OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Saturday, December 31, 2011

Scan, Save, Copy & Paste

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Ini adalah confirm entry terakhir untuk tahun ni. Hanya untuk ingatan para ibu dan para bapa serta adik beradik.

Kanak-kanak akan SCAN, SAVE, COPY & PASTE apa yang kita lakukan. Maka, tunjukkanlah mereka sifat dan sikap yang paling terbaik, termanis dan terbagus untuk mereka SCAN, SAVE, COPY & PASTE!.



p/s: jumpa tahun depan! bye!


Wassalam.

Friday, December 30, 2011

KENTAL MACAM KENTANG!. KENTANG KENE REBUS LEMBUT JUGAK!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Mungkin ini entry yang terakhir untuk tahun ni. Berkemungkinan jugak bukan. Hehehehe . . .

Aku dah tengok Ombak Rindu. Yes!. Tinggal Twilight: Breaking Dawn je tak tengok lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada seseorang yang telah menguploadkan movie tersebut kat You Tube. Hehehehe . . .

Review pasal Ombak Rindu ni . . . dah terlewat dah. Ramai dah yang bagi review. Maka aku tak perlu bagi review. Lagipun korang pun dah tau jalan cerita dia macam mana. So, tak perlu la kan.

As my opinion about this movie, garapan yang menarik. Walaupun si Penulis sedikit kepochi. Tahap kesedihan pada aku hanya sebak di dada. Hopefully it won't happen to me. If it happen mungkin aku akan redha iaitu ikhlas atau mungkin aku pasrah yakni mengalah. Hmmm . . . hanya Allah yang tahu.

Satu je biler tengok movie sedih ni . . . ada la Sang Lelaki yang suka buat TIGA (3) perbuatan ni.

PERBUATAN 1  : intai mata si bini atau awek atau ibu . . . sebab nak tengok menangis ke tak . . . dergghhhh-

PERBUATAN 2  : cepat-cepat amek tisu sekotak dan bagi kat si bini, awek atau ibu. padahal si ibu, bini atau awek sikit pun tak nanges . . . menyampah okay!

PERBUATAN 3  : membuat bunyi-bunyian seperti menanges sambil ditambah dengan bunyi sedut hingus dan sedu sedan. Poyo ah!

Untuk korang-korang ni . . . kalau korang sedey, NANGES je la. Jangan ganggu si bini atau awek atau si ibu sedang concentrate menonton dan melayan perasaan.

If korang nanges pun, KAMI tak gelak pon. Sebab kami tau korang pun ada sentimental feeling kat dalam hati tu. Tak kisah pon. Huh!

Kenapa aku tak nanges tengok citer OMBAK RINDU? Sebab ada orang ganggu aku waktu menonton. Tanya bila dia kawen? Kenapa ini? Kenapa itu? Tadi apa jadi? . . . dia tak tengok tapi mintak sinopsis. Itu yang membuatkan aku jadi kental cam kentang! Hahahahaa . . .

p/s: nanges dalam hati.


ADIOS!

Apamlicious V

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. This is my second big order. My dearie friend ordered 300 of my Apamlicious for her big day. Thank you dear.

This is the picture of 300 Apamlicious. Thanks again my dear Azleena.




 Polka Dot and Marble Apamlicious

 Lady Bug Apamlicious

 Bumble Bee and Strawberry Apamlicious

Spiral Apamlicious

p/s: for place an order call me 019-3031450. Kalau MALU nak call, SMS pun boleh.


ADIOS!

KL Bird Park

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Korang pernah pergi KL Bird Park? atau korang dah lama sangat tak pergi sana? Aku dah lama tak pergi sana. Jadi memandangkan dah ber'hand bag' dua ni, aku pun bawakla bebudak ni pegi tengok ah-bird. Si kakak excited yang light light. Adik tak berapa nak excited sebab beliau dikehendaki duduk kat dalam stroller. Hahahaha . . .

Aku pergi KL Bird Park ni hari Isnin. Ingatkan tak ramai orang kat KL Bird Park ni. Ramai jugak. Banyak pelancong dengan chinese. Malay? ada la tapi tak seramai mereka. Hmmmm . . . kenapa yea?

Camne nak pegi KL Bird Park? Ni aku letak map untuk pergi sana . . .


Pastu admission fee pulak murah saje . . .

Dewasa (ada mykad)  : RM 20.00 kalau ada JCard RM 15.00

Children (ada mykid)  : RM 10.00

Children 3 years below FREE!.

Besar okay tempat dia. Panjat bukit, turun bukit, naik tangga, turun tangga. Terpijak bird poo. Kejar bird sket. Amek gambar sket. Duduk-duduk sket. Sangat luas!

Ni aku letak skali park map . . .


Ada 200 species burung kat sini. Ada burung yang bebas. Ada burung yang dalam sangkar. Memang Bird Park betolla, sebab kiri kanan atas bawah semua burung. Cuma aku tak perasan pulak Angry Bird. Hahahaha . . .

Masa aku pegi tu pagi jadi tak panas sangat cuaca. Lagipun hari cam sedikit gerimis. Tapi tak rasa hujan sebab manusia yang masuk Bird Park tu pun macam duduk dalam sarang or sangkar. Tak kene pun gerimis. Hehehehe.

Inilah hasil tangkapan aku masa aku pergi KL Bird Park . . . moh layan gambar aku pulak . . .











Banyak sangat la gambar . . . nanti aku soh Encik Usben upload kat dalam FB dia . . . saper jadi friends dia, dapatle nengok gambo . . . Hahahaha

p/s: KL pun tak habes round lagi ngan budak-budak ni . . .


ADIOS!

Apamlicious IV

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. This is one of the product of Apamlicious. Apam Gula Hangus.


 




p/s: da macam rupa tiram pun ada . . . huhuhuhu


ADIOS!

Tiga Puluh Haribulan Dua Belas Dua Ribu Sebelas

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Salam Jumaat dan salam ceria. Hari ini hari Jumaat terakhir untuk tahun 2011. Hari terakhir aku bekerja untuk 2011. Semoga tahun 2012 membawa kebahagian, kematangan, keceriaan, kegembiraan, kesihatan yang baik dan mendapat rezeki yang melimpah. Amin. Yang penting semoga kita semua mendapat rahmat dan redha dari-Nya.

Tahun ni aku tak buat kronologi macam last year. Actually i'm not in a good mood today. Don't know why. Maybe pasal kek aku tak berapa nak jadi seperti yang aku nak. Argggghhhh!. Aku tak suka biler kuih atau makanan yang aku buat tak menjadi seperti yang aku mahukan!. Perasaan jadi satu macam! Korang yang biasa memasak, pernah tak rasa macam ni?

Okaylah!. Jap g aku masukkan lagi entry. Aku nak wat keje sket. Chow!

p/s: bagai hati yang dirobek-robek . . .


ADIOS!

Thursday, December 29, 2011

Chicken and Beef Wrapped with Cheeze

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Hohohoho . . . . cam lazat je kan baca nama resipi. Korang tak makan lagi. Cik Bebet makan separuh sampai baring-baring sebab penat nak habiskan the whole wrapped sambil menonton Totoro. Hahahaha . . .

Maaf gambar Chicken and Beef Wrapped with Cheese tak berapa clear . . . sebab sangat sedap tak mampu nak stay kan wrapped tu . . . ayat masuk bakul angkat sendirik!.

Ni hasil nya . . . satu wrapped


Dan ini unwrapped hasil Encik Alwi . . . tekak melayu maka kene ada sambal! Dergghhhh-

Bahan-bahan:

Chicken breast
Beef
3 sudu besar Sos Nandos extra Hot Peri Peri
1 susu kecil Ketumbar
1 sudu kecil Jintan Manis
1 sudu kecil Jintan Putih
2 ulas Bawang Putih
1/2 sudu kecil Lada Putih
1/2 sudu kecil Lada Hitam
2 sudu besar mentega/ butter
Sedikit minyak
Garam
Roti Tortilla
1 biji buah tomato dipotong dadu
Mayonnaise
Mozarella Cheese
Serbuk lada hitam
* Sos cili / sos tomato

Cara-cara:

Mula-mula sekali korang kene perapkan ayam dan daging. Lagi lama lagi bagus. Aku perap pagi, jadi biler balik keje rasa semua dah diserap oleh si daging ayam dan si daging.

