OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, March 30, 2012

No MORE 'Bawaku Pergi'....So Sad

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sedih gakla bila one of my feveret songs kene band kan. Kalau dalam bahasa melayu di'gam'kan. Dan dalam bahasa lebih berat telah diharamkan di Malaysia.


Kesian kepada pencipta lagu lagunya diharamkan tanpa ada perbicaraan means tiada penerangan dari pihak pencipta lagu. Nice!. Gara-gara kesilapan pemahaman si pengkritik. Aku sebagai pendengar hanya mampu membaca keluhan si pencipta lagu. Nice! No More song from Kaka and Zizan.



Aku hanya boleh dengar lagu ni bila Encik Fathull pasang kat umah . . . =___=

Sumber: Rotikaya

Pagi tadi, Zizan (Raja Lawak) menelefon saya mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. dengan segera.


Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan yang Zizan, Kaka & saya telah ditindas.

Keputusan ini dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek & berkepentingan politik secara jelas’nya.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali.

Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu.

Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya.

Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut?

Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.

Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut.

Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.

Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.

Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang. Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

-Malique, Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI



Lagu : Bawaku Pergi
Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan munkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
hero sudah sampai, cepat terjun dari oteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyetaan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggal kemewahan cuba cara hidup urba
lari lari baling bola salji depan ga
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Bila kita pergi
apakan berlaku
siapakan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali




All the best to Malique. Please do create more great songs like this. Be strong. Peace No War!

KLCC terbakar????

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Gambo ni aku rompak dari kazen aku. Sorry, man. Cari kat yahoo tak jumpe plak. Semalam ada. Arini takde plak. Huhuhuhu.



Kebakaran bermula dari restoran Chinoz. Apakah mungkin dapo Chinoz terbakar? huhuhuh . . . one big renovation will be make.

Berita ini dipetik dari Yahoo.

UPDATE (7.27pm): Correction: According to The Star, the fire department received a distress call at about 5.25pm and they arrived within minutes to put out the fire. The LRT services have also been resumed, according to Netizens.

UPDATE (6.58pm): According to reports, the fire started in Chinoz at about 5.45pm and the fire has been extinguished. No casualties have officially been reported yet, but according to several Netizens, the chef was wheeled away in an ambulance.

Hundreds of people are currently being evacuated from Suria KLCC and the areas surrounding it as a fire broke out in a restaurant located on the ground floor, Chinoz on the Park.

As reported by The Star, a spokesperson for KLCC said that mall security were alerted by shoppers who saw a large column of smoke coming out from the mall. Shoppers who were in the mall and office workers were the first ones to be evacuated, followed by retailers.

As of 6.30pm, the mall has been closed to the public due to safety reasons. No casualties or injury have been reported.


Sehingga pagi ini, aku belum mendapat apa-apa update lagi dari pihak berita dan KLCC. Wah! perasan reporter! Padahal mengharap pada tenet ngan Hot FM jew. Matikla perasan!. Hahahaha.

Okay, kalau ada apa-apa berita lagi akan ku update disini atau FB aku.

Okay, Chau Chin Chau!

Thursday, March 29, 2012

Sayang 3 dalam 1

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Done already with this book. Sayang 3 dalam 1. Aku suka baca buku ni. Sebab bila baca buat aku tersenyum sendirian dan gelak sorang-sorang. Kalau ada boss aku, aku senyum dalam hati jela. Hehehehe.

Ni pun dengan berani nya update belog bila boss ada kat opis. Kang sentap kalau tetiba dia singgah meja aku. Hahahaha. Matikla. Lari!

Memang suka la citer ni. Giler bias!. Hahahaha. Citer ni okay la banding dengan citer yang pernah baca sebelum ni. Sebelum ni ada jugak yang best cuma untuk sampai tahap buat aku tersenyum dan ketawa sengsorang tu cam tak banyak buku. Ini antara yang berjaya la. Hehehehe.




Tajuk : Sayang 3 dalam 1
Harga : RM 21.00
Penulis : Weeda Airiza
Penerbit : Karangkraf

Ni aku letak sinopsis sket . . . sket je. Takmo panjang-panjang. Nanti korang beli pastu korang baca sendiri. Okay?

SERONOK kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya.
Hmm.... bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati.



Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lift yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. Hingga menyebabkan Arel memanggil gadis lif.


Okey aku nak buat Return Note. Nak pulangkan buku. Okey bye!

Pasni nak baca novel lain pulak!

Chau Chin Chau!

Wednesday, March 28, 2012

Paralyse

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tika dan saat aku membuka laman sesawang Harian Metro. Aku terkejut melihat berita utama. Ayah Pin lumpuh. Betul ke dia? atau pelanduk dua serupa?

sumber : Harian Metro

BACHOK: Pemimpin ajaran sesat ‘Kerajaan Langit’, Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang.

Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.

Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap.

Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok.

Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu.

Dibawah adalah tempat di mana ayah pin baring untuk diurut akibat mengalami lumpuh.


Ni je la yang aku baca dari harian metro online. Kalau nak kene beli harian metro. Hmmmm, cam tak kuasa la pulak.

Aku harap dia kembali kepada agama Allah dan bertaubat kepadaNya. Amin.

Rumah Batu Kosong

Dub!

"bunyi apa pulak tu?"gumam Mak Temah.

Dua hari selepas itu, di Subuh hari. Mak Temah dengar seperti bunyi seretan. Mak Temah susah hati. Dari mana datangnya bunyi seretan.

"takpe, kejap lagi aku pergi tengok. Lambat pulak air ni nak sudah." gumam Mak Temah sendirian.

Sepuluh minit selepas itu, Mak Temah keluar dari bilik. Kelihatan Pak Mat sedang duduk santai di kerusi kegemarannya.

"abang, tadi Temah dengar ada bunyi macam seretan." soal Mak Temah.

"kaki aku ni, tiba-tiba pulak macam tak boleh nak gerak. Aku seretlah." jawab Pak Mat.

"kita pergi hospital kalau macam tu. Kita pergi buat check up."

"tak payah. kejap-kejap lagi baiklah."

Esoknya, selepas Mak Temah habis buat dialisis. Mak Temah tidak nampak kelibat Pak Mat.

"Eh!mana pulak pergi orang tua ni?"

"Abang."

"Abang."

Mak Temah menjenguk dalam bilik utama. Kejutan untuk Mak Temah.

"Aku tak boleh bangunlah Temah. Tangan kanan dengan kaki kanan aku tak boleh gerak."

"Ya, Allah. Macam mana boleh jadi macam ni? Kejap, Temah call Jah dengan Usin, mintak diorang bawakkan abang ke hospital."

Pak Mat disahkan mengalami minor strok. Pak Mat kini terbaring di atas katil. Makan pun cuma Quaker Oat sahaja. Pak Mat sudah tidak lalu untuk menerima nasi atau lauk pauk.

Bagai jatuh ditimpa tangga pula nasib Mak Temah dan Pak Mat. Selepas Mak Temah disahkan menghidap kencing manis dan buah pinggangnya juga punya masalah. Mak Temah wajib melakukan dialisis di rumah setiap hari dari jam 7malam sehingga 7pagi esoknya. Kini, Pak Mat pula, minor strok. Kaki kanan dan tangan kanan tidak boleh bergerak.

Hari-hari Pak Mat berbaring di atas katil. Mandi pun orang lain yang mandikan. Pak Mat sudak tidak mampu bergerak seperti dahulu. Dahulu Pak Mat rajin berkebun, menyiram pokok bunga, membantu Mak Temah menjemur kain dan berjemaah di masjid. Sekarang, semuanya kenangan. Gara-gara Pak Mat terjatuh dan kepalanya terhantuk di meja. Wujudnya sedikit darah beku di kepalanya. Hadirlah strok.

**********************************************************************
Pelbagai usaha dilakukan oleh anak Pak Mat dan Mak Temah. Sebut sahaja dimana, semua sudah dicuba. Namun, jika Allah tidak mengizinkan seseorang itu sihat, maka tiadalah apa pun yang akan terjadi. Melainkan Allah mengizinkannya.

Lagipun Pak Mat dan berumur hampir 85 tahun. Apalagi yang mampu dia lakukan. Dia tahu dia punya anak yang ramai dan mampu menjaganya. Tapi dia tidak tahu yang sebenarnya anak-anaknya hampir tiada kemuafakatan kerana sikap mementingkan diri. Benarlah seperti kata pepatah, sepasang ibu bapa boleh menjaga sepuluh anak. Namun, sepuluh anak belum tentu dapat menjaga ibu bapa mereka.

Pak Mat kini bersolat di atas katil yang dibeli menggunakan duit pencennya. Mulutnya juga tidak berhenti berzikir dan bermunajat kepada Allah. Bila tiba bulan Ramadhan, Pak Mat berpuasa seperti biasa walaupun ditegah oleh Jah.


"Ayah, kalau tak larat. Ayah tak puasa pun takpe. Ayah kan uzur."


"Aku boleh puasa. Aku mampu lagi nak berpuasa. Aku tak mahu meninggalkan puasa aku."


Begitulah Pak Mat, walaupun keuzuran dia masih lagi tanggungjawabnya kepada Maha Penciptanya. Namun, Allah pasti ada agendanya sendiri kerana tidak mengizinkan Pak Mat sihat seperti sediakala. Ini kerana Allah ingin menguji anak-anak Pak Mat. Ingin menguji kesabaran, kasih sayang dan kemuafakatan antara Jah dan adik beradiknya.

