OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, October 30, 2013

OPEN FOR ORDER - LAMINGTON CAKE

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Craving for something new? Wanna try?



Open For Order!

Call/ pm/ What's App/ We Chat

0193031450

Ok. Bai-

Tuesday, October 29, 2013

OPEN FOR ORDER - CARROT CAKE with ALMOND top with CREAM CHEESE FROSTING

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Open for order!


Call/ pm/ We Chat/ What's App kat 0193031450

Ok. Bai-

Mini Giveaway EkaTikah Craft

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Selasa. Semalam aku cuti sebab Salsabila Zaharah mendemamkan dirinya. Temperature naik 38.2 pukul 4 pagi...since that time until 10 malam aku berjaga. Huhuhuhu...

Demi mu akan ku jaga sepenoh hati.

Encik Usben pun tak berapa sihat perotnya. Gastrik menyerang!

Hmmm...dah lari topik ni. Sorry.

Oh ya! Untuk kesekian kalinya aku men'join'kan diri dalam Mini Giveaway. Ini last minute punya keje. Esok dah tutup dah kot.

Kalau menang dapat ni...

Hadiah-hadiahnya:
 
1 hadiah misteri untuk seorang top refferal
2 bantal craft bersaiz 1/2 A4
5 Keychain Cendawan
5 Keychain Love
5 Handphone Strap Stawberri
3 bekas tempat cucuk jarum
10pcs Brooch Rose
5 batang Bookmark
10 blog tersenarai dalam bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip

Itu pun kalau menang...kalau tak menang bukan rezeki le. Kan?

Macam mana nak join?

Gambar hadiah akan di update kemudian dan kemungkinan hadiah akan bertambah. Pemilihan pemenang berdasarkan random.org-


Syarat-syaratnya:

1- Mestilah Warganegara Malaysia dan merupakan followers Blog Bila Jari Mula Menaip

2- LIKE Page Bila Jari Mula Menaip di Facebook.

3- LIKE gambar Colourful Bookmark di SINI atau klik gambar di bawah:


4- Klik SINI SINI SINI dan SINI

5- Sediakan satu entri bertajuk "Mini Giveaway EkaTikah Craft".

6- Copy code yang tersedia di bawah dan paste di HTML entri anda dan publish.

7- Hanya perlu hantar link penyertaan anda di ruang komen entri ini.



Segmen ini akan berlangsung mulai 2 Oktober 2013 dan berakhir 30 Oktober 2013
 
Ok. Bai-

Sunday, October 27, 2013

Memberi dan Menerima

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Memberi dan menerima...


Live with it!

Memberi lebih baik dari menerima...

Ok. Bai-

Baik

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sape nak jadi baik? Semua orang nak jadi baik. Kalau korang tanya budak 3tahun pun diorang akan cakap nak jadi orang baik.

Tapi tu la...zaman sekarang macam payah sikit nak jumpe orang baik....Betol tak?


Ok. Bai-

Saturday, October 26, 2013

Alasan

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Alasan memang untuk diciptakan. Kanak-kanak seawal 4 tahun pun mampu memberi alasan. Tak percaya?

Cuba try...hik hik hik


Ok. Bai-

Displin

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dalam kehidupan harian...displin adalah penting. Jika displin tak wujud, pincang weyh kehidupan.


Ok. Bai-

Friday, October 25, 2013

Halal Haram Dalam Komestik dan Makanan

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Jumaat dah arini. Esok Sabtu. Suka le tew. Coti-coti. Tetttt-

Masa tengah taip aku tengah tengok Forum Halal Haram Dalam Komestik dan Makanan. Moderator forum tu ialah Ustaz Syed Norhisyam Bin Tuan Padang dan Panel pulak Ustaz Dr. Izhar Mohd Arif.

Nak tergolek jantung aku kalau tengok ustaz dua orang ni. MashaAllah ciptaan Tuhan. Dahla handsome. Beriman plak tu. Subhanallah.

*sambiltaipsambilsenyumsimpul*


Penting benda ni sebenarnya. Wajib kita ambil tahu. Sebab ianya berkait jugak rohani dan jasmani kita.

Ada satu ayat Ustaz Syed Norhisyam tu sebut pasal babi. Dia tanya audience nak sebut babi ke khinzir? Dia kata sebut babi la senang sebab bila sebut khinzir bunyi macam warak pulak padahal tak berapa nak warak sangat.

Tettttt-

Selamat menonton.

Ok. Bai-

Budget 2014

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ceria dan Salam Jumaat. Hamboih, entri sebelum ni tak wish apa-apa pun kat readers. Terus sari berita penting.

Tettttt-

Berangan nak jadi pembaca berita. Hahahahaha. Sangat.

Dah baca surah Al-Kahfi? Tak sempat? Bukak youtube, sambil buat kerja tu...pasang. Dengar.

Mudah bukan? Semudah 1 2 3...kan?

Hari ni 24 Oktober...pembentangan budget 2014. Warga pekerja gomen dapat bonus ke hujung tahun ni? Seronok korang! Tahniah.

Eh?

Budget 2014...tak sabar nak dengar. Budget 2014...BR1M 3.0 kan? Budget 2014...Bonus...Budget 2014...Subsidi...Budget 2014...Cukai...Budget 2014...Apalah nasib kami-kami yang bekerja swasta...

Dush!

Aku keje swasta je...hik hik hik. Kalau aku keje gomen dah lama dah aku sambar Proton Suprima. Takde kene mengena...

Ok. Bai-

Cameron Highland

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Apa yang diketahui umum, Cameron Highland dilanda bencana. Memandangkan bencana itu datang dari Empangan Air Sultan Abdul Bakar. Akibat daripada limpahan tersebut, 3 orang disahkan meninggal dunia. Manakala 80 buah rumah musnah dan 100 buah kenderaan.

Memandangkan air didalam empangan penuh, pihak berkenaan telah melepaskan air dari empangan ke Sungai Bertam untuk mengelakkan empangan pecah. Kemungkinan besar air terlalu banyak di Sungai Bertam, menyebabkan banjir kilat serta merta.

Takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa banjir. Namun bagi pembaca dan pendengar, ini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa ke atas bencana yang berlaku. Apa yang berlaku pasti ada hikmah dan segala yang tersurat dan tersirat.




Pada pendapat aku, jika pihak berkenaan tidak melepaskan air ke Sungai Bertam, sudah pasti Empangan Sultan Abu Bakar pecah. Cuba bayangkan akibat daripada Empangan Pecah....

Aku rasa lagi terok daripada ini kot...kan?

Sila fikir secara rasional dan professional. Jangan cepat melatah.

Sekian, pendapat aku yang berharga dua tiga sen.

Ok. Bai-

Thursday, October 24, 2013

Samsung Galaxy Gear

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Perggghhh!...aku rasa Samsung ni agak melampaui batasan teknologi. Boleh ke aku cakap macam ni? Untuk orang yang macam aku ni buta IT memang lah aku agak kagum dengan produk keluaran Samsung.

Ayat nak makan pelempang


It comes with watch. Watch tu as a sub-gadget yang membolehkan korang take calls, send texts, and perform various other tasks from your wrist without touching your phone.

Cam hebat kan? Untuk orang yang macam aku ni...aku dah rasa cukup hebat dah. Hak hak hak!

Aku bukan pandai review gadget...ni pun dari apa yang aku baca dan aku tengok kat website Samsung.

Hehehehe...

Ok. Bai-

Wednesday, October 23, 2013

Teruja

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Teruja...apa yang teruja? Seriously tak pernah pageviews aku satu lebih dari 100! Selalu nak cecah 80 pun payah...



Sedey kan?

Mungkin topic yang aku utarakan kurang memberangsangkan otak dan kurang menarik kot.

Apa-apa pun thanks korang yang tolong naikkan pageviews aku. Hihihihi...

Ok. Bai-


Promises Are Meant To Be Broken

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tak menahan...tajuk English. Nampak vogue sikit. Sila lempang aku laju-laju... bahahaha.

Why this topic?

Sebab topic ni ada kene mengena dengan parenting pastu aku terbaca kat dalam The Sun pagi tadi. Apa kene mengena dengan parenting? Mari kita bentangkan dan bicarakan....

Okay cuba korang bayangkan....

Masa kecil-kecil dulu, korang mesti ada request toys...bukan korang la..kita semua pasti ada request toys kat parents korang. Pastu parents korang mungkin akan kata "nanti kita beli" takpun "okay"

Kemudian, hari berganti minggu. Kita pun tanya parents kita semula. Jawapan yang sama diberi. Minggu berganti bulan. Kita pun tanya lagi. Bulan berganti tahun dan tahun berganti dekad. Soalan masih terbiar dan tergantung begitu saje.

Betol tak?

Bila kita nampak toys tu sekarang mesti kita teringat permintaan yang pernah kita buat. Lalu tersenyum.

Kan?

Dan KINI. Akulah parents itu!. What the promises that I've been made?

DISNEYLAND!

Jangan terkejut! Ianya benar!

Masa tu si kakak tengok cerita Raikan Cinta (Aaron Aziz). Diorang kan pergi Disneyland Hong Kong. Immediately after cerita tu habes, si kakak pun cakap... "Ibu, kakak nak pergi rumah Mickey Mouse"

What should I say?

Tak boleh. Kita tak cukup duit.

NO! Jawapan tak salah...cuma kids ada masa tak boleh nak terima jawapan sebegitu. Sebab diorang nak jawapan lain.

So, my answer is...Okay.

Lepas dah bagi jawapan tu...baru aku fikir. Urrrggghhhh! matilah. Salah jawapan. Sehingga kini...jawapan itu menghantui aku! Ya, sangat-sangat menghantui. Bila si kakak teringat je, dia akan tanya "bila kita nak pergi rumah Mickey Mouse?"

Bila dia tanya je aku rasa macam menyesal tukar channel tengok Raikan Cinta dan bagi jawapan "okay". Urrrggghhhh!

Tapi takpe...aku dah sedia jawapan yang lain. Bila si kakak tanya je aku akan cakap "Nanti kita pergi, bila duit yang kakak simpan dah cukup."

She can accept it! Alhamdulillah. So, now when she ask me. She will answer it by herself. Alhamdulillah.

Until now, if she or her sister nak apa-apa yang aku kurang mampu atau aku kurang berminat untuk beli. Aku akan cakap perkara yang benar. If I can't afford it, I said I can't afford it. If I don't like it, I said I don't like it.  No more lies to child. It sucks, actually when you lie to them!

Contoh macam aku tak suka dengan apa yang dia nak...such as Barbie. Nak tau apa yang aku buat? Aku bukak cerita Chucky. Korang tau kan cerita Chucky tu sangat ganazs dan menakutkan. She cried to her grandmother and said "Nenek, kakak tak nak beli Barbie dah. Barbie jahat". Since then, dia tak mahu beli anything in form of Barbie.

See? aku dah clorox brainwash pale otak anak aku. tettttt-

Cuma satu je lagi silap...sekarang ni dia tuntut nak tengok wayang!. Allahuakbar! Jawapnye...macam kene tunaikan. Rasa-rasa hujung bulan ni, ada lagi ke cerita Cloudy Meatballs tu? Hmmmm.....

Tunggu dan lihat lah gamaknya.

So, korang macam mana? Pernah buat? Kongsi kan....pastu tag aku. Aku nak baca korangnye pengalaman.

Ok. Bai-

Tuesday, October 22, 2013

Tabiat Merokok

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Seperti yang diketahui umum, merokok adalah sesuatu yang membahayakan kesihatan. Bukan sahaja kesihatan diri sendiri malah kepada orang sekeliling.

