OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, November 24, 2011

Ayam @ Daging Masak Halia

Assalamualaikum, semua ;)



Hai, korang!. Arini nak bagi resipi tapi takde gambar la . . . . sorry erkh. Janji aku letak resipi . . . Hehehehe. mari kita lihat bahan - bahannye.

Bahan bahan yang diperlukan . . .

Ayam atau Daging
1 inci halia (dihiris nipis nipis)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 sudu besar sos tiram
Tepung jagung
Garam
Lada Hitam
Air

Mari kita mulakan sesi masak memasak . . .

Firstly, bersihkan ayam atau daging. Kalau ayam potong kecil kecil. Kalau daging pulak hiris nipis nipis supaya senang empuk, yea rakan rakan. Ketepikan . . . .

Kemudian, hiris nipis nipis halia dan bawang putih. Bawang putih tu nak chop chop pun boleh. Ketepikan.

Selepas itu, korang tumis sekejap ayam atau daging yang ada. Tumis dalam 5 minit je. Lepas tu angkat letak tepi. Kemudian baru korang tumis halia dan bawang putih. Dah nampak cam sedikit layu, korang masukkan ayam, gaul sebentar.

Then, korang masukkan sos tiram, air, garam, lada hitam. Kalau masak daging, korang tunggu daging empuk baru masukkan tepung jagung yea.

Ok, da siap.

Untuk hiasan korang boleh la potongkan daun bawang 1 inci panjang dan taburkan atas Ayam @ Daging Masak Halia ni.

Selamat Mencuba!.

p/s: Ada je resipi baru yang ada gambar tapi sebab kekangan masa, jadi tak sempat nak masukkan dalam belog. Sorry, uols!


Wassalam.

2 comments:

  1. Ila..resepi ayam masak halia ni mmg sedap...tp akak ade 1 lagi resepi ayam masak halia version mak akak...tak tau la Ila suka ke tak...bole try klau suke...http://my-mindofmine.blogspot.com/2011/01/ayam-masak-halia.html

    ReplyDelete
  2. oh ye ke?nanti kita try kak mar nye resipi. thanks kak mar!

    ReplyDelete