OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, October 31, 2012

Suami yang Teruji

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kerajinan membaca buku ilmiah dah mai. Maka buku latest yang aku baca dan baru je habes tadi ialah Suami yang Teruji.

Bila baca kes-kes dalam buku ni. Macam para bini je yang diuji. Tapi tajuk Suami yang Teruji. Hmmmm. Tapi ada la 2 3 4 kes yang aku baca suami yang diuji. Jap. Diuji dengan Teruji sama ke tak maksud dia erk?

=__=

Kalau dari segi rasional nya. Memang lah suami itu diuji oleh Allah sebab nak tau ingat ke lagi kepada Maha Pencipta. Tapi tak pun. Lagi tinggalkan anak bini camtu je ada la. Kawen lain la. Ada kekasih gelap la.

*sangatlapartaippundahgigil*

Suami ada lah pemimpin. Kalau cara salah. Habeslah kapal. Boleh karam kot. Tapi tu lah kadang suami lupa atau kehilangan arah dalam mengendalikan kapal.


Buku ni harga RM 20.00. Kepada para lelaki eloklah sekiranya membaca buku ini. Supaya dapat menambah ilmu.

Walaupun daku tau lelaki agak malas nak mengorek dan menyelidik apa yang perlu ditokok tambah dalam ilmu yang ada di dada dan kotak pemikiran.

Okay?

Bye-

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku baru je habes baca buku ni semalam. Nice. Mudah faham. Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus sangat ringkas, padat dan mudah faham.

Seyes aku cakap. Aku pernah baca macam-macam buku agama yang seperti ini. Kebanyakannya bila diberi soalan, akan keluar segala hadis, nas dan dalil. Tapi jawapan yang dikehendaki mungkin di hujung jawapan atau ada disebalik semua hadis, nas dan dalil.

Hmmm...kenapa yea? Kami bukan ahli agama kekadang tu kami kurang faham jika jawapan perlu dicari sendiri dalam jawapan yang ustaz ustazah berikan. Sila berikan jawapan yang tepat, terang dan jelas. Baru kami tak tersalah tafsir.

Aku tak tipu. Aku pernah baca dalam satu majalah. Pembaca menyoal ustaz tersebut. Waktu mustajab untuk berdoa. Maka, ustaz tersebut memberikan segala hadis dan macam-macam lagi. Tapi jawapan untuk waktu mustajab itu takde disertakan. Puas aku baca berulang kali sebab perasaan ingin tahu waktu mustajab untuk berdoa. TIADA!

huh-

Baru-baru ni dalam surat khabar ke majalah mana ntah. Orang tu tanya pasal Haram ke tak adik beradik kawen dalam satu masa. Ustaz tu jawab dengan segala hadis dan sejarah macam-macam. Alih-alih, jawapan dia nah hamek pendek je. Tu pun jawapan dia kalau tak salah aku cam terselit-selit antara hadis dan sejarah yang diutarakan.

Bukan aku je yang kompelin. Umi aku pun kompelin jugak. Cuba lah bagi jawapan yang ringkas, tepat dan mudah faham. Boleh?

Lain aku nak tulis, lain yang aku buat. huh-


Buku ni harga dia RM 25.00 je. Jom beli. Tapi tulah aku cam sedikit menyesal sebab tak sempat nak baca buku keluaran pertama Ustaz Azhar Idrus. Huhuhuhu.

ok. bai-

Tuesday, October 30, 2012

Lala Masak Lomak Cili Api

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Resipi yang akan dikongsikan arini ialah . . . .

Lala Masak Lomak Cili Api.

Bahan-bahan.

1 kg Lala
2 batang serai
1 biji kelapa
5 biji cili api*
Serbuk kunyit*
Daun kunyit
Garam
Gula

*sape nak podeh lagi, ekau boleh tambah lagi cili yo!
*kalau rajin, gunalah kunyit hidup.

Cara-cara.

1. Sila bersihkan lala anda sebersih-bersihnya. Kalau boleh tak mahu ada pasir yea

2. Perah santan. Buat dua perahan yea.

3. Masukkan santan perahan kedua bersama-sama dengan kunyit, daun kunyit, cili dan serai. Masak hingga mendidih. Pastu masukkan lala. Masak lala sampai masak. Macam mana nak tau dah masak. Kalau lala tu dah terkangkang-kangkang. Dah masak la tew.

4. Masukkan santan perahan pertama bersama dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau sentiasa supaya santan tu tak pecah. Baru cantik.

Masak pun nak kene cantik even ko campak-campak je. Baru lah sedap mata memandang nak makan. Paham?

Okay, dah siap.

Inilah hasilnya.


Ni atas permintaan ayah mertua aku. Tak tau la dia makan sedap ke tak. Kene dengan tekak dia ke tak. Huhuhuhu.

ok.bai-

Pelik

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kenapa kebanyakan comment pergi spam? Pelik ah!

Namun untuk aku godek-godek. Memey tak ah!

MALAS! TAK KOSE!.

Encik blogger or admin blogger or wat eva please do something and please tell why it happen like this?

ok.bai-

behday

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam behday adik aku yang bongsu. So, ada la makan-makan sket. Aku ngan Umi & Abah aku banje makan pizza sket pastu beli kek sket. Hahahaha. Semua sket-sket. Takmo banyak-banyak nanti membazir. Chepah dah tak makan banyak macam dulu. Sebab anak tekak, lidah dan nafsu tak sehaluan. Phew-


Kek biasalah! Haruslah aku beli kat Pistachios Bakery. Hello! Pistachios aku dah banyak kali promote neyh. Leh dapat apa-apa tak. Hahahahaa.

Pompuan saiko memang cenggini.

Kali ni aku beli Blueberry Cake. Takmo dah beli eskem kek. Sebab peti ais dirumah dah macam nak muntah dah. Kalau peti ais tu boleh cakap, mau dia dah menjerit kat kitorang.

TOLONG JANGAN TAMBAH LAGI ISI BOLEH? SILA KURANG-KURANGKAN!

Haahahahaha. Mau aku pengsan kalau peti ais tu leh cakap.

+___+

Gambar pizza? takde. malas nak snap. makan lagi baik. ;p

Aku beli Cheesy 7 Chicken Chop, Royal Masala Cheesy Lava Stuff, Pepperoni Delight, Honey BBQ Chicken, Soup of the Day dengan Garlic Bread.

Satu je Umi aku nak komplen...pizza hut ni dah takde rasa tomato sauce dengan segala mak pak herbs dah tak berapa nak rasa. Kenapa erk?

Kak inn tolong jawabkan leh tak? gagagagaga.

*macamlahkakiparkobacabelogkau* ;p

Tengah lepak-lepak dengan 'hamba tebusan' adik laki aku (bukan budak behday). Tetiba dengar orang bagi salam. Besfreng adik aku (budak behday) nyanyi lagu Happy Birthday To You. Hamboi! seprais sangat. Bila tengok kek.

Yes!

Blueberry Cheese Cake!

Malam tadi tema kek is Blueberry. Nasib baik orang dalam umah tu tak kene cherry berry. Hahahaha.

ok.bai.

Monday, October 29, 2012

Raye Haji...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Aidiladha.

Eh!raya haji lagi ke arini? ;p

Hahahahhaa.

Aku tak tau nak update apa untuk raya aji kali ni. Tahun ni tak buat korban. Mana tau rezeki lebih tahun depan leh buat korban kot. InsyaAllah.

Cam biasa bila raya aji je HARUS balik Banting. Hehehehe. For four years marriage, every raya haji. Memang balik Banting pun. Gagagagaga.

Kali ni mak mertua sayang masak rendang ayam which is my Encik Usben tak berapa nak minat sangat. He more prefer to rendang daging. Hohohoho. Okey kita ulang semula. Mak masak rendang ayam, nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang ngan serunding kelapa.

Sangat-sangat terbaek! me like it!

Tapi tapi tapi tu lah. tekak ngan lidah ni tak berapa nak kawan baik ngan nafsu serakah aku. Hahahaha. Lidah sedikit pahit dan tekak pun tak berapa nak terima sangat makanan makanan yang indah dan sedap itew.

Apakah?

huh! sangat hampa dan terus bersabar ;p

Untuk luncheon pulak mak mertua kesayangan masak pulak nasi minyak ngan kurma daging. Nampak tak disitu? Aku tak buat apa-apa sebagai seorang menantu. Hahahahaha.

Aku ada buatlah. Aku tolong perapkan ayam untuk Encik Usben sayang nak buat ayam golek.

