OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, June 29, 2012

For Them

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

After berpenat lelah berjalan kaki dari opis sampai ke kedai TM untuk membayo bil internet umah. Lalu teruskan perjalanan ke Wangsa Walk pula.

Encik Usben ingin kan buku Lat. Maka daku telah membelikan beliau buku ini . . .



Selepas itu, sambil usha buku-buku lain. Aku ternampak buku ini. Lalu membelikan untuk Umi aku pulak.



Dah settle dengan buku. Singgah pulak kat Vitacare. Lupa plak nak mintak mak aku membership card. Huhuhuhu.

Singgah nak beli Appeton untuk both Zaharah's. Aku beli Appeton dengan Goat Milk Vitamin.



'Auntie' kat Vitacare tu kata elok untuk kulit, selera makan dengan perkembangan otak. Aku beli untuk si kakak. Sebab si kakak kalau makan Appeton tu, dia akan makan satu bucu bintang tu je. Selebihnya dia bagi si adik.

=___=

Hopefully she will eat the goats' milk tablet tu. 'auntie' tu kata sedap. Rasa cam biskut. Kalau tak sedap, aku la makan! Hahahahaha.

Pastu memandangkan si kakak kipas susah mati Upin Ipin. Maka akan daku belikan dia Majalah Upin Ipin. Bukan takmo langgan, tapi aku rasa cam suka je bila hujung bulan pegi Wangsa Walk pastu belikan dia majalah. Balik bagi dia baca.

Puas hati siot!

Kalau langgan, dia pos terus ke rumah. Tak best.

Saiko-


Pastu si Encik Fathull pesan belikan dia magazine Hijabista dengan Nur. Apakah? Adik laki aku sorang ni pesan magazine ni? Konpius suda mak encik.

@__@

Hmmmm . . . .






Wah! Maria Elena jadi cover Hijabista la! Tapi . . . aku tak suka arr orang mag suka meng'photoshop'kan muka-muka retis. Tak ORI langsung-

Mencik-

Okay, tamat sudah aku membeli belah untuk orang lain. Untuk diri sendiri? Nanti-nanti lah. Bai-

Thursday, June 28, 2012

KFC Wangsa Maju Cam Haram Jadah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku marah sekarang ni! Hari Khamis malam Jumaat ni patut hati aku tenang. Senang nak beribadat kat Allah ngan Encik Usben. Ni tak. Buat hati aku panas jerk.




Mau tidak. Dah kata KFC ada offer Chicken Hot Flamming. Sebab nak rasa dan ingin beli, aku pun singgah kat KFC Wangsa Maju. Diulang sekali lagi KFC Wangsa Maju.

Masuk-masuk je teruja la.... sebab scenery dah tukar kan. Cara pembelian pun dah tukar. Kene order, bayar pastu tunggu nombor kene panggil. Harap je restoran besar. Baru lepas renovate. Biler nak order, Cashier pun okay. Manis je. Nama Cik Murni. Cashier bagus. Yang tak bagus nya . . .

Si tukang bagi order aku! Mula-mula cakap "kak, tunggu kejap. nanti saya hantar." Okay, kalau kejap maksudnya tak sampai 5 minit kan? Kalau ikut faktor logic. After 10 minit, aku dah terbakar sebab aku tgk kat screen pc dia dah clear semua order. Korang pun biasa tengok screen pc tu kalau pegi Mc Donalds. Kalau order tak settle lagi, kan order kita masih lagi kat situ. Ni tak, dah clear. Bila aku nampak dah clear maknanya order aku pun dah siap la kan?

Tapi tapi tapi!

Tak siap okay! Bila aku pergi tanya budak tu pegi dapo, dia boleh tepuk dahi dia! TEPOK DAHI dan dari gerak mulut dia kata LUPA! demmit! Dah la ko tak bagi air! Dah la tak bagitau berapa lama aku kene tunggu untuk ayam tu. Kalau bagi tau aku leh gak consider tunggu. Dah la dengan air cond sejuk. Air tak bagi. Maaf pun takde. Memang mengundang kemarahan laki bini la!. Pastu siap suggest akak amek yang Original boleh! Babe, terang-terang aku order Hot Flamming Crunch! Sesuka hati ko je nak suruh aku tukar! Demmit!

Weyh! susah sangat ke nak cakap MAAF? Empat huruf je kot! Dua suku kata! Kalau ko cakap "Kak, maaf ayam lambat sikit siap." Kalau ko cakap perkataan MAAF dari awal, aku takdelah nak marah-marah dan Encik Usben pun tak tepok meja kaunter tu bagi satu restoran dengar!

Apa lagi, Encik Usben kata "Kitorang nak refund. Segala makanan yang kat atas meja tu korang hamek balik. Dah la segala perkataan maaf pun tak cakap. Tak bagitau berapa lama nak tunggu. Dengan ada anak kecik lagi. Dah! saya nak refund!" Nah hamek satu restoran dengar!

Si Manager tu pun bila Encik Usben dah bising sebab tak cakap MAAF baru terhegeh-hegeh nak mintak maaf!

Dah lambat dah-

Pe lagi dah dapat refund blah la weyh! Meneruskan perjalanan ke KFC Setiawangsa yang kecik molek itew. Sampai-sampai tak berapa nak ramai orang. Terus order. Tak sampai 5 minit, order aku settle! Syabas KFC Setiawangsa. Hot Flamming Crunch tu okay la.

Pasni memang takdela aku nak pergi KFC Wangsa Maju. To my dear boss, if you reading this please jangan bawak saya pergi KFC Wangsa Maju lagi. Saya tak mo. Nak boikot!

p/s: Jap g kul 10 malam kat HBO ada LOTR, ada sore Encik Fathull.

Venom Suria

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama aku tak update pasal buku kan? Alhamdulillah aku baru je selesai membaca novel Venom Suria hasil nukilan Mazni Aznita.

Perggghhh!. Terbaek ah novel ni. Novel ni jenis fiction thriller. Aku kan suka thriller. Tapi yang ni antara yang  okay selepas novel hasil nukilan Ramlee Awang Murshid. Kalau Ramlee Awang Murshid nya novel tak yah citer banyak laaaaa memang terbaek la novel thriller dia. Kat umah ada buku 9 Nyawa hasil nukilan Ramlee Awang Murshid tapi tapi tapi aku TAK BACA lagi. Hohohoho.

Bengong. Dah beli tak baca.

Aku? Nak baca kat umah. Ada la pulak masa. Huhuhuhu.

Okay, lari tajuk.

Citer Venom Suria ni menceritakan pasal satu makhluk air yang memerlukan badan manusia untuk membolehkan dia berada di atas tanah. Dia hanya boleh mendapatkan badan manusia dari keturunan dia dan akan dilakukan ketika gerhana bulan penuh. Di mana dia sebelum ini pernah berkahwin dan telah menuntut ilmu salah dan dia telah dikenakan sumpahan. Dalam pada itu untuk memanjangkan nyawanya dia memerlukan darah manusia.

Terbaek. Dah macam Vampire pun ada nih!.

Aku baca kat opis pun jadi seram sejuk. Kalau baca waktu malam, mau aku tak pergi dapo umah aku. Seram kot!. Tegak-tegak bulu tengkuk aku masa baca buku ni kat opis.

Sila beli-

Ending?