Pelbagai penyakit akan muncul samada dalam diri si perokok atau si penghidu. Innalillah.

Seperti yang pernah aku utarakan di sini.

Nampaknya usaha aku belom cukup lagi. Mungkin pihak kerajaan perlu berusaha lebih lagi yakni dengan mengharamkan terus penjualan rokok.

Hmmmmm.....atau ada disebaliknya sehinggakan rokok ini tidak diharamkan di Malaysia?

Dan aku rasa ada juga blogger yang telah mengutarakan topik ini jugak. Seperti Puan Ieta.

Tapi ia mungkin dipandang sepi oleh perokok. Tapi bukan perokok masih mengambil berat betapa bahayanya merokok.

Hmmmmmm.....

Hari ini di laman sosial facebook milik Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff telah mengutarakan tentang rokok.

Wahai perokok! Stop la weyh! Korang tau tak korang bakal menjahanamkan rakyat Malaysia? Korang adalah pembunuh sebenarnya! Korang bunuh diri korang! dan korang bunuh orang di sekeliling korang!


Ini kata-kata dari laman sosial Facebook Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff...

Tabiat Merokok bukan sahaja mempunyai kaitan dengan aspek kesihatan, ekonomi dan social, malahan ia juga melibatkan sudut keagamaan dan hukum. Sebenarnya tabiat atau gejala merokok di kalangan umat Islam kini bukan dibenarkan di dalam Islam. Islam telah menegah malah mengharamkan tabiat merokok di kalangan umat-umatnya. Ini menunjukkan bahawa perihal halal telah jelas dan perkara haram telahpun dijelaskan dengan setepat-tepatnya. Hanya yang benar-benar beriman sahaja yang lebih maklum dan dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk, di antara yang halal dan haram.

Sabda Baginda s.a.w.:

"Sesiapa yang menyakiti muslim maka sesungguhnya ia menyakiti akan daku dan sesiapa menyakiti akan daku maka sesungguhnya ia menyakiti Allah". (Hadis riwayat at-Thabrani)

Menurut suatu sumber, rokok digunakan dalam satu upacara keagamaan oleh pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico, sebelum masehi lagi. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa rokok itu mula dikenali di negara Yahudi (musuh Allah dan Rasul) Di sanalah rokok diperkembangkan ke negara-negara jiran dan lain kawasan di dunia untuk melemahkan manusia-manusia sihat khususnya penganut-penganut Islam yang bersih.

Islam amat mementingkan kesihatan yang sempurna dan bersih dalam segala hal. Ini kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman, sebaliknya perokok itu adalah seorang pengotor.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman"

Pendapat lain mengatakan, Orang-orang Kristian dan Eropah memperkembangkan rokok ke negara-negara jajahannya untuk menindas negara itu dari segi ekonomi, fizikal dan mental sesudah bahan itu dibawa dari Amerika berikutan penemuan itu pada 1492 masehi oleh seorang Putera Itali iaitu Christopher Colombus (1451 - 1506).



Sedarlah wahai manusia...kamu bakal menjahanamkan diri kamu dan orang disekeliling kamu dengan asap rokok kamu. Unless kamu buatlah dunia kamu sendiri dan matilah kamu didunia kamu sendiri beserta dengan rokok-rokok kamu.

Arrrgggghhhhh! kenapa rokok diciptakan?


Ok. Bai-

Pertama Kali

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Keterujaan yang melampaui batasan. Hihihihihi....mau tak teruja. First time menang GA.

Walaweyh!

Aritu aku masuk GA ni yang ditaja oleh Restoran Hannoon Al-Arab.


Menang voucher 10% discount. Terbaek dari ladang!

I'll be back to makan dan makan. Hahahaha!

Korang dah pergi ke belom?



Bismillahirrahmanirrahim
Giveaway telah berjalan dgn baik...alhamdulillah

dgn itu, saya akan umumkan pemenang utk GA ini...
-----------------------------------------
-----------------------------------------



sila cek nama di bawah...mane tau anda adalah pemenang kami....


1. NURZIEMAAMIEERINE SAHAR
2. MASLINA MAS
3. SITI ZUBAIDAH
4. NOOR LIZA
5. AL-AZADI JOHANY
6. EBBY MOHFAT
7. SHER SHARIFAH KHAIRUNNISA
8. UMMI HAFEEZUDIN
9. CHEPAH ILA HUSSEIN
10. JULIA JAAFAR
11. FIEZA IBU MUIZ
12. ROZIYANTI RAHMAN
13. SYAFIKAH SAFIE
14. HANYM ZULKIFLI
15. ARYANTI SHAARI
16. NUR ZAKIRAH MOHAMAD
17. YANA MIKIDZONS
18. SAFFIAH SULAIMAN
19. WARDA SAIN
20. ROHAYU ISMAIL


diharap pemenang boleh pm saya utk urusan pengeposan voucher

NAMA:
ALAMAT:
HP NO :

Terima kasih
 
Namo den yang nombor 9 tu haaaa...lalalalalala.
 
Sila jeles!
 
Ok. Bai-

Doa For Him

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dengan rasa rendah diri...aku meminta secebis Doa untuk classmate aku merangkap jiran aku.

He is in critical condition kat ICU at HUKM. Aku pun tak pasti sakit apa...might be ada infections in his stomach or else.

Azrai a.k.a Ayai, please do wake up and be healthy. Motor kau kat umah rindu kau lah! This is dugaan dan ujian untuk kau Ayai. Kau kene kuat! Aku doakan kau kuat! Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kau.

Aku tak dapat nak jenguk kau kat sana...aku doakan kau dari sini je yea....

Please do Doa for him. Thank you in advance.

