OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, December 29, 2011

Chicken and Beef Wrapped with Cheeze

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Hohohoho . . . . cam lazat je kan baca nama resipi. Korang tak makan lagi. Cik Bebet makan separuh sampai baring-baring sebab penat nak habiskan the whole wrapped sambil menonton Totoro. Hahahaha . . .

Maaf gambar Chicken and Beef Wrapped with Cheese tak berapa clear . . . sebab sangat sedap tak mampu nak stay kan wrapped tu . . . ayat masuk bakul angkat sendirik!.

Ni hasil nya . . . satu wrapped


Dan ini unwrapped hasil Encik Alwi . . . tekak melayu maka kene ada sambal! Dergghhhh-

Bahan-bahan:

Chicken breast
Beef
3 sudu besar Sos Nandos extra Hot Peri Peri
1 susu kecil Ketumbar
1 sudu kecil Jintan Manis
1 sudu kecil Jintan Putih
2 ulas Bawang Putih
1/2 sudu kecil Lada Putih
1/2 sudu kecil Lada Hitam
2 sudu besar mentega/ butter
Sedikit minyak
Garam
Roti Tortilla
1 biji buah tomato dipotong dadu
Mayonnaise
Mozarella Cheese
Serbuk lada hitam
* Sos cili / sos tomato

Cara-cara:

Mula-mula sekali korang kene perapkan ayam dan daging. Lagi lama lagi bagus. Aku perap pagi, jadi biler balik keje rasa semua dah diserap oleh si daging ayam dan si daging.

Untuk perapan ayam, korang kene perap ngan garam dan sos Nando's. Kalau takde sos Nando's, korang boleh perapkan dengan ketumbar, jintan putih, jintan manis, lada hitam, lada putih dan bawang putih yang telah diblend kering.

Untuk perapan daging, korang perapkan dengan hasil blend dari Jintan putih, jintan manis, bawang putih, lada hitam dan lada putih. Sila letak garam yea, rakan-rakan. Nanti tawar pulak daging tu.

Selepas dah perap, korang boleh la masak atas non stick pan dengan mentega atau butter dengan sedikit minyak. Sikit saje!.

Ini hasil ayam . . .



Ini pulak hasil daging . . .



Masak sampai settle sumer.Lepas tu hiris nipis-nipis yea untuk memudahkan gulungan.

Cara nak prepare wrapped:

1. Sapukan mayonnaise atas roti tortilla.
2. Letakkan tomato (kalau korang nak letak sayur lain pun boleh)
3. Letakkan cheese
4. Serbuk lada hitam
5. Hirisan Ayam
6. Letakkan cheese
7. Hirisan Daging
8. Letakkan cheese
9. Serbuk lada hitam

Korang gulung pastu bungkuskan dengan aluminium foil.

Lepas itu bakar sekejap atas pan tanpa minyak untuk cairkan cheese dan panaskan roti.

Siap!.

p/s: kene buat stock chicken breast, cheese and meat. Encik Usben cam suke pulak food camni.


ADIOS!

No comments:

Post a Comment