Mak Temah cuma dapat membantu untuk memasak Oat dan membuat air untuk Pak Mat. Mak Temah tidak punya kekuatan untuk mengelap Pak Mat. Mak Temah mudah penat dan letih. Namun, Mak Temah tidak pernah berhenti berdoa dan merayu pada Allah supaya dia dan suaminya mendapat sebaik-baik kesihatan.

********************************************************************
"Hello, Nini tolong Opah, boleh?"

"Kenapa Opah?"

"Atok buang air besar, Opah tak larat nak buat sorang-sorang. Opah call Iman, tapi tak jawab."

"Okey, Nini datang sekarang dengan pakcik."

"Sayang, Opah call cakap Atok buang air besar. Opah tak larat nak buat sorang-sorang."

"Kenapa call kita? Kita bukan boleh buat apa-apa pun. Call pakcik la, kita bawakan pakcik ke rumah atok. Orang nak makan malam pun payah. Bukannya tak ambil berat tapi kalau asyik kita sahaja yang dicari, payahlah macam ni. Apa kita takde privacy ke? Anak ramai, tapi takde satu pun yang boleh harap. Balik-balik kita, Iman dengan mak." bising suami Nini.

"Sabarlah, sayang. Istighfar banyak-banyak. Ada hikmah disebaliknya. Dah, cepat bayar, jom kita ambil pakcik."

"Astaghfirullahalazim. Maafkan abang, Nini."

"Nini maafkan abang. Dah jom kita gerak. Nanti bising pulak Opah kita lambat sampai."

*********************************************************************

"Mak, payahlah macam ni. Mana larat Iman nak buat sendiri. Iman tau Iman tak kerja. Tapi pinggang Iman ni dah sakit. Kalau dapat upah takpe jugak. Sekurang-kurangnya dapat jugak bayar duit kereta." bising Iman pada Jah.

"Kalau Iman taknak buat, Mak tak paksa tapi Iman cari lah kerja."

"Cuba mak bagitau Iman, bila masa Iman nak cari kerja. Satu hari Iman duduk rumah atok dengan opah. Iman mandikan atok, Iman bagi atok makan. Iman pulak kene hantar dan ambil Tasha dari pejabat lagi."

Gara-gara tiada kemuafakatan diantara adik beradik Jah, anak Jah Iman jadi mangsa keadaan. Iman sudah tidak mampu lagi untuk menanggung tanggungjawab yang sepatutnya ditanggung oleh adik beradik emaknya. Hampir hari-hari Iman akan bergaduh dengan emaknya.

Jah kini berada di dalam tekanan. Di luah mati mak ditelan mati bapak. Adik beradiknya seakan buat tidak kisah dengan keadan ayah mereka. Ada abang sulung pun buat tidak tahu. Datang cuma menjengah. Tiada satu akal pun dari abangnya supaya dapat selesaikan masalah yang ada. Begitu juga dengan adik beradik lain. Semuanya menurut kata Jah. Hitam kata Jah, hitamlah kata mereka. Putih kata Jah, putihlah. Yang rajin membantu memandikan dan mengelap cuma si Anjang, Ateh dan Achik. Siapa yang akan mandikan. Siapa yang akan berikan makan.Kini, semuanya terletak di atas bahu anaknya, Iman.

"Angah, tak larat anjang macam ni. Kita kene buat sesuatu supaya Ayah boleh bergerak semula. Sakit dah pinggang Anjang mandikan ayah hampir tiap-tiap hari."

"Macam tulah si Iman rasa masa korang buat tak tahu dulu. Aku bersyukur si Iman tu dah bekerja. Kalau tak, korang buat tak tahu je." tungkas Jah.

**********************************************************************

"Aku tak faham lah, Kak. Semuanya jatuh atas bahu mak. Mana pergi adik beradik mak yang lain? Aku penatlah, kak. Aku sampai takde masa untuk aku cari kerja. Tasha pulak dah bising-bising sebab aku tak keluar dengan dia. Aku serabutlah, kak. Aku dengan mak pun asyik bergaduh je sekarang ni. Aku taknak jadi anak derhaka, kak." ulas Iman.

"Iman, kau kene sabar dalam hal ni. Kau janganlah asyik nak marah mak. Lepas tu, kau terangkanlah kat Tasha yang kau ada tanggungjawab nak buat." jelas Nini.

"Aku kesian kat mak, kak. Mak macam stress je sejak atok jatuh sakit."

*********************************************************************

Selepas enam bulan Iman menganggur, kini Iman sudah mula bekerja sebagai Pegawai Tadbir di LPPKN. Hari-harinya kini tiada lagi di rumah atoknya. Namun, masih lagi terkesan di hati, Iman berasa kasihan pada emaknya yang kini menggantikannya untuk memandikan atoknya. Dua hari sekali emaknya akan pergi ke rumah atoknya untuk mengelap atoknya.