Tapi tu lah! Lupa nak amek gambar hasil dari golekkan ayam tersebut. Tapi takpe. Nanti Chepah bagi resipi yea. Next entry la tapi. Hehehehe. Entry yang ni nak citer pasal makanan je. Hahahahaha.

Tengahari tu Along datang umah. Bawak nasi dagang berlaukkan kari ikang tongkol. Tapi tak jugak menarik perhatian anak tekak aku untuk menjamah. Aku nak makan nasi minyak mak mertua aku ngan ayam golek Encik Usben. Hehehehe.

*silamelelehairliur* ;p

Raya kedua untuk sarapan. Baki nasi minyak semalam ada lagi. Maka aku dengan pantas buat nasi goreng sebagai sarapan. Terbaek tak? Nasi goreng ada segala bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga ngan kismis. Hahahaha. Tapi aku tak makan. Aku makan nasi impit ngan kuah kacang.

Dah?nasi goreng tu sape yang makan? Anak-anak aku lew. Hehehehe. Settle sepinggan both of them.

Tengahari pulak. Aku masak udang goreng dengan Lala masak lomak cili api. Terbaik wok! Sat g aku share resipi. Udang rimau kot. Kot lah. Aku bukan kenal pun udang-udang ni. Hahahaha. Bengong mu ni Chepah!. Kak ipar aku pulak masak Sambal Udang petai. Memang terbaik dari ladang. Pastu sayur campur goreng. Phew!

Raya ketiga...wah! banyak aktiviti masak-memasak dowh raya ni. Padahal dalam umah berapa kerat jek. Untuk raya ketiga, lidah aku masih tak bagi kerjasama kat nafsu aku. Mencik!. Maka aku buat sup tauhu untuk bebudak ni. Nanti aku share resipi. Gambar takde. Hohohoho. Mahap nafsu pemalas nak snap gambar datang menggila. Pastu kak ipar daku masakkan Asam Pedas ikan pari ngan telor dadar. Perrgghhh!. Mak mertua aku pulak masak Sambal Goreng Tempe. Ho yeah!

Bila bab makanan ni memang sangat-sangat ho liau! Hahahahaha. Semua orang suka makan. Tapi bila dah tekak dan lidah tak bekerjasama dengan nafsu adalaha sangat mengecewakan. mencik.

ok bai-

maaf takde gambar raye aji. aku pun pakai baju raye sekejap je...adalah dalam sejam kot. pastu dah tukar uniform dapo. Hahahaha.

ok.kali ni betol-betol bai-

Thursday, October 25, 2012

AES! Keperluan. Kehendak atau Keuntungan?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah ready persiapan raya sok? Buat ke? Atau raya cam tak raya je? Hahahaha. Aku nak balik kampung. Ooooo...balik kampung! Balik kampung!

Kepada yang balik kampung tu...hati-hati yea driving. Ingat orang yang tersayang dan ingat juga ada jerangkap samar! AES Camera! Hahahahaha.

Jangan terkejut sebab ada flash di depan anda! Eksiden pulak sebab terkejut.

Bila aku tengok benda AES ni makin melambak dan bersepah-sepah di Malaysia. Aku tau la sekarang ni musim hujan. Tapi tak perlu la kot nak buat AES tu seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

kan?

Apa AES? AES ialah Automated Enforcement System. Kalau dalam bahasa melayu ialah Sistem Penguatkuasaan Automatik. Automatik sangat ;p

Dari segi mata pengguna aku rasa cam tak perlu kot AES tu. Sebab eksiden akan tetap berlaku. Kenapa? Sikap pemandu itu sendiri.

Pemandu harus cekap mengawal kenderaan mereka.

Pemandu harus dapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan.

Pemandu tidak boleh leka dalam sistem aliran trafik.

Pemandu perlu mematuhi undang-undang trafik.

Kan?

Ni tak, badan tak cukup rehat dah nak memandu sampai 4 5 6 7 8 jam. Ko giler ke apa? Nak bunuh diri? Huh!

Bila rehat tak cukup. Ko rasa ko boleh kawal ke stereng ko dengan cekap. Dengan keadaan mata layu-layu seperti teratai layu di tasik madu? memey tak arr!

Huh!