Memang tak arr aku nak citer. Korang pergi beli kat MPH ke, Popular ke, Pustaka Mukmin ke, tak pun kat Minerva ke. Kalau malas nak jalan kaki. Korang leh order ngan aku. Hehehehe. Cam tak biasa. Membeli belah kat online.

woooo.... Aku tau korang kalau bab-bab beli buku MALAS kan? Ce kalau shopping baju ke, seluar ke, kasut ke etc. Laju je bukak Maybank 2U ngan CimbClicks tu kan. Terus bayar. Kan? Kan?

Okaylah ni Kulit novel Venom Suria.



Buku ni berharga RM 25.90

Mai beli. Mai beli. Mai beli.

Dear Kak Mar,

Sila tukar spec baru yea. Dengan tambah power skali takpun barangkali kene kurangkan power kot!. Masterchef tu boley la. Kalau Kak Mar nak tengok, Kak Mar leh tengok kat You Tube. Taip je Masterchef Selebriti.

Wednesday, June 27, 2012

owh, Jehan!

Assalamualaikum semua ;)

Hai, korang!.

Arini awal sket aku update belog. Terlebih rajin katanya. Rajin lah sangat. Semalam tengok tak Masterchef Selebriti? Aku? HARUSlah tengok. Ujian penyingkiran kot. Aku nak tau jugak siapa yang tersingkir antara Juliza, Jehan, Farouk dengan Soo Wincci.

Seyes aku budget Soo Wincci tak pun Farouk. Nampak gayanya tekaan aku salah. Jehan yang terkeluar. Oh My Jehan.

=___=

Jehan dapat collect RM5000 untuk badan kebajikan yang dia wakili. Alhamdulillah. Banyak jugak dia dapat collect.

Jumpa ari Sabtu nanti yaw! Apa saje la kejutan Masterchef. Sebesar-besar peti ko letak dalam dapo. Ada ikan duyung kew?



Babai Jehan....huhuhuhu

Buat Kak Mar tersayang,

Bukan cookie butter tapi cookie cutter.

Ni haaa cutter nya ....



Selamat Mencuba Kak Mar!

Tuesday, June 26, 2012

Gingerbread French Toast

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Nak kongsi resipi lagi!. Rajin pulak aku update resipi arini. Hohohoho.

Bahan-bahan:

Gingerbread cookie cutter
3-4 keping roti putih atau roti gandum
1 biji telur
1/2 cawan susu
sedikit garam
sedikit gula
sedikit lada sulah

Cara-cara:

1. Bentukkan roti menggunakan gingerbread cookie cutter (aku baru je beli last week-hahahaha). Ketepikan.

2. Campurkan telor, garam, gula dan lada sulah.

3. Celopkan roti ke dalam susu. Kemudian celopkan dalam telor.

4. Masakkan di atas non stick pan. Letakkan sedikit mentega.

Dah siap!.

Mudahkan.

Tak sampai 10 minit pun. Hehehehhe.

Inilah hasilnya.



Kalau dapat cicah dengan sambal sardin tak pun sambal ikan bilis. Sedapnya! Fuh-

Terbayang-bayang suda. Okay, stop. Arini posa takleh bayangkan makanan. Huhuhuhu.

Wassalam.

Selamat Mencuba!

Pretzel

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak share resipi yang aku baru je buat Hari Ahad lepas. Terbaek dari ladang.

Bahan-bahan:

Bahan A:
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
2 sudu besar brown sugar
2 cawan air suam

Bahan B:
1 cawan tepung roti
3 cawan tepung gandum

Bahan C:
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan air suam

Bahan D:
175 gram butter
1 cawan gula castor
2 sudu besar serbuk kayu manis

Sos Karamel:
1 cawan gula
1/2 cawan air
50 gram butter
1/2 cawan krim

Cara-cara:

1. Kacau sebati Bahan A. Kacau sampai larut semua gula dan garam. Kalau korang nak pretzel tu manis, tambah lagi gula.

2. Gaul tepung roti dan tepung gandum dalam mangkuk adun. Buat satu lubang di tengah-tengah. Curahkan  Bahan A tadi dan uli. Uli sehingga sebati. Tepung dia akan jadi sedikit melekit. Tutup dengan kain basah, dan  biarkan selama 30 minit.

3. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius. Bancuh Bahan C. Selepas 30 minit perap, tumbuk adunan tadi. Dan uli semula. Jika adunan terlalu melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian cubitkan sebesar 2-3 inci dan buat bentuk seperti pretzel. Camne nak buat? Korang pegi tengok kat You Tube. Aku nak citer kat sini, tak berapa nak reti pulaks. Hohohoho.

4. Dah siap buat bentuk pretzel? Celupkan pretzel tersebut ke dalam air soda bikarbonat tadi. Air soda tu kene selalu kacau yea. Kalau tak nanti akan berlaku sedikit mendapan soda. (wah! mendapan-)

5. Dah siap sesi celop-celop. Korang bakarla pretzel korang tu dalam 10 minit atau sehingga kekuningan. Aku buat ritu tak berapa nak kuning, kenapa ntah.

6. Sementara korang bakar pretzel tu, korang cairkan butter. Gula castor dengan serbuk kayu manis tu dicampurkan sebati. Selepas pretzel dah masak, sapukan butter atas pretzel. Dan taburkan campuran gula & serbuk kayu manis tadi atas pretzel.

7. Untuk sos karamel, korang hanguskan gula, setelah gula hangus masukkan air. Hati-hati!. Masak sampai gula tersebut larut semula. Dah larut masukkan butter. Bila butter dah cair, masukkan krim. Kacau sebati. Dah sebati, tutup api.

p/s: korang leh gunakan resipi yang sama untuk buat Stick Pretzel.

Siap!

Inilah hasilnya. Mahap gambor sos karamel takde. Lupa nak snap. Hohohoho.



Hasil air tangan aku dengan Cik Fiza sayang. Sayang kew?

Chau Chin Chau.

Huh-

Penatnya taip resipi kali ni. Panjang betol!

Menang!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tengok tak Masterchef semalam? Aku dapat tengok. Tahlil habes awal. Dapatla tengok Masterchef sambil menjamu selera. Sedap woh lauk semalam. Sponsorship dari Pak Long Yen. Terbaek dari ladang!

Terima kasih kepada yang hadir semalam. Walaupun tak ramai tapi alhamdulillah selesai tahlil untuk arwah Abib, Mak, Mak Tok dengan Ami Zin. Semoga kalian ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Semalam dalam Masterchef ada twist. Sampai je kat Cocoa Boutique. Farouk Hussein kene tukar apron dengan Datuk Fazley. Walaupun Datuk Fazley cam tak rela ditukarkan, tapi memandangkan dia Pakar Motivasi maka dia HARUS bersikap positif yaw!.

Si Farouk pulak punyalah gembira hati sebab dapat dari Double A. Bahahaha. Memang lawak giler time ni. Punyalah suka hati si Farouk. Tapi dia tak tau ada sesuatu di dalam kumpulan dia yang akan semua orang cam stress. Hahahaha. Saper lagi Juliza Adlizan la. Dia strict dowh!. Fokus dia nak menang je bukan enjoy. Hahahaha.

Diorang ditugaskan untuk cipta dan buat chocolate truffles. Terbaek!. Group Merah menang yaw!. Saper group merah? Datuk Fazley, Double A, Tomok dengan Angah RL. Diorang buat chocolate tu dengan sangat-sangat tenang dan happy. Buat manisan memang la kene happy. Kalau tak happy tak jadi chocolate sayang.

Makanya, terselamat la si budak Tomok itew. Gedik je. Malam ni kita jumpa di penyingkiran ye wahai Soo Wincci, Farouk Hussein, Jehan Miskin dengan Juliza Adlizan. Hohohoho.

All The Best untuk korang!.



Bahahahaha!.

Monday, June 25, 2012

Thanuja vs Tomok

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lambat sket update pasal MS. Tons of tons work to do. Sangat-

=__=

Diorang kene prepare three dish for Hi-Tea. Terbaek ah! Tomok! apakah yang anda telah lakukan. Dengan hidangan Light & Easy kau terselamat dari tersingkir? Giler hebat kau! Setakat  celop-celop stoberi kat cekelat! Cik SZ pun boleh buat derr.

Kesian Thanuja. Kau berpeluh-peluh buat hidangan . . . BUT you are OUT!. Bahahahaha. Nak wat camne. Dah naseb. Khennn?

Malam ni cam tak dapat tengok je. Sebab ada tahlil arwah kat umah. Hari ni Group Fight je. Kuang hajo Datuk Fazley, ko amek yang hebat-hebat je. Kesian kat Farouk. Satu group lagi dengan Double A. Hohohoho.

Mesti tak cayakan? Double A tak tersingkir lagi. Percayalah! Next nye penyingkiran pasti ada Tomoks! Vouge da Vast!



Okay, Chau!.

Kalau aku rajin dan punya masa terluang daku nak kongsi resipi terbaru yawl!. Aku baru buat semalam.

=___=

T T F N!

Alhamdulillah

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!.

Alhamdulillah Allah memberikan aku peluang untuk mencium dahi dan pipi Abibku (datuk) buat kali terakhir. Alhamdulillah dan bersyukur kepada Allah, pengkebumian beliau dapat dilakukan semalam jam 11 pagi dan jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang.

Semoga roh Nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Alhamdulillah, beliau menderita sakit hanya seketika. Abahku mandikan beliau di Hospital bersama-sama dengan petugas di Hospital. 

Beliau meninggal kan kami pada 24 June 2012 jam 3.45 pagi di Hospital Kuala Lumpur. Begitu juga arwah Mak (nenek) meninggalkan kami. Pada 24 June 1995 jam 3.45 pagi di Hopsital Kuala Lumpur. Allah Maha Besar. Maha Suci Allah.

Alhamdulillah, mereka dikuburkan di kawasan Tanah Kubur yang sama. Semoga mereka dapat berjumpa di syurga nanti. Amin.

Rindunya aku pada mereka. Al-fatihah.

Handsome betul Abib semalam. Itu sahaja kenangan terakhir untuk aku ingati sampai mati. Semoga ingatan dan kenangan aku bersama Abib tak luput dari ingatan aku.

Buat Mama sekeluarga,

Tabahkahlah hati. Sentiasa berdoa pada Allah supaya rohnya aman damai disana. Redhai pemergian Abib. Usah tangisi pemergiannya. Berdoa pada Allah.

Buat Abah,

Tabahkanlah hati. Akak tau abah hiba, sedih dan sayu. Usah ditangisi lagi. Usai solat berdoa untuknya. Sedekah kan Al-Fatihah buatnya.

Al-Fatihah buat Abib dan Mak. Semoga kalian tenang dan damai di alam sana. Ya, Allah Kau jauhilah mereka dari azab kubur dan api neraka. Kau tempatkan lah mereka di Syurga Mu. Amin.

p/s: sayu, sedih, hiba, rindu.

Friday, June 22, 2012

Apa Guna?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ceria dan Salam Jumaat. Semoga hari sangat-sangat ceria dan tenang setenang air di kali. Wah! peribahasa ko nyah!.

Poyo-

Giler sakit kepala semalam. Dah la pulak si Fathull banje makan Dominos. Bau Dominos pun dah cukup buat aku rasa mual giler. Maka, Dominos aku letak tepi. Makan nasi putih saje. Makan active fast (mekasih panadol). Tido.

Kul 10 camtu aku bangun sebab nak tengok citer Waris. Aku kan suka tengok citer hantu tapi takdelah semua citer hantu aku tengok. Bukan peminat tegar yea. Bangun. Sambung makan pizza. Yeah! Segala rasa mual dah hilang. Aku bantai makan 3 keping piza je. Sebab aku boley je makan lagi banyak tapi sebab rasa mual tu masih ada lagi. Tiga keping suda.

Okay, berbalik kepada topic atas. Aku nak kongsi Tazkirah sket sempena hari Jumaat yang mulia ini. Aku suka share ilmu ni, sekurang-kurangnya aku dapat lah jugak sedikit saham untuk akhirat nanti. InsyaAllah.

Apa Guna Jadi Lelaki Handsome . . . Kalau ang baca Al-Quran pun merangkak-rangkak.


Apa Guna Jadi Perempuan Cantik . . . Kalau pukul 12 tengahari pun ang tak bangun lagi.


Apa Guna Umur Besar Panjang . . . Kalau asas Fardhu Ain ang lintang pukang.


Apa Guna Allah Bagi Hidayah . . . Kalau nak Solat pun ang rasa payah.


Apa Guna jadi Manusia . . . Kalau umo yang Allah bagi kat ang, ang sia-sia kan.


Apa Guna jadi Perempuan Comey . . . Kalau segala aurat semua ang tak tutup.


Aku rasa macam-macam lagi APA GUNA.

Tapi ang pandai-pandai lah pikior sendiri. Aku nak sambung keje sat.

Sat gi kalau aku ada idea nak taip cerita ceriti ke. Gosip ke. Aku buat entri. Okay. Chau Chin Chau.

Wassalam.

p/s: Hope he will give us positive response today. Pray for him. Aku berserah kepada Mu, Ya Allah.

Thursday, June 21, 2012

Bestnya!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak kongsi sket tazkirah yang tak berapa nak tazkirah sangat. It is more for husband. Hopefully ada la husband yang baca.

Ada ke?


Saat Akad Nikah . . . Suami dapat PAHALA

Suami peluk Isteri . . . dapat PAHALA
Cium Isteri . . . dapat PAHALA

Renung Isteri . . . dapat PAHALA

Suami kerja cari rezeki HALAL untuk Isteri . . . dapat PAHALA

Suami bernafsu tengok isteri . . . dapat PAHALA


Suami pegang isteri . . . dapat PAHALA

Suami marah Isteri (menegur untuk kebaikan) . . . dapat PAHALA


Suami IMAM kan Isteri . . . dapat berlipat-lipat kali ganda PAHALA

Suami ajar isteri Fardhu Ain . . . dapat PAHALA

Suami setubuhi isteri . . . dapat PAHALA 
(ini yang paling disukai semua suami)

Main kenyit-kenyit mata dengan Isteri . . .  dapat PAHALA

Gambar Hiasan (mekasih encik google)


Apa lagi somi-somi moh le tambah pahala. Walaweyh! Sronok kan jadi somi. Macam-macam pahala dapat. Khennn?

Wassalam.