"kasihan emak."

Suatu hari, emak mendapat idea yang dirasakan sangat bernas. Adik beradiknya tujuh orang termasuk dirinya. Lalu, terfikirlah emaknya untuk buat jadual supaya satu hari akan ada satu orang akan mandi atau mengelap Pak Mat.

Setelah mendapat kata muafakat, semuanya setuju.

"alhamdulillah." ucap Jah.

**************************** TAMAT********************************

Dah lama aku taip cerita ni. Tapi tak tau nak publish ke tak . . . Sebab aku rasa cam tak best je citer ni. Kan?

Hopefully korang suka baca.

Semua cerpen yang aku tulis dalam belog aku ni TAKDE KENE MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG SUDAH MATI. Ianya cuma sekadar cerpen yang ingin aku kongsikan.

Selamat Membaca!

Lori Kopi

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kejadian di waktu pagi Sabtu. Masa tu nak pergi Pasar Tani. Hamek! sorang nak pergi Pasar Tani, hangkut semua!. Hohohoho.

SZ : Ibu apa?

Ibu : Lori kopi

SZ : toyi popi

Ibu : Bukanlah . . . lori kopi

SZ : kan? toyi popi.

=___=

Ibu : Lo

SZ : Lo

Ibu : Ri

SZ : Ri

Ibu : Ko

SZ : Ko

Ibu : Pi

SZ : Pi

Lihat! dia ikut semua sukukata dengan betol tapi bila soh sebut semua . . . akan jadi TOYI POPI!

Adoiyai, anakku. Pelat 'T' la kamu ni. Hohohoho.

I'm HOT so please DON'T touch ME!




sumber : kakak anna & neklah.

Tuesday, March 27, 2012

Kau Tetap Di Sisi

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Buku yang aku dah habes baca yakni Kau Tetap Di Sisi. Dalam novel ni banyak sangat konflik. Watak tak banyak tapi ada part klimaks tu memang aku rasa stress sebab geram nye dengan watak sang suami kat dalam citer ni. Geram!

Dalam citer ni menunjukkan yang lelaki suka buat keputusan melulu tanpa memikirkan apa akibat. Dan begitu jugak dengan isteri, suka-suka tinggalkan suami tanpa memikirkan dosa yang ditanggung.

Kebanyakan novel yang aku baca, bukan semua ada segelintir tu macam tak mengambil berat tentang agama. Sama gak la cam dalam movie or drama. Aku rasa mungkin perlu ada rasa sensitiviti sket kot. Kan?



Tajuk : Kau Tetap Di Sisi
Harga : RM 25.90
Penerbit : Buku Prima
Penulis : Aishah Abu Hassan

Sinopsis novel ni . . .

Ainanisha anak jati Malaysia penuntut tahun akhir di Universiti Leeds Metropolitan, Manchester terpilih mengikuti program anak angkat selama tiga bulan. Tuah menyebelahinya apabila dia diterima baik sebuah keluarga yang kaya di Simla, India. Namun, Ainanisha terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang berada di rantau orang. Kedatangan Ahmad Darius menambat hati Ainanisha.

Namun tidak terlintas di hatinya untuk menjadi orang ketiga di antara Ahmad Darius dan Tina, adik angkatnya. Cinta yang berputik di hati Ainanisha terpaksa dipendamkan kerana dia tidak mahu menjadi perampas. Biarlah dia berkorban apa sahaja demi Tina. Dalam diam, Hairil Fahmi yang juga rakan seuniversiti Ainanisha menaruh hati padanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu tetapi Hairil Fahmi tewas. Cinta Ainanisha pada Ahmad Darius terlalu kuat. Pelbagai dugaan hebat terpaksa dihadapi Ainanisha sebelum mengecapi kebahagiaannya.

Ending? mestila happily ever after. tapi tu pun sebelum nak happily ever after pun masih lagi ada halangan dan cabaran.

To all my readers, yang belum kawen tu cepat-cepat kawen. Best nye kawen!

Yang baru nak kawen tu, semoga anda berbahagia hingga ke akhir hayat!.

Yang da kawen tu, sronokkan kawen? diharap kita dapat menempuh segala dugaan dan cabaran dengan penuh kesabaran bersama pasangan dan anak-anak yang disayangi dan berbahagia hingga ke akhir hayat.

Amin!.

Semoga kita semua berjumpa di Syurga!

ADIOS!

Homemade Nasi Lemak!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Entri yang ketiga untuk hari ni. Hohohoo. Gasaklah korang baca belog aku harini. Tiga entri aku lambakkan arini. Selamat Membaca!.

Pabila tahap kerajinan berada di paras paling tinggi. Maka, dapatlah aku sajikan sarapan Nasi Lemak untuk anak-anak, Umi dan juga Encik Usben.

