OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, February 16, 2012

Petua Melebatkan Rambut

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak kongsi petua melebatkan rambut. Aku ada lima petua atau lima cara untuk melebatkan rambut. Selain dari korang pergi Yun Nam Hair Care. Korang leh la cuba petua ni . . .

Petua pertama:
Korang amek batang dan daun muda setawar putih. Korang basuh daun tu bersih-bersih pastu ditumbuk halus. Bukan blend yea. Kemudian korang embunkan semalaman. Esok pagi sapu kat kepala dan biarkan ia kat kepala selama sejam. Lepas tu baru bersihkan.

Petua kedua:
Korang amek daun lidah jin pastu amek cecair dari daun tersebut pastu sapu ke kepala. Biarkan dalam 10-15 minit, selepas itu bilas dengan air.

Petua ketiga:
Korang amek daun bunga raya, ditumbuk lumat. Pastu disapukan pada rambut. (petua ni digunakan oleh umie aida)

Petua keempat:
Korang amek daun keembung dan direbus hingga mendidih. Lepas tu korang tapis dan airnya dibiarkan sejuk. Sapu kat kepala dan biarkan selama 15 minit dan bilas.

Petua kelima:
Amek daun labu kayu. Korang rebus sampai mendidih. Bila dah sejuk, korang tapis dan basahkan rambut guna air rebusan tu. Biarkan dalam 10-15 minit. Bilas.

Jangan lupa baca bismillah dan selawat. Dengan izin Allah rambut anda akan lebat. Selamat Mencuba!.




*****************************************************************
Aku dulu arwah Mak Tok aku sapu minyak kelapa kat rambut aku. Maka, rambut aku lebat sampai kini. Bila pegi kedai gunting rambut, si Tukang Gunting selalu mengeluh sebab tangannya lenguh nak gunting rambut aku. Hohohoho . . .

Aku ingat lagi satu kes pasal gunting rambut. Aku ngan sepupu aku punya rambut yang sangat lebat. Satu hari tu, sepupu aku pergi gunting rambut kat Taman Permata. Esoknya aku pulak pergi. Sewaktu aku gunting rambut, aku dengarlah si Tukang Gunting tu seolah merungut . . .

Tukang Gunting: Semalam ada sorang rambut macam budak ni. Lebat dan tebal!.

Aku: Padan muka ko. Sepupu aku le tew.

Tukang Gunting: Lenguh tangan aku nak gunting rambut dia.

Aku: Miahahahahaha . . . .

Weyh, ko patut bersyukur kitorang tak datang sekali dua. Kalau datang dua-dua hazab ko nak gunting rambut. Miahahahaha.

****************************************************************
Ada lagi satu kes gara-gara rambut aku. Masa tu tahun 1996 kot takpun 1997. Aku nak gunting rambut pendek. Pendek sependeknya. Masa tu rambut aku dah separas pinggang. Tak larat deq non nak jaga. Maka aku pun nak potong rambut pendek. 

Cina tu potong macam hape je. Dah complain pun, dia takmo potong lagi. Dia kata penat sebab rambut lebat dan panjang sangat. Aku bayar kot!

Selepas kejadian tu, memang tak la aku pergi kedai tu. Memang takkan pergi langsung. Sebab kedai tu kat Keningau, Sabah. Hahahahaha!.

****************************************************************
Baru ni aku potong rambut, kakak gunting rambut tu pun cakap lebat rambut awak dik. Sila bersyukur sebab rambut aku tak panjang paras pinggang . . . kalau tak lenguh tangan akak nak gunting. Hohohoho.

Terima kasih kepada arwah Mak Tok aku kerana selalu letak minyak kelapa kat rambut aku dan menyebabkan rambut aku lebat dan Tukang Gunting pun suka cari pasal ngan rambut aku. Dan aku juga bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku rambut yang lebat. Alhamdulillah.

Chau Chin Chau!

No comments:

Post a Comment