OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, March 23, 2012

Saat Mata Berbicara

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama aku tak update pasal novel yang aku baca kan? Bukan tak ingat tapi terlupa. Cheh! Padahal malas. Hohoho.

Kali ni nak share pasal satu novel yang biler aku baca . . . aku rasa cam frustrated giler! First time aku baca novel yang ending dia bagi aku cam hampeh! Arggghhhhh! tension!



Jalan citer quite okay. Yang jadi masalah pada aku adalah ending dia. Huh. Korang nak tau apa ending dia? korang baca lah sendiri. Kalau aku bagitau, nanti korang rasa aku cam mengada nak ending yang best-best belaka.

Mestilah aku nak ending yang best. Ce korang pergi India sana. Kalau ending movie tak best, kene bakar okay panggung tu. Maka, terpaksalah pengarah kene buat ending yang Happily Ever After. Tapi aku takdelah sampai nak bakar novel ni. Kalau aku punya novel sendiri, mungkin aku akan bakar kot. Memandangkan novel ni opis aku punya . . . so takleh bakar. Hahahaha.

Kepada sang penulis . . . aku cuma pembaca yang ingin ending yang best. Aku tak faham kenapa kau buat ending macam tu. Aku mencik!

Tajuk : Saat Mata Berbicara
Harga : RM 25.90
Penulis : Dyza Ainun

Ni ada sikit sinopsis pasal buku ni . . .

Jija, bersuamikan Zharul yang tidak boleh menjadi suami yang sempurna kerana serangan angin ahmar. Namun, Jija rela demi untuk merawat lelaki itu bersama bapanya seorang tukang urut di desanya. Zharul sangat berduka apabila Jija terkorban dalam kebakaran di rumahnya. Kemunculan Qhalisya, seorang gadis tomboy menggetus hati Zharul kerana terlau banyak sikap Qhalisya mengheret ingatan Zharul terhadap arwah Jija. Siapakah Qhalisya sebenarnya?


p/s: mood tak ok . . . =___=

No comments:

Post a Comment