OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, October 8, 2012

Meatball Porridge

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak kongsi resipi la pulak. Pastu baru aku citer apa aktiviti aku hujung minggu lepas. Terbaek!

Meatball Porridge

Bahan-bahan:

10 biji meatball
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan beras
1 batang lobak merah
2 batang saderi
1 biji kentang
Air
Garam
Serbuk lada putih

Cara-cara:

1. Cuci beras hingga bersih. Masukkan dalam periuk dan campurkan dengan air. Air ni korang sukatlah 2-3 kali ganda dari sukatan beras. Sementara itu korang boleh hiris segala bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.

2. Lobak merah dan kentang dipotong dadu. Saderi dihiris. Dah settle potong sayur mayur tersebut, korang campak terus dalam bubur tadi.

3. Kemudian ambil kuali pulak. Korang tumis bawang merah, bawang putih, halia dan meatball. Tumis sampai naik bau. Kemudian korang campakkan dari dalam kuali ke dalam periuk bubur tadi. Hati-hati, sebab akan ada berlaku sedikit percikan. Aku kene mata. Terbaek!.

4. Kacau sebati sehingga nasi dah jadi bubur. Siap bersimpulan bahasa pulaks. Dah siap bubur, korang leh masukkan garam dan lada sulah. Kenapa last? Sebab daun saderi akan keluarkan sedikit rasa masin, kentang dan lobak akan keluarkan rasa manis. Jadi, lebih elok dan cantik garam diletakkan akhir.

Okay, siap!.


p/s: aritu aku sagat lobak merah. aku tak potong dadu. sebab malas. hahahahaha.

ok, bai-

No comments:

Post a Comment