OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, June 26, 2012

Pretzel

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak share resipi yang aku baru je buat Hari Ahad lepas. Terbaek dari ladang.

Bahan-bahan:

Bahan A:
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
2 sudu besar brown sugar
2 cawan air suam

Bahan B:
1 cawan tepung roti
3 cawan tepung gandum

Bahan C:
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan air suam

Bahan D:
175 gram butter
1 cawan gula castor
2 sudu besar serbuk kayu manis

Sos Karamel:
1 cawan gula
1/2 cawan air
50 gram butter
1/2 cawan krim

Cara-cara:

1. Kacau sebati Bahan A. Kacau sampai larut semua gula dan garam. Kalau korang nak pretzel tu manis, tambah lagi gula.

2. Gaul tepung roti dan tepung gandum dalam mangkuk adun. Buat satu lubang di tengah-tengah. Curahkan  Bahan A tadi dan uli. Uli sehingga sebati. Tepung dia akan jadi sedikit melekit. Tutup dengan kain basah, dan  biarkan selama 30 minit.

3. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius. Bancuh Bahan C. Selepas 30 minit perap, tumbuk adunan tadi. Dan uli semula. Jika adunan terlalu melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian cubitkan sebesar 2-3 inci dan buat bentuk seperti pretzel. Camne nak buat? Korang pegi tengok kat You Tube. Aku nak citer kat sini, tak berapa nak reti pulaks. Hohohoho.

4. Dah siap buat bentuk pretzel? Celupkan pretzel tersebut ke dalam air soda bikarbonat tadi. Air soda tu kene selalu kacau yea. Kalau tak nanti akan berlaku sedikit mendapan soda. (wah! mendapan-)

5. Dah siap sesi celop-celop. Korang bakarla pretzel korang tu dalam 10 minit atau sehingga kekuningan. Aku buat ritu tak berapa nak kuning, kenapa ntah.

6. Sementara korang bakar pretzel tu, korang cairkan butter. Gula castor dengan serbuk kayu manis tu dicampurkan sebati. Selepas pretzel dah masak, sapukan butter atas pretzel. Dan taburkan campuran gula & serbuk kayu manis tadi atas pretzel.

7. Untuk sos karamel, korang hanguskan gula, setelah gula hangus masukkan air. Hati-hati!. Masak sampai gula tersebut larut semula. Dah larut masukkan butter. Bila butter dah cair, masukkan krim. Kacau sebati. Dah sebati, tutup api.

p/s: korang leh gunakan resipi yang sama untuk buat Stick Pretzel.

Siap!

Inilah hasilnya. Mahap gambor sos karamel takde. Lupa nak snap. Hohohoho.



Hasil air tangan aku dengan Cik Fiza sayang. Sayang kew?

Chau Chin Chau.

Huh-

Penatnya taip resipi kali ni. Panjang betol!

No comments:

Post a Comment