OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, February 29, 2012

Azura!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ahad petang ritu aku tengok citer ni . . . mak aih! budak Chepah ni layan Azura? Azura yang dulu tu pun tak berapa nak register jalan citer . . . tengok pulak Azura yang latest ni. Sengals rasanya mata aku . . .




Aku rasa citer ni cam cerekarama je. Tak rasa cam filem pon. Huh!. Memang patutle tak dapat kutipan yang memberansangkan. Hohohoho.

Cerita Azura ni mengisahkan tentang Azura (Neelofa) dan Zack a.k.a Zakaria (Shah Jaszle). Azura ni anak orang biasa-biasa je bekerja sambil belajar. Yang budak Zack ni pulak tak blaja rasanya tapi tengah tunggu tawaran pergi Oxford University. Anak orang kaya, pandai tapi bengap. Duh-

Azura ngan Zack ni jumpa kat Paintball field. Azura as orang yang jaga kaunter kat tempat Paintball tu. Dan Zack pulak si Paintballer yang berlagak dan taik idung masing. Padan muke ko kene tampar ngan Azura. Gara-gara keceluparan mulut ko Zack. Hahahaha.

Lepas tu, Zack ni cam menyesal la sebab cakap sesuatu yang tak sepatutnya kat Azura. Jadi nak nampak macam romantic dia mintak maaf kat Azura depan Lecturer ngan kawan sekuliah si Azura. Derrrgghhhh- Konon cam omputih gitew. Tapi kaku.

Pastu diorang pun rapat dan plan nak kawen segala. Padahal masing blaja pun tak habes!. Pe la nakjadi bebudak skang ni. Yang sorang da terbiasa dengan gaya hidup mewah dan TAK BIASA hidup susah. Yang sorang da biasa hidup susah. Bagus la tu. Good Match.

Dan orang cuba memutus atau menjarakkan perhubungan mereka ialah ayah Zack sendiri. Sebab dia takmo tengok anak dia tak habes blaja tapi sebok nak kawen. Lagipun dia tau anak dia belum lagi sesuai untuk jadi Khalifah bagi keluarga sendiri.

Memandangkan si mangkuk Zack dan Azura dan gatai merela, diorang pun kawen la. Tapi segala akaun dan access Zack kepada harta Tan Sri Puteh a.k.a ayah Zack (Afdlin Shauki) di BLOCK. No more wealthiness for you my dear Zack!. Hahahahaha . . . hamek ko jadi tukang isi minyak je kat petrol station. Biler dapat gaji ciput terus tak puas hati. Siap cakap lagi kat Azura, nak beli underwear dia pun tak lepas. Berapa ratus harga underwear ko tuh!.

Last-last Zack keje dengan kakak tiri Zack. Wanda. Saper ntah pompuan ni. Aku tak kenal. Muka pan-asia. Yang si Azura ni pulak, diam-diam keje kat Airlines Arab as frontdesk kot. Sebab dia pandai cakap bahasa Arab. Kepada adik-adik di luar sana-sana, cara Azura ni tak boleh diikut yea. Sebab dia tak mintak izin suami nak bekerja. Berdosa tau.

Bosan kan jalan citer dia? Aku pun tak larat nak tapi panjang-panjang.

Last, Azura blah pergi Paris sebab nak kejar cita-cita dia. Tapi dihidu oleh Zack dengan bantuan Tan Sri Puteh. So, they live happily ever after dengan kekayaan melimpah ruah.

'Bagus'lah citer ni. Betapa pentingnya duit kan? Memang la duit tu penting . . . tapi sebab duit ko sanggup buat macam-macam kan? Aku tak nampak connection LOVE kat sini. Hmmmmm . . . atau aku yang salah faham dengan citer ni?

Okaylah. Panjang sangat entry movie kali ni. Aku sendiri pun cam serabut je nak baca balik tengok typo error. So, kalau ada typo tu, maaflah yea. Tak koser mak nak check. Hehehehe.

Chau Chin Chau!.

Kejam!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Eeee . . . semalam aku tengok video bebudak ni. Arini kuar paper.

Staff pusat asuhan ni memang patut kene penjara dan bedung dia pastu salotape mulut dia!

Takde pikiran betol!

As a mother, aku sangat sakit hati bila tengok video tu.

Aku harap staff berdua tu sila bertaubat yea! Mohon ampun dengan Allah!

Ramai dah orang sumpah seranah korang, aku tak taula hidup korang camne lepas ni . . . aku doakan korang dapat rahmat dari Allah.



Benda ni berlaku kat Masai, Johor. Gara-gara tak puas hati ngan majikan, staff buat video seperti itew! Aku harap tuan punya taska ni berkata benar yea . . .

Masih lagi berfikir-fikir, sebab takut nak hantar anak pergi taska. Sebab macam-macam cerita kurang enak tentang taska kat Malaysia. Hmmmmm . . .

Luruh hati seorang ibu  =___=

Tuesday, February 28, 2012

New Kids On The Block!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

My third entry for today. This entry for new kids on the block!

My dear cuzzie Qairyah Altafunnisa !

Welcome to the real world dear!

Hope you will be muslimah sejati my dear!

Allahuakhbar your niece is older than you! Hahahahaha . . . cemane la sok besar. nak panggey apa ntah!

This is I present to you 

Qairyah Altafunnisa



Gambor ni aku cilok dari Mummy Qis. Jangan mara dan bebel! Hahahahaha . . .

Cam muke paksu aku! Lebar.... tettttt-

Selamat Berpantang yea Mummy Qis!

Sila pakai PB yang awak beli itew!

Bye!


Lupe plak budak kenit ni kluar 24hb February 2012. Berat 2.95kg. Jam 12.25pm.

Kereta dan Ayam

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini sedikit sebok namun aku nak update jugak belog di kala langit sedang berdentum dentam dengan guruh, petir dan kilat.

Allah Maha Besar!

Hari ahad petang lepas, di kala sedang berjalan menaiki kereta menuju ke umah my dear Mummy Qis. Budak dua orang itew melayan Ayam Goreng hasil gorengan si Ibu. Hari hujan pulak tu, mau tak lapar perot si tuan puteri berdua itew.

Jom kita lihat betapa asyiknye mereka makan ayam!





















Sedap nye woh!

kawen kawen kawen!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Sorry arr dah lama tak update belog. Kelihatan ada sedikit habuk disana sini. Hohoho. Memandangkan dah lama tak update belog maka aku update bacaan yang ringan-ringan saje.

Kang cam stress pulak bile baca mende berat-berat kan?

Inilah hasil bila segala peralatan hantaran terbiar di sekeliling rumah . . .

Alat ini telah menjadi bahan ujikaji oleh bebudak kecit dua orang ni . . .

Sebelum . . .


Selepas . . .








Hehehehe . . .

Wednesday, February 22, 2012

Aku Sebok!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku sebok!.

Takde masa nak hupdate belog.

Ni pun curi-curi sebelum waktu balik kul 5.30pm.

Sok nak pegi lagi Pameran Buku 1Malaysia kat UTM. Sesape yang ada masa lapang tu jom le singgah kat UTM Jalan Semarak.

Aku ada kat UTM dari 21hb sampai 24hb.

Pastu kat UTM Skudai pun ada dari 24hb hingga 3hb. Tapi aku takde kat sana la . . .

Okay, bye!

Tuesday, February 21, 2012

dua puluh satu haribulan dua dua ribu dua belas

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.



Today me already 29!

Next year same day i'm in 3 series group.

Subhanallah. Allahuakhbar. Alhamdulillah.

Syukran ya Allah di atas nafas, kegembiraan, kesihatan, harta, rezeki dan segalanya yang Kau berikan padaku. Aku bersyukur di atas segalanya yang Engkau berikan padaku.

Semoga kecintaanku pada Mu dan keimanan ku pada agama Mu tetap hingga hujung nyawa ku.

Aku bermohon kepadaMu semoga rezeki di limpahkan lagi rezeki, diberikan sebaik-baik kesihatan, ditetapkan iman ku. Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Amin.

Happy Birthday!!!!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dua puluh satu haribulan dua tahun dua ribu dua belas. Aku ngan dia dah 29 tahun!. Hohohoho!. Tahun depan masuk 3 series. Mak aih!.

Takpe. umo biar banyak. banyak pengalaman. jiwa mude. hati cute.

Perasanla cute-pitams-matikla verangans-

Aku nak ucapkan 

Happy Birthday to My Dearly Darling!

NUR FARAH MUSA

Babe, aku rompak gambar ko kat FB .... jangan marah nanti muka nampak tua...hahahahaha

Hope you will met your Mr. Right and married HIM
-of course-

tu je la wish aku untuk ko tahun ni. wish lain bior aku simpan dalam doa aku jek.

Babe!

I Love You and Miss You.

Okay, Bye!.

Monday, February 20, 2012

Aku Belum Mati

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sabtu malam Ahad lepas aku tengok cerita Aku Belum Mati. Citer ni dah pernah tunjuk kat Astro Prima. Tapi aku baru nak tengok. Encik Usben yang tolong donlot kan . . . miahahahaa.

Bila dah tengok cerita ni, aku rasa citer ni cam citer Thailand tu. Citer Nang Nak. Cumanya versi Melayu. Si Mak nye jadi Suma (Norman Hakim). Si Nak nye jadi Indah (Liyana Jasmay). Seb baik bukan si memek. Hahahaha.

Jalan cerita nya sama je cam citer Nang Nak. Maka takyah la aku citer jalan citer Aku Belum Mati. Ni aku ada letak movie Nang Nak. Kalau ada sape-sape yang dah lama tak tengok dan tak pernah tengok citer Nang Nak, jom kita layan citer ni jap. Hohohoho . . .

Mak-

Nak-

Seram-

Cari selimut dan bantal.



ok bai!

p/s: aku cari gak movie Aku Belum Mati kat You Tube. Takde. 

Chocolate Torte

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Isnin. Always Monday Blues **sigh**

Semalam aku tryla nak buat Chocolate Torte . . . tapi sayang. Lain dibayang dan ditengok kat internet, lain yang jadi ke aku . . .

=___=

Tapi tu la aku lupa nak amek gambar apa yang jadi kat kek aku . . . sedey

=___=

Kek aku membuak-buak keluar dari acuan . . . da macam gunung berapi da. Ini first time in my life buat kek. Kek jadi membuak-buak sebegitu rupa . . .

Aku tak pasti kenapa dia jadi macam tu . . .

Sepatutnya Chocolate Torte aku jadi camni . . .



Ni tak . . . da macam rupa larva yang keluar dari gunung berapi. Menyesal pulak tak amek gambar kek aku. Mesti korang terkejut. Takpelah korang bayangkan je la . . .

=___=

Takpe nanti aku nak cuba lagi . . .

Ni resipi dia . . .

Bahan-bahan:

226 gram butter
226 gram bittersweet cooking chocolate
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
6 biji telor yang diasingkan kuning dan putih
1 sudu kecil tartar krim (korang boleh beli kat pasar raya atau kedai Bagus.)

Cara-cara:

1. Panaskan oven 117 darjah celsius.

2. Telor harus dikeluarkan dari peti ais. Asingkan telor putih dan kuning. Pastu rehatkan dalam 30 minit.

3. Cairkan butter dan chocolate (double boiler) - kalau takde double boiler, korang guna je la microwave, cairkan dalam seminit dua. kacau sebati secara perlahan. Letak tepi.

4. Pastu pukul telor kuning ngan baki 1/2 cawan gula. Pukul sampai naik. Adunan tu jadi berkrim dan bertukar kaler lemon. Lepas tu kalau korang biarkan, dia jadi cam turun sedikit.

5. Pastu campurkan adunan coklat ke dalam adunan telor kuning.

6. Pukul putih telor dengan kelajuan tinggi. Biler dah jadi 'soft peak' masukkan krim of tartar. Pukul lagi. Pastu masukkan 1/2 cawan gula dan pukul sampai jadi 'peak'. Nak tau jadi ke tak jadi telor putih tu, cube korang terbalik kan mangkuk tu pastu kira 1 sampai 10. Kalau tak jatuh tu, jadi la . . . Ada berani?

7. Kemudian masukkan separuh putih telor dan kaup balikkan. Kemudian masukkan lagi baki telor putih dan kaup balikkan.

8. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 50 - 60 minit . . .

Korang cuba la . . . kalau kek korang tak jadi gunung berapi cam aku, maknanya korang terer dari aku. Hahahahaa . . .pelik tol la aku nye kek jadi larva kek pulak . . . Hmmmmm. Nak buat semula la camni. Tak pueh hati den!

Selamat Mencuba!

p/s: sok aku 29, ada sape-sape nak banje aku kek tak?