Wednesday, June 20, 2012

another drama!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lambat sket hapdate pasal Masterchef Selebriti. Pale otak tak leh nak pikir sangat sekarang ni. Dok risau pasal datuk aku kat spital. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan yang dialami.

Semalam sesi penyingkiran. Diorang kene masak western such as chicken chop ke, fish chop ke, lamb chop ke or tak kisah la apa-apa pun but base is chicken or lamb, or salmon or beef.

Untuk kesekian kali nya Tomok, AA dan Farouq terselamat. Tomok aku jumpa kau kat sesi penyingkiran yang keenam. Hohohohoho.

It is your time Karl Shafek. It is your mistake. You supposed kene cari tulang ikan tu sebelum masak. Even kita tau ikan itew telah dibuang tulangnya. Tapi kita HARUS ada bersikap berhati-hati. Alrite? Kalau kau masak ikan tu betol-betol pastu ko buang tulang ikan tu, pasti ko tak terkeluar. Dan pastilah AA yang akan di kick out. Hahahaha

Please la AA tak payah la wat drama airmata ko kat sitew. Penat dah aku tengok ko nye tangisan. Baik aku menangis untuk CSI:12. Si Catherine Willows tu dah mintak transfer ke FBI. Sedey je sebab aku setia bersama CSI untuk 12 seasons okay! Sedeynya menusuk kalbu.

Seronok nye pelok budak Karl tu kan??? Hehehehhe. Aku tengok muka Karl cam "cukup cukup sudah kau pelok aku" Huhuhuhuhu. Aku tak rela auw- 

Tamatlah riwayat si Karl Shafek ni kat Masterchef Selebriti. Jumpa ari Sabtu nanti yawl untuk sesi Peti Saji Misteri!.




Lunch ni nak pegi jengok datuk daku yang berada di hospital. Pray for him for his healthiness. Amin.

Tuesday, June 19, 2012

Auntie vs. Pyah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini aku nak update kejadian yang berlaku pada hari Ahad lepas. Hari Ahad yang baru ni. Memang lawak giler. Aku pun cam sakit je sebab aku pun kene ngan budak tecit ni yang dah pandai berkata-kata.

=___=

nice!

Babak Satu.

Kejadian ini berlaku di dapo. Ketika si Auntie sedang mencuci pinggan mangkok di dapo umah aku.

Auntie: Pyah, auntie rindu kat pyah.

SZ: ye ke?

Bahahahhaha...! Hamek ko sebijik!

Babak Dua.

Kejadian seterusnya berlaku di meja makan.

Auntie: Pyah, rindu auntie tak?

SZ: Tak.

Hahahahahha...! Giler sadis!

Babak Tiga.

Kejadian berikutnya berlaku di ruang tamu.

Auntie: Pyah tak rindu auntie ke?

SZ: Tak nak!

Aku hanya mampu tersenyum dangelak berdekah-dekah. Nasib ko lah Fza Sabree oooi! Bakal dapat anak sedara lagi kerek dari ko. Hahahahahha!

Ada babak keempat cuma tu karakter je.

Kejadian berlaku di dapo diruangan menonton peti televisyen. Ketika itew Masterchef Selebriti sudah habes ditonton oleh si Ibu.

SZ: Ibu, dah habes ke?

Ibu: Dah.

SZ: Jom tido.

derrghhhhh-

=___=

terbaek!



Monday, June 18, 2012

Kalah Lagi yawl!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Baru kejap tadi tengok Masterchef Selebriti. La ni Enick Usben dok layan Pawn Star kat History HD Channel. Ye kot History HD. Aku main batai jek. Hahahahaha

Kalah lagi group Azwan Ali. Aku rasa silap kat sos yang masin itew. Nasib ko lah AA. Bukan rezeki kamoo. Buat sekali lagi Tomok akan berada di gelanggang penyingkiran. Tomok selebriti yang paling popular kat gelanggang penyingkiran. Hopefully bukan Tomok yang kene kick out esok. Nasib ko la Tomok kalau terkeluar esok. Khennnn?

Aku ni dah macam reporter untuk Masterchef la puloks. Reporter tak bergaji. Hahahahaha.

Okay arr jumpa esok untuk report yang seterusnya. Cik SZ dah mintak susu. Cik NZ pulak da beradu. Tadi dia terhantuk ke terjatuh aku pun tak tau. Yang pastu berdarah lagi mulutnya...

Kenapa aku tak tau? HARUSlah tak tau sebab aku tengah makan. Yang tinggal kat dalam bilik hanya SZ ngan NZ. Gamaknya. Mereka berdua saje yang tau apa yang terjadi.


Daaaa-

 

Akhirnya Kini Pasti!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini aku tak masuk opis. Mula-mula nak half-day je. Sebab nak bawak NZ pergi klinik buat check up. Pehtu dapat call ada sedara meninggal. Innalillah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Esok aku masuk opis semula ye Cik Puan Boss.

Akhirnya kini pasti, RA keluar dari Masterchef Selebriti. No more Bomoh ngan Makcik Esah yea AA. Dapatloah si RA collect RM3500 untuk rumah kebajikan Bakti yang dia wakili.

Memang fatut pun dia kluar. Cara kerja salah. You deserve to be kick out from Masterchef Selebriti. So malam ni nak tengok Sajian Luar pulak.

Si AA jadi leaders lagi. Dan one of his colleague is Farouk Hussein. Habeslah! Mesti kecoh punya. Yang si Angah RL pun cam dapat dipisahkan dengan Thanuja. Bahahahha.

whateva!.

Bye bye RA. No more drama from u! Lalalalalla-



p/s: takziah buat makcik sekeluarga semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Saturday, June 16, 2012

Terima Kasih lah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Terima kasihlah buat jiran sebelah tu. Bagi jerebu satu Kay Ell ni. Aku suka. Semput dado den ni haa! Aku nak bagi anak-anak aku main kat luar pun tak boleh. Mau nya nak bagi. Ko tak nampak betapa tebal nya jerebu kat luar tu. Aku sendiri pun dah semput. Kalau budak-budak?

=___=

Petang tadi adalah hujan sket. Hopefully tomorrow our sky is clean & clear. InsyaAllah.

Kalau makin teruk, aku kene beli mask la camni. Takpun cuti boleh? Hahahahha. saiko!

Cik puan SZ dah ajak aku tido. Jom tido.

Nanite-

menanges konon!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Menanges konon!

Cukup-cukup sudah,
Dengan segala tangisan...
(sila nyanyi ala-ala group indon tu...mirwana band erk)

Enough of crying please. Ponek da aku tengok segala tangisan.

Ghasakla Datuk Fazley, Jehan Miskin, Raja Azmi ngan Karl Shafek.

Let's meet tomorrow kat sesi penyingkiran. Bahahahaha.

Paling drama skali biler AA kata RA guna Mak Esah ngan bomoh. Hahahaha. Kalau si RA guna bomoh HARUS dia selamat dari kene singkir esok. Kalau dia selamat sok, betolla kot. Hahahaha. Kadang aku rasa MS ni cam program masak-masak lucu je.

Dah arr nak layan cerekarama...atau Angel and Demon? Hmmm...

Jumpe sok kat Masterchef Selebriti.



p/s: sedapnya tengok pizza Dominos.

