OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, November 19, 2013

Halba

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Baru je lepas blogwalking kat blog Chemot. Nice topic Chemot.

Alhamdulillah...aku dah cuba.

Sangat memberangsangkan...

Tapi...

Aku dah lama tak buat air halba. Malam ni boleh la buat lagi.

Halba?

Apa tu?

Meh sini aku tunjuk halba tu apa...


ini mak-mak selalu letak dalam kari ikan.

takpun dalam nasi dagang...tak perasan?

memang la hang ni tau makan je.

banyak khasiat halba ni...

Rasulullah saw bersabda :

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda : "Gunakanlah Halba sebagai ubat, memang Halba itu baik!!

Antara lain Kelebihan & Khasiat Teh Halba adalah :-

Mencuci perut.
Mencuci darah kotor
Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
Membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi.
Membantu masalah kegemukan
Menguatkan fungsi jantung.
Merawat masalah sembelit & buasir.
Melancarkan perjalanan darah.
Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
Melegakan masalah sakit kepala / migraine.
Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim
Mengetatkan & meremajakan rahim
Menghilangkan lendir & sakit tekak.
Membantu mengatasi masalah kekurangan darah.
Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
Memperbanyakkan air susu ibu.
Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi!
Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan.
Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita.
Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan.
Memelihara keanjalan kulit

Cara-cara penyediaan halba sebagai penawar:

1. Teh - masukkan sesudu teh biji halba ke dalam 300ml air dan rebus. Halba boleh ditumbuk juga jika diingini. Minum semasa panas atau yang telah disejukkan.

2. Beberapa biji halba ditelan terus dan minum air.

3. Tumbuk biji halba sehingga menjadi serbuk dan letak pada bisul atau kulit yang bermasalah.

Jom!malam ni kita minum air halba. Nice lorh!

Credit: Chemot

Wassalam.

No comments:

Post a Comment