OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, March 28, 2012

Rumah Batu Kosong

Dub!

"bunyi apa pulak tu?"gumam Mak Temah.

Dua hari selepas itu, di Subuh hari. Mak Temah dengar seperti bunyi seretan. Mak Temah susah hati. Dari mana datangnya bunyi seretan.

"takpe, kejap lagi aku pergi tengok. Lambat pulak air ni nak sudah." gumam Mak Temah sendirian.

Sepuluh minit selepas itu, Mak Temah keluar dari bilik. Kelihatan Pak Mat sedang duduk santai di kerusi kegemarannya.

"abang, tadi Temah dengar ada bunyi macam seretan." soal Mak Temah.

"kaki aku ni, tiba-tiba pulak macam tak boleh nak gerak. Aku seretlah." jawab Pak Mat.

"kita pergi hospital kalau macam tu. Kita pergi buat check up."

"tak payah. kejap-kejap lagi baiklah."

Esoknya, selepas Mak Temah habis buat dialisis. Mak Temah tidak nampak kelibat Pak Mat.

"Eh!mana pulak pergi orang tua ni?"

"Abang."

"Abang."

Mak Temah menjenguk dalam bilik utama. Kejutan untuk Mak Temah.

"Aku tak boleh bangunlah Temah. Tangan kanan dengan kaki kanan aku tak boleh gerak."

"Ya, Allah. Macam mana boleh jadi macam ni? Kejap, Temah call Jah dengan Usin, mintak diorang bawakkan abang ke hospital."

Pak Mat disahkan mengalami minor strok. Pak Mat kini terbaring di atas katil. Makan pun cuma Quaker Oat sahaja. Pak Mat sudah tidak lalu untuk menerima nasi atau lauk pauk.

Bagai jatuh ditimpa tangga pula nasib Mak Temah dan Pak Mat. Selepas Mak Temah disahkan menghidap kencing manis dan buah pinggangnya juga punya masalah. Mak Temah wajib melakukan dialisis di rumah setiap hari dari jam 7malam sehingga 7pagi esoknya. Kini, Pak Mat pula, minor strok. Kaki kanan dan tangan kanan tidak boleh bergerak.

Hari-hari Pak Mat berbaring di atas katil. Mandi pun orang lain yang mandikan. Pak Mat sudak tidak mampu bergerak seperti dahulu. Dahulu Pak Mat rajin berkebun, menyiram pokok bunga, membantu Mak Temah menjemur kain dan berjemaah di masjid. Sekarang, semuanya kenangan. Gara-gara Pak Mat terjatuh dan kepalanya terhantuk di meja. Wujudnya sedikit darah beku di kepalanya. Hadirlah strok.

**********************************************************************
Pelbagai usaha dilakukan oleh anak Pak Mat dan Mak Temah. Sebut sahaja dimana, semua sudah dicuba. Namun, jika Allah tidak mengizinkan seseorang itu sihat, maka tiadalah apa pun yang akan terjadi. Melainkan Allah mengizinkannya.

Lagipun Pak Mat dan berumur hampir 85 tahun. Apalagi yang mampu dia lakukan. Dia tahu dia punya anak yang ramai dan mampu menjaganya. Tapi dia tidak tahu yang sebenarnya anak-anaknya hampir tiada kemuafakatan kerana sikap mementingkan diri. Benarlah seperti kata pepatah, sepasang ibu bapa boleh menjaga sepuluh anak. Namun, sepuluh anak belum tentu dapat menjaga ibu bapa mereka.

Pak Mat kini bersolat di atas katil yang dibeli menggunakan duit pencennya. Mulutnya juga tidak berhenti berzikir dan bermunajat kepada Allah. Bila tiba bulan Ramadhan, Pak Mat berpuasa seperti biasa walaupun ditegah oleh Jah.


"Ayah, kalau tak larat. Ayah tak puasa pun takpe. Ayah kan uzur."


"Aku boleh puasa. Aku mampu lagi nak berpuasa. Aku tak mahu meninggalkan puasa aku."


Begitulah Pak Mat, walaupun keuzuran dia masih lagi tanggungjawabnya kepada Maha Penciptanya. Namun, Allah pasti ada agendanya sendiri kerana tidak mengizinkan Pak Mat sihat seperti sediakala. Ini kerana Allah ingin menguji anak-anak Pak Mat. Ingin menguji kesabaran, kasih sayang dan kemuafakatan antara Jah dan adik beradiknya.

Mak Temah cuma dapat membantu untuk memasak Oat dan membuat air untuk Pak Mat. Mak Temah tidak punya kekuatan untuk mengelap Pak Mat. Mak Temah mudah penat dan letih. Namun, Mak Temah tidak pernah berhenti berdoa dan merayu pada Allah supaya dia dan suaminya mendapat sebaik-baik kesihatan.

********************************************************************
"Hello, Nini tolong Opah, boleh?"

"Kenapa Opah?"

"Atok buang air besar, Opah tak larat nak buat sorang-sorang. Opah call Iman, tapi tak jawab."

"Okey, Nini datang sekarang dengan pakcik."

"Sayang, Opah call cakap Atok buang air besar. Opah tak larat nak buat sorang-sorang."

"Kenapa call kita? Kita bukan boleh buat apa-apa pun. Call pakcik la, kita bawakan pakcik ke rumah atok. Orang nak makan malam pun payah. Bukannya tak ambil berat tapi kalau asyik kita sahaja yang dicari, payahlah macam ni. Apa kita takde privacy ke? Anak ramai, tapi takde satu pun yang boleh harap. Balik-balik kita, Iman dengan mak." bising suami Nini.

"Sabarlah, sayang. Istighfar banyak-banyak. Ada hikmah disebaliknya. Dah, cepat bayar, jom kita ambil pakcik."

"Astaghfirullahalazim. Maafkan abang, Nini."

"Nini maafkan abang. Dah jom kita gerak. Nanti bising pulak Opah kita lambat sampai."

*********************************************************************

"Mak, payahlah macam ni. Mana larat Iman nak buat sendiri. Iman tau Iman tak kerja. Tapi pinggang Iman ni dah sakit. Kalau dapat upah takpe jugak. Sekurang-kurangnya dapat jugak bayar duit kereta." bising Iman pada Jah.

"Kalau Iman taknak buat, Mak tak paksa tapi Iman cari lah kerja."

"Cuba mak bagitau Iman, bila masa Iman nak cari kerja. Satu hari Iman duduk rumah atok dengan opah. Iman mandikan atok, Iman bagi atok makan. Iman pulak kene hantar dan ambil Tasha dari pejabat lagi."

Gara-gara tiada kemuafakatan diantara adik beradik Jah, anak Jah Iman jadi mangsa keadaan. Iman sudah tidak mampu lagi untuk menanggung tanggungjawab yang sepatutnya ditanggung oleh adik beradik emaknya. Hampir hari-hari Iman akan bergaduh dengan emaknya.

Jah kini berada di dalam tekanan. Di luah mati mak ditelan mati bapak. Adik beradiknya seakan buat tidak kisah dengan keadan ayah mereka. Ada abang sulung pun buat tidak tahu. Datang cuma menjengah. Tiada satu akal pun dari abangnya supaya dapat selesaikan masalah yang ada. Begitu juga dengan adik beradik lain. Semuanya menurut kata Jah. Hitam kata Jah, hitamlah kata mereka. Putih kata Jah, putihlah. Yang rajin membantu memandikan dan mengelap cuma si Anjang, Ateh dan Achik. Siapa yang akan mandikan. Siapa yang akan berikan makan.Kini, semuanya terletak di atas bahu anaknya, Iman.

"Angah, tak larat anjang macam ni. Kita kene buat sesuatu supaya Ayah boleh bergerak semula. Sakit dah pinggang Anjang mandikan ayah hampir tiap-tiap hari."

"Macam tulah si Iman rasa masa korang buat tak tahu dulu. Aku bersyukur si Iman tu dah bekerja. Kalau tak, korang buat tak tahu je." tungkas Jah.

**********************************************************************

"Aku tak faham lah, Kak. Semuanya jatuh atas bahu mak. Mana pergi adik beradik mak yang lain? Aku penatlah, kak. Aku sampai takde masa untuk aku cari kerja. Tasha pulak dah bising-bising sebab aku tak keluar dengan dia. Aku serabutlah, kak. Aku dengan mak pun asyik bergaduh je sekarang ni. Aku taknak jadi anak derhaka, kak." ulas Iman.

"Iman, kau kene sabar dalam hal ni. Kau janganlah asyik nak marah mak. Lepas tu, kau terangkanlah kat Tasha yang kau ada tanggungjawab nak buat." jelas Nini.

"Aku kesian kat mak, kak. Mak macam stress je sejak atok jatuh sakit."

*********************************************************************

Selepas enam bulan Iman menganggur, kini Iman sudah mula bekerja sebagai Pegawai Tadbir di LPPKN. Hari-harinya kini tiada lagi di rumah atoknya. Namun, masih lagi terkesan di hati, Iman berasa kasihan pada emaknya yang kini menggantikannya untuk memandikan atoknya. Dua hari sekali emaknya akan pergi ke rumah atoknya untuk mengelap atoknya.

"kasihan emak."

Suatu hari, emak mendapat idea yang dirasakan sangat bernas. Adik beradiknya tujuh orang termasuk dirinya. Lalu, terfikirlah emaknya untuk buat jadual supaya satu hari akan ada satu orang akan mandi atau mengelap Pak Mat.

Setelah mendapat kata muafakat, semuanya setuju.

"alhamdulillah." ucap Jah.

**************************** TAMAT********************************

Dah lama aku taip cerita ni. Tapi tak tau nak publish ke tak . . . Sebab aku rasa cam tak best je citer ni. Kan?

Hopefully korang suka baca.

Semua cerpen yang aku tulis dalam belog aku ni TAKDE KENE MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG SUDAH MATI. Ianya cuma sekadar cerpen yang ingin aku kongsikan.

Selamat Membaca!

No comments:

Post a Comment