Friday, June 15, 2012

Bubur Lambok

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Inilah sarapan aku pagi tadi. Tapi macam ada yang kurang. Aku tak begitu pasti apakah yang kurang. Hmmmm. Mungkin aku perlu mencuba sekali lagi di masa akan datang.

Bahan-bahan:

1/2 cawan beras (dicuci)
4 cawan air
Daging
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil rempah kurma
1/2 kotak santan
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kayu manis
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Cuci beras. Ketepikan.

2. Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian blend jintan putih, jintan manis, lada hitam, lada putih dan ketumbar.

3. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis. Kemudian masukkan bawang-bawang yang telah diblend. Dah naik bau, masukkan rempah kurma dan jintan yang telah dikisar.

4. Dah naik bau, masukkan daging. Masak daging sebentar. Kemudian masukkan beras. Goreng seketika. Masukkan air.

5. Setelah beras dah jadi bubur. Baru masukkan santan, garam dan gula. Biarkan mendidih seketika. Padam api.

Siap!

Selamat mencuba!

Inilah hasilnya...


Encik Usben kata okay tapi macam ada yang kureng. Apa yang kurang erk? Hmmm. Tapi dia kata kalu makan dengan serunding sedap. Nasib baiklah dalam umah memang ada serunding. Huhuhuu.

Kene tengok balik resepi bubur lambok yang betol. Hmmmm.

Ini dah bukan bubur lambok tapi bubur lambak. Hahahahha.

Kami Ada, Korang Ada?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kami ada, Korang Ada?


Hasil pow kami dari ibu tersayang!

Hahahahaha!

Chocolate Bread Pudding

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak kongsi resipi Chocolate Bread Pudding. Kenapa chocolate? Inilah akibat nya pabila Fresh Milk kehabisan dirumah. Yang tinggal hanya lah susu cekelat Abah aku. Hahahaha.

Abah! akak dah habeskan susu coklat.

Orang dalam umah ni suka makan Bread Pudding begitu saje. Tak payah buat sos-sos ni. Leceh. Bukan diorang reti pon.

Bahan-bahan:

6 keping roti putih
6 keping roti gandum
2 cawan susu coklat/ putih
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telor
2 sudu besar mentega
kismis
sedikit serbuk kayu manis

Cara-cara:

1. Panaskan oven 180 darjah celcius.

2. Cairkan mentega. Masukkan semua bahan kecuali kismis ke dalam food processor. Kalau takde food processor guna  blender pun  boley la...

3. Dah lumat semua. Korang amek lagi 3 keping roti, letak kat dalam loyang pastu tuangkan mentega cair dan taburkan kismis. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.

4. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Siap!

Ini hasilnya....


Makan masa panas-panas pun sedap. Perrrggghhh!

Selamat Mencuba!

Ibu nak cantik!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Pada suatu petang yang damai. Lepas balik dari kerjaan. Melayan kan nafsu si anak untuk bermain-main di luar rumah. Bermain dengan Sang Tanah, Sang Rumput, Sang Pokok Bunga Kertas dan berlari-lari anak di sekeliling Slyvester.

Tiba-tiba . . . .

Sambil membawa daun pokok bunga kertas. Menangislah si pokok, gara-gara daunnya sudah dipetik oleh Cik Puan.

Maafkan anak ku wahai pokok.

SZ: Ibu, ibu nak cantek!

Ibu: Okey. Dok diam-diam.

Lalu si Ibu pun selit kan daun pokok bunga kertas di telinga si anak.




Apakah?

Basah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Jumaat. Salam Ceria. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. InsyaAllah. Hari Jumaat. Penghulu segala hari. Semoga kita semua mendapat keberkatan dah rahmat dari Yang Maha Esa.

Sebelum aku bertazkirah lebih panjang baik aku pendekkan dan terus kepada topik utama hari ini. Yakni, Basah!.

Apa basah? Mimpi basah ke? Saiko-

Dua minggu lepas kan aku balik Banting. Bila dah balik Banting, Morib pun dekat. Kelanang pun dekat. Maka it's Pantai time. Mula-mula usha Morib. Giler ramai orang! Padahal hari Ahad kot!. Nampak sangat orang Malaysia ni suka cuti-cuti Malaysia.

Same as me here ^___^

Sampai je Kelanang. Si NZ dah tak boleh jalan. Dia jadi geli untuk pijak segala pasir kat pantai tu. Nak suruh duduk pun geli. Aku paksa jugak! Kene paksa duduk okay! Kalau tak tu nak bertenggek atas paha takpun nak mintak dokong. Huhuhhu.

Apakah?

Nak bawak pergi jengah air laut pun takut. Aiyoooo!.

Si kakak je la yang layan main air dengan main pasir. Hai la adik awat jadi lagu tu? Ada sekali bawak mandi sungai pun sama. Punyala takut nak masukkan kaki kat dalam air. Allahuakhbar. Mungkin belom sampai masanya.

Takpe aku akan berusaha untuk membawa kamu ke dalam air!. Hahahahaha. (ibu yang saiko)

Moh layan gambor yang tak seberapa ini.









Nampak tak betapa stress nya muka si adik? Dia sanggup berdiri tegak kat situ. Tak mampu nak bergerak kemana-mana.

=___=

Encik Usben pegang tangan dia untuk bawak jalan pun takmo. Haih-

Basi dah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sesungguhnya aku hanya seorang hamba yang cepat lupa. Itulah yang terjadi kepada satu majlis yang sepatutnya aku update selepas majlis kawen kazen aku itew. Ini entrinya.

Majlis itu hari Sabtu. Esoknya pulak Majlis Cukur Jambul sepupu aku. Ya, yang dicukur jambul itu adalah sepupu aku. Aku datang agak lewat. Majlis pun dah selesai. Cuma dapat tengok sepupu aku itu dalam buaian je. Dan aku juga dapat melihat sepupu aku yang seorang lagi melecur tangannya. Gara-gara memegang mentol lampu yang panas kat buaian. Terbaek!.

Memandangkan aku datang agak lewat. Maka, memang takdelah gambar sesi cukur jambul. Huhuhuhu.

Yang ado gambar sepupu aku kat dalam buaian je. Blueerrrkkk!

;p














Itu saje gambor yang ada. Daku sedikit kemalasan untuk snap gambor banyak-banyak. Huhuhuu.

Thursday, June 14, 2012

Dah nasib!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam baru je selesai tengok Masterchef Selebriti Episod Penyingkiran. Masterchef ni kalau aku balik Banting, memang tak dapek la aku nak nengok. Nengok citer koling yo!.

Malam tadi aku tengok diorang kene masak Popia. Tak kisah la Popia versi savoury atau sweet. Tomok buat kali keempat berada di pusingan penyingkiran. Ko kan Tomok cam si Saiful (Masterchef Season 1) budak Sabah tu. Setiap kali penyingkiran mesti ada. Huhuhhu.

Kalau ko sama cam dia, maknanya ko boleh masuk akhir. Hahahahhaa.

All the best Tomok!.

Huh! aku tak paham betol dengan si RA neyh. Babe, aku rasa kan ko memang layak dapat Anugerah Pelakon Wanita Terbaek untuk Masterchef Selebriti la. Nanges sana sini. Ngamok sana sini. Orang lain yang  kene singkir. Maka, rating MS pun naik gara-gara RA ngan AA.

Kalau si Louisa Chong tu buat betol-betol popia dia, sudah pasti Tomoklah yang akan get out from Masterchef Selebriti. Naseb ko lah Tomok!.

