Assalamualaikum, semua ;)
Hai, korang!.
Salam Selasa dan salam ceria. Macam biasalah tiap-tiap tahun dan setiap kali 14hb februari, semua orang kalau boleh nak sambut Valentine's Day. Sepanjang aku hidup tak pernah aku celebrate. Jadah apa nak sambut bagai. Terang-terang kita dapat lihat ini hanyalah suatu keasyikan duniawi.
Lagipun dalam Islam menegah kita untuk menyambutnya. Dah, pe lagi? Tak faham-faham lagi? Tinggalkan. Korang tinggalkan dan tak sambut, free-free korang dapat pahala. Betol tak? Nak pahala tak? Nak kan?
Ni aku selitkan history of Valentine's Day yang telah diketahui ramai. This notes aku dapat dari wikipedia. Jom kita baca . ..
VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.
Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.
Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.
Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.
Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.
Apa yang kita dapat simpulkan disini supaya kita dapat satu rumusan yang cantik menarik dan tertarik ko memang da bomm!. Tak yah la korang nak nyambut Valentine's Day. Terang-terang dah salah dari segi syarak. Sebab kita seumpama mengingati si Valentine's tu punya kematian. Daripada korang dok bagi hadiah kat orang yang bukan muhrim, baik korang bagi hadiah kat Maha Pencipta. Korang berzikir dan juga berselawat ke atas Nabi. Korang dapat pahala, Allah pun sayangkan korang lebey!.
Tapi, tapi, tapi . . . ingin aku tegaskan disini. Islam tidak melarang anda berkasih sayang tapi ianya DIBENARKAN bagi orang sudah berkahwin!. Orang belum berkahwin DILARANG sama sekali.Orang yang belum berkahwin boleh berkasih sayang dengan Allah, ibu bapa dan adik beradik.
Lagipun, membazir je korang celebrate Hari Valentine ni. Sebok nak beli hadiah bagai untuk pasangan. Beli perfume la. Bunga la. Red Velvet Cake la . . . nak pegi makan malam la. Kalau korang lepas solat tu berzikir dan berselawat lagi senang. Tak payah kluarkan duit. Free je. Hehehehehe.
p/s: sebok je nak letak title valentine's day . . . miahahahhaa

Sekian, terima kasih. Semoga ianya membantu . . .
Wassalam.
p/s: sebok je nak letak title valentine's day . . . miahahahhaa
No comments:
Post a Comment