Assalamualaikum, semua ;)
Hai, korang!.
Arini nak kata aku tak sebok memey tipu arr. Keje masih lagi banyak. Hohohoho
Tapi tapi tapi mata aku da tertarik dan ko memang da bomm! Ada novel baru dari NB Kara da sampai kat opis!. Tangan aku dah gatal nak amek baca.
Novel yang ada atas meja ni pun tak habes baca lagi. Camne nak habes? Keje melambak. Novel baru sila tunggu saya yea! Jangan lari mana-mana. Hohohoho.
**********************************************************************
Aritu aku dah janji nak nak share birthday cake SZ kan? Dah nak basi dah citer kek itew. Aku buat kek ni dengan penuh kerajinan dan kesungguhan. Nampak disitu penggunaan perkataan aku? macam ayat karangan.
Korang nampak nama cake itew? Nampak macam mengancam kan? Nampak glams giler nama! Korang tak tengok rupa cake! Tak mengancam langsung!
Lain dibayang lain yang jadik.
Nice!
Rainbow Cake with Chocolate Ganache & White Chocolate Topping
Bahan-bahan Kek:
100 gram Butter
1 cawan gula (tak suka manis sila kurang kan kepada 3/4 cawan)
2 biji telor
1 3/4 tepung (aku guna superfine-sebab aku malas nak ayak!)
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
150 ml susu segar
Pewarna makanan yang dibenarkan
Cara-cara:
1. Sila panaskan oven 175 darjah celcius yea. Pukul butter dengan gula sampai kembang. Pastu masukkan telor sebiji demi sebijik. Kemudian masukkan esen vanilla.
2. Masukkan tepung diselang seli kan dengan susu. Serbuk penaik tu korang campurla sekali kat dalam tepong tu.
3. Memandangkan aku nak buat banyak kaler. Maka aku bahagikan kepada beberapa bekas.
FYI, untuk kek ini aku buat dua bancuhan sebab aku nak dapatkan 7 layer konon!. Dapatla jugak 7 layer tapi tak tebal la. Okay-okay la.... Jadi kalau korang nak buat macam aku korang double kan la sukatan itew. Kalau rasa nak tebal lagi, korang UP la lagi sukatan korang. Mudahkan????
4. Lepas dah bahagi-bahagi kepada kaler yang korang nak. Korang masak la satu-satu layer. Aku masak macam nak buat kek lapis sarawak. Sebab umah aku tak banyak loyang yang sama saiz. ikut tahap kekreatifan korang lah!.
5. Korang masaklah dalam 30 minit atau sampai kek tu masak.
Bahan-bahan Chocolate Ganache:
1 bar coklat masakan vochelle
1 kotak fresh cream
2 sudu besar marjerin
Sila gunakan double boiler. Kalau takde guna jelah periok biasa pun boleh. Tapi JANGAN guna periok yang korang masak lauk! Kang ada yang Chocolate Ganache korang tu perisa kari la, masak lemak la.
Korang didihkan fresh cream. Pastu masukkan marjerin. Tutup api. Masukkan coklat. Kacau sampai coklat cair. Biarkan sejuk.
Bila dah sejuk, bukan BEKU. Tuangkan ke atas kek korang.
Yang coklat putih tu, aku sagat je.
Dah siap!
Ini hasil nya!.
Kan aku kata tadi... lain yang aku bayang. Lain yang jadi. Aku letak sikit je kaler tapi korang tengok! Camne kaler tu jadi. Aku nak kaler soft-soft je! Striking pulak yang jadi. Huh!.
Takpelah, dah habes pun. Habes pada hari yang sama. Terbaek lah!
Ada lagi gambar.... nanti aku upload lain.
Okay, chau!