Friday, February 17, 2012

Mohon Perlindungan Dari Mu

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tadi daku dok usha-usha dinding muka buku. Lalu ternampak gambar ini. Ya Allah, runtun hati seorang ibu pabila melihatkan gambar seperti ini.


Seorang ibu menangisi pemergian si anak gara-gara keegoan seorang pemerintah dan kezaliman si para tentera. Ya Allah Ya Tuhanku, hanya Engkau tempat aku berlindung dari segala bala bencana tak kira kecil atau besar.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tempatkanlah mereka-mereka ini didalam syurgaMu. Jauhilah mereka dari azab api neraka Mu dan azab kubur Mu.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Penunggang Hantu

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dulu . . . 21 Februari 2007, aku dah tengok cerita ni. Tengok ngan sape lagi. Ngan Encik Usben la. Tapi masa tu tak kaweng lagi. Hohohoho . . .

Nak kata aku suka sangat jalan cerita dia takdela sangat. Tapi cam suka sket la kat Nicholas Cage tu yang tengok. Lagipun masa tu citer tu je yang agak best dan cerita yang aku boleh layan. Itu pasalla aku tengok cerita tu . . .



Ni ada sket sinopsis pasal Penunggang Hantu a.k.a Ghost Rider I yang aku amek dari wikipedia. Thank you wikipedia (^^,)v

Penunggang hantu adalah nama antiheroes beberapa fiksyen ghaib yang terdapat dalam buku-buku komik yang diterbitkan oleh Marvel Comics. Marvel sebelum ini telah menggunakan namauntuk watak Barat yang namanya kemudian ditukar kepada Rider Malam dan seterusnya ke Phantom Rider.

Ghost Rider ghaib pertama adalah lagak ngeri penunggang motosikal Johnny Blaze, yang,untuk menyelamatkan nyawa mentornya, bersetuju untuk memberi jiwanya kepada "Syaitan". Sebaik jiwanya terikat kepada entiti dipanggil Zarathos. Dengan menggunakan kuasa Zarathos' daging Blaze seolah-olah dimakan oleh api neraka, menyebabkan kepalanya menjadi tengkorak berapi. Dia menunggang motosikal yang berapi-api.

Beliau membintangi siri ini dari 1972-1983. Rider hantu bersama dicipta oleh Gary Friedrich.
Ghost Rider berikutnya siri (1990-1998) memaparkan Danny sebagai Rider Hantu baru.Selepas kakaknya telah dicederakan oleh samseng ninja, Danny datang dengan sebuah motosikal yang entah bagaimana mengandungi intipati "Spirit of Vengeance".

Johnny Blaze muncul semula dalam siri ini tahun 1990-an sebagai watak sokongan dalam komik pertengahan 2000-an, Kemudian Johnny Blaze muncul lagi sekali menjadi Ghost Rider.  Dan wataknya digalas oleh Nicholas Cage dan Matt Long memainkan Johnny Blaze dalam filem Ghost Rider 2007.

Untuk Ghost Rider II, harus ke tak aku pergi tengok . . . Sebab biler tengok trailer dia cam kureng jek.

Ce korang tengok Trailer dia . . . cam kureng la kalau dibandingkan dengan Trailer Ghost Rider I.




Hmmmm . . . masih lagi terfikir-fikir hujung minggu ni nak masak apa. Apa yang sedap dimakan untuk hujung minggu?

Chau Chin Chau.

Potty Training

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sesi potty training bermula untuk Cik Safiyyah Zaharah. Tapi aku boleh buat seminggu sekali je la camtu. Dia pun cakap tak berapa nak reti lagi. Jadi kene ajar slow-slow.

First time potty . . .

Cik Safiyyah kat kerusi meja makan. Aku plak tengah suapkan Cik Sakinah sarapan. Tiba-tiba . . .

Cucu: Ibu, tumpah . . .

Nenek: Apa yang tumpah?

Cucu: Tumpah . . .

Nenek pun bangun tengok . . . rupa-rupanya beliau dah menumpahkan 'air kencing' nya kat kerusi. Habes lencun kerusi . . .

=____=

****************************************************************
Second time potty . . .

Cik Safiyyah main-main, tetiba menyorok di belakang langsir. Okay, saat untuk beliau membuang air besar. On that day memang aku tak bagi dia pakai pampers. Dah semua orang kecoh suruh dia pakai pampers . . .

Mengamok terus Cik Safiyyah sebab orang ganggu sesi pengeraman . . . hohohoho. Terbantut Cik Safiyyah nak membuang . . .

Bila da terbantut . . . kenela pakaikan dia pampers tu pun dia mengamok sebab tak puas hati sebab tak dapat membuang dengan puas. Huh-

=____=

****************************************************************
Third time potty . . .

Aku da siap pesan kat dia nak kencing bagitau Nenek tak pun Ayah.

Ibu: Kakak, nanti kalau nak kencing, cakap ngan Nenek. Takpun kakak cakap ngan Ayah tau.

Anak: tak nak ibu.kakak taknak tencing.

Ibu: Ibu pesan je. Nanti nak kencing bagitau tau.

Anak: Tak nak ibu. Kakak taknak tencing.

Beberapa jam berlalu . . . aku kat office.

Cucu: Nenek, tumpah!

Nenek: Apa yang tumpah?

Nenek pun berlari tengok cucu kat bilik . . . rupanya Cucu da kencing . . .

=___=

***************************************************************
Hmmmm . . . inilah cabaran seorang Ibu, Nenek dan Ayah untuk mengajar si Anak a.k.a Cucu untuk potty training.

Kadang aku fikir nak biar je dulu, tunggu dia reti cakap betol-betol. Sebab sekarang ni pun dia tak berapa reti sangat cakap. Kadang aku rasa cakap ngan dia macam Malaysian talk to Foreigners yang tak reti cakap english. Pengsan!

Korang rasa camne erk? Ada pendapat tak? Sila bantu aku. Sebab aku memerlukan sedikit guidance . . .

p/s: Cik Safiyyah ni kalau nak poo dia akan cari satu port untuk ber'poo'. Port tu haruslah tiada orang lalu lalang contohnya belakang pintu bilik, belakang langsir & tepi meja makan . . .

ADIOS!

Saiful Apek Mungkin Akan Dipenjarakan...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ceria dan Salam Jumaat. Selamat berhujung minggu. Ho Yeah!. Pagi ni aku terbaca artikel tentang pelakon lawak terkenal tanah air kita. Hmmm, apa nak jadi yea dengan artis-artis kita ni. Kenapa la nak sentuh dan ambil benda haram tu. Tengok apa dah jadi bukan setakat nama sendiri je buruk. Nama keluarga pun terpalit sekali. Begitu juga dengan nama negara.

Macam-macam

=___=

Ini artikel yang aku baca kat Yahoo tadi. Thanks to yahoo.




16 Feb – Pelakon komedi terkenal tanah air, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saifulazam Mohamed Yusuf mungkin berhadapan dengan hukuman penjara jika didapati bersalah atas penyalahgunaan dadah selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis ganja.

Pada 10 Jun 2010, Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita telah ditahan polis selepas serbuan yang diketuai oleh Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli dibuat di sebuah kondominium di Bandar Sunway

Ketika perbicaraan, Sarjan M. Sanggar, 48, memberitahu dia telah membuat ujian air kencing terhadap empat tertuduh – Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28.

"Ujian air kencing menunjukkan keempat-empat tertuduh didapati positif dadah," kata Sanggar.

Pada 1 November tahun lalu, pelakon "Bujang Telajak" ini dan rakan-rakannya mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Zambri Idurs dan Mohd Fadli Hashim telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan boleh dipenjara selama dua tahun atau denda maksimum RM5,000 jika didapati bersalah.

Perbicaraan dijadualkan bersambung semula pada 27 Mac akan datang.

Kalau dah ujian air kencing positif dadah tapi taknak mengaku pulak. Camne yea? Konpius aku. Hmmm . . .

Macam-macam

=___=

Semoga artis dan golongan-golongan yang mengambil benda haram ni pulang ke jalan yang benar dan lurus serta diredhai Allah. Aku mendoakan segala kebaikan korang di dunia dan akhirat. Amin.

Wassalam.

Thursday, February 16, 2012

Mas Kahwin

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ni latest nye 'harga' Mas Kahwin. Untuk kaum Adam, sediakan duit secukup nya yea.



Kepada sesiapa yang verangans nak kawen ngan kerabat-kerabat Selangor, sedia-sediakan la duit lebey. Hohohoho . . .

Aku kesian kat Kaum Adam sekarang ni . . . nak kawen kene sedia duit kawen banyak. Duit hantaran kalau tak RM 10K tak sah . . .kalau yang dapat setakat mintak RM 7K - RM 8K sila bersyukur ok. Kepada mak ayah, kalau boleh tu janganlah letak harga tinggi sangat. Tanya pihak lelaki mampu ke tak mampu, bawa-bawa berbincang. Janganlah sampai menunjukkan kita ni seolah-olah nak jual anak pulak . . .

Hmmm . . . macam-macam hal.

ADIOS!

Petua Melebatkan Rambut

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak kongsi petua melebatkan rambut. Aku ada lima petua atau lima cara untuk melebatkan rambut. Selain dari korang pergi Yun Nam Hair Care. Korang leh la cuba petua ni . . .

Petua pertama:
Korang amek batang dan daun muda setawar putih. Korang basuh daun tu bersih-bersih pastu ditumbuk halus. Bukan blend yea. Kemudian korang embunkan semalaman. Esok pagi sapu kat kepala dan biarkan ia kat kepala selama sejam. Lepas tu baru bersihkan.

Petua kedua:
Korang amek daun lidah jin pastu amek cecair dari daun tersebut pastu sapu ke kepala. Biarkan dalam 10-15 minit, selepas itu bilas dengan air.

Petua ketiga:
Korang amek daun bunga raya, ditumbuk lumat. Pastu disapukan pada rambut. (petua ni digunakan oleh umie aida)

Petua keempat:
Korang amek daun keembung dan direbus hingga mendidih. Lepas tu korang tapis dan airnya dibiarkan sejuk. Sapu kat kepala dan biarkan selama 15 minit dan bilas.

Petua kelima:
Amek daun labu kayu. Korang rebus sampai mendidih. Bila dah sejuk, korang tapis dan basahkan rambut guna air rebusan tu. Biarkan dalam 10-15 minit. Bilas.

Jangan lupa baca bismillah dan selawat. Dengan izin Allah rambut anda akan lebat. Selamat Mencuba!.




*****************************************************************
Aku dulu arwah Mak Tok aku sapu minyak kelapa kat rambut aku. Maka, rambut aku lebat sampai kini. Bila pegi kedai gunting rambut, si Tukang Gunting selalu mengeluh sebab tangannya lenguh nak gunting rambut aku. Hohohoho . . .

Aku ingat lagi satu kes pasal gunting rambut. Aku ngan sepupu aku punya rambut yang sangat lebat. Satu hari tu, sepupu aku pergi gunting rambut kat Taman Permata. Esoknya aku pulak pergi. Sewaktu aku gunting rambut, aku dengarlah si Tukang Gunting tu seolah merungut . . .

Tukang Gunting: Semalam ada sorang rambut macam budak ni. Lebat dan tebal!.

Aku: Padan muka ko. Sepupu aku le tew.

Tukang Gunting: Lenguh tangan aku nak gunting rambut dia.

Aku: Miahahahahaha . . . .

Weyh, ko patut bersyukur kitorang tak datang sekali dua. Kalau datang dua-dua hazab ko nak gunting rambut. Miahahahaha.

****************************************************************
Ada lagi satu kes gara-gara rambut aku. Masa tu tahun 1996 kot takpun 1997. Aku nak gunting rambut pendek. Pendek sependeknya. Masa tu rambut aku dah separas pinggang. Tak larat deq non nak jaga. Maka aku pun nak potong rambut pendek. 

Cina tu potong macam hape je. Dah complain pun, dia takmo potong lagi. Dia kata penat sebab rambut lebat dan panjang sangat. Aku bayar kot!

Selepas kejadian tu, memang tak la aku pergi kedai tu. Memang takkan pergi langsung. Sebab kedai tu kat Keningau, Sabah. Hahahahaha!.

****************************************************************
Baru ni aku potong rambut, kakak gunting rambut tu pun cakap lebat rambut awak dik. Sila bersyukur sebab rambut aku tak panjang paras pinggang . . . kalau tak lenguh tangan akak nak gunting. Hohohoho.

Terima kasih kepada arwah Mak Tok aku kerana selalu letak minyak kelapa kat rambut aku dan menyebabkan rambut aku lebat dan Tukang Gunting pun suka cari pasal ngan rambut aku. Dan aku juga bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku rambut yang lebat. Alhamdulillah.

Chau Chin Chau!

Wednesday, February 15, 2012

Hadiah Dari Suami untuk Isteri...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini masuk opis lewat sket sebab pegi opis client kat Batu Caves. Collect cheque saje. Ops! lari topic suda. Arini aku nak kongsi tazkirah sket. Hadiah dari suami untuk isteri.

Jom kita baca . . .

1. Hadiah Mendengar : 
Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangat dengan apa yg nak dikatakan. (eye contact)

2. Hadiah Tanda Kasih : 
Jangan kedekut utk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri.. dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yg ada didalam diri anda..

3. Hadiahkan Sehelai Nota :
Ia mungkin ringkas seperti “Sy Sayang Awak!.” , “sy nak awak selalu!” “Senyuman awak buat hati sy tenang.” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa..

4. Hadiah Ketawa : 
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.” “Sy suka cara awak ketawa” “Sy suka cara awk berjalan” dan lain2.

5. Hadiahkan Puji-Pujian :
Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak la” atau “Sedapnya masakan awak” atau “Cantik baju ni syg!” dan lain2..

6. Hadiah Bantuan : 
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak, dan lain-lain kerja yg boleh mengurangkan keletihan isteri dengan kerja2 rumah dan tambah2 lagi isteri yg juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.

7. Hadiah Bunga : 
Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda. Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yg benar2 dia tak jangka.. Bercuti di tempat2 yg indah dan romantik..

8. Hadiah Bersendirian : 
Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

9. Hadiah Keceriaan : 
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

10. Hadiah Riadah : 
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu, Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang..

11. Hadiahkan Doa : 
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Hopefully ada la usben-usben yang baca including my Encik Usben also . . . hehehehe. Thank you because you love me so much (^^,)

I love you too, tree, for . . . .


Chow!

Tuesday, February 14, 2012

Si Rota

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku nak membincangkan tentang rotavirus! Memandangkan kini virus ini makin menular di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Hopefully they will recover and be a an active kids again. InsyaAllah. To all parents, sila bersabar dan redha di atas ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t.

Inilah dia si rotavirus . . .



Apa itu rotavirus?

Bukan keropok rota-rota tu yea. Rotavirus adalah punca yang paling biasa cirit-birit yang teruk di kalangan bayi dan anak-anak muda, dan merupakan salah satu daripada beberapa virus yang menyebabkan jangkitan yang sering dikenali sebagai flu perut, walaupun tidak mempunyai hubungan dengan selesema.

Ia adalah genus virus RNA yang terkandas dua kali dalam Reoviridae keluarga.Oleh usia lima tahun, hampir setiap kanak-kanak di dunia telah dijangkiti dengan rotavirus sekurang-kurangnya sekali. Walau bagaimanapun, dengan setiap jangkitan, imuniti membangun, dan jangkitan yang berulang adalah kurang teruk. 

Dewasa yang jarang terjejas. Terdapat lima spesies virus ini, yang dirujuk sebagai A, B, C, D, dan E.

Rotavirus A, yang paling biasa,menyebabkan lebih daripada 90% daripada jangkitan pada manusia.
Virus ini disebarkan melalui laluan najis-lisan. Ia menjangkiti dan merosakkan sel-sel yang melapisi usus kecil dan sebab-sebab Gastroenteritis. Walaupun rotavirus telah ditemui pada tahun 1973 dan akaun sehingga 50% dimasukkan ke hospital untuk cirit-birit yang terukdalam bayi dan kanak-kanak, kepentingannya masih tidak diketahui secara meluas dalam komuniti kesihatan awam, terutamanya di negara-negara membangun. 

Di samping kesan ke atas kesihatan manusia, rotavirus juga menjangkiti haiwan, dan patogen ternakan. Rotavirus biasanya penyakit yang mudah diuruskan kanak-kanak, tetapi di seluruh dunia hampir 500,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun masih mati akibat jangkitan rotavirus setiap tahun dan hampir dua juta lagi menjadi sakit tenat. 

Tanda-tanda pesakit dijangkiti Rotavirus.

Rotavirus gastroenteritis adalah penyakit ringan hingga teruk yang dicirikan oleh muntah, cirit-birit berair, dan demam gred rendah. Sekali seorang kanak-kanak dijangkiti oleh virus, terdapat tempoh pengeraman kira-kira dua hari sebelum gejala muncul. Gejala sering bermula dengan muntah-muntah diikuti oleh 4-8 hari cirit-birit sedalam-dalamnya. Dehidrasi adalah lebih biasa dalam jangkitan rotavirus berbanding di kebanyakan yang disebabkan oleh patogen bakteria, dan merupakan punca kematian paling lazim yang berkaitan dengan jangkitan rotavirus.

Rotavirus A jangkitan boleh berlaku sepanjang hayat: yang pertama biasanya menghasilkan gejala, tetapi jangkitan yang berulang biasanya ringan atau asimptomatik, sebagai sistem imun menyediakan beberapa perlindungan. Oleh yang demikian, kadar jangkitan gejala tertinggi. di kalangan kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan berkurangan secara progresif ke arah umur 45 tahun. 

Jangkitan di kalangan kanak-kanak yang baru lahir,walaupun biasa, sering dikaitkan dengan penyakit ringan atau asimptomatik; Gejala-gejala yang paling teruk cenderung untuk berlaku di kalangan kanak-kanak enam bulan dua tahun umur, orang tua, dan mereka dengan fungsi sistem imun dikompromi atau tidak hadir. Oleh kerana imuniti yang diperolehi dalam zaman kanak-kanak, kebanyakan orang dewasa tidak mudah terpengaruh dengan rotavirus; gastroenteritis di kalangan orang dewasa biasanya mempunyaisebab lain daripada rotavirus, tetapi jangkitan yang asimptomatik dalam orang dewasa boleh mengekalkan penghantaran jangkitan di dalam komuniti. 

Kepada sesiapa yang punya anak dan anak anda mengalami demam, muntah dan juga cirit birit, sila bawa terus ke Hospital yang berdekatan. Dan berikan anak anda air yang sudah dimasak. Elakkan memberi anak-anak anda air yang dijual di kedai atau di gerai.

Kredit to wikipedia.

Pesanan dari seorang ibu yang prihatin sebab anak aku pun pernah mengalaminya cuma masa tu belum mengetahui kewujudan rotavirus ini. Dan Alhamdulillah anak aku sihat tanpa pergi ke Hospital.

Oh ya, kalau korang ada air zam-zam berilah anak-anak minum dan memohon pada Allah dengan izinNya ubatilah anak aku dengan air zam-zam. InsyaAllah, anak anda akan sihat dengan izinNya. Sebab aku bagi anak aku minum air zam-zam dan dengan izinNya anak aku sihat dari demam, muntah dan cirit birit. Alhamdulillah.

Bye!

Shomuni a.k.a Office Girl

Assalamulaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Shomuni. General Administration Section 2 (GA-S2). Mula-mula aku yang tengok citer ni. Pastu aku yang ajar dia tengok citer ni. La ni, dia yang tengok citer ni sampai Final Season. Cheiis.




Shomuni (Power Office Girl). Ceita ni pasal GA-S2 yang diketuai Chinatsu Tsuboi. Dahla dia yang paling tinggi pastu dia lah yang akan bawak tangga untuk repair lampu yang rosak kat Manpan Industries. Cerita ni memang kelakar dan lucu. Diorang ni sangat anti dengan Bahagian HR (Human Resource). Dan Bahagian HR pun memang anti dengan diorang. Sampaikan Bahagian HR ni sentiasa berusaha untuk membuang GA-S2 dari Manpan Industries. Pelbagai cara digunakan oleh Bahagian HR untuk buang GA-S2 nih. Aku pun kadang naik menyampah dengan Bahagian HR tu. Ada dua mamat dari Bahagian HR tu yang mencik giler dengan GA-S2 ni . . . nama diorang Terasaki dan Nonomura. Diorang ni lah yang selalu berniat jahat dengan GA-S2.

GA-S2 ni selalunya tolong tukarkan toilet paper dan repair lampu. Pastu diorang jugak yang prepare kan bisnes kad untuk semua staf. Diorang jugak lah yang akan check tahap kesihatan semua staf kat Manpan Industries. Diorang jugak lah yang akan tolong booking kan tiket penerbangan kalau ada staf yang kene pegi out-station. Dan diorang jugaklah akan bertungkus lumus menyiapkan event kalau Manpan Industries nak buat apa-apa event. Banyakkan keje diorang? Tu pun masih lagi si Terasaki ngan Nonomura tu cam dengki nagn diorang. Si HR (Terasaki & Nonomura), tau pegi makan dan cari kesalahan GA-S2 je. Huh-

Aku concentrate tengok citer Shomuni ni untuk season 1 je sebab aku ada VCD dia. Tapi untuk season 2 dengan Final Season aku tak concentrate sangat. Camne nak tengok nye weyh, dah ada anak.Macam-macam hal. Season 2 ngan Final Season tu pun Encik Usben yang donlot, gara terpengaruh hasil hasutan aku. Hahahahaha!.

Kalau korang rasa cam nak melapang kan fikiran leh la tengok citer ni. Tapi, seyes aku bagitau. Tengok petang-petang. Syok. Memalam tengok tak best. Hahahaha . . . psycho!. Sebab malam-malam aku takleh nak tengok sebab aku pastu lelaps!.

Aku suka watak Chinatsu Tsuboi. Korang suka watak sape? Encik Usben aku tak tau la dia suka watak yang mana . . . miahaahahaha. Dia suka watak bos GA-S2 tu kot. Hahahahaha. Sengals!

ADIOS!

segalanya ada 'T'

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama tak cerita pasal my kiddos kan? Sepatutnya last Friday aku cerita pasal diorang. Tapi disebab kesebokkan yang melampau aku hanya mampu buat entry simple je pada hari berkenaan. So arini is the right time kot. Hehehehe . . .

Both Zaharah already 2 years 9 month and 1 year 5 month. Wah! lagi 3 bulan je birthday Safiyyah. Hmmm, nak kene plan nak buat apa ni.

Firstly nak citer pasal Cik Safiyyah Zaharah dulu. Sekarang ni sedikit petah bercakap. Cuma belum settle potty training je . . . sejak nak terima orang baru ni, Ibu sebok sangat kadang tak dapat nak ajar Cik Safiyyah potty training. Hmmmm . . .

Dia memang petah bercakap dan kadang tu kebanyakan perkataan telah ditambahkan dengan huruf 'T'.

Seperti yang berlaku pagi tadi selepas bersarapan . . .

Anak: Ibu tenok!

Ibu: anjing.

Anak: ooooo, tanjing.

=____=

********************************************************************

Hujung minggu lalu, Umi aku ajar Cik Safiyyah tepok air dalam gayung.

Nenek: Safiyyah tengok ni. Nenek ajar.

Safiyyah sambil menepuk air: Tenek tajar! Ibu, tenek tajar.

=____=

Sepatutnya dia sebut tepok air bukan tenek tajar . . . huhuhuhu. Sadis!

********************************************************************
Dan setiap pagi, bangun tido mesti nak dengar lagu . . . which is I've made a folder for her songs at You Tube. Ibu dah boring la kakak dengar lagu yang sama pagi-pagi hari.

My next kids is Nursakinah Zaharah. Hmmm, ini budak tak boleh kene panas rasanya. Kene panas je demam. Last Sunday, aku kene cari barang sket untuk buat hantaran, so kelek la Cik Sakinah. Dengan tak disangka-sangka, dia demam pulak semalam. Suhu 38.8 darjah celsius. Hopefully arini dia okey.

Cik Nursakinah ni pun dah nak blaja cakap. Sikit-sikit. Tapi kalau dengar lagu tu, boleh la dia sebut sket-sket. Actually sometimes dia akan photocopy her sister act. Aiyoooo!.

Apa yang pasti si kecik ni sangat-sangat aktif! Sangat-sangat suka memanjat! Dan juga suka menconteng cadar!

=____=

Last week baru je dia conteng seluar tido dia ngan cadar. Cantek!. Nasib baik ada Vanish. Aku sayang Vanish. Sebab Vanish sangat memudahkan pekerjaan aku. Hohohoho . . .

Love you Vanish!

Jom layang aksi terbaru Cik Bebet dan Cik Bobot!.











Chow Chin Chau!

Say 'NO' to Valentine's Day!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Selasa dan salam ceria. Macam biasalah tiap-tiap tahun dan setiap kali 14hb februari, semua orang kalau boleh nak sambut Valentine's Day. Sepanjang aku hidup tak pernah aku celebrate. Jadah apa nak sambut bagai. Terang-terang kita dapat lihat ini hanyalah suatu keasyikan duniawi.

Lagipun dalam Islam menegah kita untuk menyambutnya. Dah, pe lagi? Tak faham-faham lagi? Tinggalkan. Korang tinggalkan dan tak sambut, free-free korang dapat pahala. Betol tak? Nak pahala tak? Nak kan?






Ni aku selitkan history of Valentine's Day yang telah diketahui ramai. This notes aku dapat dari wikipedia. Jom kita baca . ..

VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.

Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.

Apa yang kita dapat simpulkan disini supaya kita dapat satu rumusan yang cantik menarik dan tertarik ko memang da bomm!. Tak yah la korang nak nyambut Valentine's Day. Terang-terang dah salah dari segi syarak. Sebab kita seumpama mengingati si Valentine's tu punya kematian. Daripada korang dok bagi hadiah kat orang yang bukan muhrim, baik korang bagi hadiah kat Maha Pencipta. Korang berzikir dan juga berselawat ke atas Nabi. Korang dapat pahala, Allah pun sayangkan korang lebey!.

Tapi, tapi, tapi . . . ingin aku tegaskan disini. Islam tidak melarang anda berkasih sayang tapi ianya DIBENARKAN bagi orang sudah berkahwin!. Orang belum berkahwin DILARANG sama sekali.Orang yang belum berkahwin boleh berkasih sayang dengan Allah, ibu bapa dan adik beradik.

Lagipun, membazir je korang celebrate Hari Valentine ni. Sebok nak beli hadiah bagai untuk pasangan. Beli perfume la. Bunga la. Red Velvet Cake la . . . nak pegi makan malam la. Kalau korang lepas solat tu berzikir dan berselawat lagi senang. Tak payah kluarkan duit. Free je. Hehehehehe.

Sekian, terima kasih. Semoga ianya membantu . . .


Wassalam.


p/s: sebok je nak letak title valentine's day . . . miahahahhaa

Monday, February 13, 2012

Sumpahan Kum Kum

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Isnin. Aku mengantok giler arini gara-gara Cik Bobot tak lena tido malam tadi. Panas agaknya. Sebab bila aku sapukan air kat rambut dia, dia terus lena tido. Kesian anak ibu.

Arini nak share pasal movie Sumpahan Kum Kum.




Sumpahan Kum Kum ni mengenai seorang gadis yang berwajah sedikit hodoh dan tak reti bersyukur yang kau dah ada muka yang okey cuma ada jerawat batu je. Nama gadis ni Milah. Disebabkan tak reti nak bersabar dengan ujian yang Allah berikan kat dia, maka dia telah bertemu dengan Mak Som untuk membuatkan wajahnya cantik semula. Bodo punya pompuan.

Selepas menjalani aktiviti khurafat dengan Mak Som, maka cantiklah wajah si Milah dengan bantuan syaitonirojim!. Mak Som dah bagi si Milah ni syarat jangan tengok cermin selama 44 hari. 44 hari kan? ntahla aku tak amek port benda-benda nih. Tapi memandangkan sifat dan sikap manusia yang tak reti nak sabar, jadi si Milah yang bangang ni pun pegilah tengok wajah dia kat cermin. Apa lagi, hodoh la balik muka dia. Padan muka ko!.

Disebabkan kemaluan yang teramat sangat sebab mukanya kembali hodoh. Milah pergila jumpa Mak Som dan tanya apa cara untuk mencantikkan wajahnya semula. Mak Som kata dah takde cara melainkan minum darah dari 9 orang gadis sunti. Mak Som cabar si Milah. Kalau ko berani ko buatlah. Memandangkan diri sudah dihasut syaitonnirojim, Milah menerima cabaran Mak Som. Yang paling bodoh perbuatan si Milah ni, ialah, dengan bijaksananya, si Milah telah memilih anak dara sunti Mak Som sebagai mangsa pertama. Bodo nye Milah. Sah-sahla Mak Som tau saper yang bunuh anak dia. Bengong. Hasil dari kebodohan Milah, Mak Som bunuh Milah dan dari situlah bermulanya sumpahan kum kum. Sebab si Milah ni bersumpah akan membunuh semua anak perempuan yang pertama dalam keturunan Mak Som.

Gila ke apa, ko dah mati sebok nak bersumpah bagai. Jadilah si Milah Hantu Kum Kum sebab nak balas dendam. Dari sini lah bermulanya sesi pembalasan dendam Kum Kum. Patut movie ni letak title Dendam Si Kum Kum. Hahahahaha . . .

Tapi, inilah movie pertama hantu yang orang baik menang. Kalau tak tu selalu je Hantu menang. Tak best langsung. Tapi jalan citer dia agak perlahan dan menyebabkan aku terlelap sebentar. Hahahahaha. As always aku kan kaki tido. Seb baik Encik Usben tolong kejutkan kalau tak sah-sah aku bantai tido sampai abes citer. Miahahahaha.

Malam itu aku tido dalam sedikit ketakutan, sebab sampai nak pegi toilet pun takut. Hahahahaha. Takut okey. Nape ntah. Tapi takotlah. Hohohoho . . .

Okaylah, tu je citer untuk minggu ni. Hmmm, aritu aku janji nak share pasal kegemaran Encik Usben kan, lupa plak . . . later la I will share it with you.

Chow!.

Friday, February 10, 2012

Selamat Hari Lahir!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini short entry sebab aku sedang sebok menghandle akaun. Akaun la konon!. Okay, berbalik kepada kisah asal. Aku nak wish Happy Birthday to my tok ayah. Aku tau dia takde tenet kat umah dia. Dan dia pun sentiasa berbaring di atas katilnya gara-gara mengalami strok sebelah kanan badan. Berapa erk umo dia . . . jap nak kira.

Dia lahir 1930, sekarang 2012 . . . maka umo dia skang ialah 82. Kalau tak salah aku la dia lahir 1930. Hmmm, apa punya cucu daaaa.

p/s: arini SZ 2 tahun 22 bulan and NZ pulak 1 tahun 5 bulan.


ADIOS!

Thursday, February 9, 2012

Sesuatu Yang Tertinggal

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak update pasal movie. Coz semalam sedikit sebok. Kata baru masuk kerja selepas berhari-hari cuti. Kebanyakan rakyat Malaysia yang berada di luar negara, berasa agak jealous disitu sebab Malaysia banyak cuti. Hahahahaha.