Ok. Bai-

Kejap erk!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Pepagi lepas sarapan...aku biasa tengok Love You Mr. Arrogant dulu. Pastu tengok FOREX. Pastu......ingat nak blog walking...lunch kang aku singgah korang-korang nye blog.

Apa lagi? Sambung buat keje la apa lagi....buku melambaks!

Ok. Bai-

Monday, October 21, 2013

hanya...cuma...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini aku hanya sempat berblogwalking saje. Mana yang sempat aku tinggalkan jejak. Nak update?

Ini jelah yang cuma dan aku mampu buat. InsyaAllah esok aku update apa yang patut.

Ok. Bai-

Done!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sekarang ni cam jarang pulak aku update pasal my kiddos. Kalau nak update pun banyak kat facebook. Huhuhuhu...

Orang tamak memang camtu...semua laman sosial nak cover. Macam hebat. Last-last ada yang tercicir...kan???

Aku le tew. Hahahahaha...dah lama aku tak bukak twitter. Entah apa jadi pun tak tau...nak letak dalam phone tak reti. Sangat buta IT.

Dush!

First story, nak cerita pasal budak tembam yang tak berapa nak tembam...Salsabila Zaharah. Beliau sudah pun meniarap. Sehari sebelum Raya Haji aritu dia settle dengan aktiviti meniarap. Maka sekarang ni kalau nak bagi dia baring atas katil...haruslah daku buat kubu baru.



Kalau tak....ada yang tergolek!

Second story is her eldest sister...Safiyyah Zaharah. Raya Haji aritu anak penakan datang umah. Pastu bila sampai petang anak penakan tu tak balik umah sebab dia tido umah mak mertua aku...

Kakak: Ibu, nape owang tu tak balik lagi?

Ibu: Bukan owang...abang Apit. Dia tido umah tok wan.

Kakak: oooooo...

Tengahari Raya Haji tu...keluar lagi soalan yang paling aku rasa tak boleh blah!

Kakak: Ibu, nape owang (abang Apit) tu perot dia besar?

Ibu: Hmmm...kakak kene tanya abang Apit. Ibu tak boleh jawap.

Aku dengan Encik Usben dah tersembur segala gelak dan hilai ketawa. Tapi ku tahan Jebat. Nanti ada yang merajuk sebab ibu dengan ayah gelap (gelak)....

Hahahahahahaha!

FYI, Apit itu memang sangat besar orang nya...aku tak tau nak describe macamana...

Fengsan!

Ok. Bai-

Sunday, October 20, 2013

Syukur...Alhamdulillah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kita ni duduk di bumi Malaysia yang aman dan damai... Kita ni semua sepatutnya bersyukur kerana tiada perperangan berlaku. Habis tinggi pun 'keyboard war' yakni dimana semua orang mahu jadi 'keyboard warrior'.

Tembak orang sana sini menggunakan abjad-abjad di papan kekunci. Namun, pabila diminta tampil kehadapan, masih adakah yang berani?

Fikir-fikirkan....

Bersyukurlah sebab bumi Malaysia ni masih lagi ada kehijauan. Bekalan air pun masih mencukupi....begitu juga dengan bekalan elektrik.

Dibuatnya, bumi Malaysia ni jadi macam ni....


Sanggup ke korang nak minum air seperti kanak-kanak di atas? Fikir-fikirkan lah...ada perkara yang tak perlu berbalah. Ada perkara yang perlu pertelagahan. Tapi pertelagahan secara sihat.

Tepok dada tanya Iman.

Ok. Bai-

Jatuh dan Bangun

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Selalu dengar orang berkata .... kalau jatuh bangunlah sendiri. Ianya satu ayat yang benar melainkan benar belaka. Tiada siapa di atas muka bumi ini akan menolong melainkan orang itu adalah orang yang ikhlas membantu...

Namun, kita akan dapat bantuan dari Allah s.w.t pabila kita jatuh.


Ok. Bai-

Pelindung

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semoga Allah merahmati hidup kalian semua....Amin.


Ok. Bai-

Saturday, October 19, 2013

Mana Yang Lebih Engkau Cinta?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Yang ada suami...adakah suami anda yang paling anda cinta? Atau Ibubapa anda yang lebih anda cintai? Atau diri sendiri?

Yang mana satu lebih penting dan patut engkau cintai?

Ketahuilah...Dialah yang patut kau cintai dan sayangi. Sayangilah Dia selebih-lebihnya...


Ok. Bai-

Faham

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hanya Dia sahaja yang memahami kita...kalau cerita dengan orang pun belum tentu orang itu memahami kita sepenuhnya....Dia sahaja yang faham. Sebab Dia yang mencipta kita...

Maka, berceritalah dengan Dia...Dia akan membantu...Amin...


Ok. Bai-

Lelaki

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam dah cakap pasal perempuan...arini Lelaki pulak. Ingat lelaki pun tak macam-macam perangai? lagi banyak kerenah...walaupun perempuan lagi banyak kerenah.

Hihihihi....


Ok. Bai-

Friday, October 18, 2013

STOP! Just Do It!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sebelum weekend menjengah...aku nak tepek satu cerita untuk ibu-ibu, emak-emak, mama-mama, mummy-mummy, bonda-bonda, mom, mak, etc...

STOP! Just Do It!

There is something precious waiting us at the end of the days.

InsyaAllah, all the energy will comes without force. May force to be with you!


#kopipes dari Facebook (^^,)

Kisah ini menceritakan sepasang suami isteri yang memiliki tujuh orang anak. Suatu hari, suaminya melihat sang isteri sedang menangis sambil memasak makanan.

Melihat hal itu, suami bertanya, “Wahai Isteriku, apa yang terjadi denganmu? Apa yang membuatmu menangis?”

