OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, November 1, 2011

takde aedes takde denggi

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam 1 November!. Da petang baru nak wish. Tarikh arini cantek skali kan? 1.11.11 . . . .nanti 11 hb lagila cantek. Banyak le manusia yang sebok nak menikah time tu. huh! Tahun ni cantek le. Tahun depan takde cantek nye. Hehehehe . . . . (tiada unsur jealous disitu yea).

Topik kesihatan pada hari ini ialah . . . tiada aedes, tiada denggi.

Apa itu aedes? 

Aedes seekor nyamuk yang membawa virus denggi. Tetapi nyamuk yang membawa jangkitan ini adalah nyamuk betina ye kawan-kawan. Bukan jantan.




Apa itu denggi? 

Denggi adalah satu virus yang dibawa oleh nyamuk aedes betina. Dia membawa virus tersebut kepada orang sihat daripada orang yang mempunyai virus denggi.

Gejala penyakit denggi? 

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot dan sakit pinggang yang teruk menyebabkan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal . Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung.

Demam denggi selalunya akan berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam. Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya, kerana kapilari darah menjadi rapuh. Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi. Ini pernah terjadi kepada one of our family friend. Beliau meninggal selepas mengalami demam mengejut dan ianya menjadi trauma to one of my brother. 

So, please please please do check your fever. Jangan main main tau tak ambil kisah. My lovely Encik Usben pun hampir hampir menjadi mangsa! When your fever came up to >40 degree, please do go to Hospital dengan pantas. Don't play play!

Rawatan yang harus dilakukan . . .

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

Dari segi perubatan kampung pula . . .

Anda semua boleh membuat sup ketam dan memberi pesakit makan sup ketam. Minum air 100 plus. Meminum air rebusan pucuk betik. Minum air dengan lebih.

Camne dia membiak?

Si nyamuk ni membiak kat kawasan takungan air yang tidak bertutup. Macam kat kolah yang jarang digunakan. Longkang rumah yang tersumbat. Kat kawasan yang ada takungan air.




Cara nak elak?

No.1 . . . Sila kemas sekeliling kawasan rumah anda!

No.2 . . . Sila buang benda benda yang boleh menakung air!

No.3 . . . Sila gunakan ubat jentik-jentik untuk bekas simpanan air (bukan air minuman!)

No.4 . . . Panggil Kementerian Kesihatan, untuk buat fogging!

No.5 . . . Kalau RAJIN, ajak jiran jiran buat gotong royong membersihkan kawasan perumahan!

PERINGATAN!

Jangan buat main main dengan nyamuk aedes! Ianya boleh membawa kematian! Ingat orang yang tersayang!

p/s: SHARING IS CARING....


ADIOS!

No comments:

Post a Comment