OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, March 28, 2012

Paralyse

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tika dan saat aku membuka laman sesawang Harian Metro. Aku terkejut melihat berita utama. Ayah Pin lumpuh. Betul ke dia? atau pelanduk dua serupa?

sumber : Harian Metro

BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

Dibawah adalah tempat di mana ayah pin baring untuk diurut akibat mengalami lumpuh.


Ni je la yang aku baca dari harian metro online. Kalau nak kene beli harian metro. Hmmmm, cam tak kuasa la pulak.

Aku harap dia kembali kepada agama Allah dan bertaubat kepadaNya. Amin.

No comments:

Post a Comment