“Aku menangis karena merasa sangat lelah dalam mengurus keluarga dan melakukan semua pekerjaan rumah,” sahutnya. “Aku mengurus tujuh anak kita dengan berbagai tabiat mereka. Aku harus menyediakan makanan, membereskan rumah, mencuci baju yang sangat banyak. Aku bekerja 24 jam sehari. Rasanya, aku tidak sanggup lagi untuk melakukan semua ini.”

Sang suami tersenyum. “Apa yang harus aku lakukan?” tanyanya.

“Tolong carikan aku budak perempuan yang dapat membantuku mengurus semuanya.”

“Tentu saja, aku akan mencarikannya. Tapi, tolong dengarkan aku sebentar saja,” kata sang suami sambil membelai isterinya dengan penuh kasih sayang.

“Allah senantiasa membantu hamba-Nya yang tidak pernah berputus asa dan ikhlas dalam mengerjakan apa pun yang mengandung kebaikan. Kau adalah seorang isteri yang sangat sabar dalam menjaga keluargamu, seorang ibu yang menjadi teladan bagi ketujuh anakmu, dan menjadi pendampingku yang salihah dengan beratnya tugas-tugasmu. Aku bisa saja mencarikan seorang Pembantu untuk meringankan pekerjaanmu. Namun, jika kau tetap mengerjakan semua kebaikan itu untuk keluarga kita maka Allah akan menghapus semua salah dan dosamu.” Ujar suaminya.

Sang suami kemudian berkata lagi, “Isteriku yang salihah, perempuan yang tidak pernah lelah menjaga keluarganya dan ikhlas dengan apa yang dilakukannya, Allah akan menetapkan setiap butiran keringatnya menjadi kebaikan yang dapat melebur keburukannya sekaligus mengangkat darjatnya.”

Sang Suami membelai Isterinya yang masih terisak menahan malu, lalu diajaknya duduk santai di ruang dapur mungil yang sangat sederhana itu, lalu Sang Suami melanjutkan nasihatnya,

“ Cuba ingat kembali Wasiat Rasulullah SAW kepada Fatimah puteri Beliau, yang dipersunting Ali Bin Abi Thalib yang sangat miskin, yang ketika itu juga sedang mengeluh kepada Ayahnya Rosulullah SAW karena tangannya yang dulunya halus kini berubah menjadi kasar dan lecet-lecet karena setiap hari harus menumbuk gandum sendiri, mengolah dan memasaknya.

Ada 10 WASIAT Beliau kepada Puterinya :

1.Wahai Fatimah ! Sesungguhnya wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, kelak Allah akan tetapkan baginya kebaikan dari setiap biji gandum yang diadonnya, dan juga Allah akan melebur kejelekan serta meningkatkan derajatnya.

2.Wahai Fatimah ! Sesungguhnya wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah akan menjadikan antara neraka dan dirinya tujuh tabir pemisah.

3.Wahai Fatimah ! Sesungguhnya wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan kemudian mencuci pakaiannya, maka Allah akan tetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4.Wahai Fatimah ! Sesungguhnya wanita yang membantu kebutuhan tetangga-tetang ganya, maka Allah akan membantunya untuk dapat meminum Telaga Kautsar pada hari kiamat nanti.

5.Wahai Fatimah ! Yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah Fatimah, Kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6.Wahai Fatimah ! Disaat seorang wanita hamil, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah tetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan, serta melebur seribu kejelakan. Ketika seorang wanita merasa sakit akan melahirkan, maka Allah tetapkan pahala baginya sama dengan pahala para Pejuang Allah. Disaat seorang wanita melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Disaat seorang wanita meninggal karena melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun, didalam kubur akan mendapat taman yang indah yang merupakan bagian dari taman surga. Allah memberikan padanya pahala yang sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7.Wahai Fatimah! Disaat seorang isteri melayani suaminya selama sehari semalam, dengan rasa senang dan ikhlas, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya dihari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allahpun akan memberikan kepadanya pahala seratus kali ibadah haji dan umrah.

8.Wahai Fatimah! Disaat seorang isteri tersenyum dihadapan suaminya, maka Allah akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9.Wahai Fatimah! Disaat seorang isteri membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan rasa senang hati, maka para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10.Wahai Fatimah! Disaat seorang wanita meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggutnya dan memotong kumisnya serta kuku-kukunya, maka Allah akan memberi minuman yang dikemas indah kepadanya, yang didatangkan dari sungai-sungai surga. Allah pun akan mempermudah sakaratul maut baginya, serta menjadikan kuburnya bagian dari taman surga. Allah pun menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal mustaqim dengan selamat.

Isterinya pun menangis karena merasa malu. Sejak itu, dia tak pernah lagi mengeluh.

Subhaanallah, wasiat ini merupakan mutiara termahal nilainya, khususnya bagi setiap isteri yang mendambakan kesalehan.

Betapa Agung dan Mulianya Posisi Wanita dalam rumah tangga ketika ia rela dan ikhlas menjalani Fitrahnya sebagai seorang Isteri.

Tapi itu tak bermakna...Encik-encik Suami boleh lepas tangan dari membantu isteri. You should help your wife. Sama-sama ringankan beban. Jangan lepas tangan. Isteri korang tu bukannya robot dan juga bukannye orang gaji. Give her a hand.

Thank you.

Ok. Bai-

Suara..

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Payah betol nak tengok Jodoh Itu Milik Kita online. Tersangkut-sangkut. Tak smooth langsung movement. Internet please be nice to me today. Dah la kejap lagi selambak buku sampai. Memang tak sompek la den nak tengok.

Huhuhuhu.....please be nice. Thank you.

Ni aku kopipes dari Harian Metro online...

