OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, December 30, 2011

KENTAL MACAM KENTANG!. KENTANG KENE REBUS LEMBUT JUGAK!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Mungkin ini entry yang terakhir untuk tahun ni. Berkemungkinan jugak bukan. Hehehehe . . .

Aku dah tengok Ombak Rindu. Yes!. Tinggal Twilight: Breaking Dawn je tak tengok lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada seseorang yang telah menguploadkan movie tersebut kat You Tube. Hehehehe . . .

Review pasal Ombak Rindu ni . . . dah terlewat dah. Ramai dah yang bagi review. Maka aku tak perlu bagi review. Lagipun korang pun dah tau jalan cerita dia macam mana. So, tak perlu la kan.

As my opinion about this movie, garapan yang menarik. Walaupun si Penulis sedikit kepochi. Tahap kesedihan pada aku hanya sebak di dada. Hopefully it won't happen to me. If it happen mungkin aku akan redha iaitu ikhlas atau mungkin aku pasrah yakni mengalah. Hmmm . . . hanya Allah yang tahu.

Satu je biler tengok movie sedih ni . . . ada la Sang Lelaki yang suka buat TIGA (3) perbuatan ni.

PERBUATAN 1  : intai mata si bini atau awek atau ibu . . . sebab nak tengok menangis ke tak . . . dergghhhh-

PERBUATAN 2  : cepat-cepat amek tisu sekotak dan bagi kat si bini, awek atau ibu. padahal si ibu, bini atau awek sikit pun tak nanges . . . menyampah okay!

PERBUATAN 3  : membuat bunyi-bunyian seperti menanges sambil ditambah dengan bunyi sedut hingus dan sedu sedan. Poyo ah!

Untuk korang-korang ni . . . kalau korang sedey, NANGES je la. Jangan ganggu si bini atau awek atau si ibu sedang concentrate menonton dan melayan perasaan.

If korang nanges pun, KAMI tak gelak pon. Sebab kami tau korang pun ada sentimental feeling kat dalam hati tu. Tak kisah pon. Huh!

Kenapa aku tak nanges tengok citer OMBAK RINDU? Sebab ada orang ganggu aku waktu menonton. Tanya bila dia kawen? Kenapa ini? Kenapa itu? Tadi apa jadi? . . . dia tak tengok tapi mintak sinopsis. Itu yang membuatkan aku jadi kental cam kentang! Hahahahaa . . .

p/s: nanges dalam hati.


ADIOS!

2 comments:

  1. haahahaha adoiiii tensi je kan. Ko kena tgok lagi la jwbnyer.. repeat!

    ReplyDelete
  2. repeat? harapan!
    dia dah sound awal2 tak kose dia nak tolong donlot.
    huhuhuhu...

    ReplyDelete