OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, March 29, 2013

Sebak!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Jumaat dan salam ceria. Arini Jumaat terakhir untuk bulan March. Semoga Jumaat ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Amin.

Aku mengalami kesebakan, sebak dan disebakkan. Hadoi-

Sambil aku menaip ni sambil aku menonton Selami Jiwa Fadzilah Kamsah part Jozan dengan Ustaz Haslin Bahrin. Bahana laman sosial.

Aku rasa aku dah pernah mengutarakan topik ini dalam belog aku ini. Aku bersetuju dengan apa yang berlaku di sekitar kita pabila teknologi menguasai kehidupan.

=__=

Aku kongsikan to those yang mungkin ter'missed' episod ini.



Semalam adalah episod kedua terakhir untuk RBDAD. Not nice. Sedey sebak macam-macam ada. Can't wait to watch the last episod of RBDAD. Hopefully pengakhiran RBDAD sangat sangat nice dan puas hati. Hohoho. The last episod will be on 1st April 2013 (Monday).

  
 
Pasni tak dapat la nak detim dengan FA. Daku pulang ke pangkuan jalan yea. Pulang ke pangkuan suami terchenta. Hak hak hak! Macamla dok jauh...padahal selalu je tido di dada di keti dan disebelah Encik Usben.

Ok. Bai-

Thursday, March 28, 2013

Orang Baru

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Weekend yang lepas aktiviti aku penoh giler okeyh! Sampaikan aku tak sempat nak prepare kan segala bawang untuk Umi aku guna seminggu.

=__=

Hujung minggu ni nak balik Banting. Hujung minggu depanlah jawabnya aku tolong Umi aku kupas semua bawang.

=__=

Hari Sabtu dipenuhi dengan family activity. Pagi sarapan dekat Masjid Datok Keramat. Lepas tu terus exercise kat Pasar Tani Taman Melawati. Balik umah dengan pantas aku terus prepare untuk buat Nasi Ayam.

Ok. Penat.

Masa kat Pasar Tani tu pulak...si kakak buat hal nak panjat pokok.

=__=

Apakah ini akan berlaku untuk kanak-kanak di zaman hadapan jika tak pernah jumpa pokok!



Kalau camtu aku memang menyokong penoh sepenoh penohnya aktiviti mari menghijaukan bumi. Aku taknak anak-anak aku tak kenal apa itu pokok.

=__=

Korang pernah tengok citer kartun Lorax? Korang memang patut tengok kalau korang suka sangat hidup tanpa pokok!



Kononnya petang tu nak melawat orang baru kat Subang. Tapi tuan tanah takde. Maka, kita berjalan-jalan dan membuang kuman di Aeon AU2. Hasil jenjalan di AEON AU2, bebudak ni rembat sorang satu mainan kat DIY.

=__=

RM 1.80 je sepeket ;p






Malam tu kan EARTH HOUR. Korang padam lampu tak? Aku padam. Umi aku siap beli lilin lagi. Saje seronok-seronok. Tengok show Malam Cinta Rasul pun dalam golap!

Nice!


This is for Kak Mar! Nice to listen Kak Mar. Try to download it.

Inilah yang terjadi bila satu rumah gelap dan menggunakan lilin sebagai sumber cahaya. Nice.


Sesi bermain dengan bayang-bayang dan cubaan meniup lilin.

=__=

Tamat cerita Hari Sabtu. Kita sambung cerita hari Ahad yang dipenuhi dengan aktiviti jugak. First sekali aku and family berjalan-jalan ke rumah orang kawen!

Me like it!. Anak-anak aku pun suka sebab macam-macam boleh dapat dari wedding event. Lagi-lagi zaman sekarang. Kalau zaman dulu dapat telo je. Zaman sekarang segala kek, segala cekelat dengan segala gula-gula pasti ada.

Hadoi. Rosak gigi.

=__=

Kami pergi ke Wedding kawan aku....


Sila abaikan muka mak yong yang berminyak itu. Bilik pengantin tu panaslah!. Huhuhuhu. Alasang!


Gambar ni aku cilok dari fesbuk Jiyana. Sowi erk! Aku tak sempat nak tengok ko bersanding sebab masa pengantin lelaki sampai langit dah bunyi dan macam dah ready nak turunkan 'hasil'nya. Memandangkan daku ada 'handbag' yang comey itew baik aku pulang dulu sebelum 'handbag' daku ditutuh hujan.

=__=

Alhamdulillah, settle kenduri Jiyana. Terus kami bergerak ke Subang pulak. Tengok baby! Nak cium baby. Nak dukung baby. Lalalalala...


Tecik je baby ni. Aku nak gomol macam aku gomol Mok Mok pun tak berani. Huhuhuhuhu...Satu je gambor yang aku ada. Dasar pemalas nak snap gambar.

Hahahaha.

Ok. Bai-

Aku rasa entry hari ni panjang daripada biasa nih!. Selamatlah semua!.

Wednesday, March 27, 2013

First Time

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Inilah akibatnya bila pertama kali kaki luka. Selalu si kakak je yang mengalami kelukaan dan berlaku pendarahan.

Si adik ni selalu terjatuh, terhantuk dan terhempap sinki je. Selalu terhentak sinki? Apakah? Bukan selalu terhempap sinki cuma sekali je. Alhamdulillah, takde apa-apa berlaku.

Hari Isnin lepas, si NZ main kotak mainan dia. Asyikla sorong-sorong pastu hamek, kene kaki. Melecet sket je. Tapi dia punya 'hasil'...

Hadoi! kaki payah nak gerak. Lagi-lagi bila dah letak plaster..

=__=

Nak tido pun tak boleh sebab payah nak gerak kaki...Luka takdelah besar mana. Tapi 'hasil' macam orang patah kaki.

=__=

Nak tengok luka dia besar mana? Bukan luka pun. Melecet je.


Nampak tak yang kaler merah tu...siap pakai plaster lagi...


Cantik plaster...ce korang tengok muka orang sakit pulak. Nak tergolek jatuh tersungkur aku nak gelak! Apa punya la ibu la ni...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 

Hahahahaha...muka menahan sakit. Satu malam hok hek hok hek..sampai bear dia pun dia kata sakit kaki.

=__=

Ayah pasang lagu Bole Chudiyan untuk NZ pun dia hanya mampu gerakkan tangan je. Hohohoho...

Cian adik.


Ok. Bai-

Kajian Kesan dan Hikmah Solat

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Alhamdulillah. Aku nak kongsi lagi tazkirah untuk hari ini. InsyaAllah, akan aku kongsikan tazkirah untuk hari-hari yang mendatang. Amin.

Bila tazkirah je hilang semua bahasa kasar aku. Cheh!. Padahal...aku cuma menghormati sesi. Hadoi!


Aku rasa banyak dah orang share benda ni kat fesbuk. Tapi aku rasa takde masalah untuk aku share kan sekali lagi untuk bacaan orang lain yang kurang aktif berfacebook.

Di bawah ini adalah keterangan untuk rajah di atas. (eh!dah macam soalan periksa je ;p)


KAJIAN KESAN & HIKMAH SOLAT

BERKESAN APABILA DI AWAL WAKTU DAN AURA BERJEMAAH TEMPAT AZAN DILAUNGKAN SAHAJA

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.


Marilah kita bermuhasabah diri dan saling ingat mengingati. InsyaAllah segala ilmu yang dikongsikan akan dapat membantu kita untuk sepanjang kehidupan dan selepas kehidupan. Amin.

Wassalam.

Dayang Senandung

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Inilah akibatnya bila meninggalkan seorang bayi bersama-sama dengan dua orang dayang senandung. Sila bersyukur mereka tidak membuatkan bayi itu 'pesakit'.

Hahahahaha.....

Actually dah jadi 'pesakit' pun selepas itew. Cuma bahan bukti tiada. Jadi kita mungkin boleh lupakan kejadian 'doctor dan pesakit'.

Lalalaalalalala...

Nasib ko la Mok Mok. Nanti dah besar sila jadi bodyguard untuk Kak Yah dengan Kek Na.

















Hauslah pipi Mok Mok gara-gara dicium dan disayangi Kak Yah and Kek Na :p

Ok. Bai-

Tuesday, March 26, 2013

Ibu Mengandung+Peluh=Asyem II

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Peluh makin menjadi-jadi for this time pregnancy. Mungkin sebab cuaca tahun ni agak panas. Jadi sesi perpeluhan yang agak melampau...

=__=

Apa-apa pun inilah kawan baik aku kat opis pabila sesi perpeluhan itu berlaku....





Hohohoho...

Ok. Bai-

Cara Berkasih Cara Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Nak share tazkirah pulak. Ini salah satu cara aku nak menghilangkan kadar kemengantukan aku dalam opis buat masa ni. Seyes mata ni macam berat giler pulak waktu-waktu gini.

Wahai syaitonirojim! Sila pergi jejauh dari bergayut kat kelopak mata aku, boleh?. Aku nak buat keroje banyak ni. Huhuhuhuhu

Aku nak kongsi kan benda ni...


Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. :)

1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan

Komentar daku selaku seorang bini dan isteri. Eh? bukan sama je ke...hahahahaa

Yang no.1 tu memang takdelah..berebut. Maka selimut sorang satu. Hahahahaha.

No. 2 sampai No. 9 tu biasa dilakukan. Ye ke? Ye kot...Hahahahaha.

No. 10. Ini yang paling payah sikit dilakukan di kala sudah anak. Haahahaha. Kalau aku pegang tangan Encik Usben, tangan budak-budak saper nak pegang? Kan? Jadi keputusan telah diambil, pegang tangan anak-anak lebih afdhal. Eh?

Tapi kalau keluar berdua tu memang la akan berpegangan tangan. Gila kau aku tak pegang tangan dia...jawabnya ada yang aku tercicir semeter dua kat belakang. Lagi-lagi waktu-waktu 3rd trimester ni. Tercicir la mak yong ni kat belakang.

=__=

Buat dapat pahala, Tak buat tak dapat apa...nak 1000 tak mo 1000. Eh?

Ok. Bai-

Hati-hati

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam sebok. Arini pun kalau ikutkan pun sebok jugak. Ini pun curik-curik update belog. Nak buat belog walking yang selalu aku buat pagi hari pun tak berkesempatan. Maka, nanti waktu lunch aku buat blog walking. Itu pun kalau aku tak mengantok...hehehhe

Kijams!

Aku dah lama nak post benda ni. Tapi tak tertaip-taip. Sesetengah orang mungkin ada simpan dalam draft. Tapi aku dalam draft pun takde simpan.

=__=

Dan aku juga tahu artikel ni dah lama. Namun, aku nak share jugak untuk perhatian gadis-gadis dan wanita-wanita di luar sana. Sebab kini dan sekarang terlalu ramai manusia yang berniat jahat berbanding dengan niat baik. Hmmmm...

Salah satu petunjuk dari Allah s.w.t.

Mari baca...


Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dad…ah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.

Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

Aku tak pasti kes ini berlaku tahun bila. Walaupun ianya berlaku beberapa tahun dulu, namun as mom, a sister and a friend. Please do BERHATI-HATI when you outside girl!

OK. Bai-

Friday, March 22, 2013

Konon 2

Assalamualaiku, semua ;)

Hai, korang!.

KONON nak update pepagi bute tadi. Masih tak mampu nak update! Sebab... opis aku kehilangan elektrik almost for 5 hours!

Nice.

Jadi terkubur jela kan hasrat tu. Segala rangka karangan yang aku dah structure semalam hilang dan terus hilang. Terima kasih memori. Huhuhuhu.

Apa yang aku ingat skang ni aku nak post gambor ni....hahahaha.

Hasil garapan Umi aku. Not me...sebab aku kan keje. Umi aku yang buat.





Nice kan?

Puding caramel with choc cake. Lalalalalalala....

Kalau korang nak order...aku leh buatkan. Aku jual RM 50.00 per cake. Korang leh buat permintaan untuk drizzle dengan sugar karamel atau drizzle dengan Chocolate. Hmmmm....

Kalau nak letak buah-buah kat atas tu...akan ada extra charge. Alright? Good.

Thursday, March 21, 2013

Konon!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

KONON, semalam nak update belog. Tapi memandangkan pergi check-up kat klinik semalam. Maka, cancel nak update belog.

KONON, malam tadi berangan nak update belog. Dah tertulis dalam kepala apa benda nak tulis. Tapi memandangkan melambak document tak filing, terus cancel nak update belog pagi tadi. Mana taknya, aku dok buat filing dari pagi. Ngam-ngam jam satu semua settle. Pandai budget masa. Hahahahaa!.

KONON, dalam pada filing tu nak update lepas lunch la. Hilang mood weyh. Segala rangka karangan yang aku rangka malam tadi perlahan-lahan hilang dari memori. Tengok lah besok.

KONON, esok nak update. Berdoa jelah korang aku update belog esok.

Ok. Bai-

Tuesday, March 19, 2013

Geramnya Aku!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku geram! Sebab apa? Sebab aku selalu tengok RBDAD kat ceritamaster.com tak pun kat tonton. Suddenly, dua-dua macam lambat giler ok nak upload episod 20.

Hadoi!.

Tau-tau rini aku click episod 20 kat Tonton dapat episod 21 semalam. Apakah????

Sangat keras hati mu Fahrin Ahmad! Geram pulak aku dengan watak FA. Kata rindu tapi EGO! Mencik!