Hari Sabtu ni jumpa lagi ya!. Entah apa lagi la si RA dengan si AA tu nak buat. Both of you memang sangats drama queen and king.

Menyampah mak!.


Wednesday, June 13, 2012

Wraith of the Titans

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku dah agak dah memang kumpulan merah. Tapi aku tak sangka dia pulak yang keluar. Haih-

Louisa Chong Abdullah terkeluar dari Masterchef Selebriti ye rakan-rakan. Sungguh tidak kusangka. She is okay what in cooking.




Aku tak dapat tengok Masterchef Selebriti semalam. So, malam ni pukul 8 malam kang aku tengok. Tengok ngan Encik Usben la. He is my truely bestfren now. Bestfren la sangats!.

Aku tak dapat tengok MS kerana gara-gara Malaysia vs Singapore. Malaysia menang. Terbaek ah! Aku dok dengar abah ngan Fathull je dok terjerit-jerit gol. Kalau ada si Awie lagi la. Mau ada keluar kata-kata caci makian. Huh!

Actually aku tak tengok pun bola. Hahahaha. Aku tengok Wraith of Titans. Hehehe. Okayla jalan cerita dia.

Citer pasal anak Zeus. Parseus yang kene fight dengan Kronos. Si pemusnah alam. Pemusnah alam ke? Ye la sebab suka-suka dia campak api. Habes mati segala orang. Tak baek tau!.

Parseus ni kene bergabung dengan anak Poseidon, Agenor. Nama orang Greek suka letak 'seus'. Parseus ni anak haram Zeus. Half man half god. Dia ni adik beradik dengan Hercules la. Tapi yang lucu nya, dalam citer ni Zeus leh plak mati. Dia kan God. Apa daaaa?




Apa la HOT FM ni. Tengah syok-syok dengar lagu Exist 'Seperti Dulu' tetiba hilang. Ke memang dah habes  lagu dia. Hahahahaha. Saiko!.



Tuesday, June 12, 2012

Menyampah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tengok tak Masterchef Selebriti semalam? Poyo je kan aku. Kata takmo tengok. Tapi tengok jugak!. Menyampah plak aku tengok drama-drama yang berlaku kat dalam Masterchef Selebriti ni. Tapi nak buat camne everything is scripted. Pandai-pandai aku je cakap benda tu semua scripted kan??? bahahahahaa.

Seyes aku menyampah dengan sikap si RA. Nanges konon. Marah konon. Hebat lakonan ko yang nampak cam lakonan itew.

Orang dah pujuk dan tenteram ko, ko nak melonjak-lonjak badan. So kiddos!.

Malam tadi fight antara group biru dan merah. Aku rasa cam group biru yang menang. Tapi, tengoklah macam mana malam ni. Huhuhuhuhu.

For your information, aku tak rasa RA dengan AA akan keluar tonight. Mesti orang lain punya. Percayalah!. Sebab saje diorang lambat-lambatkan penyingkiran diorang sebab diorang kan pandai berlakon. hehehehe. Tapi takpelah mungkin nasib diorang baik.

duh-

Okay, bye!.

p/s: sebok lagi. craving for vacation. bahahahaha.





Monday, June 11, 2012

You, Out!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. InsyaAllah, aku posa arini. Hmmmm, nak buka apa ye arini? Pe lagi layan Chocolate Bread Pudding. Nanti aku bagi recipie!.

Sampai disini sahaja peluang Serina untuk main masak-masak. But it still all about drama. Tomok, anda bernasib baik.



Malam ni nak tengok lagi drama apa yang si AA dengan RA akan buat. Adakah lagi tangisan yang mengatakan "ini semua salah saya" "saya yang patut keluar"

cam pentipu jek...

Wassalam.

p/s: pray for my grandad semoga cepat sembuh. Amin.


Friday, June 8, 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah Ketika Haji Wada'

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini. Aku nak share satu lagi tazkirah buat korang semua. Semoga ilmu ini dapatlah kita kongsi-kongsi, sharing-sharing, liking-liking, tagging-tagging kat sumer orang. InsyaAllah.

If korang nak copy and paste kat belog korang pun dipersilakan. Ilmu kan. Tak baik kedekut. Alrite?

Pada tanggal lapan Zulhijah, Rasulullah s.a.w berangkat ke Arafah melalui Mina dan tinggal di Mina sehingga terbitnya matahari pada sembilan Zulhijah. Dengan menaiki unta, Baginda berangkat ke Arafah. Pada hari Arafah, Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah umum di tengah-tengah kaum Muslimin yang sedang berkumpul untuk wuquf di Arafah.

"Wahai manusia, dengarkanlah apa yang hendakku katakan ini. Mungkin inilah tahun terakhirku dan tidak akan berjumpa dengan kalian semua disini untuk selama-lamanya. Hai manusia, sesungguhnya darah dan harta benda kamu adalah suci bagi kamu (tidak boleh dicerobohi oleh sesiapa pun) seperti hari dan bulan yang suci di negeri kamu ini. Ketahuilah segala bentuk kelakuan dan tindakan bebas orang Jahiliah tidak boleh berlaku lagi. Tindakan menuntut bela atas kematian seseorang sebagaimana yang berlaku di masa Jahiliah juga tidak boleh berlaku lagi. Tindakan pembalasan Jahiliah yang ku maksudkan ialah tindakan pembalasan di atas kematian Ibnu Rabi'ah bin Al-Hariths. Riba Jahiliah tidak boleh berlaku di dalam Islam dan riba yang ku maksudkan tidak berlaku ialah riba seperti riba Abbas bin Abdul Mutalib iaitu menurut bunga yang dihutang oleh orang-orang yang berhutang. Sesungguhnya segala jenis riba tidak boleh berlaku lagi."

"Hai manusia, di negeri kamu ini syaitan sudah putus asa sama sekali untuk dapat disembah lagi. Akan tetapi dia masih menginginkan selain dari itu. Dia akan merasa puas bila kamu melakukan perbuatan yang serendah-rendah perbuatan (maksiat). Kerana itu hendaklah kamu sentiasa berhati-hati dan jaga baik-baik agama kamu!."

"Hai manusia, sesungguhnya menangguhkan berlakunya bulan suci akan menambah besar kekufuran. Dengan itulah, orang-orang kafir menjadi sesat. Pada tahun yang sama mereka melanggar dan pada tahun yang lain mereka sucikan untuk disesuaikan dengan hitungan yang telah ditetapkan kesuciannya oleh Allah. Kemudian mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah."

"Sesungguhnya zaman berganti zaman, seperti berlakunya masa Allah menciptakan langit dan bumi, Setahun mempunyai dua belas bulan. Empat bulan diantaranya adalah bulan-bulan suci iaitu tiga bulan berturut-turut Zulkaedah, Muharam dan Rejab."

"Takutlah Allah dalam memperlakukan wanita kerana kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kamu dengan nama Allah. Sesungguhnya kamu mempunyai hak keatas isteri-isteri kamu dan mereka mempunyai hak ke atas kamu jua. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memberi masuk sesiapa pun orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu. Jika mereka melakukan kesalahan, pukullah mereka dengan pukulan yang tidak membahayakan. Sedangkan hak mereka ke atas kamu ialah seharusnya mereka diberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengans sebaik-baiknya."