Aku tapau je kat opis. Alhamdulillah, dapatlah aku jimat duit sket. Lagi-lagi di kala hujung-hujung bulan ni kan. Duit pun da macam nyawa-nyawa ikan. Huhuhuu. Takpe lagi tiga hari gaji aku masuk. Hehehehe.

Bahan-bahan Nasi:

2 cawan beras
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
daun pandan
garam

Cara-cara:

Cuci la beras tu dulu. Tak reti-reti ke? Pastu masukkan santan, air, daun pandan dan garam secukup rasa. Masak.

Bahan-bahan Sambal:

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
1 peket kecil cili boh
garam
gula
air asam jawa

Cara-cara:

1 biji bawang besar di racik halus dan satu biji lagi dimayang. Yang diracik halus tu akan ditumis. Yang dimayang untuk dimasukkan di akhir waktu memasak.

Tumis bawang putih dan bawang merah. Dah cam naik bau sket, masukkan cili boh. Bila cili dah masak dan dah naik minyak, masukkan garam dan air asam. Pastu masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah dimayang. Pastu masukkan gula. Kalau cam pekat, korang leh tambah air sket.

Siap.

Inilah hasilnya yang aku tapau dari umah.

Nak order? Satu bungkus aku jual RM1.20. Nak order call aku kat 019-3031450. Minimum order 10 bungkus.



Ops! timun ada tapi malas potong. Umi da offer tapi takmo jugak. Hehehhe.

Selamat Memasak!

Breakfast for them!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam aku buatkan sarapan untuk mereka-mereka yang berada di rumah. Ada masa lebih boleh la buat. Kalau tak cukup masa tu, jangan haraple ada sarapan. Beli saje le. Hohohoho.

Aku buatkan Pancake!.




Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
1 1/2 cawan susu Ducth Lady Full Cream
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telor
sedikit garam

Cara-cara:

Korang campurkan je semua bahan-bahan tu. Pastu kacau sampai sebati. Kalau cam cair, tambah sikit tepung. Kalau adunan cam pekat pulak tambah susu lagi.

Dah sebati masak la atas kuali non stick. Guna api kecik yea . . . kang legam pulak pancake korang itew.

Siap!.

Dapatlah dalam 5-6 keping.

Aku makan cicah kari ikan. Perggghhhh!

Selamat Mencuba!

Breakfast at Dinner?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aritu ahad malam isnin, Encik Usben teringin nak makan makanan breakfast di waktu dinner. Apakah? Maka, dengan itu berkat kerajinan sang isteri. Sang isteri dengan rajinnya terus memasak. Hohohoho.

Apa yang aku masak? English breakfast!. English breakfast ke?




A toast wif scrambled egg and baked beans.

Tu in english term kalau bahasa melayu . . . Roti Bakar dengan Telor Hancur dan Kacang Panggang!.

Pastu di tambah pulak dengan French Fries!

Bukan menu diet. Ini menu makan malam. Hahahahaha.

Aku takyah bagi resipi. Korang pun boleh buat sendiri.

Safiyyah suka la makan makanan macam ni. Same as her father. Different with Sakinah. She doesn't like it. She's more malay taste. Same as her Pak Ngah. Me? tolak batu ngan kayu!. Itu pasalla da gemok!

50 kg till today. Hope I can reduce my weight before Hari Raya maybe. Derrggghhhh-

Author: Maaf gambar sedikit gelap.

Monday, March 26, 2012

Usin Florist

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Korang tengok tak citer Usin Bunga last Saturday? Sengalnya Zizan!




Semua scene yang ada dalam citer Usin Bunga tu aku kenal sangat!. Memang kawasan aku je tu. Hahaha. Akulah Kak Long kawasan tu. Owh! ayat mengundang. Kak Long la sangat . . . padahal selalu lalu je kat sitew pong!.

For Sharifah Sakinah (Jue) sedikit kaku. Ntahla, aku rasa cam kaku je dia berlakon. Mungkin budak baru belajar kot. Sebelum ni tak pernah pulak aku tengok dia berlakon. Atau aku yang terlepas pandang? toink! toink! toink!

Aku menyampah tengok muka Shajiry. Dengan spec yang macam apa tu kan. Muka tak leh blah dowh!.

Jalan citer ni . . . Usin (Zizan), Sahak (Shajiry) ngan kawan dia sorang saper nama ntah. Jual burger memalam tapi siang hari suka buat project ehem ehem. Disebabkan project ehem ehem diorang ni lah, si Usin ni jumpa dan berkasih sayang dengan Jue (Sharifah Sakinah).

Lagi sorang aku nyampah ialah watak mak si Jue. Cam hape je. Tak suke okay!.

