OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, March 14, 2012

Tujuh dan Lima

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku sangat sebok beberapa hari ni. Dengan nak settle kan program kat umah. Dengan nak settle kan keje kat opis ni haa . . . maka belog aku pun hampir-hampir ditinggalkan.

Patut arini wordless wednesday kan? Tapi aku malas pulak nak layan si ari Rabu Tanpa Kata. Maka, arini nak kongsi tazkirah sket. Tazkirah pendek je. Betapa mulianya agama kita menjaga aurat wanita.

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?

Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali sedalam 7 kaki?

Suami : Ooo.. InsyaAlLah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum). "Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAlLah. Besarnya kuasa AlLah ya abang.

Suami : *Hanya tersenyum*

So, apalagi. Mana yang belum tutup aurat tu. Cepat-cepatlah tutup aurat. Tak payah nak tunggu seru. Banyakla korang punya seru! Kalau Allah dah seru nama korang kat Malaikat Izrail, baru korang tau!

Tapi apa yang pasti tutup aurat kerana Allah. Buat apa sahaja pun kerana Allah. Sebab Dia yang bagi kita nyawa untuk terus hidup atas bumi-Nya!.

INGAT!.

Semua yang ada atas muka bumi ini adalah hak Allah. Bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik semua!.

Wassalam.

Sumber: http://www.zerousvortex.com

1 comment: