OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, July 28, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. . . .

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang! memandangkan aku nak cuti sok dan belog aku takkan aktif untuk beberapa hari berikutnya.

Maka dengan ini aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari Bulan Ramadhan yang sebelumnya. Dan semoga ibadat kita bertambah dari ibadat sebelum-sebelum ini.

Dan sempena Bulan Ramadhan bakal tiba ini, aku memohon keampunan dari anda-anda semua jika aku ada terkasar bahasa sepanjang dalam penulisan belog ini. Sejuta kemaafan aku pinta. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah Yang Maha Esa sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah.




Aku juga bersyukur pada-Mu Ya Allah kerana memberikan aku satu lagi peluang untuk menemui Ramadhan pada tahun ini. Tanpa Mu, aku takkan dapat merasai kenikmatan Ramadhan. Syukur pada-Mu Ya Allah.

Dan memandangkan bulan Ramadhan bakal tiba, korang dah ready ke stok buah kurma?



p/s: Selamat Berpuasa dan Selamat Mengumpul Pahala (^^,)


ADIOS!

Aku Permata. . . .

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang! Nak kongsi lirik lagu sket. . . .Lagu Aku Permata. Nyanyian Salma. Tetiba cam suka plak ngan lagu ni. . . .naper ntah!

Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan
Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar

p/s: bermain-main dengan perasaan. . . .


ADIOS!

Harimau vs Singa III

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. 
Ada sedikit keralatan dalam entri belog aku 
Harimau vs Singa II
Perlawanan malam ni yea, rakan-rakan. 
Bukan ari Sabtu seperti yang aku gembar gembur kan. 
Hohoho...kekhilafan dari pihak aku. 
Maaf.

Semoga Harimau Malaya dapat mengalahkan Singa Temasik.

Harimau Malaya harus skor 2-0

Jangan bagi Sang Singa membolos kan gol atau membolosi pertahanan Sang Harimau!

All the best!


p/s: mari pakat-pakat anak beranak dok depan TV nengok bola malam ni.


ADIOS!

Biadab!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. 
Pagi tadi aku pegi  
Pejabat Pos Malaysia yang kat Taman Melawati!  
Sila ambil perhatian 
Pejabat Pos Malaysia Taman Melawati! 
Terutama staf-staf kat situ. 
Korang boleh tak pemurah sket ngan senyuman? 
Ada emas ke dalam mulut tu 
atau 
korang tak gosok gigi pagi tadi sampai susah sangat nak senyum?
Aku pantang betol orang jaga kaunter kunyah chewing gum! 
Biadab tau tak! 
Dah la tak senyum! 
Pepagi camni senyum la wei! 
Lepas tu tak cakap Terima Kasih langsung! 
Aku pulak yang cakap terima kasih! 
Walaupun aku memang selalu cakap terima kasih 
(berlaghak la pulak)

Ubahla sikap tu wei! 
Ko keje ikhlas ke tak ikhlas? 
Bukan susah pun senyum tu! 
Lagi mudah dari sebut 1 2 3.



p/s: kepada kawan-kawan aku yang jaga kaunter sila pemurah dengan senyuman


ADIOS!

Monday, July 25, 2011

Harimau vs Singa II

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!

Harimau 3 dan Singa 5
takpe penentuan hari Sabtu ni (ari Sabtu ke?)
Apakah Harimau dapat mengalahkan Singa. 
Aku mara betol ngan dengan si Safiq Rahim 
Yang ko pegi Ong Bak player Singapore watpe?
kan da dapat KAD MERAH
Bijak! Bagus!
Tindakan paling bijaksana! 
huh!

Apa-apahal pun aku harap Harimau Malaya dapat menebus semula kekalahan! 
hope you guys will do the best!
walaupun aku tak minat sangat dengan bola sepak ni
. . . .
tapi bila ianya melibatkan tanahairku, 
semangat kesukanan aku melonjak-lonjak. 
Hehehehe

All the best Harimau Malaya!


p/s: takde aktiviti hujung minggu. menanti ketibaan seseorang yang tak kunjung tiba


ADIOS!

Friday, July 22, 2011

harimau vs. singa

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Selamat berhujung minggu. 
Esok perlawanan antara  
Malaysia vs. Singapura
Apakah kita dapat mengalahkan Singapura? 
Aku berharap sangat - sangat Malaysia dapat tewaskan Singapura!  
Go go go Harimau Malaya
Kali ni perlawanan akan diadakan di Temasik.
Apa yang aku dengar kat Temasik sana menggunakan padang sintetik
Padang sintetik tu lebey kurang cam padang hoki tu. 
Hopefully our player will be comfort in that field! 
All the best guys!



Aku bukan la peminat sukan bola sangat pun. 
Tapi bila melibatkan Malaysia
semangat kesukanan aku tetiba ada. 
hehehe. 
Korang camne pulaks?


vs.



Apakah?




dapat mengalahkan . . .



p/s: All the best to Harimau Malaya. . .hopefully 2 - 0. Selamat berhujung minggu!

ADIOS

empat ekor hantu cun!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam Ceria Jumaat. Malam tadi perlawanan Malaysia vs. Chelsea. Hmmm, ada sedikit kontroversi sket dalam perlawanan semalam. Aku tak pasti apa kontroversi tersebut sebab aku tak tengok bola. Aku tengok citer Hantu Susu kat Astro Ria. Hah! citer hantu yang hantu dia cun - cun.

Ni list pelakon hantu yang berlakon dalam citer Hantu Susu semalam.

Pontianak - Erra Fazira
Langsuir - Zarina Zainordin
Kum Kum - Marsha
Penanggal - Amy Mastura
Susu - Didie Alias

Aku suka watak Amy Mastura (Penanggal - Suri) comey jek. Cam bodo-bodo camtu. Erra Fazira (Pontianak - Tira) pulak ntah sejak tahun bila la dia hidup. Cakap stok ala-ala zaman 50an-60an camtu. Si Zarina (Langsuir - Jamilah) pulak garang cam apa jek. Pasal toilet nak berebut bagai. Marsha (Kum-Kum - Mawar) ala-ala cool camtu. Giler besar ( . )( . ) si Didie Alias (Hantu Susu - Melati) dalam citer ni. Siap kene potong lagi part yang Apek baring kat atas ( . )( . ) dia. Ho ho ho. Aku tak tau pulak hantu susu tu ada ( . )( . ) besar!

Memang sengal lah citer ni. Aku tengok ngan Encik Usben pun cam tak benti gelaks. Kira boleh la jugak nak hilang rasa tensi. Aku rasa hari Ahad ni ada ulangan kot. maybe waktu petang camtu kot. . . .

Citer Hantu Susu ni pasal Suri, Tira ngan Jamilah pindah kat umah Mawar. Sebab nak mulakan hidup baru. Takmo kacau-kacau orang lagik. Nak jadi baik. Tak sangka pulak, sejak diorang pindah kat kampung ada pulak kejadian orang kampung diganggu hingga menyebabkan kematian disebabkan terlalu banyak minum susu. Orang kampung ni sebok kata mereka berempat tu yang punca. Padahal si Melati yang punya kerja. Huh.

Jadi, dalam pada cari siapa pengganggunya. . . adalah scence2 yang kelakar. So, I advice you. Silalah tengok citer ni. Mungkin boleh bantu korang nak hilangkan tensi. Citer hantu yang lain dari citer hantu yang lain.

p/s: Selamat Menonton. Takde poster sebab aku dah cuba carik takde.


ADIOS!

Happy Birthday Bro!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Arini kan dua puluh dua julai dua ribu sebelas. Makanya arini genaplah umur member skolah aku ni dua puluh lapan tahun. Jadi, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 28 kepada Syaiful Nizam. Umur pun dah meningkat makanya tarikh kematian pun makin dekat. . . .zalim tak peringatan aku kat ko? takdelah zalim mana pong! sebab ianya realiti. Apa-apahal pun aku ucapkan selamat dan dipermudahkan segala urusan Dunia dan Akhirat!

Inilah birthday boynya bersama dengan his lovely wifey and kiddo!







Tak lupa jugak buat buddies aku yang diberi nama Ahmad Faizal bin Noorisham. Selamat Hari lahir. Aku tau besday ko dah lepas. Tujuh belas julai dua ribu sebelas ritu. Aku dah wish kat phone ko kan? Hehehehe. . . Saje nak tempekkan muka ko kat sini. wakakakaka. . . .

Sorry guys. Aku rompak korang nye gambo kat FB. . .  




Dengan itu aku ada buatkan korang setem sempena birthday korang! Setem US. huhuhuhu


aku tak buatkan pon. aku hi jack kat yahoo. . . .tetttt-

HAPPY BORN DAY KORANG!

p/s: to readers yang birthday rini aku nak wish Happy birthday!


ADIOS!

Thursday, July 21, 2011

Sekali Lagi

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Pe giler update sinopsis movie sampai tiga kali satu hari. Inilah akibatnya biler dah lama tak update. Sebok ngan keje gamaknye. Hari ni keje ada tapi kuranglah kekusutan. Ho ho ho. . . .

Citer ni pulak aku tengok hari Jumaat jugak. Aku tengok sengsorang. Encik Usben? dia tak layan citer camni. Tak suka. Cliche bagi dia. Kalau bagi dia tengok anime. . . .memang dia boleh hadap benda tu satu hari satu malam. Aku? Sorry la nak layan. Silap hari bulan aku lelap. Ha ha ha. Fair and square la kan?

Sekali lagi menceritakan tentang kisah Sheila (Lisa Surihani), Arman (Sam), Haris (Bront Palare) dan Amy (Mia Sara). Citer ni best. Storyline dia macam citer omputeh. Tak sama langsung ngan My Name is Khan.

Arman seorang penghidap autisme. Walaupun dia menghidap penyakit tersebut, Mamanya ingin mengahwinkan Arman dengan Farina. Kalau nak kawen mestilah kene pergi test baju. Arman lambat sampai, menyebabkan kemarahan Farina. Lalu Farina meninggalkan Arman kat kedai baju pengantin tu keseorangan. Masa nak balik, Arman hampir diragut. Tapi diselamat kan oleh Amy.

Bermula dari situ, Amy dan Arman berkawan baik. Sehinggalah satu hari, Sheila jumpa dengan Arman di padang permainan. Pengsan. Masuk sepital. Di hospital, Sheila menjerit-jerit suruh Arman berambus. Arman kan lurus bendul. Keluarlah dia dengan penuh tanda tanya kenapa Sheila benci dengan dia.

Semasa ketiadaan Sheila untuk pergi kerja. Amy lepak kat kedai Haris. Haris ni dah lama jatuh cinta kat Sheila. Sheila je lambat reply cinta tu. Haiiihhh.

Korang nak tau nape Sheila tu mencik sangat kat Arman? Sebab Arman tu la bekas suami dia. Bekas suami yang dah lama dia anggap dah mati. Cumanya Sheila tak tahu kenapa Arman tinggalkan dia. Arman tinggalkan dia sebab Arman mendapati dirinya mempunyai satu tumor kat dalam otak dia. Bila tumor tersebut dikeluarkan, Arman nya sikap akan berubah menjadi seperti kanak-kanak. Disebabkan itu, Arman menceraikan Sheila tanpa mengetahui Sheila dah mengandungkan anaknya. Sedeykan?

Jadi citer ni macam Jejak Kasih yang tak berapa jejak kasih sangat sebab si ayah (Arman) hilang ingatan tentang kisah cintanya dengan Sheila. Cuma Sheila je yang dapat rasakan. . . .sedeynya. At the end, Sheila kawen ngan Haris. Amy dapat dua ayah. Farina tak jadi kawen ngan Arman. As always semua orang happy! yeah!



p/s: percaya atau tidak. aku tengok citer dengan Abah aku. Abah korang ada ke nak layan citer ni?


ADIOS!

life as we know it

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. aku lupa nak update pasal movie ni lah. Hari Jumaat minggu lepas aku tengok movie ni. Hasil tangkapan Encik Fathull. Dah seminggu citer ni. boleh dikatakan hampir basi kot. Hahaahhaa. . . .

Aku tengok movie 'Life As We Know It'. Sangat best! aku bagi 5 bintang! wah! Pelakon dia Katherine Heigl (belakon dalam Grey Anatomy) dan hero plaks Josh Duhamel (Transformers & Las Vegas) Aku memang suka citer camni. Kat Malaysia, boleh kot buat citer macam ni. Tapi. . . .mungkin perlu ubah sedikit.

Maaf jika kesimpulan cerita kali ni agak caca marba sedikit. . . . .

Citer ni komedi drama. Citer ni pasal Holly (Katherine) as a bakerians (ada ke bakerian) dan Messer (Josh Duhamel) as a promising technical television sports director (panjang je nama jawatan dia. . . .ni pun aku amek kat wikipedia). Diorang ni dok kat Atlanta. Dan mereka berdua ni duduk asing-asing. Mereka berdua ni jugak ibu bapa angkat kepada Sophie. Sophie ni pulak anak kepada kawan baik diorang . . .Peter and Alison.

Satu hari, Peter dan Alison kemalangan jalan raya. Sangat sedey part ni. Peter dan Alison meninggal dunia dan meninggalkan anak mereka Sophie. Peter dan Alison dah buat wasiat. Dalam wasiat tu, Holly dan Messer kena jaga anak mereka, Sophie. dan mereka juga harus duduk kat umah Peter dan Alison means tinggal bersama-sama dengan Sophie. Mereka cuma perlu bayar maintenance cost sahaja untuk rumah tu.

Bermulalah episod menjaga anak dan hidup dalam keadaan berjadual. Ho ho ho. Biasalah kalau dah duduk serumah pastu tak sebulu pulak tu. mestilah ada gado-gado sikit. pastu baik-baik sikit kan. Dalam scene memang banyak scene yang kelakar dan lucu.

Sampailah satu hari tu, Messer dapat arahan supaya pindah ke Phoenix. Maka, tinggal lah Holly ngan Sophie bersama Dr. Sam. Holly ni dah lama dah usha Dr. Sam. Dr.Sam ni selalu beli sarapan kat Bakeri Holly. Tu pasalla dia sangkut ngan Dr.Sam. Memang hensem tapi hensem lagik Encik Usben aku. Ho ho ho.

Masa celebration of Thanksgiving. Messer datang ziarah. Sebelum dinner, Holly bagitau Messer yang dia nak jual rumah tu sebab Holly tak mampu nak tanggung kos maintenance rumah tu. Dengan keputusan itu, Messer terus marah dan blah dari rumah tu. Dan terus ke airport nak balik Phoenix. Biasalah bile dah pegi airport, mestilah ada orang kejarkan? Holly kejar. tapi tak jumpa Messer. Messer tak jadi balik Phoenix. Tapi dia patah balik dok dalam umah. Dia kan pernah dok umah tu. Jadi mestilah ada kunci. Tak payah buat-buat terkejut ye Cik Holly.

Sebenarnya Holly dan Messer ni, mencintai satu sama lain. Cuma nya takmo ngaku. Cliche.

Makanya. . . .ending mestilah Happily Ever After. Semua part best. aku suka citer ni. Korang patut tengok citer ni. korang tengok poster ni pun dah cukup menggelikan hati. . . . .




p/s: aku ngan Umi aku je tengok citer ni sebab Encik Usben tak suka citer camni.


ADIOS!

dah pos tapi lupa letak tajuk. . . .haschim hagacik

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. hampir bersawang kot aku punya belog ni. dah dekat tiga hari tak update. Tiga hari je pong. Bukan nye tiga minggu atau tiga bulan. Duh!

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa today. Semoga puasa kita diberkati Allah. Amin.

tadi aku saje usha nuffnang. . . .dah lama sangat tak tengok. aku pun kelik le analitik. tiba - tiba keluar perkataan haschim hagacik. apa perkataan ni???? haschim hagacik Apa Haschim Hagachik? Nama orang ke? Nama Product ke? hmmm. . . .lantak korang lah nak taip apa pong! hu hu hu. . . Aku cuba gak cari kat Yahoo, takde hasil pong!. Nama sape la ni yea. . . .




p/s: tak tau nak taip apa. . . . idea tak mari- maaf paparan kurang jelas =__=!


ADIOS!