OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, May 28, 2012

Cekodok Udang a.k.a Prawn Fritters

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Selamat berminggu baru! Minggu akhir untuk bulan Mei. Cepat nya masa berlalu =__=
Minggu baru, aktiviti baru, job baru dan lambakan kerja. hoih!

Arini nak update resipi. Rajin pulak aku update resipi di kala Kak Mar tak update resipi diew. Bila dia rajin update resipi aku plak jadi MALAS nak update resipi. Sengals!

Prawn Fritters

Bahan-bahan:

3 cawan tepung
10 ekor udang
1/2 batang lobak merah (disagat halus)
1 biji bawang besar (dimayang halus)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 biji telor
50 sen tauge
Daun sup
Daun bawang
Garam
Air

Cara-cara:

Campurkan semua bahan dan diadun sebati. Pastu korang goreng la. Siap!.

Takkan aku nak ajar camne nak buat jemput-jemput. Korang mestilah tau kan? Omputeh kat overseas tu pun tau. Sebab tu aku letak resipi ni prawn fritters. Nak rasa ke'omputeh'an. (giler psycho!)


Makan masa panas-panas cicah dengan sos cili siam pun sedap. Cicah dengan sos cili McD pun sedap. Takpun cili kicap.

*rollingeyes*

Inilah hasilnya bila makan kat opis. Fritters tu dok dalam plastit je la. Tuang cili kicap dalam tu. Sedaps nya!



Kenapa tak nampak udang? Sebab udang tu aku potong tiga. Senang SZ dengan NZ nak makan. Hehehehe.

ADIOS!

No comments:

Post a Comment