Untuk perapan ayam, korang kene perap ngan garam dan sos Nando's. Kalau takde sos Nando's, korang boleh perapkan dengan ketumbar, jintan putih, jintan manis, lada hitam, lada putih dan bawang putih yang telah diblend kering.

Untuk perapan daging, korang perapkan dengan hasil blend dari Jintan putih, jintan manis, bawang putih, lada hitam dan lada putih. Sila letak garam yea, rakan-rakan. Nanti tawar pulak daging tu.

Selepas dah perap, korang boleh la masak atas non stick pan dengan mentega atau butter dengan sedikit minyak. Sikit saje!.

Ini hasil ayam . . .



Ini pulak hasil daging . . .



Masak sampai settle sumer.Lepas tu hiris nipis-nipis yea untuk memudahkan gulungan.

Cara nak prepare wrapped:

1. Sapukan mayonnaise atas roti tortilla.
2. Letakkan tomato (kalau korang nak letak sayur lain pun boleh)
3. Letakkan cheese
4. Serbuk lada hitam
5. Hirisan Ayam
6. Letakkan cheese
7. Hirisan Daging
8. Letakkan cheese
9. Serbuk lada hitam

Korang gulung pastu bungkuskan dengan aluminium foil.

Lepas itu bakar sekejap atas pan tanpa minyak untuk cairkan cheese dan panaskan roti.

Siap!.

p/s: kene buat stock chicken breast, cheese and meat. Encik Usben cam suke pulak food camni.


ADIOS!

Roti Jala

Assalamualaikum, semua ;)


Memandangkan aku bercuti masa hari Jumaat ritu. Jadi sesi berhempas pulas menyiapkan roti jala untuk sarapan Encik Usben, Encik Alwi dan tuan puteri berdua.

Inilah hasilnya!.


Nyum! Nyum!

Nak resipi? Hohohoho . . .

Kacang je neyh!

Korang kene ada . . .



Bahan-bahan:

450 gm tepong gandum
*1 liter air masak
1 sudu garam (ikut rasa)
sedikit serbuk kunyit
2 biji telor

*aku gune air sampai 1 litre sebab masa tu aku takde susu. Jadi kalau korang ada susu, korang leh letak separuh susu, separuh lagi air.

Korang gaul semua bahan sampai sebati. Pastu letak dalam blender untuk menghaluskan lagi. Dah blend, masakle.

Kari pulak . . . aku kene bagi jugak ke? takyah la. sama je macam kari yang korang masak. Cuma aku tak masukkan ayam atau daging. Aku buat kari kentang saje.

Okey!

450 gm ni aku dapat dekat 50 keping roti jala. Selamat Mencuba!

p/s: nanti nak jual . . . it will be my latest product!


ADIOS!

Lamanye . . .

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Lama giler tak update belog. Dekat seminggu. Hahahaha . . . cuti hujung tahun jaga anak di kala pengasuh tiada. Huhuhuhu . . . .

Apa aktiviti yang aku buat di kala menjadi suri rumah sepenuh masa untuk beberapa hari. Banyak nye aktiviti!. Masak memasak. Nanti aku share resipi. Ada dua resipi kalau tak salah. Tunggu yea.

Pastu ada berjalan-jalan ke suatu tempat di tengah bandaraya. Bukan shopping complex. Heheehe.

Lepas beli barang keperluan, dan juga membeli belah duit untuk bahan Apamlicious. Pasal apam pun akan aku update sebentar lagi. Banyak nye nak update!. Hohohoho . . . .

p/s: baru mukadimah nanti ada isi-isi penting yea. bye!


ADIOS!

Thursday, December 22, 2011

Kan Dah Salah Potong

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku baru terbaca artikel kat My Metro. Perggghhh!. Aku tak dapat bayangkan macam mana sakit. Sebab aku pompuan. Mungkin Kaum Adam dapat merasainya kot. Apa punya doktor la kau nih! Ko reti sunatkan orang ke tak?

Untuk parents budak-budak ni pun, korang ada siasat tak klinik tu memang biasa sunatkan budak atau tak. Atau korang main terjah je? To All Parents, jadikan cerita ini ikhtibar. Siasat dulu klinik dan doktor tersebut biasa mengkhatan kanak-kanak atau tidak. Jangan main terjah je. Kesian kat anak-anak. Okey!.

Meh, baca artikel dia . . .

JITRA: Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.

Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. “Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.