Inilah masalah nya bila dah tersampuk dengan cerita episod. Hari-hari nak follow. Bila tercicir rasa macam tak puas hati plak kan...mana tidaknya, waktu siaran pukul 7malam sampai 8malam. Ibadah lagi penting uols!

Bila lah si Firdaus a.k.a FA ni nak lembut hati...

=__=

Geram jangan engkau geram...geram!

Ok. Bai-


Arab Dogol Junior

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Introducing Arab Dogol Junior a.k.a Mok Mok! Lalalalaa....

Lagi boolat la kamooo....

Bak kata Ayah Long kamu dia lagi handsome...ye daku memahami dia lah yang paling kacak, handsome berdagu lekuk dan berhidung mancung...eh?

=__=

Apa-apa pun kamoo Mok Mok dah sama macam atok kamu! Bootak!

Tapi mahap lah yea...gambor Arab Dogol Senior takde. Payoh mak jemah nak capture!

Alasang!

Ok. Bai-

Monday, March 18, 2013

Happy Birthday To You!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Actually I've already wish her birthday wishes. Aku kan propa lebey. So, let's put it in my blog. Happy Birthday to Amalina Jasmi. Hope today will be your blast day. Of course Encik Amar will celebrating your birthday blastly...eh?

Another wish...i'll pray for you in my doa. Okay. Let it secretly doa for you. Amin.

LOL

Last Saturday, we've already celebrate her birthday with a big cake! Half of it only because the other half is for my brother celebrating his anniversary.

LOL

The sad part is I doesn't have any picture when they are cutting the cake. Hohohoho...

Sorry =__=

Me only have the picture of the cake only. And of course from Pistachio Bakery. It is layered cake choc orange cake. So soft! Melt in your mouth! 1.5 kg RM 110.00 if you are a member you will get 5%-10% discount.

Nice lorh!


I will repeat to order this cake on 12th April 2013. InsyaAllah...

Ok. Bai-

Sape kata Mudah?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Okay, tetiba arini nak bebel pasal keje freelance voice over. Kenapa? Sebab aku kakak kepada freelance voice over. Huhuhuhuh.....buat bias. Bukan untuk membanding-bandingkan tapi untuk memberitahu dan menerangkan siapa kata keje voice over tu mudah.

Sape kata keje voice over a.k.a alih bahasa mudah? Nak feel lagi. Nak samakan sebutan dengan pergerakan bibir karakter lagi. Itu kalau satu orang satu watak....

Kalau satu orang sampai kene buat dua tiga empat watak? Boleh ke ingat?

Bayaran?

Kalau artis mungkin 'up' sket kot. Tapi kalau orang kebanyakan...korang rasa berapa banyak bayaran yang diorang dapat? Diorangnya payment pun tak standard. Takde harga standard yea. Bergantung. Kene pada studio yang cekik darah habeslah diorang mau dapat payment ciput. Kesian kan...

Ada studio yang bayar tiap-tiap bulan. Ada tu yang tunggu semua job settle baru dapat payment. Hmmm...korang rasa macam mana? Sebab tu kebanyakan voice over ni freelance!. 

Bersyukur kepada sesiapa yang keje gaji bulan tu...korang dapat lump-sum tiap-tiap bulan unless korang memang suka amek advance...

=__=

Dapat royalti? Tak weyh! Satu kali suara diorang kene record...akan digunakan banyak kali..tanpa ada bayaran royalti. Kesian kan?

Waktu bekerja?

Takyah citer la...macam-macam waktu. Ada yang keje tiap-tiap hari tapi berlainan masa. Ada yang kene kerja hujung minggu sebab nak settlekan voice over before dateline. Kalau dibuatnya kene voice over 4-5 episod...mau makan satu hari kot. Ntahla...

Kesihatan?

Pasal kesihatan takyah cakaplah...macam-macam nak kene jaga. Petua petui pasal kesihatan memang keen ada dalam kepala otak tu. Kalau tak, payah la weyh! Tekak nak jaga selalu. Hidung nak jaga selalu. Kalau keje opis, demam pun boleh datang lagi kat opis. Sebab yang bergerak tangan nak menaip. Kalau mereka-mereka ni...demam belum tentu boleh datang nak buat voice over. Kesian kan....

Perasan tak banyak perasaan kesian...sebab aku memahami.

If korang-korang berminat nak buat voice over atau nak jadi freelance voice over ce korang singgah kat sini. insyaAllah diorang boleh tolong guide korang. Aku cuma penyampai...semoga ianya membantu.

Ok. Bai-