Kehendak ke AES ni? Kehendak siapa? Sudah pasti lah bukan pengguna. Cuba bagitau aku pengguna mana nak AES ni?

Ko memang saiko kalau ko suka AES neyh! Hahahhaha.

Keuntungan? Hoi! mestilah. Ko ingat buat benda tu free-free je ke? Haruslah ada keuntungan, kalau tak. Takkan lah tercipta dan terhasilnya AES neyh!

Huh!

Siapa yang dapat keuntungan? Korang pikirlah sendiri. Hehehehe.

Tapikan yang lawaknye...ada aku dengar kat mana ntah. Kat jalanraya yang memerlukan hadlaju hanya 35km/h pun diletakkan kamera AES. Apakah?

Yang tak tahan ada kat Wangsa Maju. Elok je letak sampai 3 batang. 1 batang untuk setiap trafic light. Terbaik dowh. Tapi aku rasa yang ni lama punya kot. Kot lah. Kalau baru...memang la saje je tew.

Tapikan....nama pun benda ciptaan manusia. Haruslah ada kelemahan. Bahahahaha. Mau tak nya. Kalau malam-malam camera itu akan jadi sedikit ngok sebab 'beliau' akan konpius pada nombor 0 6 8 9. Ianya disebabkan faktor cahaya yea anak-anak. Semua nombor 6 8 9 berkemungkinan akan jadi 0.

Lain orang yang buat kesalahan. Lain orang yang kene saman. Pui!

Aku? tak tau nak kata apa. Aritu masa lepas balik dari Walk for Charity tu aku ternampak flash. Tapi tak pasti samada kami yang kene atau kereta lain. Hoih!

Terbang RM300.00 kowt kalau kene! Adoiyai-

Pengsan mak jemah!

ok bai. perut sakit gara-gara makan subway yang Encik Husni suruh abeskan semalam.

=__=

Nah! tatapan camera AES untuk anda ;p

mekasih kepada encik gugel
Jaga-jaga ada yang memerhati. Hahahahaha!

-silagelakmacamkakkiahpropa-

Tuesday, October 23, 2012

Neraka Abah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aritu aku tengok le citer Neraka Abah. Hasil lakonan Azhan Rani, Amyza Adnan, Liza Abdullah ngan apa ntah nama budak laki tew. Lupa la plak!.

ok.abaikan. Walaupun watak budak laki itew penting ;p

Neraka Abah citer pasal si Abah ni kaki pukul. Kak ipar dia pun dia nak keje kan. Inikan pula orang dalam umah sendiri kan? Memang dasar kaki pukul, kaki judi pastu complete dengan kaki dadah. Dan sebab dadah jugaklah dia bakal jadi perogol.

Damn you!.

Tapi memang bagus arr lakonan Azhan Rani. Ye arr... orang dah biasa berlakon teater, bila dapat berlakon drama memang akan jadi sangat-sangat menyelami. Wah!.

Citer ni okay la. Tapi encik Usben aku tu sepanjang cerita dia komplen. Dia memang suka komplen. Hahahaaha. Kadang aku malas layan, aku diam kan aje. Tak pun kalau rajin sket aku akan kata "hmmm". Hehehehe. Ayang tau abang baca ni. Hahahaha. -sila marah- *-*

Tapi seyes citer memang ada part yang cam tak logik sket. Jap, zaman skang ni ada lagi ke cikgu nak datang skolah tanya kenapa pelajar tak datang skolah? Ada lagi ke? Kalau ada pun naper cikgu dalam citer ni datang sengsorang erk? Dah la bapak budak DUDA. Haruslah ada sesuatu yang dia peram.

Ye la giler kau nampak cikgu yang masih hot dan comey lotey datang umah ... mestila datang sesi gersang. Hoih. Tinggal nak kene rogol je cikgu tu. Huhuhuu.

Satu je la aku cam tak nampak apa moral dalam citer ni. Mak budak tu mati. Sakit. Adik budak tu pun mati, sebab kene tolak ngan Abah dia. Abah dia pun mati sebab kene tikam dengan pusher dadah. Tinggal la dia keseorangan dengan mak sedara & pak sedara.

Moral jangan isap dadah, jangan berjudi, jangan jadi kaki pukul, rajin pergi skolah....lagi? xde pong. Ntah-

Dah la sore dalam movie ni perlahan. Aku rasa cam pekak bila nak dengar apa yang da cakap. Part lagu bukan main kuat. Aku tak faham. motip nak buat camtu?

ok bai-

Takde gambar. tak kose.

Thursday, October 18, 2012

3 Kata Hati

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sayang, aku terharu
Kasih, aku rindu
Cinta, of course I Love You.

My latest novel. Novel aku la sangat! Novel opis kot. Hik hik hik.

Novel ni hasil nukilan Norzailina Nordin. Menceritakan kisah Hanani dan Iskandar. Kisah cinta si gadis muda dan si jejaka yang berumur 30-an.

Iskandar arkitek yang kadang itu tak punya masa. Sebok je. Hanani pulak budak lepasan SPM yang bekerja di sebuah Agensi Pelancongan. Diorang kenal melalui FB. Hah! FB? Hebat.

Biasalah.

Bila dah kisah cinta.

Ada sedikit konflik cinta.

Konflik keluarga.

Persahabatan.

Pekerjaan.

Percutian luar negara.

Tapi yang pasti sebab dah zaman kini, sms, skype dan FB dah jadi benda wajib dalam novel sekarang ;)

Sangat sweet cara Iskandar . . . it make me smile when I'm reading it. Wah!



Harga buku ni RM 22.00 je.

Jalan citer dia biasa je. Cuma text yang Iskandar hantar dan kata-kata Iskandar dalam novel ni sangat sweet.
Hmmm....tetiba miss my hubbylicious!

Hah!?

Hubbylicious!

Korang ader?

Aku ada....jap g datang jemput daku dari opis.

Dang-

Sayang kamooo....owh rindunya...

Aih, gatal nampak

(n-n)

Ok. bai-

Wednesday, October 17, 2012

Adam & Hawa

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ya, I know I'm a little bit keciciran about this phenomenon of Adam & Hawa. I don't care about it actually. Hahahahaha.

so evil this pompuan!

Jangan marah okay peminat dan pemenat Adam & Hawa.

Seyesli aku memang tak minat nak tengok pun citer ni. Novel dia? Aku tak pernah baca pong!. Arini aku baca ending je. Giler zalims.

Aku bukan boikot. Tapi after aku dengar dari si pencerita peminat setia telemovie Adam & Hawa kat umah tu. Aku tak rasa aku mampu tengok citer ni. Sebab aku cam malas nak tengok citer yang menguji kesabaran dan kesakitan hati melihatkan sikap Ain Hawani dan kesabaran Adam Mukhriz ;p

ye aku bukan pro Adam & Hawa.

Apa yang penting aku dah tau apa ending citer Adam & Hawa! Hahahaha.

Giler saiko pompuan neyh!

Umi!

Akak dah tau apa ending citer Adam & Hawa! Hahahahaha. Selamat menonton lah yea sampai episod 80.

Dang-

*mauumiakuisytiharperangnganaku* ;p

Apa ending? Takmo lah bagitau sebab korang pun dah tau.

Cliche-

Haruslah! Happily ever after!

Dadadadadada-


Tahan erk si Adam tu tunggu Ain sampai 8 tahun. Kalau laki lain mau dah kene cerai kot tak pun dimadukan. Ada ke lelaki camtu kat Malaysia ni? Aku malas nak tanya kat bumi ni. Terlalu besar sangat range dia. Tanya Malaysia sudah. Ada ke? Apatah lagi pilot. Hahahahahaha.

Pompuan degil cam Ain tu memang ada. Tapi aku belom pernah jumpe la...

Umi aku siap nak doa lagi supaya dilembutkan hati Ain terima Adam. Apakah??? Yang Puan Boss aku pun dah start kemaruk citer ni. Mula-mula takmo tengok pastu tetiba terjebak after aku bagi link yang dia leh tengok Adam & Hawa.

Pengsan-

Dah la...aku dah tau ending. Korang belom. Aku nak baca novel lain pulak.

Ok.bai!

Lupa pulak nak bagitau harga novel dia RM 19.90 je. Moh beli.

Tuesday, October 16, 2012

untuk 3 hari

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku dah tengok citer ni. Once I watched the trailer, I thought the movie will be the best movie. But, after watching it. I feel so frustrated with it.

Sebab dalam citer tu semua watak adalah orang kaya. Kecuali watak Balkis (Dira Abu Zahar). Watak lain sumer orang kaya.

=__=

Apakah situasi begitu sering berlaku kepada keluarga yang berada? Hmmm....

Lepas tu, apakah 'kebijaksanaan' watak Afin (Rashidi Ishak) sehingga boleh memikirkan untuk berkahwin 3 hari sahaja, kemudian cerai. Apakah cerai itu disukai oleh Allah? Hmmm....

Kenapa Afin tidak cuba membantah perkahwinan tersebut. Apakah hatinya tidak cukup kental untuk menyuarakan pendapatnya. Atau dia takut akan jatuh derhaka kepada ibubapanya?. Hmmmm....

Berat...berat...

Pastu dengan pengambilan sepasang suami isteri as an actor dalam that movie pun aku rasa cam tak berapa setuju. Sebab jalan cerita tersebut ada mewujudkan situasi cerai berai. Not nice-

Me not like it.

My Encik Usben also not like it.

This is only my point of view of this movie. If you like it just watch it and continue liking it. For me, can't accept it.

Done-


Tak perlu kot aku nak bagitau sape pelakon untuk movie ni. Sebab sumer orang kenal. Hehehehhe.

Ok.bai-

Friday, October 12, 2012

Bunga Di Rimba

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Baru je settle baca novel ni.

Bolehla...a lil bit of penyiasatan. Dah lama gak tak baca buku yang genre camni.

Kisah Ajura yang penuh misteri. Datang dari hutan. Kehilangan ayah. Mencari di mana ayah yang hilang. Berjumpa dengan Taufik dan Yusri. Yang mana satu pilihan hati? Apakah jumpa ayah yang disayangi. Siapakah dalang yang menyebabkan si ayah hilang?

Konflik.

Cinta.

Keluarga.

Kasih sayang.

Bunga di rimba....hasil nukilan Zuliana Abuas. Pertama kali baca hasil nukilan beliau. Quite okay. Make me smile a little bit. Okay la.

Buku ni berharga RM 21.00 je.


ok.

tammat-

Di Hujung Ranting 2

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak share pasal novel yang paling latest aku baca hasil nukilan Indah Hairani. Tanpa membaca Di Hujung Ranting aku terus baca Di Hujung Ranting 2. Tika dan saat aku membaca, aku berharap supaya aku dapat catch up apa cerita sebenarnya . . . sebab kalau mengikut apa yang diperkatakan oleh Indah Hairani, Di Hujung Ranting 2 adalah sambungan dari Di Hujung Ranting.

Bila aku dah baca, takdelah tercicir sangat. Aku dapat bayangkan apa yang Fatin dan Mawardah lalui dalam novel Di Hujung Ranting.

Nice-

Di Hujung Ranting 2 mengisahkan kesinambungan Di Hujung Ranting. Di mana kali ini Mawardah yang dibenci Datin Fatimah. Tidak seperti Di Hujung Ranting, Fatin yang dibenci oleh Datin Fatimah. Apa yang membuatkan Datin Fatimah membenci Mawardah adalah kerana sikap dan hasil apa yang dilakukan oleh Fatin tanpa diketahui oleh suami mereka Hakim.

Namun, Amar adik kepada Hakim dan juga Tanti si pembantu rumah Mawardah dapat menghidu. Tapi sayangnya, Mawardah masih mempercayai bahawa Fatin sudah berubah dan takkan menganiaya beliau.

Lurus dan baik hati sangatlah Mawardah.

Takpe...the best woman win!

*adakepepatahbegitu* ;p


Citer dia biasa je. Kita pun boleh agak. Buat jahat dibalas jahat. Buat baik dibalas baik. Kan?

Harga buku RM 25.90 je. Sape yang dah baca Di Hujung Ranting tu, leh la beli Di Hujung Ranting 2.

Ok. bai-



Thursday, October 11, 2012

Mood Change!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku tak pasti...
Kenapa payah sangat nak update belog skang ni...
Kalau dulu sehari dua tiga topic boleh letak...
Sejak dua menjak tiga menjak ni...
Seminggu nak letak setopic atau dua topic pun payah...

Apakah???

Monday, October 8, 2012

World Hunger Relief 2012

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Memang terbaek ah aktiviti hujung minggu lepas. Dah lama tak jalan sejauh 5km. Aku paling salute kat mu second daughter sebab sangat-sangat fit. Dia berjalan for almost 2km - 3km dengan gembira nya. Bukan mendera yea.

After that, dia mintak dukung pulak. Aiyo. Cannot lah. So, aku letak dia dalam stroller. Switch dengan her sister.

Tapi tapi tapi, biler jalan dengan si kenit Safiyyah Zaharah ni. Aku lagi penat. Sebab budak kecit itew tak maintain speed nye. Kejap laju kejap slow. Pastu biler dah slow, nak pegang tangan dan aku dah serupa macam tarik dia jalan.

Penat ooi jalan dengan si kakak. Dia tak maintai speed. Baik aku jalan dengan adik. Sekurang-kurang nye dengan adik, aku takdela ketinggalan jauh. Tapi bila jalan dengan si kakak, pengsan mak jemah, habis aku dipotong oleh orang-orang yang berjalan lebih slow dari aku.

=___=

Kenapa? Aku terasa begitu?

Sebab belakang aku je ada ambulans.

Nampak tak?

Betapa slow nya aku berjalan dengan si kakak. Pengsan!.

At last, Encik Usben kene patah balik sket sehingga menyebabkan orang disekelilingnya agak pelik kenapa beliau patah balik ;p

Mau tak nya kene patah balik, si anak kesayangan nak dukung. Memang tak la ibu nak dukung!

Almost dekat kul 8malam camtu, kami settlekan walkathon kami. Yeay!

Dapat sijil, pewangi kereta dan juga goodies bag! Terbaek.

Tahun depan nak join lagilah! Cam best jewk!

Jom layan gambar!
















































Jap g aku letak gambor kat FB pulaks. Dadadadada.

Dinner kat Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi. Masing-masing dah dapat macam-macam bau. Pergi plak makan ikan bakar. Lagi terbaek ah bau badan.

Dang!

Sampai umah almost 12.00am. Mandi. Lap badan budak-budak. Kesian pulak nak kejut mandi. Makan, daku lap kan aje badan diorang. Kesian, penat.

Hopefully next year leh join lagi. Terbaek!

Kak in take note. Kami nak join next year!.

Ok, bai!

Meatball Porridge

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak kongsi resipi la pulak. Pastu baru aku citer apa aktiviti aku hujung minggu lepas. Terbaek!

Meatball Porridge

Bahan-bahan:

10 biji meatball
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan beras
1 batang lobak merah
2 batang saderi
1 biji kentang
Air
Garam
Serbuk lada putih

Cara-cara:

1. Cuci beras hingga bersih. Masukkan dalam periuk dan campurkan dengan air. Air ni korang sukatlah 2-3 kali ganda dari sukatan beras. Sementara itu korang boleh hiris segala bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.

2. Lobak merah dan kentang dipotong dadu. Saderi dihiris. Dah settle potong sayur mayur tersebut, korang campak terus dalam bubur tadi.

3. Kemudian ambil kuali pulak. Korang tumis bawang merah, bawang putih, halia dan meatball. Tumis sampai naik bau. Kemudian korang campakkan dari dalam kuali ke dalam periuk bubur tadi. Hati-hati, sebab akan ada berlaku sedikit percikan. Aku kene mata. Terbaek!.

4. Kacau sebati sehingga nasi dah jadi bubur. Siap bersimpulan bahasa pulaks. Dah siap bubur, korang leh masukkan garam dan lada sulah. Kenapa last? Sebab daun saderi akan keluarkan sedikit rasa masin, kentang dan lobak akan keluarkan rasa manis. Jadi, lebih elok dan cantik garam diletakkan akhir.

Okay, siap!.


p/s: aritu aku sagat lobak merah. aku tak potong dadu. sebab malas. hahahahaha.

ok, bai-

Friday, October 5, 2012

Sama ke?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Eh! eh! eh! tama kan? eh? sama ke? tak lah. lil bit differed la. melody only. but not the lyrics. hahahahaha.

Tak caya? meh dengar.

 
*sorry takde plak lagu ori...klu nak korang cari la kat you tube...hehehe*

Ni lirik dia . . .

Dalam keriuhan
Riang suasana
Di majlis yang indah

Dari kejauhan
Aku menyaksikan
Persandingan dikau

Kau dikelilingi
Teman teman dan saudara
Aku ditemani air mata

Sukar meyakinkan
Hati yang terluka
Oleh janji janji

Masih kedengaran
Jelas di bayangan
Kemesraan yang lalu

Setiap kulahirkan
Keraguan masa depan
Kau selalu meyakinkan daku

Amat pedih melindungi kelukaan hati
Dengan senyum senda gurau dan ketawa
Diri seperti sekam dan api
Ku terbakar sendiri

Bila bersendiri
Aku mimikirkan
Di mana silapnya

Hingga dengan mudah
Dikau memungkiri
Mengkhianati janji

Apa alasanmu
Tiba tiba melukakan
Hati seorang kekasih lama

Ni pulak lagu Teman Pengganti . . .

as a review ....


ok.
bai-

tingin nak makan buah laici la...dah musim ke???

Wednesday, October 3, 2012

Selagi Masih Ada

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ni pun drama latest yang aku tengok. Selagi Masih Ada. Perggghhh! sedey siot citer ni. Bagi aku la. Orang lain aku tak tau la. Bergantung kepada hati dan perasaan masing-masing.

*berfalsampahlapulakminahni* ;p

Selagi Masih Ada meniti kan barisan pelakon such as Beto Khusyairi (Harith) Tengku Norhanis (Dahlia). Yang lelain tu malas aku nak tulis. Memang dasar pemalas.

Harith merasakan Dahlia adalah cinta sejatinya. Dahlia pula menganggap Harith si pengganggu hidup. Biasalah adat. Benci.benci. Cinta. Mereka berkasih. Berkahwin. Dahlia mengandung. Kebahagian mereka tergugat apabila Dahlia disahkan menghidapi Alzheimer.

Masa ni dah start sedey. Sape tak sedey. Bini bangun tido tengah-tengah malam pastu cakap. Siapa kau? Aku tak kenal kau. Macam mana aku boleh ada kat sini?. Giler ah! Boleh menggugat keimanan, dowh.

Bila bini dah balik umah mak ayah dia. Keluar pulak soalan menarik. Macam mana dia boleh mengandung? Hoih! apa nak jawab sayang ooooiiii.

Persoalannya disini, sejauh manakah kesabaran si suami menghadapi cabaran dan dugaan seperti ini???? Hmmmm.

tepok dada tanya iman ;p


Horrible Bosses

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Movie paling latest aku tengok. Horrible Bosses. Memang horrible giler kalau dapat macam ni. Aku tak tau la kat Malaysia ni ada ke tak boss macam ni.

Kalau ada ... memang 'masak' la korang. Tapi bukan setakat masak je. Aku rasa mau jadi belacan korang!.

Hahahaaha!.

Memang korang patut tengok citer ni. Sangat-sangat horrible! Hahahahaha.

Aku bersyukur that my boss tak begitu. Alhamdulillah.

Giler apa kalau dapat boss macam tu. Ada yang psycho. Ada yang suka buat sexual harrasment. Ada yang macam apa je . . . seyes aku tak tau nak kata betapa horrible nya diri bila dapat boss se'horrible' itu!.

You can laugh all the way. You akan rasa cam nak maki je kalau dapat boss begitu. Hahahahaha.

Aku tak mampu nak taip sinopsis cerita sebab baik korang tengok! Hahahaaha.

maveles betol pale otak orang yang buat skrip dengan jalan citer ni. Hahahahaha!.

Yang atas tu boss dan yang bawah itu staff. Hahahahaa. Ce korang bayangkan korang kene sexual harrasment dari boss pompuan. Pergghhh! suka ke tidak????

Jaga-jaga ada yang memerhatiiiii........hahahahaha

*dahmacamkakrockpulaks* ;p

woot! woot! woot!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hoih! giler lama aku tak update belog. Baaaaaanyaaaaaaakkkkkk sangat benda yang berlaku minggu lepas. Sampai aku tak sempat nak hupdate belog. Sorry, guys.

=__=

*takupdatepunnakkenebagitauke* ;p

Aku sempat berbelog walking saje.

Thanks to all friends yang tanya di mana daku berada tika daku menyepi. Aku sayang korang sumer!

muah! muah!

xoxoxoxoxo

nak kata banyak citer ada la citer tapi citer macam dah basi maka daku malas nak citer. nanti daku citer sesuatu yang paling latest.

hokei-

bai-