Usin ngan Sahak ni selalu je gado ngan Pak Din Rambo. Pak Din Rambo ni pun jual burger jugak tapi tak laku. Hohohoho . . .

Biasalah biler dah jadi budak jahat ni, haruslah kelakuan jahat akan diketahui oleh kekasih. Lagi nak sorok lagi la akan nampak. Sampaila satu hari ni Usin terkantoi. Padan muka ko Usin. Mak Ngah (Norlia Ghani) ko soh ko keje kilang ko takmo. Sebok nak jual burger yang dapat gaji sehari RM10.00. Pastu siang pulak wat project ehem ehem.

Project ehem ehem tu ialah projek ragut meragut orang. Jahat okay!

Dahla malas nak citer panjang-panjang, sebab aku rasa korang mesti da tengok citer ni kan? Ending? Usin kawen jugak dengan Jue. Sebab kejujuran hari Usin. Pak Din pulak kawen dengan mak Jue. huhuhuhu.

Salah Zizan . . . bukan Zizan Nin yea. Zizan Razak la!




Okay, bye!

Si Penunggang Hantu . . .

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Seyes aku lost tengok citer ni. Dah la api tak kewl. Motor dia pun tak smart. Baju pun tak best!. Semualah tak best biler tengok citer ni. Nasib baik tak tengok kat panggung. Rugi duit je dowh!.

Aku lost giler la. Terasa lost macam dalam citer Lost kat AXN tu. Sakit jiwa dan raga aku tengok citer punya hampeh camni. Dah la tukar watak yang si setan tu. Apa ntah nama dia . . . seyes lost.

Aki nak citer kat korang pun tak tau camne nak citer. Memang frust giler la. Nak amek kat yahoo, malas la pulak.

Citer paling frust aku review untuk tahun ni. Arrggghhhh, tension!.

Si Johnny Blaze ni masih lagi dibawah pengaruh Syaitonnirojim. Dia masih lagi berapi-api. Sampai la satu hari dia terpanggil untuk selamatkan sorang budak; Danny. Johnny Blaze kene selamatkan budak ni daripada dirasuk oleh si setan jahat nama Roarke (aku dah ingat da nama dia). Sengals. Si Roarke ni nak masuk kat dalam badan Danny ni sebab badan yang ada kat dia tu dah tua. Dah nak mati pun. Maka dia harus la cari perumah baru. Macam saka pun ada neyh!.

Kalau dah setan tu setan jugak. Hidup menumpang jewk. Duh-

Selepas dia dapat selamatkan budak tu dari kene possessed, entah macam mana si Johnny Blaze ni nye api tukar jadi biru. Dia dah tak jadi setan. Tapi jadi malaikat. Aiyooo, budak-budak umo 4-5 tahun, memang tak boleh tengok citer ni. Mau pengsan mak ayah nak explain. Hohohoho.

Bahaya betol citer zaman sekarang ni, silap aribulan boleh lari akidah kot.

Itu sahaja review aku untuk cerita yang membuatkan aku rasa lost giler!.

Aku tak suka api dia!

Aku tak suka baju dia!

Aku tak suka motor dia!

Aku mencik jalan cerita dia!




Okay, Chau!

it's hurt . . . it's hurt

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku rasa cam dah terlewat sangat ni nak update pasal cerita ni. Tapi aku nak update jugak sebab nak biarkan ianya jadi one of my collection in my blog. Walaweyh!.

Arini nak update pasal movie. Mungkin ada dua lagi movie aku nak citer kot. Aku pun tak sure. Bergantung kepada tahap kerajinan aku nak update belog arini.

So, arini nak update pasal Adnan Sempit 2 from my point of view. Wah!.




Untuk AS2 (Adnan Sempit 2) kali ni, banyak kisah pasal relationship. Kurang dah lawak-lawak race. Kali ni Adnan dicabar oleh ayah Nadia untuk men'transform'kan diri dari Mat Rempit jadi Corporate Man. Adnan kene belajar english language, main golf dan fesyen pun kene tukar jadi cam orang korporat. Korporat ke keparat. Haahahaha.

Untuk menjadikan rancangan berjaya, Adnan mintak pertolongan dari Bobby supaya dia boleh jadi orang korporat. Maka, si Bobby ni la yang dok temankan dia belajar english education dengan belajar cara main golf. Dalam pada tu, hubungan Bobby dan Wawa tak berapa okay. Gara-gara Bobby tertido ketika berniaga burger yang menyebabkan habis barang-barang untuk meniaga burger semua kene curik.

Hubungan Adnan dengan Nadia pun problem gak. Ni semua gara-gara ayah Nadia. Dia dah buat plan baik punya untuk putuskan hubungan Nadia. Ayah Nadia panggil sepupu Nadia iaitu Fendi untuk merobohkan cinta Nadia dan Adnan. Fendi ni lembut kau!. Tak dapat nak goda Nadia . . . dia goda la si Adnan. Tettttt- gei!

Ending? Sah-sah la Adnan dapat kawen dengan Nadia. Cuma aku tak pasti diorang kaweng ke tak. Sebab tak tunjuk pon. Dengar citer nak buat Adnan Sempit 3 . . . hmmmmm, apa pulak la kisah Adnan Sempit 3?

Citer ni memang boleh tahan gak la kelakar. Lagi-lagi part Adnan cakap English. Duh! Budak tadika pun okay lagi kot dari dia. Hohohoho . . .

Bak kata Usop Wilcha . . . pentingnya English Education!

Okay, Chau!.

Sunday, March 25, 2012

SZ vs NZ

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Bukan versus apa pun. Cuma what are they doing when they were sleeping.

Dear, I caught you two on camera!






ok.chau!

guruh berdentum dentam di langit!

Friday, March 23, 2012

Tautan Hati

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lepas aku settle baca buku Saat Mata Berbicara. Aku baca buku ni Tautan Hati. Novel ni sangat Islamic. Watak-watak dalam novel ni terlalu cintakan Allah berbanding manusia. Ada juga diselitkan moment-moment percintaan namun ianya berbentengkan agama . . .

Dalam novel ni banyak betul puisi-puisi Islam yang aku akan skip bila puisi tu ada . . . hehehehe.



Jalan citer okay. Untuk orang kesabaran kuat, boleh baca buku ni. Watak dalam citer ni pun sangat banyak. Dan untuk membaca buku ini, korang harus ada konsentrasi yang tinggi. Hehehehe.

Tajuk : Tautan Hati
Harga : RM 29.90
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin

Sinopsis? takde. aku pun tak kose nak buat sinopsis sendiri sebab hmmmm, citer nya agak indah. Bila baca je aku rasa diri aku ni kerdil sekali.

Okay, bye!

Saat Mata Berbicara

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama aku tak update pasal novel yang aku baca kan? Bukan tak ingat tapi terlupa. Cheh! Padahal malas. Hohoho.

Kali ni nak share pasal satu novel yang biler aku baca . . . aku rasa cam frustrated giler! First time aku baca novel yang ending dia bagi aku cam hampeh! Arggghhhhh! tension!



Jalan citer quite okay. Yang jadi masalah pada aku adalah ending dia. Huh. Korang nak tau apa ending dia? korang baca lah sendiri. Kalau aku bagitau, nanti korang rasa aku cam mengada nak ending yang best-best belaka.

Mestilah aku nak ending yang best. Ce korang pergi India sana. Kalau ending movie tak best, kene bakar okay panggung tu. Maka, terpaksalah pengarah kene buat ending yang Happily Ever After. Tapi aku takdelah sampai nak bakar novel ni. Kalau aku punya novel sendiri, mungkin aku akan bakar kot. Memandangkan novel ni opis aku punya . . . so takleh bakar. Hahahaha.

Kepada sang penulis . . . aku cuma pembaca yang ingin ending yang best. Aku tak faham kenapa kau buat ending macam tu. Aku mencik!

Tajuk : Saat Mata Berbicara
Harga : RM 25.90
Penulis : Dyza Ainun

Ni ada sikit sinopsis pasal buku ni . . .

Jija, bersuamikan Zharul yang tidak boleh menjadi suami yang sempurna kerana serangan angin ahmar. Namun, Jija rela demi untuk merawat lelaki itu bersama bapanya seorang tukang urut di desanya. Zharul sangat berduka apabila Jija terkorban dalam kebakaran di rumahnya. Kemunculan Qhalisya, seorang gadis tomboy menggetus hati Zharul kerana terlau banyak sikap Qhalisya mengheret ingatan Zharul terhadap arwah Jija. Siapakah Qhalisya sebenarnya?


p/s: mood tak ok . . . =___=

Thursday, March 22, 2012

My Piece of Shit II

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Seperti yang dijanjikan semalam. This is my another hasil kaki tangan dan air liur . . . . hohohoho. Aku nye belog ni dah macam belog apa ntah. Macam-macam ado!.

Layan je la hasil kaki tangan dan air liur aku yang tak seberapa neyh . . .



























































Buat masa ini . . . ini adalah sebahagian dari koleksi of my hasil kaki tangan dan air liur. Aku rasa ada lagi. Nanti aku upload kalau aku jumpe gambo kat umah. Hohoho.

Okay, bye!

Wedding Alwie & Liza Part III

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Episod terakhir untuk kisah kawen adik aku. Pasni takde dah citer kawen adik aku. Hehehehe. Aku tunggu citer baby pulaks!.

Yang terakhir ni majlis dibuat kat umah aku. Masak sendiri. Dari hari Jumaat lagi sedara mara aku dah datang untuk berewang-rewang. Buat goodies bag. Kopek bawang. Blend bawang. Kukus telor. Banyak keje okay, bila masak sendiri ni.

