OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, December 12, 2011

RM 500 untuk Rakyat!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!.. Artikel ni dah lama. Tapi baru sekarang nak share sebab topic ni kan paling panas di abad ini. Hehehehe . . . Kerajaan nak bagi duit free, mesti sumer orang nak kan? Termasuklah dengan rakyat yang menyokong parti pembangkang. Haahaha . . . Nanti dah dapat duit, dah makan, dah jadi darah daging sendiri, lepas tu sebok berkata-kata mana kerajaan dapat duit?. Takyah la nak ungkit-ungkit, selama yang korang bersekolah dan hidup kat bumi Malaysia ni pun sebab Kerajaan.

Bersyukur yea.

Walaupun kita semua tahu segala rezeki datang dari Allah. Kerajaan hanya orang tengah yang nak bagi korang rezeki. Jadi biler dah dapat jangan nak kata sana nak kata sini. (perhatian kepada penyokong parti pembangkang?) hehehehe

KUALA LUMPUR, 12 Okt - Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.
Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan “one off” atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.
Awang Adek berkata kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.

Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini, Rabu.

Seminar tersebut dianjurkan oleh LHDN dengan penyertaan seramai 1,120 peserta.
Awang Adek berkata LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.
Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHD Nserta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.

“Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa,” katanya.
Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan.

Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama.

Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.

“Soal isi rumah…seorang, tetapi sudah bekerja dan bayar zakat sendiri, saya rasa dia layak. Namun, ini kita akan pastikan kemudian dan masukkan dalam isu-isu yang perlu diperjelaskan,” katanya

p/s: dapat tak dapat janji aku hantor borang!


ADIOS!

1 comment: