OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, July 21, 2011

Sekali Lagi

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Pe giler update sinopsis movie sampai tiga kali satu hari. Inilah akibatnya biler dah lama tak update. Sebok ngan keje gamaknye. Hari ni keje ada tapi kuranglah kekusutan. Ho ho ho. . . .

Citer ni pulak aku tengok hari Jumaat jugak. Aku tengok sengsorang. Encik Usben? dia tak layan citer camni. Tak suka. Cliche bagi dia. Kalau bagi dia tengok anime. . . .memang dia boleh hadap benda tu satu hari satu malam. Aku? Sorry la nak layan. Silap hari bulan aku lelap. Ha ha ha. Fair and square la kan?

Sekali lagi menceritakan tentang kisah Sheila (Lisa Surihani), Arman (Sam), Haris (Bront Palare) dan Amy (Mia Sara). Citer ni best. Storyline dia macam citer omputeh. Tak sama langsung ngan My Name is Khan.

Arman seorang penghidap autisme. Walaupun dia menghidap penyakit tersebut, Mamanya ingin mengahwinkan Arman dengan Farina. Kalau nak kawen mestilah kene pergi test baju. Arman lambat sampai, menyebabkan kemarahan Farina. Lalu Farina meninggalkan Arman kat kedai baju pengantin tu keseorangan. Masa nak balik, Arman hampir diragut. Tapi diselamat kan oleh Amy.

Bermula dari situ, Amy dan Arman berkawan baik. Sehinggalah satu hari, Sheila jumpa dengan Arman di padang permainan. Pengsan. Masuk sepital. Di hospital, Sheila menjerit-jerit suruh Arman berambus. Arman kan lurus bendul. Keluarlah dia dengan penuh tanda tanya kenapa Sheila benci dengan dia.

Semasa ketiadaan Sheila untuk pergi kerja. Amy lepak kat kedai Haris. Haris ni dah lama jatuh cinta kat Sheila. Sheila je lambat reply cinta tu. Haiiihhh.

Korang nak tau nape Sheila tu mencik sangat kat Arman? Sebab Arman tu la bekas suami dia. Bekas suami yang dah lama dia anggap dah mati. Cumanya Sheila tak tahu kenapa Arman tinggalkan dia. Arman tinggalkan dia sebab Arman mendapati dirinya mempunyai satu tumor kat dalam otak dia. Bila tumor tersebut dikeluarkan, Arman nya sikap akan berubah menjadi seperti kanak-kanak. Disebabkan itu, Arman menceraikan Sheila tanpa mengetahui Sheila dah mengandungkan anaknya. Sedeykan?

Jadi citer ni macam Jejak Kasih yang tak berapa jejak kasih sangat sebab si ayah (Arman) hilang ingatan tentang kisah cintanya dengan Sheila. Cuma Sheila je yang dapat rasakan. . . .sedeynya. At the end, Sheila kawen ngan Haris. Amy dapat dua ayah. Farina tak jadi kawen ngan Arman. As always semua orang happy! yeah!



p/s: percaya atau tidak. aku tengok citer dengan Abah aku. Abah korang ada ke nak layan citer ni?


ADIOS!

No comments:

Post a Comment