“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.

“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.

Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.

p/s: cuti sekolah sinonim sangat dengan berkhatan.


ADIOS!

Sakitnya Sayang

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku da settle baca buku Sejam RM 2.50 tu. Jalan cerita quite okay, cuma cam sedikit slow. Dan banyak sangat watak. Dan menyebabkan aku sedikit confuse dengan watak. Hohohoo . . .

Sekarang ni nak baca buku Sakitnya Sayang pulak. Dulu aku pernah baca, tapi cam ingat-ingat lupa jalan cerita dia. Jadi, baca semula lah. Hehehehe . . .



Tajuk  : Sakitnya Sayang
Penulis  : Norhayati Berahim
Penerbit  : NB Kara
Harga  : RM 24.00

Sikit sinopsis pasal buku ni . . .

Sukarnya menjadi seorang anak. Membantah dikata tidak mendengar, mengiayakan sahaja hati juga yang parah. Dimana mahu diluah resah yang terkumpul, ke mana mahu dialirkan jiwa yang sedang luka. Kini baru dia sedar betapa payahnya untuk menjaga perasaan . . .

Kalendar dah settle masuk dalam envelope. Tunggu courier nak collect. So, aku leh sambung baca novel. Bye!.

p/s: 11.13 pagi - aku lapar.


ADIOS!

Sama je

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Bukak FB arini, semua orang post pasal duit baru yang dikeluarkan oleh Bank Negara. Bila bukak belog pun, sama jugak. Semua orang nak update benda yang sama. Hmmm . . . aku? Malas ah!. Tak kose nak gugle pastu nak copy paste. Hahahaha.

Semua orang puji kaler duit duit tu. Tapi aku tengok dah macam duit SAIDINA pun ada. Dah lama tak main SAIDINA. Lama sangat lah. Aku rasa kali terakhir aku main SAIDINA kat umah atok aku. Ada la dekat 15 - 16 tahun. Huhuhuhu . . . Lebih dari sedekad.

Okeylah, nak post kalendar untuk customer. Babai!

p/s: sok cuti. yeah!


ADIOS!

Wednesday, December 21, 2011

Tuesday, December 20, 2011

Cry Me A River

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. I'm not in the mood today to update my blog. Just wanna share a music video from a person that I like long before. Cheh! memang minat sangat dia. Tapi biler da kawen, hilang da minat kat mereka dan dia, serta dia. All poster of him already buang by Encik Usben. Huhuhuhu . . . Now, only memory remains.

Now, layan lagi dia, tapi bukan dia yang dalam poster. Budak UiTM tau sape dia dalam poster. Huhuhuhu




p/s: ce teka ce teka sapa dia . . .


ADIOS!

Saturday, December 17, 2011

Kisah Dua Pemuda

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Sila baca tajuk macam Doraemon cakap tajuk dia . . . Hahahaha. Cerita kali ni bukan pasal Doraemon. Tapi tentang dua pemuda. Aku tak nak namakan kedua-dua pemuda ni sebab aku dah lupa nama diorang. Jadi korang faham sendiri la yea. Hehehehe . . .

Pada suatu zaman dahulu, tinggal lah dua orang pemuda di dalam satu rumah. Rumah kecil namun selesa. Seorang pemuda ini sangatlah zuhud dan sentiasa beriman kepada Allah s.w.t. Dan seorang pemuda lagi sangatlah tidak beriman dan suka berfoya-foya.

Si pemuda zuhud ni tiap-tiap hari beribadat dan mulutnya tak berhenti berzikir dan menyebut nama Allah. namun, pemuda yang lagi seorang ni teramatlah suka berfoya sana sini. Minum arak. Mabuk. Kaki pompuan. Suka tinggal solat. Semoga dia terbuka hati untuk beriman kepada Allah.

Pada suatu hari, Syaitan telah membisikkan sesuatu kedalam hati pemuda zuhud.

Syaitan : Apa kata kau pergi bersuka ria. Kau kan dah lama beribadat. Mesti cukup dah amalan kau. Kau pergilah bersuka ria. Lepas tu kau bertaubatlah.

Pemuda : Ya tak ya jugakkan.

Sementara itu, pemuda yang suka berfoya-foya pulak menerima satu sentuhan. Yakni, hatinya berkata-kata mahu bertaubat. Dia ingin berubah. Dia merasakan dirinya sudah terlalu jauh dari Allah.

Maka, si pemuda zuhud pun turun dari tangga hendak pergi berfoya-foya dan pemuda yang lagi satu ingin bertaubat. Namun, sudah ajal mereka barangkali. Bertembung di tangga lalu terhantuk dan meninggal dunia. Kelihatan ada sinar di muka pemuda yang ingin bertaubat. Dan pemuda zuhud tadi hilang cahaya keimanan.

Semuanya dia bawah perbendaharaan Allah s.w.t.

p/s: taubat ye bukan tobat. kalau dok sebut tobat. memang tak bertaubat . . . heheheh


Wassalam.

Friday, December 16, 2011

Menyampah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Aku menyampah betol arini. Aku rasa arini adalah hari bengang aku kot. Menyampah lah! Dah la cancel vacation kat Kuantan. Pastu plan nak pegi pantai kat sini-sini je pun di bangkang!. Kata semua overload bagai! Dengan vacation cancel. Seb baik dah plan semalam nak pegi Taman Burung. Harap-harap dapat pegi. Dahla sekarang ni musim hujan . . . tak kira pagi atau pun petang. Hmmmm . . .

Yang paling frust sekali ialah . . . Si telefon ni pulak buat hal!

Argggghhhhhh! eeee . . . . bodo!

Dulu aku guna Sony Ericsson K550i


Lama gak la aku pakai tepon ni. Dekat lima tahun jugak la aku pakai tepon ni. Pastu aritu tetiba button sebelah kanan semua JAM. Boleh tekan tapi takde tindakan reflex. Sangat bengang!

Pastu aku pinjam tepon Nokia 1202 pulak dari Abah. Cikai saje pun. Ni pun da macam hape jek! Aku nak guna tepon Nokia 3310 takpun Nokia 3315 leh tak? Tahan kot!

Pakai yang ni tetiba OFF. Kan payah Boss aku nak contact aku. Param Jadu betolla! Tengah syok-syok taip message tepon OFF. Bengang weyh!. Cam haram. Sebelum aku carut ntah apa-apa carut, baik aku benti taip. Menyampah!



p/s: curse you!


ADIOS!

Sejam RM 2.50

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Salam Ceria dan Salam Jumaat. Esok dah weekend. Malam ni balik Banting. So, Banting here I come!. InsyaAllah, if ada kesempatan sampai la aku kat umah Che Toi. Huhuhuhu . . . .

Novel Cinta Kalut dah settle. Now, novel Sejam RM 2.50 pulak. Hehehehe . . .



Tajuk  : Sejam RM 2.50: Sengsara itu ada ganjarannya
Penerbit  : NB Kara
Penulis  : Norhayati Berahim
Harga  : RM 29.00

Sedikit sinopsis tentang novel ni . . .

“Memang aku bukannya baik. Tapi kalau boleh, aku tak mahu buat maksiat. Buat aku tak mahu, bersubahat pun tidak sama sekali.”

“Apa salahnya Haron tu? Dia bukan kejar orang, orang yang kejar dia!”

Safina seperti memenangkan Haron. Secara tuntasnya, Wafa tahu kenapa Safina mempertahankan lelaki itu. Hanya kerana lelaki itu berharta. Apakah kerana harta, hilangkan segala maruah dan harga diri!

“Kau tahu, papa dia tinggalkan dia dengan harta sebanyak sepuluh bilion!”

“Aku peduli apa? Kalau seratus bilion pun aku tak hairan. Aku bukan nakkan dia pun.”

Persoalan yang ditimbulkan oleh Safina benar-benar membuat hati Wafa pusang. Safina sama seperti papanya. Harta menjadi pokok persoalan yang utama. Bukannya pekerti lelaki itu.

“Aku hairan sungguh kau ni.”

“Hairan apanya?”

"Apa yang kau benci sangat dengan Haron tu? Aku tak faham. Kau tahu tak berapa ramai perempuan hendakkan Haron? Kau bernasib baik kerana Haron tergila-gilakan kau. Kau bernasib baik kerana daripada ratusan, mungkin ribuan wanita yang mahukan dia, Haron memilih kau. Kalau akulah, aku tutup mata saja dengan apa yang Haron lakukan. Dia kaya, dia bilionair!”

Bodoh! Mahu sahaja Wafa mengeluarkan kata-kata tersebut. Orang bodoh macam Safina sahaja yang tergila-gilakan lelaki macam Haron. Aku tidak sebodoh itu.! Ya memang Wafa tidak sebodoh itu. Dia mahukan pekerti lelaki bukannya harta. Itu semua dia ada. Dia boleh mencarinya. Dia mahu hidup dengan gembira dan bahagia. Siapakah yang ditemuinya dalam perjalanan dan kehidupan yang singkat ini?

p/s: not in a good mood . . .


ADIOS!

Thursday, December 15, 2011

Honey Roasted Chicken

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku dah hampir-hampir lupa nak kongsi resipi terbaru.Hahahaah . . . Maaf yea! Aritu aku buat Roasted Chicken with Lemon kan? Kali ni aku buat Honey Roasted Chicken pulak.

Bahan-bahan untuk ayam.

Bahan A:
1 ekor ayam
1/2 cawan madu
1/4 sudu serbuk kayu manis
1/4 sudu serbuk kunyit (*xmo letak pun takpe)
50 gm mentega cair
garam
serbuk lada hitam

Bahan B:
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 helai daun bay kering
1/2 sudu kecil lada putih (biji)
1/2 sudu kecil lada hitam (biji)


Bahan C:
1 batang lobak merah
2 batang daun saderi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak atau olive oil
1 sudu kecil herba campuran
2 helai daun bay kering
1/2 cawan air
garam
serbuk lada hitam

Cara-cara nak bikin Honey Roasted Chicken:

Sebelum korang start keje . . . korang panaskan oven 200 darjah celcius.

Apa-apahal pun beli ayam dan bersihkan ayam sebersih-bersihnya. Kemudian, korang masukkan Bahan B kat dalam perut ayam tu. Lepas tu korang campurkan semua Bahan A. Kacau sampai sebati. Dah sebati, korang lumur le kat ayam tu tapi jangan semua, tinggalkan separuh.

Sementara korang perapkan ayam tu. Korang potong lobak merah dalam bentuk dadu. Pastu hiris daun saderi. Tapi jangan hiris nipis-nipis. Hirislah dalak 1/2 inci ke. Bawang besae pulak potong lapan. bawang putih tu korang ketuk-ketuk je. Dah settle keje memotong dan mengetuk. Korang lumurkan sayur mayur tu dengan minyak, herba, garam dan lada hitam. Dah lumur?

Korang letak la sayur tu dalam tin pembakar. Tuang air dan campakkan daun bay. Lepas tu amek ayam yang diperap tadi dan bakar. Kene bakar ayam ni dua jam tau. Setiap 30 minit korang kene sapu baki Bahan A kat ayam. Lepas sejam terbalikkan ayam yang atas pegi bawah dan bawah pegi atas. Supaya dua-dua bahagian garing.

Memang cara kali ni agak leceh tapi hasilnya memberangsangkan. Wah, ayat! Skema! Hahahaha . . . Tapi kalau nak lagi sedap, ayam tu perap semalaman.

Lepas dua jam, kuarkan dari oven dan tutup ayam tu dengan aluminium foil dalam lima minit. Bagi dia rehat jap. Pastu leh hidang. Korang leh makan ayam ni dengan Sos Nandos. Takpun makan dengan Nasi Minyak atau Nasi Ayam ke.

Inilah hasilnye!

Aku lupa nak potong leher ayam tu . . . kan da terkulai layu di tasik madu . . . Hahahaha!

p/s: mode rasa cam nak campak tepon kat dinding!

ADIOS!

Cinta Kalut

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Dah hari Khamis. Esok Jumaat. Pastu hujung minggu. Woh! Aku bukan nak membebel pasal hari. Aku nak bagitau, ni buku yang paling latest aku baca.

 

credit to NB Kara . . .

Tajuk  : Cinta Kalut

Penulis  : Faten Nur

Penerbit  : NB Kara

Harga  : RM 25.00

Sedikit coretan dari Novel:

“Rina, Riz belum kahwin...” Terpaku Rina mendengar kata-kata Mukhriz yang kelihatan tenang. Belum kahwin? Habis kenapa Aidil itu dikatakan anaknya? Apakah Aidil anak angkat! Tiba-tiba senyuman Mukhriz mati. Jantung dan nafasnya seakan terhenti. Mukhriz bingkas bangun dari kerusi. Matanya tertancap ke satu arah. Kelibat seseorang yang amat dikenalinya. “Julia!” Sebaris nama yang keluar daripada mulut Mukhriz menimbulkan tanda tanya di hati Rina.