Hari apa ntah aku tengok citer ni. Tapi citer ni sedikit different ngan citer hantu lain. Aku rasa okeyla citer ni. Cuma yang aku tak faham kenapa biler citer hantu je, hantu je yang menang. Boleh tak kita manusia yang sempurna ni menang. Menyampah betol.

Gara-gara citer ni la Encik Usben termimpi-mimpi watak Sara Ali. Hohohoo. Nice!

Citer ni pasal mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama. Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya. Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain. Ketika pemindahan almari tersebut, almari tersebut telah meretakkan satu lantai papan. Dan didalam lantai papan tersebut ada tersimpan pelbagai cermin yang mengurung roh-roh jahat. Arsyad telah mengambil salah satu cermin tersebut dan memberi kepada Mona. Dan dari situ bermulalah peristiwa aneh didalam rumah tersebut.

Ni aku letak sekali movie dia. Selamat menonton. Credit to You Tube. Hehehehehe . . .



Selamat Menonton!.

Ghajini

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Malam tadi aku tengok movie hindi tajuk Ghajini. Actually citer ni ada dalam Tamil version. Tamil version yang dulu buat. Pastu baru diorang buat Hindi version.

Movie title still the same even its in Tamil. If in Tamil version, hero dia is Suriya. And dalam Hindi version, Aamir Khan jadi hero dia.

Citer Ghajini ni pasal seorang ahli perniagaan Sanjay Singhania(Aamir khan) yang jatuh cinta dengan seorang aktres. Tapi, satu hari aktres ni terjumpa dengan seorang budak yang ketakutan dalam keretapi. Rupa-rupanya budak tu bakal dijual oleh orang jahat as a pelacur. Jadi, aktres ni selamatkan lah budak tu. Rupa-rupanya ramai lagi budak-budak perempuan yang bakal dijual. Jadi aktres tu dapat selamatkan semua budak-budak tu. Memandangkan aktres tu dah selamatkan bebudak tu, sah-sahla orang jahat akan cari dia. Si Ghajini tu la yang jadi dalang segala kejahatan dan penjualan bebudak tu. Jadi aktres yang merangkap makwe si Sanjay Singhania ni telah dibunuh secara ngeri yang menyebabkan Sanjay Singhania tu hilang ingatan gara-gara kene pukul ngan Ghajini. Sanjay Singhania mengalami short term memory loss. Jadi bermulalah sesi pembalasan dendam Sanjay Singhania terhadap Ghajini. Macam mana dia balas dendam? Sila tonton cerita ini sampai tamat yea.

Ni ada Hindi version . . .



Terasa seperti Aamir Khan sangat kuat dalam cerita ni . . . orang yang tak suka tengok citer ganas-ganas, tak yah tengok yea.

Selamat Menonton!.

Wednesday, February 8, 2012

Happy Birthday To You!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hohohoho . . . bersawang dah aku nye belog neyh. Readers pun cam tak gerak jew. Malas update takdela readers!. Seminggu cuti. Bila dah seminggu cuti, belog pun cuti jugak.

Aku nak wish Happy Birthday to my dearly sayang . . .




Happy Birthday!

Hope you will have a lot of prosperity!

Hope you will have a lot of healthiness!

Hope you will have a lot of wealthiness!

We love you so much!

With Love,
Ayang and kiddos.

Wednesday, February 1, 2012

Amekkaw!

"Hey! aku kata aku nak air. Apa lagi tercegat kat situ."

"Baik, bang."

Tiap-tiap hari ada sahaja jeritan dari rumah kelamin milik Watie dan Zul. Ada sahaja herdikan dari Zul buat Watie. Sepanjang perkahwinan mereka hanya herdikan, sepak dan terajang diberikan oleh Zul kepada Watie. Tiada lagi kata-kata kasih sayang seperti semasa mereka bercinta dahulu.

Tiga tahun dulu, sebelum berkahwin. Zul sanggup mengugut Watie yang dia akan bunuh diri jika Watie tidak berkahwin dengannya. Tapi kini lain pula jadinya. Kasihan Watie.

"Watie, Mak Bedah boleh tolong kau. Cuma kau nak dengan tak nak je."

"Tak mahulah mak Bedah. Tak berani saya nak buat benda tu."

******************************************************************
"Abang cakap dengan Watie, abang pergi jumpe betina tu lagi kan? Apa dah tak cukup lagi ke yang Watie bagi kat abang?"

"Hey! kau jangan kurang hajar dengan aku boleh tak? Sukahati aku lah nak pergi jumpa betina mana pun. Kau apa susah? Dah, pergi siapkan nasi. Aku nak makan, lapar ni."

"Tau pulak lapar." getus hati Watie.

******************************************************************
"Abang, Watie nak keluar kejap, abang tinggal rumah. Nanti tolong angkat kain kalau hari hujan."

"Okey."

Kini tiada lagi sepak terajang yang diterima oleh Watie. Zul kini bagaikan lembu yang dicucuk hidung, hasil dari bantuan Mak Bedah, si dukun kampung. Kebahagiaan yang dicari Watie selama ini kini miliknya. Kalau dahulu dia yang sebok di dapur. Kini, Zul yang mengambil alih. Watie cuma duduk goyang kaki di hadapan televisyen tak pun dia akan berjalan ke rumah-rumah jiran.

Suatu hari datanglah seorang tua ini meminta sedekah. Namun dengan bongkaknya Watie menyahkan peminta sedekah itu pergi dari rumahnya. Seminggu selepas itu, Watie merasakan gatal-gatal di tangannya. Kelihatan tangannya seperti melepuh terkena air panas gayanya.

"Abang, tolong Watie bang. Gatal ni. Apa nak buat ni?."

"Kita dah cuba macam-macam, Watie. Abang pun dah takde akal nak buat macam mana."

"Abang ni kan tak guna lah!.Huh!."

Malam itu Watie terasa badannya seperti panas satu macam. Badannya pulak timbul gatal-gatal kemerah-merahan. Tergaru-garu Watie malam itu. Tidak lena tidur dibuatnya. Tiba-tiba dia terasa dadanya macam sesak. Dia cuba mengejutkan Zul, namun Zul tidak pula terjaga.

Matilah Watie dalam keadaan yang amat azab sekali tanpa pengetahuan Zul. Zul lena bagai diulit intan.



p/s: sejahat mana pun suami kita tak perlulah disihirkan . . . ada cara lain yang lebih afdhal lagi untuk mengubah si suami. Wallahualam.


Wassalam.