OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Ilmuwan

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku tak mahu komen apa-apa tentang Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Biarlah pakar ilmuwan islam dan para-para Ulama' yang membuat perbincangan dan keputusan.

Kita tidak perlu ikut komen dan membahaskan apa yang tak patut. Apatah lagi ilmu agama kita ni secetek air dalam besen.

Oopppp!

Aku mengatakan ilmu agama aku...tidak setinggi orang yang menegur. Opps! Eh?

Tapi apa yang aku pasti...Ustaz Don dalam setiap penyampaian ada dia mengatakan kalau ada salah dan silap dalam info dan ilmu yang diberi..dipersilakan tegur.

Nah! tegurlah...tapi dengan cara berhemah. Kita kan orang Islam..ada caranya menegur. Bukannya pung pang pung pang tapi menyebabkan pertelagahan.

Hadoi...bukan pertelagahan yang dicari...penyelesaian dalam pendamaian.

Gitu...

Ustaz Don kat overseas la...tengah shooting maka wait and see what his answer....bersabarlah..

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Monday, February 10, 2014

Kata B#@&*^ Marah....

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tadi ada member share pasal berita ni kat muka buku. Cerita pasal Seorang bapa membuat laporan polis dakwa guru rotan.

Aku dah baca dah artikel tu... korang leh click kat sini http://suarainsan.net/anak-tak-siap-kerja-sekolah-bapa-buat-laporan-polis-dakwa-guru-rotan/

Aku budak zaman 80-an. Jadi bagi budak yang lahir tahun 80-an, aku diajar supaya sila siapkan kerja sekolah. Tak siap kene denda. Denda perkara biasa. Tapi takdela sampai kene gangguan emosi.

Meh sini aku cerita sikit denda apa yang aku pernah kene dari aku DARJAH SATU! Sila baca betol-betol! dari DARJAH SATU!

Masa aku darjah satu...biasala budak-budak fokus bukan nye betol sangat kan. Cikgu bagi kad kecik untuk bawak balik, copy dalam buku pastu warnakan. Dalam kad tu ada tiga bulatan untuk diwarnakan dengan warna merah, biru dan kuning.

Disebabkan perangai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sampai rumah aku warnakan je atas kad kecik tu...Apa lagi, sampai sekolah esok pagi...satu cubitan MANJA sampai kat perut aku yang comel tu.

Nice...balik mengadu jugak kat Umi dengan Abah aku. Apa yang aku dapat? Padan muka la. Saper suruh tak pay attention dalam kelas. Tapi esok pagi tu Abah aku temankan aku pergi sekolah, explain kat cikgu what happen. Hehehehe...

Tapi takdela sampai nak REPORT POLIS. Huh!

Masa Darjah Dua pun aku kene denda jugak. Tak siap kerja sekolah. Aku kene denda berdiri kat luar kelas. Relax je. Cikgu lain lalu tanya, kenapa berdiri kat luar kelas. Tak siap keje. Relax je. Hahahaha... Itu belom lagi part gantung kad 'SAYA TAK SIAP KERJA SEKOLAH' kat leher pastu masuk semua kelas.

Weyh lagi malu kot...kene plak masuk kelas ada admirer. Haahahahaha. Sengal.

Darjah tiga pun ada...tapi yang ni aku rasa biasa je kot. Setakat berdiri atas kerusi dengan meja. Itu normal. hahahaha. Malu pun ada. Tapi itu buatkan aku supaya sila siapkan kerja sekolah. Hahahaha...

Darjah Empat dengan Darjah Lima aku budak baik sikit. Bahahahaa...baik sangat. Ada je part yang aku tak siap kerja sekolah. Bangun tido baru teringat ada homework. Maka, tulisan pun cakar ayam. patut boleh dapat semua betol. Tapi disebabkan nombor empat dan macam sembilan. Enam pun dah macam kosong. Maka banyak salah.

=___=

Kene plak waktu tu member yang tanda buku...jawabnye satu kelas tau aku buat kerja cincai. Dem yuh! Hahahaha...tapi aku tetap tak saman atau buat report polis sebab kawan aku tanda buku tak betol. Hahahaha.

Darjah Enam paling hebat! Sebab....aku failed paper English Test. Nah, hamek! jalan itik dari hujung beranda kelas sampai hujung beranda kelas lagi satu. Hahahahaha. Lenguh kaki. Tapi still tak buat report kat polis lagi.

Woi! tu semua kenangan kot. Rugila budak-budak zaman sekarang tak dapat rasa KEENAKKAN denda tu. Nanti korang takde benda nak cerita kat anak-anak dengan cucu-cucu korang yang korang pernah kene denda. Rugi rugi rugi...

Ye la...korang nak hidup korang perfect je kan...Tapi tak best! Hahahahha.

Kalau setakat kene rotan kat tapak tangan dengan punggung tu...takde masalah. Sakit time tu je. Ada kawan aku tu lagi...cikgu buat tanda huruf A kat tapak tangan sebab tak dapat A dalam Math. Ko hado?

Tapi dia still tak report polis. Ngeh ngeh ngeh. Banyak la weyh kenangan bab denda-denda ni. Rugi dowh kalau korang takde memori pasal tu. Rugi sangat. Tapi kalau takde memori pasal bab denda-denda tu mungkin korang-korang ni budak-budak cream kot. Pale otak bijak bak Einstein. Kan?

Ok. Assalamualaikum.

Tuesday, January 21, 2014

Kangkong a.k.a Kangkung

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak kongsi sedikit ilmu tentang sayuran yang tengah UP sekarang ni. Hehehehe. Sambil menyelam minum air yawl!

Ekceli...aku tak mahu komen apa-apa tentang isu tersebut. Aku cuma rakyat kecil yang masih boleh berfikiran matang. InsyaAllah.

mih mih mih

So, today aku nak share pasal sayur tersebut. Sharing is caring....

Orang tau makan je...tak tau biografi dia. hak hak hak


Kangkung atau Kangkong (nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran berdaun tropika dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania. Di Asia, kangkung boleh dijumpai di hampir mana-mana kawasan berair.

Di Malaysia ia ditanam di seluruh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur tanah rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. Kangkung banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, pasar basah dan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant.

Ciri-ciri botani/ morfologi

Kangkong mempunyai daun licin berbentuk tirus seperti mata panah di hujung daun, sepanjang 10-12 cm, dan lebar 5-6 cm. Terdapat juga jenis daun lebar dan daun tirus mengikut spesis sama ada kangkung darat ataupun kangkung air. Ia mempunyai batang menjalar dengan daun berselang dan batang menegak pada pangkal daun. Selalunya kangkung mula menjalar sebulan selepas ia ditanam. Ini juga menjadi petanda masa sesuai untuk menuai kangkung iaitu sebelum ia menjalar. Kangkung yang boleh dimakan ini bewarna hijau pucat dan menghasilkan bunga bewarna putih, yang menghasilkan pod empat biji benih.

Kegunaan

Hampir keseluruhan tanaman muda boleh dimakan. Oleh kerana kangkong tua mempunyai serabut, kangkung pucuk muda adalah lebih digemari. Ia boleh dimakan mentah (seperti kerabu) atau dimasak seperti bayam. Kangkong sering digoreng. Rempah dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.

Antara masakan yang popular yang mengunakan kangkung adalah kangkung goreng belacan.

Kangkung juga merupakan makanan kepada salah satu spesies haiwan Chersina, iaitu kura-kura. Arnab juga suka memakan kangkung.

Khasiat

Kajian yang dilakukan terhadap tikus mengandung dengan diabetes-cetusan menunjukkan kesan I. aquatica menurunkan gula darah dengan merencat penyerapan glukosa di usus.

Bahaya

Sekiranya dimakan sebagai ulam dan tidak dicelur dengan betul, kangkung boleh merebakkan Fasciolopsis buski, sejenis parasit fluk yang menjangkiti usus manusia dan khinzir, menyebabkan fasiolopsiasis.

 

Jadi...nak makan sayur banyak mana pun makan le... TAPI makesure basuh dulu...

Cuba amalkan dari sekarang... basuh sayur lepas tu rendam sekejap dalam air garam untuk membuang racun macun kat sayur tu. 

Ok?

Assalamualaikum.