Siapa Julia?

Kenapa Mukhriz nampak kalut? Terbeliak Rina apabila melihat Mukhriz menegur wanita itu. Masing-masing seperti terkejut. Kemudian mereka saling berpeluk-pelukan seperti melepaskan rindu yang sudah lama terpendam. Rina terkejut dengan situasi yang berlaku. Adakah itu isteri Mukhriz? Pelbagai prasangka muncul di benak Rina. Siapakah perempuan tersebut dan apakah kaitannya dengan Mukhriz?

Aku belum habes baca lagi buku ni. Citer ni banyak sangat konflik tapi citer dia agak fast jugak. Takdelah meleret-leret yang boleh menyebabkan aku bosan.

Ada yang nak beli? Call aku. Hehehheh

p/s: takde keje kat opis boleh lah aku baca buku . . .


ADIOS!

Wednesday, December 14, 2011

Apamlicious III

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Entry for my Apamlicious activity. This is the latest order I've got.

150 pieces for Mr. Wan Idris. Mr la sangat . . .




Next order is for Encik Awie's friend. I forgot her name. 50 pieces only. 30 pieces lady bug & 20 pieces polka dot.

 

This is my latest product. Chocolate Cake!.







Okey, aku jual RM 10.00 for each boxes. But for 1kg cake the price is RM 40.00. Cuma gambar 1kg nye cake takde . . . sorry guys!

Cake aku ni comes with the tupperware. If korang nak order pastu nak letak dalam kotak, aku letak le dalam kotak. Ianya bergantung pada permintaan.

Camner nak order? Call je la aku tak pun SMS aku kat nombor tepon. Adakan? Kan?

p/s: apam is apamlicious, cake? cakielicious? giler masam bunyik!


ADIOS!

Wordless Wednesday




p/s: Subhanallah!


Wassalam.

Tuesday, December 13, 2011

Kan dah jadi Monyet!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku nak cerita tentang suatu cerita yang dikisahkan oleh arwah Mak Tok aku. Rindu pulak pada dia. Al-Fatihah.

Cerita yang arwah selalu ceritakan pabila tiba Hari Jumaat. Adalah satu pemuda ni. Pemuda ni sangat suka memancing. Tiba pada hari Jumaat, emak pemuda ni dah berpesan jangan lupa pegi solat Jumaat, tak perlu pergi memancing. Pemuda itu cuma mengiyakan saje. Ntah pegi ntah tidak.

Tapi disebabkan pemuda ini sangat degil. Dia tak mendengar apa yang dipesan oleh emaknya. Dia pegi jugak memancing. Kata dah suka sangat. Pegilah. Degil punya budak.

Orang yang lalu lalang kat sungai, semua ajak pemuda ni pergi solat. Tapi jawapan beliau . . .

"pergilah dulu, nanti aku sampai"

Tak lama lepas tu . . . dia rasa cam gatal-gatal punggung dia. Dia pun garu. Baik punya garu, tiba-tiba terkeluar ekor. Dan satu badan beliau sudah dipenuhi bulu-bulu. Seperti monyet layaknya. Tinggallah beliau dalam hutan. Huhuhuhu . . . padan muke!




p/s: sila dengar cakap mak dan patuh perintah Allah.


ADIOS!

Whipped Potato

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Arini aku nak kongsi resipi kentang putar!. Rasa macam KFC nye whipped potato. Aku buat ni pun sebab Encik Usben request. Kalau tak request tak kose aku nak buat nye. Jom kita lihat bahan-bahan nya.

Bahan-bahan untuk base kentang:

6 biji Kentang
200 ml Fresh Milk
Garam
Lada Hitam

Korang kupas kulit kentang tu. Lepas dah kupas kulit ketang tu, sila potong kentang tu jadi lapan, dan rebus. Letak garam sedikit yea. Masak sampai betul-betul empuk. Kalau tak empuk camner korang nak hempuk kentang korang tu jadi lecek. Biler kentang dah empuk. Korang lecek le kentang tu.