Kuala Lumpur: “Bila saya tanya kenapa bunuh ayah, dia ketawa dan berkata itu urusan dia dengan Tuhan, selain berkata ada suara ghaib menyuruh dia melakukannya,” kata Mohd Yusof Mohd Salleh, 26, mengenai tindakan jirannya membunuh ayah sendiri, semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi di Blok 6, Flat Seri Melaka, Cheras di sini, Hassan Yusof, 70, disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira enam jam selepas ditikam anaknya sendiri.
Mangsa dilaporkan cedera parah akibat 12 tikaman pisau pemotong daging di badan dan ada sebahagiannya tepat mengenai jantung.

Suspek yang juga anak mangsa dikatakan mengalami gangguan mental dan lelaki berusia 38 tahun itu ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada polis.

FotoJENAZAH mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru untuk dikebumikan.

Mohd Yusof berkata, sebelum kejadian dia bersama empat rakan duduk berbual-bual di taman permainan berhampiran Blok 6 dan terkejut apabila mendengar isteri mangsa yang dipanggil Mummy menjerit memberitahu suaminya ditikam.

Takziah ke atas keluarga si mati. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan diantara orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah...

Ok. Bai-

Perempuan

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Orang pompuan memang camni lah gayanya...macam-macam hal.


Ok. Bai-

20 Sen

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Jumaat. Salam Ceria dari aku seorang blogger picisan. Hamboih! picisan sangat....apa yang aku perhati, baca dan follow. Kebanyakan blogger banyak update pasal CPUV dari Nuffnang. Meriah betol korang nye belog dengan macam CPUV.

Tahniah!

Aku cuma blog picisan.....

Entri arini bukan nak citer pasal blogger lainnya CPUV or Pageviews. Dan juga bukan pasal aku nye CPUV or Pageviews.

Tapi.....

Kisah seorang pemuda yang penat berjalan lalu singgah ke tandas awam untuk membuang air.

Tukang Cuci: Encik, sila bayar 20 sen.

Tiba-tiba pemuda itu menangis disebabkan perlu mengeluarkan 20 sen untuk membuang air.

Pemuda itu bukan kedekut...tapi dia sedih sebab untuk buang air kita perlu bayar 20sen dan kemungkinan boleh cecah ke RM2.00.

Tapi syurga Allah? Tiada bayaran untuk itu...cuma kita perlu beramal mengikut suruhanNya dan tinggalkan laranganNya.

Tak susah bukan?

Ok. Bai-

Thursday, October 17, 2013

Backyard Monsters & Dinosaurs

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Seperti yang dijanjikan....the review of Backyard Monsters & Dinosaurs. Terbaek dari ladang. Hahahahaha (ketawa sambil cekak pinggang macam Superman)

Backyard Monsters & Dinosaurs
Marina Putrajaya (Presint 5) 
beside Pullman Lakeside Hotel
10.00 pagi - 10.00 malam
RM10.00 (dewasa) RM5.00 (kiddos)
August 2013 - February 2014 (lama dowh!)

Pergghhh! Masuk-masuk je nampak Tarantula besar gedabak!


Nasib baik la budak berdua tu tak menangis. Kalau menangis rugi dowh bayar fees. Jiran sebelah Tarantula tu si Kumbang Taik. Nasib baik tak keluar bau! Gagagagaa!


Besar kan? Huhuhuhu....Fengsan!


Tu dia Stegosaurus. Semua Monsters & Dinosaurs kat sini boleh bergerak. Hohohoho!


Tricetops!


Apatosaururs.


Tyrannosaurus


Basilosaurus..

Nampak macam ikan lumba-lumba tapi panjang macam belut. Apa-apa pun aku tak mau jumpa dan tak mau tengok kalau ada yang real. Sebab tak cute pon.

Alasan...memang untuk diciptakan. Gagagaga


Nasib baik la telor-telor ni bukan real...kalau real. Menetas....Tidak!!!! Aku tak mau hidup dengan Dinosaurs!. Ganazzssss!


Motip letak kasut besar gedabak ni? Ala-ala Honey I Shrunk The Kids? LOL

Nasib baik kasut ni tak berbau. Fengsan!.


Nah,hamek! Black Widow with its web.


Mentadak mentadu macamana Chemot tido? Hahahaaha!


Dragonfly...huiii...kalau besar gedabak macam ni datang kat bumi Malaysia ni. Aku tak tau nak lari mana. Geli la weyh!


Carpenters Ant...kakak nak jugak bergambar..Kak Na takmo...huhuhuhu


Kala Jengking. Giler ahhh! Dah macam dalam citer Scorpion King. Kan?

Done all the pictures. Ada je benda-benda lain...kalau aku letak semua gambar, nanti serupa korang tak yah pergi...korang tengok dari aku nye koleksi pun dah cukup. So, sila la merajinkan diri menjenguk dan menjengah Backyard Monsters & Dinosaurs.

Bukan jauh pun...dekat je.

Ok. Bai-

Raya Punya Cerita

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Cubaan kali kedua untuk cerita Raya Punya Cerita. Tadi dah taip pastu aku padam. Sebab cam kaku dari segi penceritaan. Hahahahaha.

Nampak tak? Bahasa Jiwa Bangsa okay!

Yela, orang dok sebok update pasal aktiviti dengan foodies untuk Raya Haji. Aku pun nak jugak. Jeles.

Padahal bukan ada cerita pun...sebab aku takde buat apa-apa preparation pun untuk raya haji. Yang dok tergolek-golek, tertonggeng-tonggeng...terbalik-balik...mak mertua aku dengan kak ipar aku.

By the way, diorang prepare Nasi Impit, Nasi Dagang, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Kurma Ayam, Rendang Daging, Kuah Lodeh, Kuah Kacang, Kerabu Mangga dengan Acar Rampai.

Terbaek! Thanks mak. Thanks Angah. The food was marvelous!

Aku sedia perot je. Terokkan? Sila jangan contohi aku. Aku bukanlah menantu yang baik. Dush!

InsyaAllah, tahun depan aku cuba untuk tertonggeng-tonggeng...tergolek-golek...terbalik-balik...kat dapo untuk sediakan juadah. Doakan aku yea...

Sangat-

Silap aribulan dapo yang terbalik!

Ok. Bai-

Gambar? Takde.

p/s: nanti aku update pasal Backyard Monster and Dinosaur.

Wednesday, October 16, 2013

Jatuh Cinta

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku dah jatuh cinta pulak kat Encik S.

Kalaulah....


Sila abaikan Encik yang ada dalam kereta itu...nasib baik ketiak tak kunin.

Tapi aku mahu ini...


Cantikkan merah...aku dah tengok on the road.

Terbayang-bayang pulak...marilah masuk dalam mimpi....

Ok. Bai-

Credit picture: wikipedia & cforum.cari.com.my

Ready Or Not?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Bersediakah anda? Bolos saja dinding itu! Hahahahaha....

Tapi sayang bukan rancangan bolos yang aku maksudkan...tapi ini...


Aku? Alhamdulillah. Bereh!

Korang?

Buat sekarang bukan nanti-nanti....Okay?

Ok. Bai-

Tuesday, October 15, 2013

Tukar atau Tidak?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Allah pernah berfirman...Allah tidak akan merubah sesuatu melainkan dia sendiri yang inginkan.


Ok. Bai-

Monday, October 14, 2013

Pertama dan Terakhir

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang...

Semoga kita semua bukanlah dari kalangan ini....


Ok. Bai-

Sunday, October 13, 2013

Saturday, October 12, 2013

Nikmat

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

So can't wait for hari raya!. Actually this is auto-published entry. All entry from today until Tuesday will be auto-published entry. Kata cuti raya...makanya memang la aku tak leh nak online. Sebab kat umah mak mertua aku takde wifi.

Lalalalalaa...phone? nope! I'm not using any data plan cause i don't way to bazir all my credit for update sana sini....

Daaaaa....

"Nikmat paling besar manusia ialah umur kita. Tanpa umur kita tidak dapat
beribadat. Oleh itu, jangan sesaat pun bazirkan umur kita dengan fikiran, perasaan dan tindakan negatif dan sia sia"

Ok. Bai-

Friday, October 11, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sorry sangat-sangat dah lama takde entri cerita ceriti kan? Melambak pulak entri join segala segmen follow, GA dengan contest.

Okayla, sebelum terlambat dan terlupa aku nak ucapkan Salam Aidil Adha. Semoga Aidil Adha kali ini lebih baik dari Aidil Adha yang lepas. InsyaAllah...

Korang ada buat Ibadah korban ke tahun ni. Aku tak buat tahun ni. InsyaAllah tahun depan ingat nak buat untuk Salsabila. 

Aku balik Banting yawl!. Untuk tahun kelima...nice! Balik kang mari kelam kabut packing barang sebab nak balik malam ni. Actually planning konon nak balik Sabtu pagi...Encik Usben ajak balik malam ni..maka marilah kita kelam kabut naik bot kemas baju semua lepas balik keje.

*toink*toink*

Kalau balik esok pagi...ingat boleh lah singgah Presint 5 Putrajaya nak pegi jumpe dinosaur. Atau Encik Usben aku lupa erk? Hmmmmm...masuk cuma RM10.00 seorang.

Okaylah! Salam Aidil Adha sekali lagi.



Abaikan muka si kakak yang monyok tu...muka masam sebab tak boleh buat peace.huhuhuhu.

Kalau tau dia nak masam muka camtu...aku biar je dia buat peace.

Nanges!

Ok. Bai-

Contest Original Vintage for Ladies by LaishCloset4u

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hoi! LaishCloset4u ajak aku join contest...hihihihi. Segan pulak.

Dush!

Aku bukan la fashionista. Pergi opis pun pakai baju kurung. Tak baju kurung, aku pakai jubah. Tak jubah aku sambar je jeans dengan blouse ala mak-mak.

Vintage? Apa itu vintage....hmmm aku kurang pasti. Apatah lagi vintage in fashion. So, untuk this contest aku ber'wikipedia' about Vintage in Clothing. Nampak tak ada usaha disitu. Usaha tangga kejayaan, okey!.

Secara amnya...amboi tatabahasa. Vintage clothing ni is pakaian yang di produce pada tahun awal 1920. Kalau cakap pasal saiz...kalau orang dulu-dulu datang zaman ni...mesti diorang kata orang zaman sekarang GILER GEMOK! Orang dulu-dulu saiz mereka adalah kecik kot.

For your information, apa yang aku dah wikipedia...retis luar yang memang hebat pakai vintage is Julia Robert, Kate Moss and Renee Zelweger. Ada je retis lain, malas nak letak...kang nampak pulak macam kopipes. Lalalalala...

Makanya...nak ketahui lebih lanjut apa dan macamana pakaian vintage..uols can go to to LaishCloset4u fanpage.

Jadi untuk aku yang dah tahap mak-mak ni...taktau la sesuai ke tidak nak pakai pakaian ala-ala vintage ni. Sebab aku tak pernah pun pakai fashion ala vintage ni. Kalau menang contest ni...dapat la aku shop baju vintage kat LaishCloset4u. Hik Hik hik!.

 

Click banner untuk join!

Untuk menambahkan lagi kemeriahan contest ni...aku nak tag rakan-rakan...

1. Chemot
2. Farah
3. Ieta

Ni aku kopipes terma & syarat untuk contest ni....

SYARAT PENYERTAAN
1) Follow blog LaishCloset4u ni.. 
2) Like fanpage LC4u Jom Sh0pping d LaishCloset4u
3) Buat entry yang bertajuk "Contest Original Vintage for Ladies by LaishCloset4u"
Nyatakan pendirian/pendapat/celoteh mengapa meminati vintage secara santai.
4) Letak banner contest di atas dalam entry blog anda 
(Save as photo di atas & reupload dalam entry anda & LINKkan ke entry ini)
5) Tinggalkan komen anda di bawah post ni untuk linkkan ke entry anda tu ye..

Jangan lupa ajak rakan-rakan blogger join sekali.. Anda digalakkan tag 3 orang rakan blogger.. the more the merrier.. =)
p/s: LC4u pasti follow semua yg join contest ni.. so tak rugi mencuba kan..

(IMPORTANT NOTE : Semua syarat di atas adalah wajib. Untuk warganegara @ yang tinggal di Malaysia saja. Penyertaan tidak lengkap akan diabaikan ye. Keputusan contest akan diumumkan seminggu selepas tamat. Nak kena pilih betul-betul pemenangnya kan. Pastikan pemenang menghubungi LC4u selepas diumumkan bagi memberikan maklumat peribadi untuk penerimaan hadiah =). Kos pos ditanggung oleh pemenang. Voucher wajib ditebus dalam tempoh 3 bulan selepas contest tamat. Semua maklumat & details contest adalah hak milik LC4u.

TEMPOH CONTEST
15 Sept ~ 15 Oct 2013
Pemenang akan diumumkan seminggu selepas contest
Sebulan!! - sempat nak wat entry yang berkualiti untuk dapatkan hadiah yang best seperti di bawah!!

1st Winner - Voucher LC4u bernilai RM150!! 
(banyak boleh dapat tuu tau.. sakan la u'olls bergaya)
2nd Prize : Voucher LC4u RM100
3rd Prize : Voucher LC4u RM50

10 consolation prize : Voucher LC4u RM25 untuk 10 random winners! 

Banyak kan hadiahnya.. Lagi best sebab ramai yang akan jadi pemenang!! 
Rugi kalau tak join contest nih!!

Enjoy blogging! Any question, do not hesitated to contact LC4u ok!
E-mail: laila_razak85@yahoo.com

Ok. Bai-

Wednesday, October 9, 2013

sms sms sms

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hamboih! Sebelum wujud segala laman sosial...benda ni lah yang orang dok guna untuk mengeratkan hubungan. Kan?

Sekarang ni guna laman sosial. SMS hampir-hampir dipandang sepi...aku pun lebih kurang camtu le...sejak ada telepon yang boleh ber'what'sapp' dengan ber'wechat' dan ber'instg'...aku hampir melupakan SMS.

Hak hak hak....

Sila muntah...

Ini aku kopipes dari wikipedia.

Tapi aku dah translate...guna google translate. hak hak hak!

Foine!

Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS ) adalah komponen teks perkhidmatan mesej telefon , laman web , atau sistem komunikasi mudah alih. Ia menggunakan protokol komunikasi yang seragam untuk membolehkan talian tetap atau alat-alat telefon bimbit untuk bertukar-tukar mesej teks ringkas.

SMS adalah aplikasi data yang paling banyak digunakan, dengan anggaran 3.5 bilion pengguna aktif, atau kira-kira 80% daripada semua pelanggan telefon mudah alih pada akhir tahun 2010.

Istilah " SMS " digunakan untuk semua jenis mesej teks pendek dan aktiviti pengguna itu sendiri di banyak tempat di dunia. SMS juga digunakan dalam pemasaran langsung , yang dikenali sebagai pemasaran SMS.

SMS seperti yang digunakan pada telefon bimbit moden berasal dari telegrafi radio dalam alat kelui memo radio menggunakan protokol telefon yang seragam. Ini telah ditakrifkan pada tahun 1985 sebagai sebahagian daripada Sistem Global untuk Komunikasi siri Mobile (GSM) standard sebagai satu cara untuk menghantar mesej sehingga 160 aksara ke dan dari telefon bimbit GSM .

Walaupun mesej SMS yang paling adalah mesej teks mudah alih ke mudah alih , sokongan untuk perkhidmatan ini telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain teknologi mudah alih, seperti ANSI CDMA rangkaian dan AMPS Digital, serta rangkaian satelit dan darat.

Texting texting texting....!

Entri sebelum balik. Bahahahaha!

Ok. Bai-

Segmen Follow Me By Sha & FD

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Segmen seterusnya untuk daku followwwwww. I will follloooowwww youuuuu...nak nyanyi lagu cam lagu Digi leh tak? Hik hik hik....

 

Syarat Wajib
i) Follow Blog Sha | FD | Abam Ming

ii) Like Fan Page 
Follow Instagram sponsor : abaikan bahagian ni kalau tiada akaun Instagram
Instagram
iii) Klik dengan jujur    
iv) Buat entry, Letak banner dan backlink kan ke entry ini
v) Hantar url penyertaan ke kotak komen SEKALI sahaja !!
Hadiah
i) Topup RM 5 x 2
ii) Button Badge Blogger x 6
iii) Keychain dari Sabah x 2
iv) Shiseido Mask x 5
v) Hadiah Misteri x 2
**Penyertaan lebih dari 150 orang, hadiah akan ditambah !!

Pemilihan Pemenang
i) Top Refferal
ii) Random.org
Tarikh Penting
i) Mula : 7 September 2013
ii) Tamat : 18 October 2013
iii) Pengumuman pemenang : 19 October 2013
iv) Claim hadiah : 19 - 26 October 2013
 
I kopipes je dari Blog Sha...

Thanks again Sha sebab buat segmen ni...bolehlah aku punya banyak kenalan dialam maya. Hamboih! dah macam citer Alam Maya kat TV9 tu...lalalalala
 
Before lupa...aku tau pasal segmen ni pun dari blog Asma' Sah . Thanks Asma' (^^,)

Sorry to all readers, sebab banyak plak aku letak entri segmen. Sorry sayang...mak jemah tengah bernafsu nak bersegmen.

Sila lempang laju-laju...

Ok. Bai-