"Maka perhatikanlah apa yang kukatakan ini, wahai manusia sesungguhnya aku telah sampaikan. Aku tinggalkan sesuatu kepada kamu, yang jika kamu berpegang teguh, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah NabiNya. Wahai manusia, dengarkanlah dan taatilah sekalipun kamu diperintah atau disuruh seorang hamba sahaya dari Habsyah yang berhidung pesek, selama mana ia menjalankan perintah kitabullah kepada kamu."

"Berbuat baiklah kamu kepada hamba-hamba kamu. Berilah mereka makanan apa yang kamu makan dan berilah pakaian dari pakaian yang sama dengan apa yang kamu pakai. Jika mereka melakukan kesalahan yang tidak boleh kamu maafkan, maka juallah hamba-hamba Allah itu dan janganlah kamu menyeksa mereka. Wahai manusia, dengarkanlah apa yang ku katakan dan perhatikanlah! Kamu tahu bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang dan semua kaum Muslimin adalah bersaudara. Seseorang pun tidak dibenarkan mengambil hak dari saudaranya kecuali yang telah diberikan kepadanya dengan senang hati, kerana itu janganlah kamu menzalimi diri sendiri."

"Ya Allah! Adakah sudah ku sampaikan? Kamu akan menemui Allah, maka janganlah kamu kembali sesudahku menjadi sesat, sebahagian kamu memukul tengkuk sebahagian yang lain. Hendaklah orang-orang hadir pada hari ini menyampaikan kepada orang yang tidak hadir, mungkin sebahagian mereka menerima khabar lebih memahami daripada orang yang mendengar. Kamu akan ditanya mengenai aku, maka apakah yang akan kamu hendak jawabkan?"

"Mereka menjawab, "Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan risalah, telah menunaikan amanah dan memberi nasihat." Kemudian seraya menunjukkan ke arah langit dengan jari telunjuknya.

Nabi bersabda ....

"Ya Allah, saksikanlah."

"Bahawasanya aku telah sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu."

Semoga dengan perkongsian khutbah Rasulullah s.a.w ini dapat menambahkan lagi ilmu kita semua. InsyaAllah.


Thursday, June 7, 2012

Next!

Assalamualaikum, semua ;)

hai, korang!.

A lil bit late to update this entry. Sorry guys!. Seriously busy like a bee. Aku ada Pameran Buku kat JJ Seremban 2. Datang la weyh! Buku murah-murah!. Leh shopping skali. Kan JJ tengah sale skang ni. Sampai hari ahad sale.

Aku suka pegi bookfair sebab aku leh buku macam-macam. Pastu leh tengok ragam dan fashion orang yang macam-macam.

Ada yang pakai tudung lilit pastu pakai seluar nampak camel toe. Apa sudah jadi????

Ada yang ayah tak bagi anak nak beli buku ana solehah. Apa ke hal nya yeop??? buku ilmiah kot. tak faham aku.

Ada yang ayah siap paksa anak beli la apa-apa. Ayah camni bagus! aku suka!.

Ada yang nenek bawak cucu sampai lima orang untuk beli buku. Baikkan nenek itew. Siap nak resit sebab nak masuk cabutan bertuah. Dapat Ipad la weyh! tada tipu punya!.

Aku nak update pasal Sarah Raisuddin kene kluar dari Masterchef!.

Poyo je si Raja Azmi tu kan? Konon kata dia yang patut kluar. Dergghhh-

Kalau betol kau nak kluar ko jawab jela segala rempah ratus tu salah. Pastu ko boleh masuk kat pusingan penyinkiran. Ko lawan dengan Soo Wincci tu. Ko memang sangat drama! Mesti director Masterchef soh ko buat camtu kan????

Mencik ah!

Aku tak sabar nak tengok diorang nak masak apa pulak lepas ni. Tomok ko nak hidangkan masak lemak cili api lagi ke? Ko tau masak tu je erk???

Aku malas nak tengok MAsterchef ni sebenarnya tapi sebab nak tengok retis-retis ni pandai masak apa, aku layankan aje. Statement atas pagar. bahahahaha!

Okeylah aku nak rehat kan diri jap. Penatlah jaga booth. Hopefully arini, esok, lusa ngan tulat banyaklah orang datang beli kat booth aku. Amin.




10 Wasiat Rasulullah kepada Puterinya Fatimah Az-Zahra

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!.

Dah lama betol aku tak update aku nye koleksi tazkirah. Okey, arini nak share 10 Wasiat Rasulullah kepada Puterinya Fatimah Az-Zahra. Semoga ianya dapat menjadi ikhtibar kepada kita semua. InsyaAllah...




"Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu."

"Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah."

"Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannnya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang."

"Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak."

"Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah."

"Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para peluang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapat taman-taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga. Dan Allah memeberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan seribu malaikat memohon keampunan baginya hingga hari kiamat.

"Ya Fatimah, tidaklah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas, melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah."

"Ya Fatimah, tidaklah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih sayang."

"Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang."

"Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatkannya, meminyakkan janggut dan memotong misainya serta memotong kukunya melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman-taman syurga. Allah membebaskan dari seksa neraka serta dapat melintasi titian sirat dengan selamat."

Semoga kita semua menjadi salah seorang dari ahli syurga. Syurga tempat abadi. Dunia ini sementara. InsyaAllah, akan tiba juga masa kita semua kesana.

p/s: teringin untuk berniqab...insyaAllah satu hari nanti.

Wednesday, June 6, 2012

Cinta Si Tukang Kasut

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam aku baru tengok citer Cinta Si Tukang Kasut. Giler ketinggalan zaman. Lunch takde buat apa-apa. Sambil makan sambil menonton. Bos kat Negeri Sembilan. Dan hari ini aku di Negeri Sembilan jugak Ada pameran buku kat Jusco Seremban 2.

Mehla datang kat Jusco Seremban 2. Korang boleh beli buku kat booth aku. Korang datang aku bagi discount. Lagi banyak buku korang beli, aku boleh bagi diskaun lebih lagi.

Nice kan?

^___^

Oh! Okay, berbalik kepada Cinta Si Tukang Kasut. Lupa plak. Hehehhehe.

Citer ni mengisahkan kisah percintaan Badrul dan Lola. Badrul (Remy Ishak) ni tukang kasut. Lola (Ayu Raudhah) ni gadis yang seperti lelaki lagaknya. Tak keroje pun. Badrul ni cintakan Lola. Tapi Lola tak suka kan dia. Lola anggap dia macam kawan je.

Tapi, memandangkan emak Lola dah paksa si Lola ni kawen. Maka, Lola dengan senang hati ajak Badrul ni kawen ngan dia. Hohohoho. Pe lagi kawen la. Macam kene kawen paksa je si Lola. Huhuhuhu. Kesian dia.

Dalam pada itew, Lola pun cam jatuh cinta kat Badrul. Bla bla bla bla....abes.

Citer dia biasa je. Tapi ada la scene-scene yang lucu. Boleh la.....

Kak Mar, kalau takde kelas bahasa Spanish. Leh la layan citer ni. Hilang sket kerinduan kat drama melayu. Hehehehe.



Lupa plak si Zarina Zanuddin tu jadi Loli. Bukan adik Lola. Cuma watak pembantu saje. Hehehehe.

