OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, December 16, 2011

Sejam RM 2.50

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Salam Ceria dan Salam Jumaat. Esok dah weekend. Malam ni balik Banting. So, Banting here I come!. InsyaAllah, if ada kesempatan sampai la aku kat umah Che Toi. Huhuhuhu . . . .

Novel Cinta Kalut dah settle. Now, novel Sejam RM 2.50 pulak. Hehehehe . . .



Tajuk  : Sejam RM 2.50: Sengsara itu ada ganjarannya
Penerbit  : NB Kara
Penulis  : Norhayati Berahim
Harga  : RM 29.00

Sedikit sinopsis tentang novel ni . . .

“Memang aku bukannya baik. Tapi kalau boleh, aku tak mahu buat maksiat. Buat aku tak mahu, bersubahat pun tidak sama sekali.”

“Apa salahnya Haron tu? Dia bukan kejar orang, orang yang kejar dia!”

Safina seperti memenangkan Haron. Secara tuntasnya, Wafa tahu kenapa Safina mempertahankan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu berharta. Apakah kerana harta, hilangkan segala maruah dan harga diri!

“Kau tahu, papa dia tinggalkan dia dengan harta sebanyak sepuluh bilion!”

“Aku peduli apa? Kalau seratus bilion pun aku tak hairan. Aku bukan nakkan dia pun.”

Persoalan yang ditimbulkan oleh Safina benar-benar membuat hati Wafa pusang. Safina sama seperti papanya. Harta menjadi pokok persoalan yang utama. Bukannya pekerti lelaki itu.

“Aku hairan sungguh kau ni.”

“Hairan apanya?”

"Apa yang kau benci sangat dengan Haron tu? Aku tak faham. Kau tahu tak berapa ramai perempuan hendakkan Haron? Kau bernasib baik kerana Haron tergila-gilakan kau. Kau bernasib baik kerana daripada ratusan, mungkin ribuan wanita yang mahukan dia, Haron memilih kau. Kalau akulah, aku tutup mata saja dengan apa yang Haron lakukan. Dia kaya, dia bilionair!”

Bodoh! Mahu sahaja Wafa mengeluarkan kata-kata tersebut. Orang bodoh macam Safina sahaja yang tergila-gilakan lelaki macam Haron. Aku tidak sebodoh itu.! Ya memang Wafa tidak sebodoh itu. Dia mahukan pekerti lelaki bukannya harta. Itu semua dia ada. Dia boleh mencarinya. Dia mahu hidup dengan gembira dan bahagia. Siapakah yang ditemuinya dalam perjalanan dan kehidupan yang singkat ini?

p/s: not in a good mood . . .


ADIOS!

No comments:

Post a Comment