For next brother please do booked catering. I dah tak larat. Next year I dah 3 series. Tak kose mak nak tertonggeng-tonggeng, terbalik-balik dan tergolek-golek buat keje kat dapo. Hahahaha.

Untuk para guest aku hidangkan Nasi Putih, Masak Lomak Cili Api Daging, Ayam Goreng Berempah, Pajeri Nenas, Acar Buah, Ulam-ulaman, Ikan Masin Goreng dan Sambal Belacan. For dessert pulak aku hidangkan Bubur Gandum Berjagung, Kuih Koci, dan Kek Gula Hangus.

Untuk buah tangan para tetamu, aku bagi kuih bahulu ikan dan telor kukus. Untuk rombongan pengantin perempuan aku bagi acar buah, kuih bahulu ikan, telor kukus dan segugus bunga rampai.

Oh, ya!. Di atas permintaan panten. Mereka berdua nak potong pulut kuning instead of cake. Terima kasih Mak Lang sebab buat pulut kuning yang gorgeous!. 

Terima kasih kepada saudara mara yang hadir untuk berewang-rewang dan yang hadir semasa hari majlis. Jasa korang ku kenang sampai ke akhir hayat. Ribuan terima kasih dari aku sekeluarga kepada para hadirin.

Kepada yang tak dijemput tu, aku dan keluarga mohon sejuta kemaafan. Itu adalah kekurangan kami yakni sikap pelupa menguasai diri. Yang baik dari Allah dan yang buruk itu datang dari kami jua.

Kepada yang dijemput tapi tak datang . . . korang memang orang yang rugi. Hahahaha. okay, aku gurau je.

Jom layan gambar yang tak seberapa itew . . .












Okay, done dengan sumer majlis. Rumah aku pun dah jadi seperti sedia kala. Terima kasih sekali lagi kepada yang hadir dan yang datang membantu. Semoga Allah merahmati kehidupan kalin. Amin.

Wassalam.

Wedding Alwie & Liza Part II

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tadi lupa nak bagitau . . . dengan sekali lafaz je Puan Liza menjadi hak milik kekal Encik Awie. Dengan ber mas kawen RM 8000.00 tunai. Berat dowh nak bawak RM 8000.00 dari Key Ell ke Kelate. Hohohoho.

Seb baik takde duit yang tercicir. Huhuhu.

Masing-masing menghadiahkan cincin. Dan pengantin perempuan juga dapat hadiah seutas gelang tangan dari pengantin lelaki.

Jom kita layan pulak gambo persandingan diorang. Aku tak upload banyak sebab tak kose la nak letak kat belog bebanyak. Amek masa lama la dear. So, if korang nak tengok gambar lagi pegi kat muka buku aku. Cari nama aku Chepah Ila Hussein.












Kitorang pergi Kelantan dengan empat buah kereta. Dari Kuantan pulak sebuah kereta saje. Jadi kesemuanya lima buah kereta. Tak ramai pun . . . ada la dalam 23 orang dewasa dan 3 kanak-kanak ribena. Hehehehe.

Kat Kelantan ni takde merenjis tapi panten kene suap dengan pulut kuning yang dicelop a.k.a digaul dengan garam campur gula. Kat pelamin tu ada dua mangkuk. Satu mangkuk berisi pulut kuning. Pastu mangkuk lagi satu berisi gula campur garam.

Kata orang Key Ell, mestilah terkejut badak dengan adat cenggitu. Kesian panten terkulat-kulat telan pulut. Dan dalam seumur hidup aku dok tengok orang kawen, inilah kali pertama aku tengok panten minum air atas pelamin. Gara-gara makan pulut kuning cicah garam campur gula. Hahahahaha.

Seb baik aku kawen orang Selangor. Maka, takdelah adat sebegitu. Yeah!.

Okay, continue dengan Part III pulak.

Chau Chin Chau!

Wedding Alwie & Liza Part I

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

As promise, aku kata nak upload gambo wedding adik aku kan? So, today is the day. Aku pergi Kelantan on 9th March 2012. Kitorang bertolak kul 9pagi camtu. Memula breakfast kat Foodcourt Setiawangsa. yeah!

Penat tak terhingga dan kematu butt aku. Mau tidak dok kat dalam kete almost 8 to 9 hours. Hohohoho.

Maka, layan kan sedikit sebanyak gambar waktu nikah Encik Awi . . .












Sepuluh berbalas dua belas. Alhamdulillah halal sudah perhubungan yang sebelum ini terlarang di mata Allah. Sila bikin anak banyak-banyak yea. Hohohoho.

Hope you two will happily ever after!. Yeah!.

Nanti kan sambungan part II plaks!

Toink! toink! toink!