Lepas tu korang masukkan susu. Kacau sampai sebati. Rasa dulu samada nak tambah garam atau tak. Sebab kita kan da rebus dengan garam tadi. Kalau dah cukup masin, tambahkan sedikit je lada hitam.

Siap. Ketepikan.

Bahan-bahan untuk sos kentang:

650ml air
1 kiub Stok Ayam
1 biji Bawang Besar
1 Batang Saderi
40 gm mentega
20 gm tepong gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Lada Hitam
Garam
*Kicap Pekat

Mula-mula korang potong bawang dan saderi. Bawang didadukan. Lepas tu korang masak bawang, saderi, air dan kuib ayam. Masak dalam 10 - 15 minit. Lepas tu tapis.

Sementara tu, korang cairkan mentega. Bila mentega cair, perlahan-lahan masukkan tepong gandum. Kacau atas api kecil. Kacau sebati. Hati-hati sebab tepung senang hangus. Nanti pahit pulak sos korang!. Biler dah sebati, korang masukkan air rebusan tadi. Kacau sampai tak bergentel yea.

Kemudian, masukkan sos tomato, sos tiram dan lada hitam. Jika warna kurang gelap, korang titiskan 2-3 titik kicap pekat.

Siap.

Korang boleh curahkan sos ke atas kentang lecek tadi. Nyum. Nyum.

Inilah hasilnya . . .



p/s: Lapar la pulak . . .


ADIOS!

Puss In Boots

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Berkepam dah cerita ni . . . Tapi nak letak jugak. Degil kan? Padahal, dah hampir basi pong!. Kan aritu aku ada bagitau aku nak bawak Cik Bebet pegi tengok wayang. Dia sangat behave. Alhamdulillah.

So, layan kan aje gambar kat KLCC . . .
























Sorry la yea gambor tunggang langgang. Aku tak tau la naper arini belog ni cam hampeh je . . . Selalu okey je. Tu la bak kata orang  . . . langit tak selalu cerah (apa kene mengena?). lantaklah!

Review pasal citer ni? Lupa plak yea . . . Kali ni si Puss ni ada mission. Iaitu mengambil Golden Egg dari Golden Goose. Rancangan untuk mencuri golden egg ni dirancang oleh Humpty Dumpty yang bersekutu dengan Jack & Jill.

Sebenarnya, Humpty Dumpty ni nak balas dendam kat Puss sebab Puss pernah menyebabkan Humpty Dumpty ni dipenjarakan.

Dapat ke Puss dapatkan Golden Goose tu? Macam mana dengan Humpy Dumpty? Selamat Menonton. Citer ni lucu dan boleh bagi aku nye tension kurang. So, saper-saper yang rasa cam nak menonton citer yang relax dan fun, sila tonton Puss In Boots. Tak yah tengok Ombak Rindu tu . . .mode dengki!.

p/s: jap lagi aku upload resipi pulaks!


ADIOS!

Monday, December 12, 2011

Kerana Sebiji Gula-Gula

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Semalam petang aku ngan family aku pegi umah Tok Ayah. Makan bubur durian ngan roti jala. Sedapnye. Lazats!

Tapi aku bukan nak cerita pasal bubur durian atau nak bagi resipi nak buat roti jala. Tapi kalau korang nak order roti jala. Leh call aku.

Kisah ni Nenda aku citer . . .

Cerita nya begini. Ada la seorang budak lelaki ni dalam lingkungan umur 4 - 5 tahun. Sudah penat lelah bermain, budak kecik tu pun singgah di kedai runcit berhampiran.

Budak kecit : Pakcik nak gula-gula. Tapi saye takde duitla pakcik.

Pakcik : Kalau takde duit, takde gula-gula. Ko potong 'anu' ko dapat gula-gula.

Budak kecit tersebut terus balik umah. Emak nya sedang sebok mengangkat kain jemuran. Si emak nampak kelibat si kecit balik namun senyap saje di rumah . . .

Tapi, bila si Emak masuk ke bilik . . .

Dia melihat anaknye berlumuran darah. Hanya kerana sebiji gula-gula . . .




p/s: seyes aku tak tau apa jadi dengan budak tu. lupa nak tanya nenet aku.


ADIOS!