OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, December 15, 2011

Cinta Kalut

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Dah hari Khamis. Esok Jumaat. Pastu hujung minggu. Woh! Aku bukan nak membebel pasal hari. Aku nak bagitau, ni buku yang paling latest aku baca.

 

credit to NB Kara . . .

Tajuk  : Cinta Kalut

Penulis  : Faten Nur

Penerbit  : NB Kara

Harga  : RM 25.00

Sedikit coretan dari Novel:

“Rina, Riz belum kahwin...” Terpaku Rina mendengar kata-kata Mukhriz yang kelihatan tenang. Belum kahwin? Habis kenapa Aidil itu dikatakan anaknya? Apakah Aidil anak angkat! Tiba-tiba senyuman Mukhriz mati. Jantung dan nafasnya seakan terhenti. Mukhriz bingkas bangun dari kerusi. Matanya tertancap ke satu arah. Kelibat seseorang yang amat dikenalinya. “Julia!” Sebaris nama yang keluar daripada mulut Mukhriz menimbulkan tanda tanya di hati Rina.

Siapa Julia?

Kenapa Mukhriz nampak kalut? Terbeliak Rina apabila melihat Mukhriz menegur wanita itu. Masing-masing seperti terkejut. Kemudian mereka saling berpeluk-pelukan seperti melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Rina terkejut dengan situasi yang berlaku. Adakah itu isteri Mukhriz? Pelbagai prasangka muncul di benak Rina. Siapakah perempuan tersebut dan apakah kaitannya dengan Mukhriz?

Aku belum habes baca lagi buku ni. Citer ni banyak sangat konflik tapi citer dia agak fast jugak. Takdelah meleret-leret yang boleh menyebabkan aku bosan.

Ada yang nak beli? Call aku. Hehehheh

p/s: takde keje kat opis boleh lah aku baca buku . . .


ADIOS!

No comments:

Post a Comment