OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, February 9, 2012

Sesuatu Yang Tertinggal

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak update pasal movie. Coz semalam sedikit sebok. Kata baru masuk kerja selepas berhari-hari cuti. Kebanyakan rakyat Malaysia yang berada di luar negara, berasa agak jealous disitu sebab Malaysia banyak cuti. Hahahahaha.

Hari apa ntah aku tengok citer ni. Tapi citer ni sedikit different ngan citer hantu lain. Aku rasa okeyla citer ni. Cuma yang aku tak faham kenapa biler citer hantu je, hantu je yang menang. Boleh tak kita manusia yang sempurna ni menang. Menyampah betol.

Gara-gara citer ni la Encik Usben termimpi-mimpi watak Sara Ali. Hohohoo. Nice!

Citer ni pasal mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya. Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Ketika pemindahan almari tersebut, almari tersebut telah meretakkan satu lantai papan. Dan didalam lantai papan tersebut ada tersimpan pelbagai cermin yang mengurung roh-roh jahat. Arsyad telah mengambil salah satu cermin tersebut dan memberi kepada Mona. Dan dari situ bermulalah peristiwa aneh didalam rumah tersebut.

Ni aku letak sekali movie dia. Selamat menonton. Credit to You Tube. Hehehehehe . . .



Selamat Menonton!.

No comments:

Post a Comment