Aku tau ramai perempuan yang baca benda ni. Kalau ada lelaki ce komen sikit. Tak pun tinggalkan jejak...pastu aku follow korang balik.

Aku serius neyh!

Ok. Bai-

Assalamualaikum...