Suka sangat dengan Remy Ishak .... charming gitew!



Umi aku kata Remy Ishak ni macam Shah Rukh Khan Malaysia. Walaweyh!

Tuesday, June 5, 2012

Biografi Agung Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ya Allah Ya Tuhanku. Betapa sayu hati aku membaca buku Biografi Agung Rasulullah s.a.w. Apatah lagi membaca di saat wafatnya Baginda. Menitis air mata. Sebak hati. Terus lidahku meluncur berselawat kepadanya.

Betapa cintanya dia kepada umatnya ketika Izrail mencabut nyawanya. Sedangkan Jibrail pun menangisi ketika Izrail mencabut nyawa baginda. Aku hanya membaca, pun dah sebak.

Allahuakhbar.

Air mataku masih lagi menitis ketika aku menaip entri ini. Terlalu sedih.

Apakah ini tanda cintaku padanya. Subhanallah. MashaAllah.

Ingin sekali aku menziarahi makamnya. Semoga rezeki ku ada untuk menziarahi makamnya. Amin.



Tajuk : Biografi Agung Rasulullah

Harga : RM 65.00

Penulis : Rusydi Ramli Al-Jauhari

If korang nak beli, korang leh contact aku. Nombor ada kat sebelah tu. Okay?

Semoga kita semua berada di bawah syafaat Nabi. Rajin-rajinlah selawat. Ikut-ikutlah ajaran dan wasiat yang ditinggalkan.

Akan ku bertemu mu di syurga wahai cintaku. InsyaAllah. Amin.

Disrespect

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Malam tadi aku tengok ulangan Masterchef Episod 5. Aku tak setuju dengan tatacara Puan Salamiah Hassan. I think you are disrespect your food!. Eventhough you are a celebrity it doesn't mean that you can disrespect the food.

Puan Salamiah telah memasak Asam Pedas Ikan Haruan Naga Tasik Chini. Aku tau ko dalam keadaan marah, tapi tak sepatutnya makanan menjadi mangsa kemarahan Puan, yea. Puan sepatutnya memasak dengan seikhlas hati. Makanan kan rezeki dari Allah. Pada pendapat aku kita kene menghormati makanan. Jangan main-main.

Ya, I know you pencinta binatang. You tak sampai hati to kill the ikan haruan. But its a task that you should get through it. Ya, I know. It's all about drama. Everybody in the Masterchef are drama king and queen.

+___+

me don't like it. same as AA. When he was cooking cokodang yang teramat garing. What the fish? I think you can do better. But you are main-main dengan food. Food is rezeki!. Rezeki is from Allah. Huh-

The judges should be more strict! It is food! Respect the food bro!

Rasa macam frust tengok Masterchef Selebriti ni. Tak tau la malam ni nak tengok ke tak.....sangat-sangat frustrated. Tapi apa guna kan? Benda sumer dah record diorang bukannya boleh repair pun. Eventhough nak undo it pun tak boleh. Teruskan saje.

Gara-gara nak naikkan rating, macam-macam kisah!.






mode: marah-

Astaghfirullahalazim.

Monday, June 4, 2012

Aku Bukan Billy Milligan

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku rasa cam dah lama giler tak update pasal buku kan? Mau tak nya. Sebok!. Sampaikan sesi pembacaan aku terbantut.

So, arini aku update lah. Aku baru je habeskan tadi buku hasil nukilan Norhayati Berahim.



Tajuk: Aku Bukan Billy Milligan

Harga : RM 25.90

Penulis : Norhayati Berahim

Sinopsis:

Citer pasal percintaan Adam dan Laura. Si Adam yang berhati batu jatuh hati pada si Laura yang lemah lembut. Adam si broker saham. Laura plak si broker rumah dan bangunan. Kedua-duanya punya bisnes sendiri. Cuma si Adam ni lagi kaya la dari Laura.

Dalam citer ni ada konflik perasaan dan keluarga. Konflik dia takdelah dahsyat. Cuma biasa-biasa saje. Citer dia quite okay. Bila baca watak Adam tu, cam nyampah pun ada. Sangat berlagak!. Orang perasan bagus.

Buku ni kat pasaran cam takde stok. Sebab aku usha kat MPH cam takde jew. Kat opis aku tinggal satu. Hehehehe. Sape nak? Leh call aku. Nombor ada kat side bar tepi tuh!. Sambil nak order buku pe kata order apam ngan chocolate cake sekali.

Wassalam.

Selamat Membaca!

Tersingkir

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Next selebriti yang disingkirkan ialah Salamiah Hassan. Aku tak dapat tengok. Aku kan balik Banting. Bila balik Banting, memang tak dapat lah nak layan citer kegemaran

Kene tukar taste.

Tengok citer Tamil la pulak. Huuhuhu.

Semalam nya episod pun tak dapat tengok sebab masa tu aku masih lagi dalam kereta. On the way balik Kay Ell. Apa yang aku tau ....

Dia yang terkeluar...ruginya tak dapat tengok lagak si AA. Bahahahaha.



Cam pelik je dia boleh terkeluar kan? Aku cam rasa dia pandai masak. Hmmmm....

Takpe nanti nak kene tengok apa yang terjadi dua hari lepas. Malam ni jangan lupa okey!.

Wedding Lagi!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Entri basi lagi. Sepatutnya last week aku update benda nih. Tapi minggu ni baru boleh update gara-gara kesibukan yang melampau last week. Sampai bertangguh-tangguh aku nye story. Sorry tau korang!.

Arini nak share pasal wedding lagi. My cousin's wedding at Cheras. Nama panten Mohd Naimullah bin Mohd Noor & Nor Syazwani. Happy newlyweds!.

Moh le layan gambar.

Ni gambar hantaran dari pihak lelaki. Aku lupa nak amek gambor hantaran dari pihak perempuan. hohohoho.




























Ni pulak waktu nikah. Nikah kat surau. Hopefully yang datang menghadirkan diri tu bersih-bersih belaka yea. Hormati rumah Allah. InsyaAllah.













Mude lagi juru nikah dia. Bahahahaha!

^__0

Masa sesi khutbah nikah tu, anak-anak aku dah start kluar sore. Dari dalam surau, terus dok luar. Bagi tepon baru senyap. Si adik dapat cik Nokia ku. Si kakak dapat cik BB uncle.

Haru!

=___=

Sekali akad jew. Tahniah Naim. Hope you will be a good husband for your wifey and a good father for your child. Cepat2 dapat baby okeyh!.

Tahniah jugak to my Mak Njang & Pak Njang sebab dapat menantu! Nanti tambah lagi ye!.

Gambar seterusnya is bersanding. Tapi takdelah amek gambar masa dia bersanding ke apa. Nak balik cepat. Cik SZ dah meragam sebok nak kutip jelly yang dah jatuh. Hari pun panas. Bebudak pun dah mengantok. Mood semua dah lari.






















Okey done! pasni kalau ada kenduri kawen yang membuatkan kami kene lepak lama-lama pastu cuaca pulak panas, maka ini aku kene isytiharkan diri supaya TOLONG kawal segala EMOSI dan KESABARAN. InsyaAllah.

=___=

(apa yang berlaku semuanya datang dari kesilapan diriku sendiri.ampun dan maaf buat semua)

Jeng jeng jeng!








Next!

InsyaAllah.

Wassalam.