OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, February 17, 2012

Saiful Apek Mungkin Akan Dipenjarakan...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ceria dan Salam Jumaat. Selamat berhujung minggu. Ho Yeah!. Pagi ni aku terbaca artikel tentang pelakon lawak terkenal tanah air kita. Hmmm, apa nak jadi yea dengan artis-artis kita ni. Kenapa la nak sentuh dan ambil benda haram tu. Tengok apa dah jadi bukan setakat nama sendiri je buruk. Nama keluarga pun terpalit sekali. Begitu juga dengan nama negara.

Macam-macam

=___=

Ini artikel yang aku baca kat Yahoo tadi. Thanks to yahoo.




16 Feb – Pelakon komedi terkenal tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf mungkin berhadapan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis ganja.

Pada 10 Jun 2010, Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan yang diketuai oleh Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway

Ketika perbicaraan, Sarjan M. Sanggar, 48, memberitahu dia telah membuat ujian air kencing terhadap empat tertuduh – Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.

"Ujian air kencing menunjukkan keempat-empat tertuduh didapati positif dadah," kata Sanggar.

Pada 1 November tahun lalu, pelakon "Bujang Telajak" ini dan rakan-rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idurs dan Mohd Fadli Hashim telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah.

Perbicaraan dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.

Kalau dah ujian air kencing positif dadah tapi taknak mengaku pulak. Camne yea? Konpius aku. Hmmm . . .

Macam-macam

=___=

Semoga artis dan golongan-golongan yang mengambil benda haram ni pulang ke jalan yang benar dan lurus serta diredhai Allah. Aku mendoakan segala kebaikan korang di dunia dan akhirat. Amin.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment